Dari Misteri Kepada Pengungkapan
Dari Misteri Kepada Pengungkapan
Ayat Hafalan:
Berkatalah Daniel: "Terpujilah nama
TUHAN dari selamalamanya sampai
selamalamanya, sebab dari pada
Dialah hikmat dan kekuatan."
(DANIEL 2:20)
Pelajaran 3 Untuk Sabat
Januari 18, 2020 Bacaan Untuk Pelajaran Minggi ini:
DANIEL 2:116; KISAH PARA RASUL 17:28; DANIEL 2:1749;
MAZMUR 138; YOHANES 15:5; BILANGAN 32:4 dan 1 PETRUS 2:4
Disediaterjemaheditadaptasikan dari www.fustero.es dan Buku Panduan PSS Dewasa SDASM oleh GRJG(S)MINISTRY
Apabila kita memikirkan tentang kebangkitan dan kejatuhan bangsa
bangsa pada sepanjang sejarah, ia serupa dengan kisah angin pada
permukaan air yang menggerakkan bongkahbongkah ais yang kecil
dan juga arus laut yang menggerakkan bongkahbongkah ais yang
besar seperti yang biasa berlaku di
perairan sekeliling pulau Greenland.
Angin melambangkan segala sesuatu
yang berubahubah dan tidak dapat
diramalkan seperti kehendak manusia.
Namun, yang bekerja seiringan dengan tiupan angin dan arus laut itu
adalah TUHAN, yang menguasainya dengan pergerakan kebijaksanaan
dan maksudmaksudNya.
"Akan tetapi seperti bintangbintang di angkasa luas lepas menuruti
peredarannya masingmasing, demikianlah maksudmaksud TUHAN tidak
pernah mengenal gesa atau kelambatan."
Ellen G. White, The Desire of Ages, ms. 32.
Walaupun kebangkitan dan kejatuhan bangsabangsa, ideologiideologi,
dan kumpulankumpulan politik nampaknya berlaku karena kebijaksanaan
kehendak manusia sendiri, kitab DANIEL 2 menunjukkan bahawa TUHAN
yang di Syurgalah yang menggerakkan sejarah manusia kepada kemuncak
keagungannya.
Dalam kitab DANIEL 2, TUHAN menyingkapkan diriNya kepada
seorang raja pagan yaitu raja Nebukadnezar. DIA menyatakan kepada
raja itu tentang sejarah yang akan datang berkaitan dengan
kerajaankerajaan terbesar yang mega di atas Bumi.
Di atas semua itu, Daniel membuatnya lebih nyata: “Di syurga ada TUHAN
yang menyingkapkan rahasiarahasia.” (DANIEL 2:28) .
TUHAN yang aktif, peribadi dan berada dekat.
Mari belajar lebih banyak mengenai TUHAN kita yang Maha Ajaib.
1. KEBESARAN TUHAN. TUHAN MENYINGKAPKAN.
DANIEL 2:116
2. DOA. TUHAN MENJAWAB. DANIEL 2:1723
3. PATUNG, BAHAGIAN I. TUHAN MENGETAHUI.
DANIEL 2:2436
4. PATUNG, BAHAGIAN II. TUHAN MENGENDALIKAN
SEJARAH. DANIEL 2:3743
5. BATU ITU. TUHAN MEMERINTAH. DANIEL 2:4449
1. KEBESARAN TUHAN. TUHAN MENYINGKAPKAN. DANIEL 2:116
Kata raja kepada mereka: "Aku bermimpi, dan hatiku
gelisah, dan aku ingin mengetahui apa erti mimpi itu."
(DANIEL 2:3)
Baca DANIEL 2:116 . Apakah krisis yang dihadapi oleh
orangorang Ibrani akibat dari mimpi yang diberikan TUHAN kepada raja?
Mimpi dianggap sesuatu yang amat serius dalam dunia kuno.
Apabila mimpi itu seolaholah sukar untuk difahami, ia selalunya
menunjukkan suatu bencana yang akan berlaku dalam masa yang terdekat.
Mengapakah Nebukadnezar menjadi begitu gelisah dan cemas tentang
mimpinya itu dan menjadikan keadaannya bertambah buruk apabila dia
sendiri tidak dapat mengingati mimpinya?
Nebukadnezar faham bahawa TUHAN telah menghantar mimpi tersebut.
Dia mengambil berat mengenai ketidaktahuannya akan rencana TUHAN.
