Anda di halaman 1dari 9

1.

DEFINISI

Definisi Iklan mengikut Kamus Dewan Bahasa edisi ke tiga adalah pemberitahuan

kepada orang ramai melalui surat khabar, televisyen, radio dan lain-lain. Dengan kata lain,

iklan merupakan satu cara penyebaran maklumat kepada masyarakat umum tentang sesuatu

perkara melalui berbagai-bagai saluran media massa dan juga media cetak yang disediakan

oleh rangkaian syarikat-syarikat penerbitan dan pengiklanan pada masa sekarang. Setiap

iklan yang dihasilkan dan ditayangkan seharusnya mempunyai keunikan dan berupaya

dalam menarik perhatian penonton atau pembaca terhadap terhadap apa yang ditonton dan

dibaca oleh mereka agar setiap mesej yang dibawa dapat difahami dengan jelas. Pada masa

sekarang dalam era modenisasi , anjakan paradigma telah berlaku terhadap media massa dan

juga media cetak. Kedua-dua bahan ini media massa dan media cetak telah bertukar menjadi

bahan komersial yang diperdagangkan kepada khalayak ramai. Melalui media massa dan

media cetak bukan sahaja memberikan informasi – informasi terkini mengenai negara dan

juga dunia , malahan elemen iklan banyak telah diselitkan oleh syarikat penerbitan dan

syarikat pengiklanan.

Pada dasarnya, iklan biasanya digunakan sebagai satu strategi pemasaran oleh

sesebuah syarikat pengeluar atau mana-mana badan yang memerlukan liputan dan juga

sebagai mengkomersikan tentang sesuatu produk serta perkhidmatan mereka diketahui

umum. Ini dijalankan bagi meningkatkan kuantiti jualan bagi produk-produk dan juga

perkhidmatan-perkhidmatan yang mereka tawarkan Ada orang suka melihat iklan tapi ada

juga yang tidak suka. Iklan yang menarik, unik dan kreatif pasti menarik perhatian dan

minat sesiapa sahaja untuk melihatnya. Ia tidak perlu menulis cerita yang berjela-jela yang

hanya mendatangkan kebosanan dan kurangnya daya tarikan. Iklan yang kreatif kadang-

kala hanya memerlukan sebuah gambar sahaja, melalui gambar ini ia mampu menarik

1
minat dan perhatian serta dapat menyampaikan maksud dengan tepat dan jelas. .

Pengiklanan yang terbaik adalah iklan yang menggunakan bahan sedia ada untuk

dijadikannya sebahagian daripada iklan yang ingin disampaikan kepada orang ramai. Iklan

perlu kreatif, unik dan mudah diterjemah agar dapat menarik pengguna dan orang ramai

untuk melihat dan seterusnya berminat dengan produk atau mesej yang ingin di sampaikan.

Biasanya ianya tidak menyampaikan maksud dan produk itu secara terus tetapi bermain

dengan gambar-gambar yang simbolik yang menjadi perhatian dan menarik minat tetapi

jelas maksudnya.

2. PENGENALAN

Di antara Iklan yang menarik , kreatif , unik dan mudah di fahami bagi kami adalah

Iklan Kemerdekaan daripada Pertonas pada tahun 2006. Dengan bertemakan “ Pahit Manis

Sama dirasa . Satu arah satu Negara” . Iklan ini menceritakan mengenai perpaduan di antara

kaum di Malaysia. Iklan perpaduan ini dapat memberikan gambaran kepada masyarakat

mengenai tahap perpaduan kaum di negara kita. Iklan Pertonas ini menceritakan mengenai

tiga orang yang berkawan baik iaitu Lim , Atan dan Param. Mereka terdiri dari pelbagai

kaum. Walaupun mereka berbeza kaum, mereka hidup berbahagia dan saling membantu.

Mereka berkawan baik semenjak kecil lagi tetapi terpisah apabila telah dewasa dengan

kerana membawa haluan hidup masing-masing. Cerita iklan bermula apabila Atan yang

ditemani anaknya telah bertemu semula dengan kawan lamanya Lim yang juga ditemani

anaknya secara tidak sengaja disebuah hospital.

Setelah berjumpa mereka mengingat kembali peristiwa semasa mereka kecil iaitu

membaling buah pelam dikampung dan dengan tidak sengaja telah terbaling sarang tebuan.

