Anda di halaman 1dari 2

Kisah Balqis Raja Saba’

Kalam suci Allah SWT yang bermukjizat telah merakamkan kisah Raja Balqis dalam surah

An-Naml iaitu ayat 23 hingga 44. Kebenaran kisah yang dirakamkan oleh Al-quran tidak

dapat dinafikan lagi. Namun begitu terdapat ahli mufassir menukilkan israi’liyat ketika

mentafsirkan firman Allah SWT:

َ ُ‫َوإِ ِّنى مُرْ سِ لَ ٌة إِلَي ِْهم ِب َه ِد َّي ٍة َف َناظِ َر ۢةٌ ِب َم َيرْ ِج ُع ْٱلمُرْ َسل‬
‫ون‬

Maksudnya: Dan sesungguhnya aku akan mengirim utusan kepada mereka dengan

(membawa) hadiah, dan (aku akan) menunggu apa yang akan dibawa kembali oleh utusan-

utusan itu". (Surah An-Naml: 35)

Ayat di atas jelas memberitahu bahawa Raja Balqis memberi hadiah kepada Nabi Sulaiman

sebagai inisiatif untuk melunakkan hati baginda setelah beliau mendapat surat yang

dianggap mempunyai unsur ugutan dari burung hud-hud (Miftah Yusufpati, 2020). Walau

bagaimanapun penerapan unsur isra’liyat mendorong para mufassir melakukan perkara

yang sia-sia dengan menghuraikan kalimah bihadiyah dengan lebih terperinci. Menurut kitab

karangan Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah, al-Baghdawi menyatakan hadiah

tersebut merupakan hamba lelaki dan hamba perempuan, manakala Mujahid menghuraikan

pakaian yang dipakai oleh hamba perempuan daripada pakaian lelaki dan sebaliknya pula

kepada hamba lelaki.


Dalam pada itu, Wahab turut memperincikan jumlah bilangan hamba-hamba yang diutuskan

seraya pengangkutan yang dinaiki oleh mereka. Misalnya hamba lelaki menunggang kuda

dan hamba perempuan menaiki keldai betina sambil dipakaikan pakaian yang hodoh.

Lanjutan daripada itu,Ratu balqis turut menghadiahkan AS 500 beberapa ketulan emas,

perak, wangian dan permata yang berkilauan seraya memasukan ke dalam beg. Sepucuk

surat diberikan kepada Nabi Sulaiman yang tertera “jika engkau seorang nabi, bezakan

antara hamba lelaki dan perempuan serta nyatakan apa yang ada dalam beg itu sebelum

engkau membukanya” (Muhammad…). Wahab turut meriwayatkan bahawa baginda

mengarahkan jin untuk menaburkan ketulan emas dan perak di atas tanah lapang sejauh

Sembilan farsakh ( berapa km?). Setelah itu, Nabi Sulaiman mengarahkan burung dan

binatang berbaris memanjang di hadapannya. Tibanya utusan-utusan tersebut, mereka

terjatuh dan membalingkan hadiah yang dibawa. Tatkala itu, baginda menyeru jin, syaitan

dan tanah untuk menjawab soalan Raja Balqis.

Kornologi kisah israiliyat yang menyatakan Nabi Sulaiman mengarahkan jin dan haiwan

adalah benar kerana baginda merupakan raja segala makhluk. Surah apaaaa Akan tetapi

kisah ketulan emas dan perak di taburkan di atas muka bumi sejauh 9 farsakh adalah

mustahil

Anda mungkin juga menyukai