Pakarpakar Babilon percaya bahawa dewadewa akan
dapat mengungkapkan tafsiran mimpi tersebut tetapi
tidak ada apaapa yang dapat mereka lakukan karena
raja telah melupakan kandungan mimpinya itu.
Oleh karena raja tidak dapat menceritakan mimpinya kepada pakarpakar
dan ahli nujum Babilon, mereka tidak dapat membantu raja itu, dan mereka
telah mendedahkan ketidakmampuan mereka sendiri:
1. Tidak ada seorang pun yang dapat melakukan apa yang raja minta.
2. Tidak ada seorang raja yang pernah meminta perkara yang sedemikian.
3. Hanya dewadewa yang tidak berdiam di antara manusia yang dapat
mengungkapkan perkara itu kepada raja. (DANIEL 2:11)
Raja Nebukadnezar menjadi sangat geram dan murka karena hal itu dan
dititahkannyalah untuk melenyapkan semua orang bijakpandai di Babel.
Kenapakah raja memerintahkan untuk menjatuhkan hukuman mati ke atas
semua orangorang bijakpandai begitu ketara sekali? Karena dia dikuasai
oleh rasa hampa? Atau dia memang seorang yang zalim?
Kezaliman serupa ini bukan sesuatu yang asing dalam dunia zaman kuno.
Sumbersumber sejarah membuktikan bahawa, karena konspirasi, raja
Darius I telah membunuh semua ahli sihir, dan Xerxes juga telah membunuh
para jurutera yang telah membina sebuah jambatan yang runtuh.
Pada waktu Nebukadnezar mengeluarkan perintahnya, Daniel dan sahabat
sahabatnya baru saja menyelesaikan latihan mereka dan dimasukkan ke
dalam lingkungan orangorang berilmu raja. Oleh sebab itu, hukuman mati
yang dikeluarkan oleh raja itu juga termasuklah mereka.
Perintah pembunuhan itu bermula dengan sertamerta, dan Daniel dan
sahabatsahabatnya juga akan dibunuh seterusnya.
Namun, Daniel, dengan "cerdik dan bijaksana" (DANIEL 2:14) , mendekati
Ariokh, pemimpin pengawal raja yang akan melaksanakan hukuman bunuh
itu.
Daniel menghadap raja dan meminta kepadanya,
supaya dia diberi waktu untuk memberitahukan
kandungan dan makna mimpi itu kepada raja.
Ketidakmampuan mereka membuatkan penyingkapan TUHAN melalui Daniel
lebih lagi menakjubkan (impressive/mengesankan).
Raja menuduh para ahli nujum cuba melengahlengahkan waktu.
Kenapakah raja dengan serta merta memberikan "waktu" seperti yang
diminta oleh Daniel?
2. DOA. TUHAN MENJAWAB. DANIEL 2:1723
Maka rahasia itu disingkapkan kepada Daniel dalam
suatu penglihatan malam. Lalu Daniel memuji TUHAN
semesta langit. (DANIEL 2:19)
Daniel, dengan sertamerta, mengumpulkan tiga orang
sahabatnya untuk mengadakan sesi berdoa, sambil menerangkan bahawa
mereka akan dihukum bunuh jika TUHAN tidak mengungkapkan kandungan
dan erti atau maksud mimpi raja itu.
Setiap kali kita mengalami masalah yang besar, kita juga harus mengakui
bahawa TUHAN kita cukup besar untuk memberikan jawapan kepada
cabarancabaran yang tidak dapat kita selesaikan.
Baca DANIEL 2:1723.
Apakah dua jenis doa yang dilayangkan di dalam ayat ini?
1. Apakah jenis doa yang didoakan oleh Daniel dan tiga orang sahabatnya
selepas mereka dikenakan hukuman mati?
Mereka mengadakan "Doa Permohonan Belas Kasihan" di mana Daniel
meminta TUHAN untuk mengungkapkan kandungan mimpi tersebut dan
juga maksudnya (DANIEL 2:1719) .
Katakata doa itu tidak dinyatakan tetapi DANIEL 2:18 menyatakan bahawa
Daniel dan sahabatsahabatnya "memohon kasih sayang kepada TUHAN
semesta langit mengenai rahasia itu, supaya Daniel dan temantemannya
jangan dilenyapkan bersamasama orangorang bijaksana yang lain di
Babel."
