Anda di halaman 1dari 24

Buku Skrap

Sains
Fenomena Geobencana
Tingkatan 1

Nama : Karl Darwish Bin Farizsham Syahril


Kelas : Tingkatan 1 Bijaksana

0
Isi Kandungan Muka surat

1. Penghargaan 2

2. Pendahuluan 3

3. Objektif kajian 4

4. Rumusan 12

5. Rujukan 13

1
1.0 PENGHARGAAN

Bersyukur saya kepada Tuhan kerana dengan keizinanNya dapat saya

menyiapkan tugasan buku skrap Sains ini. Saya ingin mengucapkan jutaan

terima kasih kepada cikgu Sains saya iaitu Puan Fatimah bt Nazar. Beliau

banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya. Selain itu, saya juga

ingin merakamkan penghargaan kepada ibu bapa saya yang banyak membantu

saya menyiapkan buku skrap Sains ini. Di samping itu, tidak lupa kepada rakan-

rakan seperjuangan yang bersama-sama bersusah payah dan sudi membuat

perbincangan untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan buku skrap Sains ini.

Sekian, terima kasih.

2
2.0 PENDAHULUAN

Assalamualaikum

Dalam tugasan buku skrap Sains ini saya akan menerangkan tentang beberapa

pekara tentang ‘Fenomena Geosains’. Antara yang akan saya terangkan dan

huraikan lebih lanjut dalam buku skrap Sains ini ialah :-

1. Gambar berkaitan geobencana

2. Keratan akhbar berkaitan geobencana

3. Sains dan teknologi untuk menghadapi geobencana

4. Kesan-kesan geobencana

Menurut Doktor Djauhari Noor, 2011 dalam bukunya “Bencana Geologi” ,

Geo-Bencana bermaksud semua jenis bencana alam yang melibatkan dan

diakibatkan oleh proses-proses geologi baik bersifat endogenik maupun

eksogenik dan dapat menimbulkan bahaya bagi kehidupan manusia

Contoh bencana geologi antara lain; Tanah longsor, Erupsi gunung api, Gempa

bumi, Subsidence (amblesan), dan Sinkhole.

3
3.0 Objektif Tugasan

Tugasan saya ini akan menghuraikan dengan lebih lanjut tentang Geo-Bencana

objektif seperti berikut:

3.1 Menyediakan Gambar berkaitan geobencana ( contoh-contohdan jenis

bencana)

3.2 Membentangkan Keratan akhbar berkaitan geobencana

3.3 Huraian berkaitan Sains dan teknologi untuk menghadapi geobencana

3.4 Rumusan Kesan-kesan geobencana

4
4.0 Definisi Geo-Bencana

Secara umumnya, ‘Geo-bencana’ adalah malapetaka jenis geologi atau

hidrologi yang boleh mengakibatkan kerugian dan kerosakan harta benda.

Mengikut United Nation International Strategy for Disaster Reduction

(UNISDR), ‘Geo-bencana’ ditakrifkan sebagai-

“ Proses semula jadi bumi/fenomena yang boleh menyebabkan pengorbanan

nyawa, kerosakan harta benda, gangguan sosial dan ekonomi ataupun

kemerosotan alam sekitar. Bencana geologi atau pun dikenali sebagai geo-

bencana merangkumi proses dalaman bumi, seperti gempa bumi, aktiviti

kegagalan geologi (geological fault activity), tsunami, aktiviti gunung berapi.

Proses fuaran seperti tanah runtuh, rockslides, rock falls or avalanches, surfaces

collapses, expansive soils and debris or mud flows. Bencana jenis geologikal

boleh merupakan kejadian tunggal atau berterusan”

5
5.1 Gambar berkaitan geobencana ( contoh-contohdan jenis bencana)

Geo-bencana ataupun dengan kata lain bencana alam adalah kesan buruk

daripada kejadian atau gabungan aktiviti semula jadi, seperti letusan gunung

berapi, gempa bumi, tanah runtuh, taufan) dan aktiviti manusia. Disebabkan

kekerdilan sifat manusia, bencana alam sering menyebabkan keadaan darurat,

sehingga menyebabkan kerugian kewangan dan struktur, malah sampai

kematian. Kerugian ini bergantung kepada kemampuan untuk mengelak atau

menghindari bencana dan ketahanan mereka . Pemahaman ini berkaitan dengan

pernyataan: "bencana muncul apabila ancaman bahaya bertemu dengan

ketidakupayaan". Maka, aktiviti alam yang berbahaya tidak akan menjadi

bencana alam di kawasan tanpa ketidakupayaan manusia, contohnya gempa

bumi di wilayah tak berpenghuni seperti gurun. Jadi, penggunaan istilah "alam"

juga ditentang kerana peristiwa tersebut tidak akan bahaya jika tanpa

penglibatan manusia secara langsung mahupun tidak. Kebarangkalian untuk

kerugian juga bergantung kepada bentuk bahaya itu sendiri, bermula dari

kebakaran, yang mengancam bangunan orang perseorangan, hingga peristiwa

hentaman meteor besar yang berupaya memadam ketamadunan manusia.

6
5.2 Gambar berkaitan geobencana ( Banjir)

7
Definisi Banjir

Aliran air yang banyak yang melimpah keluar daripada tebing (sama ada saliran

semula jadi atau pun saliran buatan manusia) dalam mana-mana bahagian anak

sungai, sungai, kuala, kolam atau empangan dan air larian permukaan sebelum

memasuki saliran (Guidelines and Procedure for the Assessment of Flood

Damages in Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran (PS) Malaysia, 2003).