2
Kemudian ditunjukkan bagaimana mereka terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan

diri dari disengat tebuan. Ketiga-tiganya telah disengat tebuan , Lim dan Atan menangis

hanya Param sahaja yang tidak menangis dan dia pujuk Atan. Nenek Atan menyapu ubat

ketiga –tiganya tanpa mengira sesiapa. Kisah ini menujukkan keakraban mereka bertiga.

Mereka kemudiannya ketawa sebelum Lim menegur sikap anak-anak mereka yang tidak

mengendahkan dan tidak bertegur satu sama lain dengan berkata, “Tengoklah budak budak

sekarang ni. Rambut je sama, tapi masing-masing buat hal sendiri. Makna kawanpun tak

tau”. Kata –kata ini membawa banyak makna dan menyentuh perasaan . Bila Lim berkata

demikian menunjukkan golongan muda tidak mementingkan untuk berkawan hanya lebih

menumpukan alatan canggih seperti telefon. Memang tidak menafikan wujudnya alat

telekomunikasi yang semakin maju dan canggih mendatangkan kesan buruk . Iklan ini

secara tidak langsung menujukkan kesan buruk penggunaan alatan telekomunikasi iaitu ia

boleh mendatangkan kelekaan dan keseronokkan seorang diri.

Cerita seterusnya Lim bertanya kepada Atan di mana dan bagaimana dengan keadaan

Param. Atan memberitahu Param sudah meninggal dunia dan kelihatan Lim sedih. Iklan ini

diakhirnya peristiwa Atan semasa berkhatan. Walaupun Lim dan Atan tidak terlibat dengan

berkhatan tetapi mereka sanggup menunggu Atan dan Param membawa pulang Atan dengan

menggunakan basikal tiga roda. Pengarah menunjukkan kreativitinya dalam mewujudkan

perpaduan antara 3 kaum utama di negara kita dengan kemesraan dan kasih sayang antara

Lim , Atan dan Param.

3
3. NILAI MORAL

Iklan ini juga menyelitkan sedikit unsur lucu atau lawak . Di mana rombongan

pengantin juga terpaksa terjun ke sungai untuk menyelamatkan diri daripada serangan

tebuan. Kami tergelak melihat aksi ini . Selain daripada itu ia juga menyelitkan dialog yang

agak lucu iaitu “ Aku sepak kang” di akhir cerita . Dialog ini disampaikan secara sengaja

dan membuat penonton tersenyum. Pengarah sememangnya kreatif dalam menghasilkan

iklan ini , ini kerana unsur lucu atau lawak ini boleh menarik minat penonton.

Pemaparan mesej iklan perlulah diterangkan dengan jelas supaya mesej yang hendak

disampaikan dapat dirasai dan difahami oleh penonton. Mesej pada iklan ini jelas dan mudah

untuk difahami. Kelainan mesej yang berjaya diterapkan dalam iklan menyebabkan

penonton dan pengguna bahasa sedar, belajar dan mengerti bahawa sesetengah nilai

kemanusiaan tersebut hampir dilupakan. Oleh sebab itu iklan memainkan peranan penting

dalam menyampaikan mesej yang positif seperti dalam iklan ini yang mesej utamanya

adalah perpaduan. Selain daripada itu , ia juga menyelitkan beberapa mesej sampingan yang

lain iaitu salah satu cara untuk menyelamatkan diri daripada serangan tebuan dengan terjun

ke sungai serta diselitkan juga amalan bersunat di kalangan masyarakat Melayu yang

bertujuan untuk kesihatan.

Mesej utama iklan ini adalah perpaduan kaum di negara kita. Kisah ini memaparkan

kepada masyarakat umum tentang realiti perpaduan yang masih lagi kabur maknanya bagi

rakyat Malaysia. Ia membuatkan kita berfikir sama ada perpaduan kaum di Malaysia benar-

benar muhibah sebagaimana yang sering diwar-warkan ataupun sebaliknya. Jika dilihat dari

sudut yang lain, ia juga mempamerkan tentang sikap prejudis sesuatu kaum terhadap kaum

yang lain yang menghalang mereka daripada membina hubungan yang positif sesama

mereka. Situasi ini akan membantutkan kelancaran misi kerajaan dalam mengintegrasikan

4
masyarakat berbilang etnik di Malaysia menjelang 2020. Melalui pemerhatian terhadap

budaya dan juga pergaulan masyarakat yang dipraktikkan di sekeliling kita, dapat dilihat

bahawa iklan-iklan yang berunsurkan perpaduan kaum ini sebenarnya hanyalah sekadar satu

hiburan bagi mereka. Walaupun terdapat segelintir daripada masyarakat yang peka dan sedar

tentang mesej yang dibawa, namun lebih kecil jumlahnya yang mengamalkan nilai-nilai

murni yang menjurus kepada penyatuan kaum di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa

penerimaan masyarakat terhadap mesej perpaduan daripada iklan-iklan seperti ini tidak

mendapat sokongan yang penuh.