Mereka tidak tahu bagaimana TUHAN akan menjawab, tetapi mereka yakin
dan berserah sepenuhnya atas belas kasihanNya.
Bagaimanakah TUHAN menjawab doa mereka?
TUHAN menjawab doa mereka dengan menyingkapkan
kandungan dan maksud mimpi raja itu kepada Daniel
melalui suatu penglihatan malam (DANIEL 2:19) , dengan
demikian, melepaskan mereka dari pada hukuman mati
tersebut.
Dalam masa yang sama, TUHAN mengungkapkan diriNya kepada raja itu
bahawa hanya DIAlah SatuSatunya TUHAN yang Maha kuasa.
2. Apakah jenis doa yang mereka doakan selepas menerima jawapan TUHAN?
Sebagai respon kepada jawapan TUHAN terhadap permohonan mereka,
Daniel dan rakanrakannya berdoa dengan penuh kesyukuran dan pujian.
Mereka memuji TUHAN karena menjadi sumber hikmat dan kekuatan serta
mengawal alam dan sejarah politik (DANIEL 2:2023) .
Apakah Pelajaran penting yang kita boleh dapat dari pengalaman Daniel
dan rakanrakannya dalam halnya berdoa dan menerima jawapan TUHAN?
1. Kita diyakinkan bahawa apabila kita "memohon kasih sayang kepada
TUHAN semesta langit", doadoa kita juga akan didengar karena TUHAN
Daniel adalah TUHAN kita juga.
2. Apabila kita berdoa kepada TUHAN, kita boleh mempercayai DIA untuk
melakukan apa yang terbaik untuk kita, dan oleh yang demikian, kita
harus sentiasa memuji dan bersyukur kepadaNya.
3. Kita janganlah menjadi manusia yang tidak tahu berterima kasih dan
tidak tahu bersyukur kepada TUHAN seperti 9 orang berpenyakit kusta
yang telah disembuhkan oleh YESUS, tetapi hanya seorang saja yang
kembali "untuk bersyukur dan memuliakan TUHAN" (LUKAS 17:1519) .
3. PATUNG BAHAGIAN I. TUHAN MENGETAHUI. DANIEL 2:2436
"Tetapi di syurga ada TUHAN yang menyingkapkan rahasia
rahasia. DIA telah memberitahukan kepada tuanku raja
Nebukadnezar apa yang akan terjadi pada harihari yang
akan datang. Mimpi dan penglihatan yang tuanku lihat di
tempat tidur ialah ini:
Sedang tuanku ada di tempat tidur, ya tuanku raja, timbul pada tuanku
pikiranpikiran tentang apa yang akan terjadi di kemudian hari, dan DIA
yang menyingkapkan rahasiarahasia telah memberitahukan kepada tuanku
apa yang akan terjadi." (DANIEL 2:2829)
Baca DANIEL 2:2430 .
Apakah yang dikatakan oleh Daniel di dalam ayat ini, yang penting untuk
kita ingat? (lihat juga YOHANES 15:5)
Bagaimana Daniel menegaskan dan mengandalkan kekuasaan TUHAN?
Daniel bersetuju bahawa tidak ada orang yang dapat menjawab pertanyaan
raja. Namun dia menunjukkan kepada raja Nebukadnezar bahawa ada
TUHAN di Syurga yang bertindak dan berkuasa ke atas Bumi.
Daniel tidak teragakagak untuk memberitahu raja bahawa penyelesaian
kepada misteri itu datang dari "TUHAN yang ada di Syurga."
Daniel menegaskan bahawa TUHAN yang ada di Syurga itulah yang telah
mengungkapkan kandungan mimpi itu serta maksudnya kepadanya.
Apa yang TUHAN tahu tentang Nebukadnezar?
TUHAN tahu fikiran dan kekhawatiran Nebukadnezar.
TUHAN tahu segalagalanya bahkan pikiran kita yang terintim (MAZMUR 26:2).
Sebelum melaporkan kandungan mimpi itu serta tafsirannya, Daniel telah
menyatakan fikiranfikiran dan kerisauan raja yang belum sempat
dilafazkannya sementara dia berbaring di atas katil tanpa dapat melelapkan
mata.
Penerangan maklumat yang terperinci ini menguatkan kredibiliti mesej itu,
karena maklumat yang hanya diketahui oleh raja itu sudah tentu datang
kepada Daniel melalui satu kuasa yang ghaib dan dia menegaskan kepada
raja bahawa kuasa itu datang dari pada TUHAN yang ada di Syurga.
