Anda di halaman 1dari 5

DEFINISI PEMBERSIHAN ETNIK

Pembersihan etnik beerti memaksa kumpulan etnik lain keluar dari kediaman dan kawasan yang diduduki
mereka, dan sekiranya mereka enggan, mereka akan dibunuh. Tujuanya adalah mendominasi Kawasan
tersebut untuk kepentingan kumpulan etnik tertentu.Puak Serb di Bosnia berubah kepada pembersihan etnik
sebagai salah satu cara untuk menghapuskan kumpulan etnik pembangkang. Diertikan sebagai ``pemindaan
paksa kumpulan etnik dari sesuatu wilayah, disertai dengan pembunuhan dan pelanggaran hak
manusia”GoldsteinSerbs.

PEMBERSIHAN ETNIK DI BOSNIA

Isu pembersihan etnik di Bosnia sudah tidak asing dalam perbualan masyarakat setempat sejak beberapa
dekad yang lalu. Umat Islam di Eropah dianggap seperti kuman yang perlu dihapuskan segera. Mereka terus
ditindas oleh sikap ketidakadilan pemimpin di negara sendiri secara terang-terangan di mata dunia. Adapun
yang menyedari kesengsaraan mereka yang ditindas sejak berdekad yang lalu, namun nilai prihatin dan
empati yang semakin terhakis dalam diri masyarakat menjadikan isu ini sering dipandang enteng.

Yugoslavia merupakan negara yang terletak di tenggara Eropah di semenanjung Balkan. Yugoslavia terdiri
daripada enam buah republik iaitu Serbia, Croatia, Bosnia-Herzegovina, Macedonia, Monte-Negro, Slovenia
dan dua lagi kawasan autonomi iaitu Vojvodina dan Kosovo.

Kebanyakan penduduk Muslim tinggal di Bosnia-Herzegovina dan Kosovo. Yugoslavia pada masa kini
sebenarnya adalah negara baru yang terbentuk hasil daripada kejatuhan empayar Austria-Hungary dan
empayar Turki Uthmaniyyah selepas Perang Dunia Pertama pada tahun 1918. Dari awal abad ke-6 sehingga
abad ke-9, penduduk asal tenggara Eropah adalah kaum Slav yang berpindah ke situ. Kawasan ini
kemudiannya ditakluk oleh pelbagai kerajaan dari negara-negara yang terdekat. Walaupun berbagai-bagai
kerajaan yang memerintah, namun pengaruh gereja kekal sejak dahulu. Fahaman Kristian Katolik dibawa oleh
orang-orang dari kerajaan Rom manakala fahaman Kristian Ortodoks dibawa oleh orang-orang dari kerajaan
Byzantine.

Perebutan pengaruh ini menyebabkan penduduk di situ terpaksa memeluk salah satu daripada kedua-dua
fahaman ini. Walaubagaimanapun wujud golongan yang tidak mahu menganut kedua-dua fahaman tersebut
dan melarikan diri ke kawasan perbukitan Bosnia-Herzegovina. Mereka bertemu dengan penduduk yang
menganut kepercayaan ‘Bogomil’ di kawasan itu. Penduduk ‘Bogomil’ ini dianggap sesat oleh gereja Katolik
kerana tidak bersetuju dengan konsep trinity dalam agama Kristian.
Pada tahun 1389, tentera Uthmaniyyah mengambil alih kawasan Ortodoks dan menegakkan hukum Islam
serta kebebasan beragama. Pada ketika itu, ramai yang memeluk agama Islam dan bermulalah kebangkitan
kerajaan Islam Uthmaniyyah setelah pembukaan kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fateh pada
tahun 1453. Sepuluh tahun kemudian, Jeneral Mahmud Basha di bawah arahan Sultan Muhammad al-Fateh
mengetuai tentera Uthmaniyyah ke Bosnia. Pada tahun 1492, seluruh kawasan Bosnia-Herzegovina ditakluki
oleh kerajaan Uthmaniyyah. Penaklukan ini turut disertai dengan pengislaman secara sukarela oleh puak
Bogomil secara beramai-ramai dan paksaan terhadap orang Kristian untuk memeluk Islam.

