Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

DENAI KABUS SEBAGAI AGRO PELANCONGAN DAN PUSAT PENYELIDIKAN


TANAMAN DURIAN NEGERI PERAK

1.0 TUJUAN :
Memohon pertimbangan bantuan anak benih durian variasi Musang King dan
pagar pertanian bagi menjadikan DENAI KABUS Agro Pelancongan terkemuka dan
pusat penyelidikan pertanian khususnya untuk tanaman durian di Negeri Perak

2.0 PENGENALAN :
DENAI KABUS berada di Kampong Pahat Dalam, Gerik, Perak Darul Ridzuan
adalah pusat pelancongan desa yang telah diusahakan oleh pengusaha bumiputera
yang mempunyai keluasan lebih kurang 29 ekar. Pusat pelancongan ini beroreintasikan
agro pelancongan yg menyediakan kemudahan penginapan dan aktiviti aktiviti
kekeluargaan seperti memancing, berkayak, flying fox, ATV dan lain-lain. Hampir 5 ekar
kawasan DENAI KABUS telah ditanam lebih kurang 600 pokok durian musang king
dan buah-buahan tempatan yang lain. Kadar pertumbuhan pokok durian Musang King
sangat baik kerana berada di kawasan berbukit, cahaya yang cukup dan cuaca tidak
panas melampau serta disiram menggunakan sumber air bukit (tadahan) . DENAI
KABUS juga menjadi jalan kepada pendaki pendaki gunung kerana DENAI KABUS
berada di kaki Gunung Kenderung (1220m) dan kaki Gunung Kerunai (1000 m). Jika
belaku penambahan tanaman pokok durian pasti akan memberi tarikan istimewa
mengerakkan pelancong ke DENAI KABUS.

3.0 MATLAMAT :
Menjadikan DENAI KABUS sebagai destinasi agro pelancongan dan pusat
menyelidikan tanaman Musang King utama di negeri perak
4.0 OBJEKTIF :
4.1 Tanaman musang king sebagai tarikan industri pelancongan
4.2 Menarik ramai penlancong dari luar terutamanya peminat durian
4.3 Menyediakan tempat kajian sepanjang masa terhadap tanaman .
4.4 Menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat
4.5 Mewujudkan tempat pembelajaran pertanian kepada pelajar sekolah
4.6 Meningkatkan ekonomi masyarakat setempat

5.0 INFRASTRUKTUR SEDIA ADA :


5.1 Bilik Penginapan 6 chalet dan dilengkapi Aircond.
5.2 Tandas terbuka
5.3 Dewan Terbuka (40’x80’)
5.4 Surau besar yang sedang dalam pembinaan.
5.5 Flying Fox
5.6 Kayak
5.7 Kolam Ikan dan kemudahan memancing.
5.8 Dusun Durian kampong, Pokok Dokong dan Petai
5.9 Sumber air bukit (siraman sepanjang masa)
5.10 29 ekar belum berpagar
5.11 Jalan masuk untuk semua jenis kenderaan

6.0 KEPERLUAN / KOS

Bil Perkara KOS


1 1000 Anak benih Durian Musang King
2 Pagar pertanian untuk 29 Ekar
3 Bantuan Teknikal / Latihan

8.0 PENUTUP :
Diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan sepenuhnya dan mendapat
bantuan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Semoga program ini
ini berjalan dengan lancar dan seterusnya mencapai matlamat serta objektif yang telah
ditetapkan.

Disediakan Oleh

AHMAD TERMIZI BIN ABDUL HAMID


Pengurus
Denai Kabus Holiday & Resources SDN BHD
0192143199

Anda mungkin juga menyukai