Namun, apabila Daniel meneruskan penerangan tentang kandungan mimpi
itu, dia sebenarnya menimbulkan satu lagi krisis, karena mimpi itu tidak
semestinya merupakan berita yang menggembirakan bagi Nebukadnezar.
Apakah mimpi raja itu?
Mimpi itu memperlihatkan sebuah patung yang
amat besar, tinggi, berkilaukilauan luar biasa,
tampak mendahsyatkan, dengan kepalanya diperbuat
dari "emas tua, dada dan lengannya dari perak, perut
dan pinggangnya dari tembaga, sedang pahanya dari
besi, dengan kakinya sebagian dari besi dan sebagian
lagi dari tanah liat" (DANIEL 2:3133) .
Akhirnya, sebuah batu yang terungkit lepas tanpa
perbuatan tangan manusia, "menimpa patung itu,
tepat pada kakinya" yang dari besi dan tanah liat itu
sehingga remuk (DANIEL 2:34) , dan sekaligus meremukkan juga keseluruhan
struktur patung itu yang dari tanah liat, besi, tembaga, perak dan emas itu
dan bertaburan seperti sekam ditiup angin. Tetapi batu yang menimpa
patung itu menjadi gunung besar yang memenuhi seluruh bumi.
Daniel menerangkan bahawa pelbagai jenis logam itu melambangkan
kerajaankerajaan yang seterusnya dan akan saling menggantikan kerajaan
yang lain dalam sepanjang tempoh sejarah.
Mesej itu begitu jelas kepada raja Nebukadnezar: Babilon, dengan segala
kekuatan dan kemuliaannya, akan berlalu dan akan digantikan dengan
sebuah kerajaan yang lain, yang seterusnya juga akan digantikan oleh
kerajaankerajaan yang lain sehinggalah sebuah Kerajaan yang berbeza
sifatnya akan menggantikan kesemua kerajaan itu: Kerajaan TUHAN yang
kekal, yang akan bertahan dan berkuasa selamalamanya.
Patung yang tampak mendahsyatkan, mengerikan, yang terbuat dari
pelbagai logam, akhirnya dihancurkan, diremukkan oleh batu dan hancur
bertaburan ditiup oleh angin.
Kehidupan kita yang singkat ini dan harta milik kita semuanya bersifat
sementara seperti angin yang berlalu, yang tidak akan kembali. (MAZ. 78:39)
4. PATUNG, BAHAGIAN II.
TUHAN MENGENDALIKAN SEJARAH. DANIEL 2:3743
"...tuankulah kepala yang dari emas itu. Tetapi sesudah tuanku akan muncul
suatu kerajaan lain, yang kurang besar dari kerajaan tuanku; kemudian
suatu kerajaan lagi, yakni yang ketiga, dari tembaga, yang akan berkuasa
atas seluruh bumi." (DANIEL 2:38c, 39)
Baca sekali lagi mimpi dan maksudnya (DANIEL 2:3149).
Apakah yang diajarkan oleh perkara ini mengenai pengetahuan masa
hadapan TUHAN tentang sejarah dunia?
Adakah Nubuatannubuatan ini bersyarat atau tidak bersyarat?
Nubuatan yang diberitahukan oleh mimpi Nebukadnezar memberikan satu
garis panduan yang berfungsi sebagai pengukur untuk mengetahui dengan
lebih terperinci tentang nubuatannubuatan di dalam DANIEL 7, 8, dan 11.
Ini adalah Nubuatan Apokaliptik. Ia tidak bersyarat. Nubuatan ini akan
digenapi tidak kira apa pun keputusan yang diambil oleh orang yang terlibat.
Bagaimanakah Nubuatan itu menjadi kenyataan menurut sejarah dunia ini?
BABILON BABILON Emas berlimpah (YESAYA 14:4;
(605539 SM) YEREMIA 51:7)
MEDIA MEDIAPERSIA Tidak Begitu bersinar. Sistem
PERSIA (539331 SM) cukai mereka berasaskan perak
YUNANI YUNANI Manusia tembaga
(331168 SM) (Herodotus ii, 152)
ROMA ROMA Kerajaan besi; Kerajaan tentera
(168 SM476 TM) dan politik yang kuat
EROPAH (476 TM Bergabung dengan sekutu
EROPAH Kedatangan Ke2) manusia, tetapi sentiasa terpisah
Evolusi logam adalah lambang kehancuran yang ada dalam sejarah manusia.