Pengarah bagi iklan ini sedar bahawa untuk menjalin hubungan teruatamanya apabila

melibatkan pelbagai kaum , ia hendaklah bermula daripada kecil lagi. Setelah dewasa jika

tidak diamalkan ia akan jadi seperti anak Lim dan Atan yang tidak bertegur sapa malahan

hampir bergaduh hanya kerana terlanggar antara satu sama lain. Iklan ini memberi kesedaran

tentang pentingnya integrasi antara kaum serta perpaduan kaum merupakan pemboleh ubah

yang penting dalam menentukan kestabilan politik, sosial malah ekonomi di negara kita .

Oleh demikian, iklan-iklan yang membawa mesej perpaduan haruslah mencerminkan

tentang pentingnya penyatuan di antara satu kaum dengan kaum yang lain agar

pembangunan sosial, ekonomi dan insfrastruktur dapat dicapai. Kesedaran seharusnya wujud

dalam diri setiap rakyat Malaysia agar konflik di antara kaum dapat dielakkan dan ini

berupaya merapatkan sebarang jurang yang wujud.

Penggunaan bahasa di dalam iklan ini mudah jelas . Bahasa adalah elemen yang

paling penting dalam iklan. Ini disebabkan bahasa yang akan membentuk persepsi bakal

pengguna , mengubah sikap dan akhirnya mempengaruhi tindakan mereka. Dalam erti kata

yang lainnya iklan akan cuba mengubah pandangan pengguna dan memberi kesedaran

terhadap sesuatu niali murni, dari tidak sedar kepentingan perpaduan kepada kesedaran

5
perpaduan. Jelas menunjukan bahasa yang digunakan dalam iklan ini kreatif dan dapat

menarik semua penonton.

Membawa nilai-nilai positif yang dapat diteladani Iklan-iklan yang membawa mesej

perpaduan di Malaysia seringkali mempunyai pengajaran tentang nilai-nilai positif yang

seharusnya di pupuk di dalam hati setiap rakyat Malaysia tanpa mengira etnik. Iklan ini

dipamerkan dalam suasana yang cukup harmoni dan santai . Antara lain yang menarik di

dalam iklan ini adalah penggunaan muzik latar . Apa yang cuba untuk disampaikan dalam

iklan ini ialah dalam erti berkawan, perbezaan etnik bukanlah menjadi halangan. Jika

diamati dengan teliti, iklan ini dapat memberi impak yang positif kepada penontonnya iaitu

nilai persahabatan yang ditonjolkan.

4. NILAI KREATIVITIF

Di dalam pembikinan sesuatu iklan peranan latar belakang dan warna juga amat

penting. Ia perlu di ambil kira agar ia ditonton dengan perasaan ingin ditonton dan ingin

menonton lagi. Dengan ini mesej yang hendak disampaikan akan mudah difahami dan

dihayati , akhirnya tercapai objektif bagi iklan tersebut. Bagi iklan ini pemilihan latar sebuah

kampung amat sesuai sekali kerana perpaduan di kampung masih lagi kukuh berbanding di

bandar.

Iklan yang berunsurkan perpaduan kaum di negara kita ni memang menarik kerana

banyak elemen-elemen budaya dari pelbagai kaum ditonjolkan kepada masyarakat umum.

Jika dilihat dari aspek kesedaran terhadap pentingnya perpaduan kaum, malangnya kesan itu

hanya sedikit sahaja dan tidak mendalam. Iklan ini yang berteraskan perpaduan kaum ini

dapat membuat kami berasa bangga dengan kepelbagaian kaum yang wujud di negara kita.

6
Iklan perpaduan memang penting untuk mengingatkan dan meningkatkan kesedaran semua

masyarakat. Pada pendapat kami , ada la sikit kesedaran tentang perpaduan kaum daripada

menonton iklan-iklan perpaduan ni. Ia membuatkan kami sedar tentang kepentingan

perpaduan. Daripada iklan ini meunjukkan bahawa ada pihak-pihak yang mengambil berat

mengenai masyarakat Malaysia . Kami rasa ia sangat bagus sebab kami dapat belajar

sesuatu dengan cara yang seronok dan dapat memberi kesedaran tentang pentingnya

perpaduan. Banyak nilai-nilai yang baik yang dapat kita contohi sperti persahabatan dan

kesedaran tentang asal-usul kita.