Orang Bosniak moden yang dirujuk sebagai orang Muslim Bosnia berketurunan daripada mualaf Bosnia abad
ke-15 yang hidup di bawah kerajaan Turki Uthmaniyyah. Orang Bosniak moden kebanyakannya menganuti
agama Islam Sunnah Wal Jamaah walaupun mengikut sejarah, aliran Tasawwuf telah menular lebih pesat di
negara itu. Statistik yang boleh dipercayai tentang bilangan tepat penganut agama Islam di Bosnia tidak dapat
diperoleh sejak tahun 1991 akibat perang yang berlaku.

Di Bosnia dan Herzegovina, terdapat lapan orang mufti yang ditempatkan di bandar-bandar utama di seluruh
negara iaitu Sarajevo, Bihac, Travnik, Tuzla, Gorazde, Zenica, Mostar dan Banja Luka. Pemimpin komuniti
Islam di Bosnia-Herzegovina ialah Mustafa Ceric dan tokoh-tokoh yang berusaha untuk menyebarkan
pengetahuan Islam tradisional dalam kalangan Bosniak moden termasuk Muhamed Porca dan Nezim
Halilovic.

Menurut Laporan Pembangunan Manusia (2002) yang dibuat oleh United Nations Development Programme
(UNDP), majoriti penduduk di Bosnia dan Herzegovina adalah orang Muslim Bosnia iaitu lebih kurang
50%daripada keseluruhan penduduk di Bosnia-Herzegovina. Penganut-penganut agama lain yang wujud di
Bosnia adalah penganut agama Kristian Gereja Ortodoks Serbia, penganut agama Kristian Gereja Roman
Katolik, penduduk yang berpegang kepada fahaman Atheisme dan komuniti kecil Yahudi..

Akhir abad ke-17, bermula zaman kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah yang disebabkan oleh rasuah dalaman
dan serangan musuh luar yang berterusan. Pada tahun 1683, tentera Uthmaniyyah telah tewas di Gates of
Vienna dan terpaksa berundur ke arah selatan dan timur pada tahun 1699. Hal ini menyebabkan kerajaan
Uthmaniyyah kehilangan kawasan taklukan di utara Sungai Sava dan Danube serta barat Sungai Una dan
Sana. Umat Islam terpaksa berpindah ke sempadan jajahan Uthmaniyyah kerana diburu oleh orang Kristian,
manakala yang tidak mampu berpindah untuk melarikan diri dipaksa untuk menukar agama ataupun
dibunuh.
Selepas tewas dalam perang Russia-Turki pada tahun 1878, kerajaan Uthmaniyyah terpaksa menyerahkan
urusan pentadbiran Bosnia-Herzegovina kepada kuasa monarki Austria-Hungary seperti yang dipersetujui
dalam Perjanjian Berlin. Bosnia-Herzegovina masih lagi menjadi wilayah taklukan kerajaan Turki Uthmaniyyah
hanya pada nama sehingga diambil alih secara rasmi pada tahun 1908. Kongres Perjanjian Berlin seterusnya
menetapkan bahawa umat Islam di Bosnia dan Herzegovina diberi kebebasan untuk mengamalkan agama
serta urusan-urusan keagamaan seperti pusat-pusat agama, hal ehwal pendidikan, urusan harta wakaf,
institusi kekeluargaan dan pengamalan individu. Seorang ketua ulama’ dilantik bagi mengetuai urusan
keagamaan umat Islam di situ.

Pada tahun 1941, Jeneral Draza Mhaijlovic, Ketua Tentera Diraja Yugoslavia mengisytiharkan pembersihan
‘Kanser Islam’ dengan menghapuskan saki-baki penduduk muslim di Eropah. Rentetan itu, berlaku
pembunuhan umat Islam beramai-ramai secara sistematik dan kejam.

