Anda di halaman 1dari 8

PRAKATA

Panduan latihan Aperantis Keusahawanan ini merupakan


bahan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh
Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan dibawah Program
Sarjana Muda Keusahawanan dengan kepujian 2u2i.

Panduan Latihan ini mencadangkan perkara-perkara yang


pelajar perlu lalui semasa berada di industri selama 2 semester
iaitu Aperantis Keusahawanan 1 dan Aperantis Keusahawanan 2
yang merangkumi bidang keusahawanan secara teori dan
praktikal. Pemusatan panduan latiahn ini adalah memfokuskan
kepada perkembangan pelajar didalam keusahawanan secara
kontemporari. Melalui pembacaan dan pemahaman dan
praktikal , pelajar diharap mendapat pendedahan seterusnya
mengenai isu-isu semasa dan perkembangan dalam bidang
keusahawanan secara terus daripada industri. Panduan latihan
ini ditulis dan direka bentuk khas untuk kegunaan penyelia
industri, penyelia akademik dan pelajar program Sarjana Muda
Keusahawanan dengan Kepujian 2u2i.

Justeru itu, terdapat pelan dan panduan latihan mengikut


minggu dan jam latihan bertujuan untuk menguji pemahaman
pelajar terhadap sesuatu pelajaran secara teori dan teknikal.
Memandangkan panduan latihan ini adalah edisi pertama, para
penulis mengalualukan sebarang komen dan cadangan bagi
mempertingkatkan lagi isi kandungan panduan latihan ini agar
sentiasa membawa maklumat yang terkini dan terbaik kepada
pelajar. Sebarang komen dan cadangan hendaklah dikemukakan
terus kepada:

Ketua Jabatan Keusahawanan,


Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan,
Taman Bendahara, 16100 Pengkalan Chepa,
Kelantan
PENDAHULUAN

Bidang keusahawanan telah memainkan peranan penting dalam


pembangunan ekonomi sesebuah negara. Dalam hal ini,
kerajaan melalui agensinya telah melancarkan banyak program
pembangunan keusahawanan dalam usaha melahirkan lebih
ramai usahawan yang berketerampilan dan berwawasan. Selain
sebagai pemangkin pembangunan ekonomi negara, bidang
keusahawanan juga dilihat sebagai jalan penyelesaian kepada
masalah pengangguran di negara kita.

Bidang keusahawanan telah diperkenalkan dalam pendidikan


seawal peringkat menengah persekolah dan seterusnya di
peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Ini kerana IPT
merupakan sumber bekalan usahawan dan kerajaan telah
mengambil beberapa langkah proaktif bagi mencapai tujuan
tersebut. Antaranya adalah seperti memperkenalkan Program
2u2i yang pertama berasaskan keusahawanan di Malaysia yang
ditawarkan oleh Universiti Malaysia Kelantan dengan harapan
dapat memupuk budaya dan kolaborasi keusahawanan di
kalangan pelajar, universiti dan pemain industri.

Oleh itu, panduan latihan Aperantis Keusahawanan ini telah


ditulis dan direka bentuk demi mencapai hasrat murni kerajaan.
Panduan latihan ini dihasilkan dengan menstruktur dan
memberi gambaran secara mendalam agar pelajar dapat
menyelami bidang keusahawanan secara praktikal sebagai
langkah pengenalan kepada disiplin ini, khasnya kepada pelajar
yang mangambil program ini.
PANDUAN LATIHAN APERANTIS KEUSAHAWANAN
Aperantis keusahawanan 1
Pada akhir Kursus AK1, pelajar dapat:

1. Mengenalpasti pengorganisasian industri dan perniagaan;


2. Menerangkan pendekatan operasi perniagaan dan jenis produk atau
perkhidmatan;
3. Memberi maklum balas terhadap teknik perkhidmatan dan
perhubungan pelanggan; dan
4. Menjejaki proses pembangunan dan kawalan kualiti produk.

MINGG AKTIVITI PELAJAR PANDUAN LATIHAN KEPADA INDUSTRI


U
1,2,3 ⮚ Melapor diri di organisasi seperti yang
dinyatakan dalam surat pengenalan lapor
⮚ Mengenali organisasi industri
diri.
⮚ Menghantar Pengesahan Lapor Diri, • Struktur organisasi
Maklumat Semasa Aperantis
Keusahawanan dan Pelan Lokasi Industri • Operasi organisasi
ke Fakulti. • Produk/ perkhidmatan organisasi
⮚ Menyiapkan deraf laporan 1 sebanyak
45% • Komunikasi pelbagai lapisan sumber manusia

