Anda di halaman 1dari 4

Karangan Jenis Cerita

Tajuk  : Berani
         Pada waktu rehat, tiba-tiba sahaja perutku terasa
sakit lalu aku pun segera menuju ke tandas. Sewaktu
perjalanan ke situ, aku ternampak beberapa orang murid
sedang menconteng dinding sekolah.
.
           Aku menghampiri mereka untuk menghalang
mereka daripada terus melakukan perbuatan itu. Rupa-
rupanya mereka ialah rakan sekelasku iaitu Aizat, Farid
dan Azwan. Aku terus menegur dan menasihati mereka
supaya segera menghentikan perbuatan tersebut. Ini
menyebabkan mereka marah lalu tanpaku duga Aizat cuba
menumbukku. Mujurlah aku sempat mengelak. Kemudian,
mereka memberi amaran, jika aku tidak mahu diapa-
apakan, aku mestilah merahsiakan kegiatan mereka.
       Selepas itu, aku pun terus beredar menuju ke tandas.
Selepas ke tandas, aku segera mencari guru disiplin iaitu
Cikgu Nadirah. Amaran mereka tidak aku endahkan
kerana aku tidak mahu kegiatan sebegitu terus berlarutan.
Sejurus kemudian, Cikgu Nadirah memanggil mereka ke
pejabat dan mereka kelihatan amat takut.
        Di pejabat, Cikgu Nadirah menasihati mereka supaya
tidak melakukan perbuatan jahat itu lagi jika tidak mahu
dikenakan tindakan yang lebih tegas. Mereka juga
dikehendaki memadamkan semula contengan di dinding
sekolah. Nasihat Cikgu Nadirah telah menyebabkan
mereka insaf.
        Beberapa hari kemudian, Azwan, Aizat dan Farid
datang untuk meminta maaf kepadaku. Semenjak hari itu
mereka menjadi kawan karibku.
KARANGAN CEREKA
Soalan:
Ibu dan bapa anda tiada di rumah kerana pulang ke
kampung untuk menziarahi datuk anda yang sedang
sakit. Anda tidak turut serta kerana perlu menghadiri
kelas tambahan di sekolah. Mulakan karangan anda
dengan;
Jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam.
Aku cuba untuk melelapkan mataku tetapi amat sukar.
Tiba – tiba …

PENDAHULUAN:
- Terdengar bunyi bising – dari dapur – bunyi
peralatan memasak dan pinggan mangkuk.
- Berasa terkejut dan takut – tinggal berseorangan –
rumah.
ISI 1:
- Tinggal berseorangan – ibu dan bapa pulang ke
kampung – menziarahi datuk – sakit.
- Tidak ikut – ada kelas tambahan – sekolah.
- Cuba menghubungi ibu – malangnya, panggilan
tidak dijawab.

ISI 2:
- Terfikir – menghubungi jiran sebelah rumah –
Encik Wong.
- Tetapi sudah tengah malam – membatalkan niat itu.
- Selama 10 minit – duduk diam di dalam bilikku.
ISI 3:
- Sekali lagi – bunyi bising – dari arah dapur
- Berasa bertambah takut – berfikir macam-macam.
- Akhirnya – mengambil keputusan untuk pergi –
dapur – memeriksa apa yang sedang berlaku.
ISI 4:
-berjalan perlahan-lahan – dapur – memetik suis
lampu.
- sangat terkejut – melihat keadaan dapur yang
tunggang-langgang.
-hampir menelefon polis – menyangkakan rumah-
dimasuki pencuri.
PENUTUP:
-ketika aku sedang mendail nombor telefon balai polis,-
ternampak ekor kucing peliharaanku – bawah meja.
Rupa-rupanya, bunyi bising tersebut – kucingku.
Mungkin ia – lapar – mahu mencari makanan.
-Berasa lega – masuk ke bilik tidur – tidur dengan
nyenyak – hingga keesokannya.

Anda mungkin juga menyukai