Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN 201

TINDAKAN 5
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
MENINGKATKAN QUALITI SESI ULANGKAJI PELAJARAN (PREP) PETANG DAN
MALAM BAGI PELAJAR ASRAMA SECARA KOMPREHENSIF.
Disediakan Oleh :
MOHD AJWAD BIN AHMAD
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
1.0 PENDAHULUAN
Sesi ulangkaji ialah sesi pembelajaran tambahan selepas waktu sekolah yang
dikendalikan oleh pelajar itu sendiri. Sesi ulangkaji adalah sesi pembelajaran semula
pelajaran yang telah diajar oleh guru di sekolah oleh murid bagi meningkatkan
pemahaman dan memberi ruang untuk memperbaiki kelemahan semasa belajar di
dalam kelas. Kebiasaannya, waktu ulangkaji adalah waktu untuk seseorang pelajar itu
belajar sendiri tanpa pengawasan seorang guru. Pelajar Asrama ialah pelajar yang
tinggal di penempatan yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Setakat ini, hanya
Sekolah Menengah yang menyediakan asrama terutamanya sekolah berasrama penuh.
Ulangkaji pelajaran (prep) petang dan malam termasuk dalam aktiviti harian bagi pelajar
yang tinggal di asrama. Tujuannya adalah untuk memastikan pelajar mempunyai masa
yang secukupnya untuk menyiapkan kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran.
Sesi ulangkaji pelajaran (prep) yang disalahgunakan oleh pelajar untuk tidur
menyebabkan ia menjadi tidak bermanfaat dan lari dari tujuan asal sesi tersebut
diperkenalkan. Oleh itu, tujuan kertas cadangan ini dibuat adalah untuk membantu
pelajar asrama di Madrasah Idrisiah Bukit Chandan untuk memanfaatkan sesi prep
petang dan malam secara komprehensif. Satu inisiatif telah diambil dengan
memendekkan waktu prep untuk mengatasi masalah ini.
2.0 REFLEKSI PENGALAMAN YANG LALU

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN 201


TINDAKAN 5
Masalah yang berlaku sewaktu prep ialah pelajar akan tidur dimana kerja dan
pembelajaran kendiri tidak dapat disiapkan, Melalui pengalaman saya dalam
mengendalikan pelajar dari sekolah berasrama penuh, kebanyakan pelajar tidak dapat
menyiapkan tugasan yang diberi untuk kerja rumah dimana mereka perlu menyiapkan
kerja sewaktu prep petang dan malam. Masalah saya sebagai guru bahasa melayu
merangkap warden adalah pelajar tidak memanfaatkan waktu prep petang dan malam
yang diberikan dengan efektif. Walaupun sebilangan pelajar memanfaatkan waktu prep
yang diberi, namun terdapat juga sesetengah pelajar menggunakan waktu prep untuk
tidur dan bersembang telah mengakibatkan tujuan utama prep untuk memberikan ruang
kepada pelajar untuk mengulangkaji dan menyiapkan segala tugasan yang telah
diberikan gagal.
Sebagai guru, saya perlu memastikan setiap pelajar memanfaatkan setiap masa yang
telah diberikan. Di sini saya akan menfokuskan kepada beberapa masalah yang telah
saya dapat kenal pasti pada pelajar dari Madrasah Idrisiah Bukit Chandan iaitu kerap
tidur. Mereka kerap tidur pada waktu yang ditetapkan untuk mengulangkaji pelajaran.
Mereka bersembang, tidur dan tidak fokus sewaktu mengulangkaji pelajaran. Antara
masalah yang paling kritikal adalah tidur sewaktu prep dan memberi alasan bahawa
penat dan waktu prep yang tidak bersesuaian.
Pada pendapat saya, waktu prep petang adalah tidak releven dan membebankan pelajar
itu sendiri. Ini kerana selepas sesi persekolahan yang panjang, mereka masih tidak
dibenarkan berehat. Walau bagaimanapun, ini bukanlah alasan untuk para pelajar
menyalahgunakan waktu prep. Selain itu, kurangnya pemantauan dari warden juga
menyebabkan pelajar menggunakan kesempatan tersebut untuk tidur.
Jesteru, saya berfikir bagaimana saya mampu untuk membantu pelajar asrama ini agar
dapat mengunakan waktu prep petang dan malam dengan berkesan. Setelah melakukan
sedikit penyelidikan, tidak ada lagi kajian yang telah dibuat mengenai masalah ini. Oleh