Huraian Tambahan dari gambarajah di atas: Apa yang dinubuatkan oleh
TUHAN akan benarbenar berlaku pada masa itu dan masa akan datang:
1. Kepala Emas melambangkan Empayar Babilon (626539 SM). Memang
sesungguhnya, tidak ada logam lain yang boleh menjadi lambang kepada
kuasa dan kemakmuran Empayar Babilon selain daripada emas tua.
ALKITAB memanggilnya sebagai "kota emas" (YESAYA 14:4) dan "piala
emas di tangan TUHAN" (YEREMIA 51:7; bandingkan dengan WAHYU 18:16)
Herodotus, ahli sejarah purba, melaporkan bahawa "emas yang
berlimpahlimpah" menghiasi kota Babilon.
2. Dada dan Lengan daripada Perak mewakili Empayar MediaPersia (539
331 SM). Empayar MediaPersia tidak pernah mencapai keagungan
Empayar Babilon. Samalah perak kurang dihargai berbanding emas. Selain
itu, perak juga merupakan simbol yang bersesuaian dengan bangsa Persia
karena mereka menggunakan perak dalam sistem percukaian mereka.
3. Perut dan Pinggangnya daripada Tembaga menjadi simbol kepada Empayar
Yunani (331168 SM). YEHEZKIEL 27:13 menggambarkan orangorang Yunani
menjalankan sistem barter perkakasperkakas yang diperbuat daripada
logam tembaga. Tentera Yunani terkenal dengan baju zirah tembaga
mereka. Topi, perisai, dan kapak perang mereka juga diperbuat daripada
tembaga. Herodotus memberitahu kita bahawa Psammetichus I dari
Mesir melihat serangan lanunlanun Yunani sebagai penggenapan kepada
tilikan nujum Mesir yang telah memberi gambaran tentang "orangorang
tembaga datang dari lautan."
4. Paha dan Kaki Besi mewakili Empayar Roma (168 SM 476 TM) . Seperti
yang dijelaskan oleh Daniel, besi itu melambangkan kuasa yang
menghancurkan iaitu Empayar Roma, yang bertahan lebih lama daripada
kerajaankerajaan yang sebelumnya. Besi merupakan logam paling
sesuai untuk mewakili Empayar Roma ini.
5. Kaki daripada sebagian Besi dan sebagian Tanah Liat mewakili Eropah
yang berpecah (476 TM sehingga Kedatangan YESUS Kristus kali yang
Kedua). Campuran besi dengan tanah liat memberi gambaran yang tepat
tentang apa yang berlaku selepas perpecahan Empayar Roma. Walaupun
banyak percubaan telah dilakukan untuk menyatuhkan Eropah, seperti
persekutuan melalui perkahwinan antara keluargakeluarga diraja
sehinggalah kepada Persatuan Eropah saat ini, pembahagian dan
perpecahan telah berleluasa dan, menurut nubuatan ini, ia akan kekal
demikian sampai TUHAN membentuk Kerajaan Kekal itu.
Sesungguhnya, Nubuatan ini dengan cukup jelas membuktikan bahawa
sahnya TUHANlah yang mengendalikan perjalanan sejarah dunia ini.
Oleh itu, adalah sangat wajar bagi setiap satu kita mengandalkan TUHAN
dan bersandar sepenuhnya kepada kekuasaan dan kebijaksanaanNya.
5. BATU ITU. TUHAN MEMERINTAH. DANIEL 2:4449
"Tetapi batu yang menimpa patung itu menjadi gunung besar
yang memenuhi seluruh bumi." (DANIEL 2:35b)
Baca DANIEL 2:3435, 4445 .
Apakah yang diajarkan oleh ayatayat ini tentang nasib mutlak dunia kita?
Fokus mimpi itu adalah tentang apa yang akan terjadi "di harihari
mendatang" (DANIEL 2:28) . Walau betapa berkuasa dan kaya pun mereka,
kerajaankerajaan besi (dan tanah liat) hanyalah sebagai pendahuluan
kepada penubuhan Kerajaan Batu. Pada satu tahap yang tertentu, logam
dan tanah liat itu merupakan buatan tangan manusia, tetapi Batu di dalam
mimpi tidak disentuh oleh tangan manusia. Dalam kata lain, walaupun
setiap kerajaan yang terdahulu itu akhirnya sampai ke penghujungnya,
Kerajaan yang diwakili oleh Batu itu akan kekal selamalamanya.
