Anda di halaman 1dari 4

SULAIMAN BIN ABDUL MALIK

(96-99 Hijrah / 714-717 Masihi)

Nama lengkap Sulaiman Bin Abdul Malik ialah Sulaiman bin Abdul Malik bin Marwan
bin Hakam bin Abi Ash, panggilannya adalah Abu Ayub. Beliau lahir di Madinah pada tahun 54
Hijrah. Dia menjadi Khalifah Bani Umaiyyah, dia membebaskan para tawanan, mengosongkan
penjara-penjara dari para tahanan, memberikan keampunan kepada orang yang melakukan
jenayah dan melayan mereka dengan baik. Wilayah yang ditakluki pada masa pemerintahannya
adalah kota-kota di Shaqliyah, Jurjan, Thabristan dan kota-kota di Andalusia. Dia juga pernah
berusaha untuk menakluki Constantinople. Selain itu, dia juga menyempurnakan pembangunan
Masjid Al Umawi di Damaskus yang telah dimulakan oleh saudaranya iaitu Khalifah Walid bin
Abdul Malik. Dia menurunkan Hajjaj dari jawatannya dan melantik Umar bin Abdul Aziz
sebagai wakilnya. Dia melarang muzik dan melarang orang memainkannya.

Slide 6: PENGENALAN

 Baginda adalah seorang yang mengkagumi kekacakan diri baginda sendiri.

 Adapun tentang sifat-sifat kejiwaan baginda, ahli-ahli sejarah Islam mengatakan........


Perkara-perkara yang paling baginda minat sekali ialah memakan makanan dan minuman
yang lazat-lazat serta berhibur.

Slide 8: PERLANTIKAN SULAIMAN BIN ABDUL MALIK

 Khalifah Abdul Malik bin Marwan sebelum wafat telah menetapkan dua orang putera
baginda untuk menjadi khalifah secara bergilir-gilir meskipun baginda mempunyai lebih dari
dua orang putera. Mereka ialah al-Walid sebagai Putera Mahkota pertama, kemudian baru
Sulaiman sebagai Putera Mahkota kedua.

 Telah merancang untuk menyingkirkan adik baginda Sulaiman bin Abdul Malik daripada
jawatan Putera Mahkota dan diganti dengan putera baginda sendiri. Diriwayatkan bahawa

Sulaiman Bin Abdul Malik | 1


putera Khalifah al-Walid bernama al-Abbas iaitu putera sulung baginda sebagai Putera
Mahkota. Al-Abbas ialah putera baginda daripada salah seorang jariah baginda. Riwayat lain
mengatakan putera baginda bernama Abdul Aziz.

 Ketika Khalifah al-Walid bin Abdul Malik meluahkan hasrat baginda ini, para tokoh yang
berada di sisi baginda hanyalah al-Hajjaj bin Yusuf ath-Thaqafi dari kalangan para pembesar
kerajaan dan Umar bin Abdul Aziz yang menjawat jawatan gabenor Hijaz yang beribu
pejabat di kota Madinah.

 Al-Hajjaj bin Yusuf ath-Thaqafi sangat memberi sokongan terhadap hasrat hati Khalifah al-
Walid bin Abdul Malik itu. Tetapi Umar bin Abdul Aziz telah menyatakan ketidaksukaan
beliau di dalam perkara itu. Ini bukanlah kerana Umar bin Abdul Aziz menyukai Sulaiman
bin Abdul Malik dilantik menjadi khalifah, tetapi disebabkan beliau tidak menyukai penipuan
dan perbuatan mungkir janji. Umar bin Abdul Aziz sangat mencintai kejujuran dan tidak
suka kepada perbuatan mungkir janji dan berkhianat. Kalau persetujuan asal yang dibuat oleh
Khalifah Abdul Malik bin Marwan bahawa Putera Mahkota adalah dua orang dan silih
berganti bermula dengan al-Walid, kemudian Sulaiman, maka perkara itu hendaklah
ditunaikan

 Namun Khalifah al-Walid bin Abdul Malik tetap berkeras dengan kehendak hati baginda itu.
Baginda mengumumkan al-Abbas atau Abdul Aziz sebagai Putera Mahkota dan bakal
khalifah setelah kewafatan baginda. Tetapi Allah Taala mengkehendaki yang lain. Al-Abbas
atau Abdul Aziz tidak ditakdirkan akan menjadi khalifah.