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN 201


TINDAKAN 5
demikian,

saya

berpendapat

bahawa

beberapa

langkah

perlu

diambil

untuk

menyelesaikan masalah ini. Antaranya ialah dengan pemeriksaan berkala oleh warden
bertugas dan melantik salah seorang pelajar untuk menjadi ketua prep untuk
melaporkan sebarang aktiviti pelajar. Oleh itu, saya memutuskan untuk menggunakan
kaedah pemantauan berkala oleh warden dalam meningkatkan tahap keberkesanan
pelajar dalam mengulangkaji pelajaran.
3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN
3.1 FOKUS KAJIAN
Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya, namun
untuk kajian tindakan ini, saya akan menfokuskan kepada masalah kerap tidur di waktu
prep. Saya dapati bahawa pelajar pelajar ini tidak mempunyai motivasi untuk melakukan
kerja kerja yang berfaedah pada waktu prep. Salah satu keperluan akademik di sekolah
ialah dengan menghadiri prep pada waktu yang telah ditetapkan. Namun, pelajar
memilih waktu prep ini dengan tidur dan tidak mengunakan kesempatan yang telah
diberikan dengan sebaiknya.
Untuk kajian ini, saya memberi fokus kepada pelajar asrama tingkatan satu lelaki iaitu
dari kelas Ibnu Khaldun, Ibnu Sina,Ibnu rushd dan Ibnu Taimiyyah. Rajah 1 menunjukkan
keadaan pelajar terbabit sebelum pelaksanaan tindakan. Tinjauan awal saya mendapati
bahawa kesemua pelajar ini mempunyai tabiat yang sama iaitu tidur pada waktu prep.
Tidur pada waktu prep dikatakan supaya dapat memulihkan kembali badan yang penat
akibat sesi pembelajaran yang berpanjangan supaya mereka lebih bertenaga dan
bermaya untuk melakukan aktiviti lain pada waktu petang.. Kebanyakan pelajar
mengambil ringan dan tidak memandang perkara ini sebagai serius kerana tiada
pemantauan yang efektif dari kalangan warden..

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN 201


TINDAKAN 5

Rajah 1: Dua pelajar sedang tidur pada waktu prep yang menjadi masalah utama dalam
kajian ini.
Masalah bersembang sehingga larut malam, pengaruh rakan sebaya dan tidak berminat
untuk mengulangkaji menyebabkan pelajar kurang memberikan tumpuan ketika
mengulangkaji pelajaran pada prep petang dan malam. Hal ini menyebabkan prep
petang dan malam tidak komprehensif kerana pelajar tidak menggunakan masa dengan
betul dan mengakibatkan kerja tidak dapat menyelesaikan kerja yang telah diberikan.
Keletihan yang melampau juga punca pelajar menggunakan masa prep untuk tidur bagi
merehatkan badan selepas sesi persekolahan yang meletihkan pada sebelah pagi.
Seharusnya pelajar diberikan masa yang cukup untuk berehat bagi menggelakkan
mereka tidur pada waktu prep. Ini adalah kerana mereka merasakan masa mereka untuk
berehat adalah tidak cukup mengakibbatkan mereka tidur pada waktu prep. Masa prep
yang panjang juga menyebabkan pelajar berasa bosan dan bersembang sesama sendiri
bagi menghilangkan rasa bosan.
3.2 TINJAUAN MASALAH
Tujuan saya menjalankan kajian ini adalah untuk merancang tindakan bagi mengatasi
masalah pembelajaran ulangkaji (prep) yang tidak komprehensif, masalah ini
dikenalpasti dalam kalangan pelajar Madrasah Idrisiah Bukit Chandan iaitu melibatkan

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN 201


TINDAKAN 5
empat buah kelas. Saya telah memilih untuk menggunakan kaedah pemerhatian secara
berkala oleh warden pada masa prep.
Untuk tujuan mengenalpasti masalah dalam kajian ini, saya telah menggunakan
beberapa alat kajian yang dapat membantu saya membuktikan masalah ini benar-benar
wujud. Alat kajian yang saya gunakan dalam kajian ini ialah:
Pemerhatian
Pemerhatian dilaksanakan untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam

bilik prep dan mengesahkan masalah yang dikenalpasti. Pemerhatian merupakan teknik
berkesan dalam pengumpulan data. Pemerhatian dibuat secara berstuktur dengan
menggunakan senarai semak supaya lebh mudah untuk dianalisis, saya melakukan
pemerhatian dengan memantau aktiviti pelajar sewaktu di dalam kelas prep samada
bersembang, tidur dan mengulangkaji pelajaran.
Analisis pemerhatian adalah seperti berikut:
Masalah
1. Bersembang
2. Tidur
3. bermain
4. ponteng Prep
5.
6.
7.

Ibn Khaldun

Ibn Sina

Ibn Rushd

Ibn Taimiyyah

Anda mungkin juga menyukai