1. Siapakah Batu yang menimpa dan menghancurkan patung itu?
Metafora batu, sering menjadi simbol untuk TUHAN.
Oleh itu, TUHAN adalah Batu tersebut
(ULANGAN 32:4; 1 SAMUEL 2:2; MAZMUR 18:32).
YESUS Kristus adalah Batu Penjuru (EFESUS 2:20;
MAZMUR 118:22; 1 PETRUS 2:47) .
2. Peristiwa apa yang digambarkan oleh Batu yang
menimpa dan menghancurkan patung itu?
Kedatangan YESUS yang Kedua. Satusatunya peristiwa
sejarah yang akan berlaku tanpa campur tangan manusia.
3. Apakah gunung yang akan memenuhi seluruh bumi?
Gunung Sion (WAHYU 14:1), di mana Yerusalem Baru
akan berada. TUHAN akan mendirikan KerajaanNya
dan tinggal bersama dengan umat tebusanNya di sana
(WAHYU 21:22).
Gunung Sion ini, menurut ayat ini, sudah pun wujud, besar kemungkinan
merujuk kepada Sion Syurgawi, iaitu Kaabah Syurgawi, di mana TUHAN akan
membangunkan Kerajaan KekalNya, Yerusalem Baru, yang akan turun dari
Syurga (WAHYU 21:1 22:5) , di mana Kerajaan ini akan memenuhi
penggenapannya yang terakhir.
Pada Kedatangan YESUS kali yang Ke2, Kerajaan TUHAN akan memusnahkan
dan menggantikian semua kerajaan duniawi. KerajaanNya akan kekal
selamalamanya.
“Dalam buku catatan tahunan sejarah umat manusia, pertumbuhan
kerajaankerajaan, bangunnya dan jatuhnya empayarempayar,
tampaknya seakanakan bergantung atas kehendak dan kuasakuasa
manusia; terjadinya peristiwaperistiwa tampaknya sampai kepada
suatu taraf yang tinggi, hanyalah ditentukan oleh kuasa, ambisi atau
ulahnya. Tetapi dalam firman TUHAN, tirai itu disingkapkan, dan kita
memandang, ke atas, ke belakang, maka di sepanjang segala
permainan dan aturan permainan perhatian dan kuasa serta nafsu
manusia, perwakilanperwakilan Dia Yang berkemurahan, dengan
diamdiam, dengan sabar menjalankan rencanarencana
kehendakNya sendiri.”
Ellen G. White (Prophets and Kings, cp. 40, ms. 499)
"Kerajaan kita bukan dari dunia ini. Kita sedang menantikan
TUHAN kita dari Syurga datang ke bumi untuk meletakkan
semua wewenang dan kekuasaan, dan mendirikan Kerajaan
KekalNya. Kekuatan duniawi akan diguncang. Kita tidak
perlu, dan tidak dapat, mengharapkan persatuan di antara
bangsabangsa di bumi. Posisi kita dalam patung Nebukadnezar diwakili
oleh jarijari kaki, dalam keadaan terbagi, dan dari bahan yang rapuh, yang
tidak akan bersatu. Nubuatan menunjukkan kepada kita bahwa hari
besar TUHAN tepat berada di atas kita.
Ia sedang berlalu dengan cepat."
Ellen G. White (Testimonies for the Church, vol. 1, cp. 69, ms. 360)
KESIMPULAN DAN PENERAPAN
1. Dari urutan peristiwa sejarah yang digambarkan dari patung itu, kita
boleh faham bahawa TUHANlah yang berkuasa mengendalikan atas
segala sesuatu yang berlaku di muka bumi ini.
2. Marilah kita terus yakin sepenuhnya dengan kekuasaan dan kedaulatan
TUHAN dalam kehidupan kita.
3. Kita boleh terus berharap kepada TUHAN walaupun kita akan
menghadapi ujianujian yang berat dalam hidup ini.
4. Marilah kita konsikan khabar baik dan gembira ini kepada jiranjiran
kita dan orang lain agar mereka juga boleh bersedia dan mempersiapkan
diri akan Kedatangan Tuhan YESUS Kristus kali yang Kedua.