 Khalifah al-Walid bin Abdul Malik kemudiannya telah mengubah fikiran dengan
membatalkan perlantikan al-Abbas atau Abdul Aziz sebagai Putera Mahkota disebabkan
bantahan daripada Umar bin Abdul Aziz itu.

 Disebabkan itu sebaik sahaja Khalifah al-Walid bin Abdul Malik wafat, maka orang ramai
telah melantik Sulaiman bin Abdul Malik menjadi khalifah bani umayyah yang ketujuh
menggantikan tempat khalifah al-Walid bin Abdul Malik.

Sulaiman Bin Abdul Malik | 2


Slide 12: PEMERINTAHAN KHALIFAH SULAIMAN BIN ABDUL MALIK

Apakah langkah-langkah atau tindakan pertama yang diambil oleh Khalifah Sulaiman bin
Abdul Malik di dalam melaksanakan pentadbiran negara?

Mengikut apa yang ditulis oleh para sejarawan Islam bahawa sebaik sahaja dilantik
menjadi khalifah, Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik tidak memikirkan soal-soal pentadbiran,
soal meluaskan empayar, soal nasib rakyat, soal kebajikan umat, tetapi apa yang sedang
bersarang di dalam kepala baginda ialah mahu menghukum atau menghapus para tokoh yang
berkomplot untuk melucutkan baginda daripada jawatan Putera Mahkota seterusnya jawatan
khalifah dan seorang tokoh yang ingkar perintah baginda.

Slide 15: KEWAFATAN SULAIMAN BIN ABDUL MALIK

 Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik wafat pada 10 hb Safar tahun 99 Hijrah bersamaan 717
Masihi pada hari Jumaat setelah memerintah selama kira-kira 2 tahun 8 bulan sahaja bermula
dari tahun 96 Hijrah bersamaan 714 Masihi.

 Tentang bagaimana baginda wafat, terdapat dua riwayat. Riwayat pertama mengatakan
baginda wafat adalah disebabkan terlalu kekenyangan. Memang sejarah mashyur sekali
mengatakan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik adalah seorang khalifah yang sangat suka
kepada makanan dan minuman yang lazat-lazat dan apabila makan dan minum baginda akan
makan dan minum dengan banyak dan berlebih-lebihan. Setiap hari baginda akan makan dan
minum dengan banyaknya kerana baginda adalah seorang yang kuat makan. Tetapi baginda
tidak sakit atau mati. Namun disebabkan ajal baginda sudah sampai, maka hidangan yang
terakhir baginda makan telah membawa kepada ajal baginda kerana sangat kekenyangan.
Inilah riwayat yang diterima ramai.

 Manakala riwayat yang kedua mengatakan baginda wafat bukan bersabit kerana terlalu
banyak makan dan minum, tetapi disebabkan oleh ajal telah sampai. Diceritakan Khalifah
Sulaiman bin Abdul Malik wafat seminggu setelah baginda pulang dari mengiringi satu
jenazah rakyat baginda di daerah Dabiq yang dimakamkan di dalam sebuah kebun. Ketika di
tempat pengkebumian rakyat baginda itu, dikatakan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik

Sulaiman Bin Abdul Malik | 3


telah mengambil sedikit tanah di perkuburan itu dan berkata, “Alangkah bagusnya tanahnya
ini dan alangkah wanginya tanah ini.” Seminggu kemudian iaitu pada hari Jumaat, Khalifah
Sulaiman bin Abdul Malik lalu wafat dan jenazah baginda disemadikan berhampiran dengan
kubur orang yang baginda ziarah itu.

 Sebelum wafat, Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik telah mewasiatkan agar Umar bin Abdul
Aziz saudara sepupu baginda dilantik menjadi khalifah menggantikan tempat baginda.
Baginda melantik Umar bin Abdul Aziz adalah di atas nasihat penasihat atau menteri baginda
yang bernama Raja’ bin Haiwah, yang merupakan seorang tokoh politik yang pintar, juga
adalah seorang ulama’ yang sangat alim dan wara’.

Sulaiman Bin Abdul Malik | 4

Anda mungkin juga menyukai