Tagline yang digunakan bagi iklan ini adalah “ Pahit Manis Sama dirasa . Satu arah

satu Negara”. Tema yang dipilih ini sangat sesuai dan mempunyai makna yang tersirat. Ia

Menunjukkan bahawa setiap apa yang kita ada, perlu dikongsi bersama. Pahit Manis

bermakna apa sahaja keadaan dan perasaan kita ketika itu , kita sama-sama berkongsi

dengan rakan. Contohnya kita bergembira kawan yang berada disamping kita juga berasa

gembira , manakala apabila kita merasa sedih atau kesusahan , kawan baik juga merasa sedih

dan sanggup membantu untuk meringankan kesusahan. Bukannya hanya bersama-sama

kawan bila kawan berada dalam keadaan senang gembira, apabila kita merasa sedih dan

mengalami kesusahan , kawan tersebut meninggalkan kita dalam keadaan yang memerlukan

kawan. Pengarah iklan ini menunjukkan semangat berkawan dan sentiasa memberi

sokongan antara sama lain. Contohnya semasa disengat tebuan, mereka bersama-sama

mengharungi , Param tidak meninggalkan kawan sedangkan dia boleh tinggalkan dengan

menunggang basikal pergi jauh dari situ.

Satu arah satu negara boleh kita tafsirkan sebagai untuk menwujudkan negara yang

aman damai , semua penduduk tanpa mengira kaum perlu bersatu padu. Salah satu untuk

menyerapkan perpaduan dengan penggunaan bahasa yang sama. Iklan ini walaupun pelbagai

7
kaum tetap menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar. Penggunaan bahasa

yang sama boleh mengeratkan ikatan persahabatan antara mereka.

5. PENUTUP

Pada masa sekarang terdapat pihak-pihak yang prihatin dalam mengetengahkan

usaha untuk menyedarkan masyarakat tentang perlunya kita bersatu-padu di dalam sebuah

negara majmuk seperti negara kita . Iklan yang dapat menjadi satu medium penyampaian

mesej perpaduan telah digunakan di negara kita ini seringkali mengandungi nilai pengajaran

yang tinggi agar masyarakat yang menontonnya sedikit sebanyak terkesan dengan mesej

yang dibawa. Namun begitu, usaha seperti ini hanyaakan dilihat sebagai satu hiburan yang

mampu melapangkan fikiran sahaja jika mesej yang begitu penting ini diambil ringan oleh

setiap kaum di Malaysia. Jika iklan-iklan ini ditonton tanpa kehadiran rasa kesedaran di

dalam setiap individu, maka usaha untuk meningkatkan dan memperkukuhkan tahap

perpaduan kaum tidak akan tercapai. Oleh itu, setiap individu tanpa mengira bangsa perlulah

sedar tentang kepentingan penyatuan kaum di Malaysia. Dengan mengimbas dan

menghayati kembali rentetan sejarah kemerdekaan negara kita tentang bagaimana tiga kaum

besar di negara ini iaitu Melayu, Cina dan India bersatu demi mendaulatkan tanah air

perlulah dijadikan tauladan dalam mendepani isu perpaduan kaum di negara kita. Jika

masyarakat menghargai dan menghormati setiap usaha dan keringat yang ditumpahkan oleh

pemimpin generasikemerdekaan iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun

Sambanthan,maka konflik di antara kaum tidak akan timbul.

Iklan yang bertujuan menyampaikan mesej perpaduan adalah sarat dengan nilai-

nilai yang murni. Antaranya ialah sikap muafakat, saling hormat-menghormati, bantu-

8
membantu, semangat setiakawan serta bertolak-ansur dalam interaksi harian. Namun begitu,

mesej-mesej yang begitu bermakna ini tidak akan membawa sebarang kesan yang positif

sekiranya masyarakat tidak mempunyai kesedaran tentang pengamalan nilai-nilai tersebut.

Jadi,dapat disimpulkan di sini bahawa hanya individu yang benar-benar memikirkan dan

mementingkan perpaduan kaum di Malaysia yang akan mendapat kesan yang mendalam

daripada iklan-iklan seperti ini.

Anda mungkin juga menyukai