Semua perkampungan dan rumah umat Islam diceroboh. Pelbagai perbuatan kejam dilakukan terhadap
mereka seperti kaum lelaki ditelanjangkan, diseksa dan diarak di hadapan ahli keluarga sebelum dibunuh.
Kaum wanita dan anak-anak perempuan dirogol berkali-kali di hadapan ahli keluarga yang kemudiannya
dihentak kepala mereka. Selepas itu, mereka akan dikuburkan hidup-hidup. Lebih parah lagi apabila telinga
mereka dipotong dan dibiarkan dilahap oleh anjing buas yang kelaparan.

Selepas Perang Dunia Kedua, Yugoslavia diambil alih oleh Parti Komunis yang diketuai oleh Josip Broz Tito.
Yugoslavia bertukar menjadi ‘Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia’. Kerajaan baharu itu serta merta
mengambil alih segala bentuk pengeluaran, ekonomi dan perhubungan. Kerajaan ini telah menjalankan
pentadbiran berpusat yang akan ditadbir oleh sebuah parti sahaja. Parti-parti yang lain termasuk Mladi
Muslimani juga diharamkan.

Josip Broz Tito meyakinkan puak Serb bahawa orang Muslim Bosnia adalah musuh agama Kristian yang perlu
dihapuskan dari tanah Yugoslavia. Hal in kerana kebanyakan orang Muslim Bosnia dahulunya sanggup keluar
dari agama Kristian dan memeluk Islam semata-mata untuk mengelakkan diri daripada ditindas oleh tentera
Uthmaniyyah dan mendapatkan keistimewaan seperti tidak perlu membayar cukai dan sebagainya.

Dalam melenyapkan Islam dan mengekalkan ideologi athiesme, umat Islam telah menjadi mangsa kepada
beberapa perbuatan yang bertujuan untuk memisahkan agama dan kehidupan mereka. Rejim Komunis
menghapuskan semua mahkamah Syariah, mewajibkan perkahwinan sivil dan urusan pusaka syariah
digantikan dengan sistem sivil. Semua Mekteb ditutup secara sistematik melainkan Kursumlijha Medresa di
Sarajevo.Malahan, Akademi Syariah Islamiah Saravejo yang dibina untuk mendidik dan melatih hakim-hakim
syariah turut ditutup. Di samping itu, harta wakaf turut dijadikan sebagai rezab negara. Makanan halal tidak
disediakan untuk askar dan pelajar sekolah malah pemakanan khinzir turut digalakkan sebagai ‘kemajuan dan
kebebasan dari prejudis agama’.

Semua orang diwajibkan menyertai Parti Komunis tanpa mengira kerjaya, pangkat dan taraf hidup. Lebih
parah lagi, sebarang bentuk aktiviti keagamaan akan dilabelkan sebagai pemberontak. Hal ini menyebabkan
peluang pekerjaan, penempatan dan kehidupan keseluruhannya amat susah. Media dan sistem pembelajaran
dikawal selia secara penuh oleh pihak Komunis dan digunakan untuk mempromosikan parti tersebut serta
fahamannya, termasuk fahaman athiesme.

Tahun 1979 sehingga tahun 1980 adalah tahap awal kejayaan Revolusi Iran dan beberapa negara Islam yang
lain yang telah membawa kepada kebangkitan semangat Islam di seluruh dunia. Kesedaran ini telah
menyebabkan kebangkitan masyarakat Islam di seluruh dunia termasuk umat Islam di Yugoslavia. Semangat
umat Islam untuk membela nasib sejagat sangat menonjol pada waktu itu.

Kematian pemimpin komunis Yugoslavia, Josip Broz Tito pada tahun 1980 meningkatkan semangat
nasionalisme dalam kalangan penduduk republik Yugoslavia. Kebanyakan republik mengugut untuk keluar
dari Yugoslavia. Proses tersebut semakin giat pada pertengahan tahun itu dengan pelantikan pemimpin
Serbia yang baru iaitu Slobodan Milosevic, yang menyemarakkan dendam antara masyarakat Serbia di Bosnia
terhadap orang Muslim Bosnia.