5.3 Gambar berkaitan geobencana (Tanah Runtuh)

8
9
Definisi Tanah

Runtuh

Gelinciran

tanah yang

menyebabkan bahan-bahan pembentuk cerun (batuan, tanah, bahan tambakan

atau gabungan bahan-bahan tersebut) bergerak menuruni atau keluar dari cerun.

Bahan-bahan pembentuk cerun ini bergerak secara jatuhan, terbalikan,

gelinciran, rebakan, rayapan atau aliran.

5.4 Gambar berkaitan geobencana (Kebakaran Hutan)

10
Definisi Kebakaran Hutan

Berdasarkan rujukan di laman web

http://www:state.sd.us/DOA/Sfire/glossary.htm yang dilayari pada 1 Feb. 2008,

kebakaran hutan didefinisikan sebagai kebakaran yang tidak terkawal di

kawasan hutan.

5.5 Gambar berkaitan geobencana (Pemanasan Global)

11
Pemanasan global atau pemanasan sejagat berkaitan dengan peningkatan suhu

dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut

benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas

menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku

dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh

100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.

12
5.6 Gambar berkaitan geobencana (Volkanisme)

Gunung berapi ialah bukaan, atau rekahan, pada permukaan atau kerak Bumi,

yang membenarkan gas, abu, dan batu cair yang panas bebas jauh di dalam

bawah permukaan bumi. Aktiviti gunung berapi membabitkan penyemperitan

batu yang cenderung membentuk gunung atau ciri-ciri berbentuk gunung

melalui tempoh masa.

13
5.7 Gambar berkaitan geobencana (Gempa bumi)

Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan

oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi

berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk

geseran batu, tiba-tiba terlepas.

Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala Richter.

Gempa bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan berdasarkan saiznya

berdasarkan skala Richter. Gempa bumi juga boleh diukur dengan

menggunakan ukuran Skala Mercalli. Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua

di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya.

14
6.0 Keratan akhbar berkaitan geobencana

6.1 Banjir

15
6.2 Tanah Runtuh

16
6.3 Kebakaran Hutan

6.4 Pemanasan Global


17
6.7 Volkanisme

18
6.8 Gempa bumi

19
7.0 Sains dan teknologi untuk menghadapi geobencana

8.0 Kesan-kesan geobencana

20
RUMUSAN

Kejadian fenomena Goe-bencana yang berlaku di negara kita meskipun tidak

sekerap di negara lain tetap membimbangkan kita kerana kesan negatifnya

amat buruk. Terdapat beberapa kesan negatif kejadian bencana alam di negara

kita.

Antaranya, membawa kerugian kepada negara. Bencana alam seperti banjir

akan memusnahkan pembangunan yang telah dilakukan oleh kerajaan.

Kerosakkan harta benda juga menyebabkan induvidu terpaksa menanggung

kerugian yang besar. Bagi membangunkan semula bangunan atau petempatan

yang musnah, kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi.

Selain itu, bencana alam juga menjejaskan kesihatan mangsa. Hal ini kerana,

ketika berlakunya kejadian bencana alam seperti fenomena banjir yang

berlarutan, bekalan air bersih akan semakin berkurangan. Kekurangan air bersih

ini menyebabkan mangsa banjir terdedah kepada pelbagai jenis penyakit seperti

penyakit taun, cacar air, dan Kolera. Fenomena kemarau juga boleh

menyebabkan seseorang menghidap penyakit kulit atau deman.

Di samping itu, bencana alam turut memberi kesan kepada kemusnahan flora

dan fauna. Kejadian bencana alam seperti pembakaran hutan akan menjejaskan

21
ekosistem flora dan fauna yang menjadi khazanah negara. Kemusnahan pokok-

pokok akan mengambil masa yang lama untuk subur dan hidup kembali.

Kepupusan flora dan fauna akan merugikan generasi akan datang kerana tidak

berpeluang melihat keindahan flora dan fauna pada masa kini.

Seterusnya, bencana alam juga boleh mencemarkan alam sekitar. Ketika

fenomena banjir berlaku, sisa kumbahan dan benda-benda beracun serta bangkai

binatang akan terapung bersama-sama aliran air. Hal ini akan menyebabkan

berlakunya pencemaran air yang akan menjejaskan kehidupan induvidu.

Pencemaran bau juga akan menyebabkan mangsa banjir berasa tidak selesa.

Kesan berikutnya, bencana alam boleh menjejaskan sumber bekalan

makanan. Hal ini kerana, apabila bencana alam berlaku, sumber bekalan mentah

tidak dapat dihantar ke kawasan bencana kerana berlaku kesulitan seperti sistem

perhubungan yang rosak dan sebagainya. Berikutan itu, bekalan makanan sedia

ada akan semakin berkurangan dari hari ke hari. Situasi ini akan menyebabkan

mangsa banjir berada dalam keadaan kelaparan.

Kesimpulannya, bencana alam sememangnya membawa pelbagai kesan

negatif kepada mangsa. Oleh itu semua pihak perlulah turun padang dan

menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa bencana alam.

22
RUJUKAN

Internet

http://jpspn.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/102

http://azkiahan.blogspot.my/2013/03/menjaga-kebersihan.html

http://jpspn.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/106

https://www.malaysian-ghost-research.org/pengurusan-sisa-pepejal-domestik/

http://www.dbkl.gov.my/index.php?

option=com_content&view=article&id=41&Itemid=262&lang=ms

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sains_&_Teknologi/20130930/st_01/Mengur

us-sisa-pepejal-secara-bijak

Buku

Buku Teks Geografi Tingkatan 1

23

Anda mungkin juga menyukai