• Prosedur organisasi

4, 5 & 6 ⮚ Menjalani latihan mengikut jadual tugas ⮚ Perancangan operasi organisasi


yang disediakan oleh pihak organisasi dan
• Aliran pengeluaran produk/ perkhidmatan
mendapatkan pengesahan daripada
penyelia setiap minggu • Hubungkait antara jabatan dalam organisasi
⮚ Menyiapkan deraf laporan 1 sebanyak
90% • Prosedur pengeluaran/ perkhidmatan

7, 8 & 9 ⮚ Meneruskan latihan mengikut jadual ⮚ Perancangan produk/ perkhidmatan organisasi


tugas yang disediakan oleh pihak
• Ramalan permintaan dan penawaran
organisasi dan mendapatkan pengesahan
daripada penyelia setiap minggu. • Strategi permintaan dan penawaran
⮚ Menerima lawatan pertama daripada
penyelia industri pada minggu ke 7 atau • Kawalan pengurusan kualiti produk/
ke 8 perkhidmatan
⮚ Menyiapkan dan Menyerahkan laporan 1
final, pembentangan, Buku Log dan
temubual inovasi perniagaan kepada
penyelia akademik mengikut rubric yang
disediakan bagi tujuan pemarkahan.

10, 11 & 12 ⮚ Meneruskan latihan mengikut jadual ⮚ Teknik perkhidmatan dan perhubungan
tugas yang disediakan oleh pihak pelanggan
organisasi dan mendapatkan pengesahan
• Komunikasi dengan pelanggan dalaman dan
daripada penyelia setiap minggu.
luaran
⮚ Menyiapkan deraf laporan 2 sebanyak
45% • Khidmat selepas jualan

• Kualiti perkhidmatan pelanggan

13, 14 & 15 ⮚ Meneruskan latihan mengikut jadual ⮚ Pembangunan dan kawalan kualiti produk/
tugas yang disediakan oleh pihak perkhidmatan
organisasi dan mendapatkan pengesahan
• Proses pembangunan produk/ perkhidmatan
daripada penyelia setiap minggu.
⮚ Menyiapkan deraf laporan 2 sebanyak • Proses pengurusan kawalan kualiti
90%
• Kelestarian produk/ perkhidmatan

16,17 & 18 ⮚ Meneruskan latihan mengikut jadual ⮚ -Tiada-


tugas yang disediakan oleh pihak
organisasi dan mendapatkan pengesahan
daripada penyelia setiap minggu.
⮚ Menerima lawatan kedua daripada
penyelia industri pada minggu ke 16 atau
ke 17
⮚ Menyiapkan dan Menyerahkan laporan 2
final, pembentangan, Buku Log dan
temubual inovasi perniagaan kepada
penyelia akademik mengikut rubric yang
disediakan bagi tujuan pemarkahan
⮚ Menyemak jadual penilaian Latihan
Industri.
⮚ Mendapatkan Pengesahan Tamat
Aperantis Keusahawanan 1 daripada
pihak organisasi
PANDUAN LATIHAN APERANTIS KEUSAHAWANAN
Aperantis keusahawanan 2

Pada akhir Kursus AK2, pelajar dapat:

1. Mengemukakan strategi pemasaran yang menjurus kepada


pembangunan perniagaan syarikat;
2. Menerangkan teknik jualan dan pengurusan projek;
3. Merancang strategi pengurusan kos dan penetapan harga produk
yang ditawarkan oleh organisasi; dan
4. Menjelaskan kaedah perancangan kewangan dan kawalan aliran
tunai yang bersesuaian mengikut aktiviti perniagaan.

MINGG AKTIVITI PELAJAR PANDUAN LATIHAN KEPADA INDUSTRI


U
1 dan 2 ⮚ Melapor diri di organisasi seperti yang ⮚ Strategi Pemasaran dan Pembangunan
dinyatakan dalam surat pengenalan lapor Perniagaan
diri. • Menilai strategi pemasaran sedia ada di
⮚ Menghantar Pengesahan Lapor Diri, syarikat dan meneliti peranan bahagian
Maklumat Semasa Aperantis pemasaran di dalam syarikat;
Keusahawanan dan Pelan Lokasi Industri • Kenalpasti biodata pelanggan syarikat
ke Fakulti. mengikut produk/ servis dan pasaran
⮚ Menyiapkan deraf laporan 1 sebanyak teras yang memberi pulangan yang paling
45% tinggi kepada syarikat;

3 dan 4 ⮚ Menjalani latihan mengikut jadual tugas ⮚ Memetakan unsur-unsur paling penting dalam
yang disediakan oleh pihak organisasi dan menarik pelanggan syarikat dan mencadangkan
mendapatkan pengesahan daripada pengurusan pemasaran yang berorientasikan
penyelia setiap minggu strategi pemasaran yang berkesan;
⮚ Menyiapkan deraf laporan 1 sebanyak ⮚ Membincang pengurusan perhubungan
60% pelanggan dan mengenalpasti strategi yang boleh
meningkatkan nilai untuk pelanggan serta
memastikan pelanggan kembali mengunjung;