Baki tahun 1980 menunjukkan pergolakan yang besar dan peningkatan bantahan awam untuk
menambahbaik sistem politik, ekonomi dan kebebasan beragama di Yugoslavia. Pada akhir tahun 1980,
situasi di Yugoslavia berubah secara mendadak. Pengeluaran akhbar tidak lagi dikawal ketat, syarikat
penerbitan akhbar-akhbar Islam dibenarkan untuk menerbitkan sastera-sastera Islam tanpa ditapis oleh
pihak kerajaan. Khidmat bantuan agama untuk semua agama diiklankan dengan giat pada saluran utama
seperti akhbar dan majalah. Di samping itu, kebebasan beragama dideklarasi sekali lagi dan institusi kerajaan
termasuk tentera mula membenarkan umat Islam untuk mendapatkan produk halal, membaca buku-buku
keagamaan serta beribadah di tempat awam.

Di samping tidak mahu Bosnia mencapai kemerdekaan, masyarakat Serbia di Bosnia mahu menjadi
sebahagian daripada wilayah Serbia yang dominan di Balkan, iaitu Serbia Raya yang diinginkankan oleh para
pemisah Serbia. Pada awal Mei 1992, dua hari setelah Amerika dan Komuniti Eropah dari Kesatuan Eropah
mengiktiraf kemerdekaan Bosnia, angkatan Serbia Bosnia yang diketuai oleh Slobodan Milosevic dan tentera
Yugoslavia yang majoritinya adalah penduduk Serbia melancarkan serangan ke atas Saravejo di Bosnia.
Mereka turut menyerang bandar-bandar di sebelah timur yang diduduki masyarakat Bosnia seperti Zvornik,
Foca dan Visegard, serta menghalau rakyat Bosnia dari daerah tersebut yang kemudiannya diisytiharkan
sebagai ‘pembersihan etnik’ di Bosnia.

Seperti yang kita lihat pada masa sekarang, ramai puak yang beragama Islam ditindas secara kejam dan tanpa
belas kasihan. Contohnya, orang Muslim Bosnia di Bosnia-Hezregovina, etnik Rohingya di Myanmar dan
penduduk Muslim di Gaza, Palestin. Mereka ditindas atas satu sebab yang sama iaitu sikap anti-Muslim dan
menganggap orang Muslim adalah musuh yang perlu dihapuskan dari muka bumi ini.

Mereka sudah ditindas sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Keadaan dhaif mereka telahpun diuar-uarkan di
kebanyakan negara untuk meminta bantuan kemanusiaan untuk diberikan kepada mereka. Namun, masih
ramai lagi yang tidak mempedulikan keadaan mereka dan memandang enteng terhadap perkara ini.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang juga merupakan orang Muslim perlu berhati-hati dan bersedia dari
sekarang kerana tidak mustahil jika suatu hari nanti orang Muslim di Malaysia juga akan diserang pada masa
hadapan seperti yang berlaku di Bosnia dan Myanmar. Bangsa lain sering memperlekehkan bangsa Melayu
dan agama Islam. Oleh itu, kita sebagai bangsa Melayu dan beragama Islam, seharusnya bersatu dan bangkit
semula agar lebih kuat menentang cabaran pada masa hadapan.

Sebagai guru, kita memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk generasi yang berakhlak pada
hari ini. Kita mesti menyemai nilai patriotisme yang tinggi dan patuh akan perintah agama dalam diri pelajar-
pelajar kita. Guru juga sepatutnya menanamkan semangat juang untuk bangsa, agama dan negara kepada
mereka agar pada masa akan datang, mereka mampu mempertahankan hak Islam, Melayu dan negara
Malaysia dari apa pun cabaran yang mendatang walaupun perlu bertumpah darah.

Anda mungkin juga menyukai