5 dan 6 ⮚ Menjalani latihan mengikut jadual tugas ⮚ Cadang dan laksanakan strategi pemasaran yang
yang disediakan oleh pihak organisasi dan berkesan dan sertakan bukti pembangunan
mendapatkan pengesahan daripada perniagaan dalam syarikat ikutan daripada
penyelia setiap minggu strategi yang dikemukan;
⮚ Menyiapkan deraf laporan 1 sebanyak
90%

7 dan 8 ⮚ Meneruskan latihan mengikut jadual ⮚ Teknik Jualan dan Pengurusan Projek
tugas yang disediakan oleh pihak
organisasi dan mendapatkan pengesahan
daripada penyelia setiap minggu. • Meneliti peranan jurujual syarikat dalam
⮚ Menerima lawatan pertama daripada memberi nilai kepada pelanggan dan
penyelia industri pada minggu ke 7 atau menentukan perhubungan syarikat
ke 8 dengan pelanggan;
⮚ Menyiapkan dan Menyerahkan laporan 1 • Menentukan kemahiran dan keperluan
final, pembentangan, Buku Log dan tenaga jualan;
temubual inovasi perniagaan kepada
penyelia akademik mengikut rubric yang
disediakan bagi tujuan pemarkahan.
9 dan 10 ⮚ Meneruskan latihan mengikut jadual ⮚ Merekodkan proses penjualan yang diamalkan
tugas yang disediakan oleh pihak dan bezakan antara penjualan berasaskan
organisasi dan mendapatkan pengesahan transaksi dan penjualan berasaskan perhubungan
daripada penyelia setiap minggu. dengan pelanggan;
⮚ Menyiapkan deraf laporan 2 sebanyak ⮚ Merancang dan melaksanakan kempen jualan
45% promosi bagi produk/ servis syarikat. Bentangkan
bukti pengurusan projek dan peningkat jualan.

11 dan 12 ⮚ Meneruskan latihan mengikut jadual ⮚ Pengurusan Kos dan Penetapan Harga
tugas yang disediakan oleh pihak • Melakukan pemerhatian dan
organisasi dan mendapatkan pengesahan pemahaman kaedah-kaedah yang
daripada penyelia setiap minggu. digunakan oleh syarikat dalam
⮚ Menyiapkan deraf laporan 2 sebanyak pengurusan kos dan proses penetapan
60% harga.
• Membuat perbandingan dengan konsep-
konsep atau teori semasa yang dipelajari
di dalam kuliah
⮚ Menambah baik atau melakukan inovasi
terhadap kaedah pengurusan kos dan proses
penetapan harga produk atau servis supaya
sesuai dengan jenis perniagaan dan objektif
syarikat yang akan ataupun sudah ditubuhkan
⮚ Merancang dan mengesahkan keberkesanan
strategi pengurusan kos dan penetapan harga
yang dengan melakukan
simulasi/unjuran/ramalan/dsb
13 dan 14 ⮚ Meneruskan latihan mengikut jadual ⮚ Pelajar harus memberi cadangan
tugas yang disediakan oleh pihak penambahbaikan kepada syarikat tempat pelajar
organisasi dan mendapatkan pengesahan melakukan latihan industri
daripada penyelia setiap minggu. ⮚ Pelajar membuat pemerhatian dan pemahaman
⮚ Menyiapkan deraf laporan 2 sebanyak terhadap sistem pengurusan kewangan syarikat.
90% ⮚ Pelajar harus melakukan diagnosis terhadap
sistem atau proses perancangan dan kawalan
aliran kewangan syarikat

15 dan 16 ⮚ Menerima lawatan Kedua daripada ⮚ Pelajar harus mengenalpasti masalah yang
penyelia industri pada minggu ke 16 atau sedang atau akan berlaku berikutan daripada
ke 17 kelemahan proses tersebut
⮚ Menyiapkan dan Menyerahkan laporan 2 ⮚ Pelajar perlu membuat penilaian terhadap
final, pembentangan, Buku Log dan kaedah atau proses perancangan dan kawalan
temubual inovasi perniagaan kepada aliran kewangan syarikat yang sesuai dengan
penyelia akademik mengikut rubric yang jenis syarikat yang akan atau telah ditubuhkan.
disediakan bagi tujuan pemarkahan

17 dan 18 ⮚ Menyemak jadual penilaian Latihan ⮚ Pelajar melakukan penambahbaikan atau inovasi
Industri. terhadap kaedah atau proses tersebut supaya
⮚ Mendapatkan Pengesahan Tamat sesuai dengan jenis syarikat yang akan atau telah
Aperantis Keusahawanan 1 daripada ditubuhkan.
pihak organisasi ⮚ Pelajar mencadangkan penambahbaikan kepada
syarikat

Anda mungkin juga menyukai