Dari Kesombongan KPD Kerendahan Hati
Dari Kesombongan KPD Kerendahan Hati
KEPADA KERENDAHAN HATI
Ayat Hafalan:
"Betapa besarnya tandatandaNya
dan betapa hebatnya mukjizat
mukjizatNya! KerajaanNya
adalah Kerajaan yang kekal dan
pemerintahanNya turun
temurun." (DANIEL 4:3)
Pelajaran 5 Untuk Sabat Februari 01, 2020
Bacaan Untuk Pelajaran Minggu Ini: DANIEL 4:133; AMSAL 14:31;
2 RAJARAJA 20:25; YUNUS 3:10; DANIEL 4:3437 dan FILIPI 2:111.
Disediaterjemaheditadaptasikan dari www.fustero.es dan Buku Panduan PSS Dewasa SDASM oleh GRJG(S)MINISTRY
Kesombongan telah disebut sebagai asal mula dosa.
Kesombongan pertama kalinya diperlihatkan di dalam Lusifer,
yaitu ketua malaikat di istana Syurga.
Lalu TUHAN berfirman melalui Yehezkiel:
"Engkau sombong karena kecantikanmu, hikmatmu kau musnahkan
demi semarakmu. Ke bumi kau Ku lempar, kepada rajaraja engkau
Kuserahkan menjadi tontonan bagi matanya." (YEHEZKIEL 28:17)
Kesombongan membawa Lusifer kepada kejatuhannya, dan sekarang
dia menanamkan keangkuhan (dan kesombongan) di dalam manusia,
dengan itu membawa manusia untuk menentang TUHAN dan
seterusnya, menuntun manusia kepada jalan menuju kemusnahan.
Kita semua adalah manusia yang telah jatuh, bergantung kepada TUHAN
sepenuhnya untuk kewujudan kita. Apa sahaja anugerah yang kita miliki,
apa sahaja perkaraperkara yang kita capai dengan anugerah itu,
semuanya hanya datang dari pada TUHAN.
Oleh itu, bagaimana mungkin kita masih berani untuk merasa bangga,
sombong, atau angkuh apabila, pada hakikatnya, kerendahan hati
seharusnya menguasai semua yang kita lakukan?
Raja Nebukadnezar yang sombong dan angkuh mengambil waktu yang
lama untuk mengerti kepentingan merendahkan hati. Bahkan kemunculan
orang yang keempat di dalam perapian yang menyalanyala, masih tidak
mengubah laluan hidupnya. Hanya setelah TUHAN mengambil kerajaan
nya dan menghantarnya hidup bersamasama dengan binatang di padang
rumput, barulah raja itu mengenali statusnya yang sebenar.
Kitab DANIEL 4 menceritakan tentang mimpi yang kedua
yang TUHAN berikan kepada raja Nebukadnezar.
Kali ini, topiknya bukan apa yang "menggelisahkan" raja,
tetapi apa yang "mengganggu" TUHAN.
TUHAN peduli terhadap keselamatan setiap orang.
Dia juga khawatir tentang keselamatan Nebukadnezar.
1. BUKANKAH INI BABILON YANG HEBAT ITU?
2. DIBERI AMARAN OLEH NABI
3. KEKUASAAN TERTINGGI
4. MENENGADAH KE LANGIT
5. MERENDAHKAN DIRI DAN BERSYUKUR
1. BUKANKAH INI BABILON YANG HEBAT ITU?
Berkatalah raja: "Bukankah itu Babel yang besar itu, yang
dengan kekuatan kuasaku dan untuk kemuliaan
kebesaranku telah kubangun menjadi kota kerajaan?"
(DANIEL 4:30)
Baca DANIEL 4:133.
Apakah yang terjadi kepada raja Nebukadnezar, dan mengapa?
TUHAN memberikan mimpi yang kedua kepada raja
Nebukadnezar.
Pada kali ini, raja tidak lupa akan mimpinya.
Namun mimpi tersebut sangat "mengejutkan" dan
juga sangat "menggelisahkan" hati raja. (DANIEL 4:5)
Raja menitahkan semua orang bijaksana, berilmu, ahli jampi, para Kasdim
dan ahli nujum di Babel menghadapnya untuk mentafsir makna mimpinya
tetapi semua mereka gagal sekali lagi untuk memberitahukan makna
mimpinya kepada raja.
Akhirnya, Daniel yang dinamai Beltsazar datang menghadap raja.
Raja Nebukadnezar pun menceritakan mimpinya kepada Daniel dan
meminta Daniel untuk menceritakan makna mimpinya itu.
Dalam mimpi itu, raja melihat sebatang pohon yang sangat tinggi yang
bertambah besar dan kuat, tingginya sampai langit, daundaunnya indah,
buahnya berlimpahlimpah, padanya ada makanan bagi semua yang
hidup, di bawahnya binatangbinatang di padang mencari tempat
bernaung dan di dahandahannya bersarang burungburung di udara, dan
segala makhluk mendapat makanan dari padanya. (DANIEL 4:1012)
Tampak "seorang penjaga, seorang kudus, turun dari langit" memberi
perintah supaya pohon itu ditebang dan dahandahanya dipotong, daun
daunnya digugurkan dan buahbuahnya dihamburkan. Binatangbinatang
lari dari bawahnya dan burungburung dari dahandahannya. Hanya
tunggulnya yang dibiarkan tinggal di dalam tanah, terikat dengan rantai
dari besi dan tembaga, ia dibasahi dengan embun dari langit dan tinggal
bersamasama dengan binatangbinatang mendapat bagiannya dari
rumput di bumi. (DANIEL 4:1315)
Namun, yang membuat fikiran Nebukadnezar gelisah adalah bahagian
mimpi yang memperlihatkan seorang penjaga, seorang kudus yang
mengatakan: "Biarlah hati manusianya berubah dan diberikan
kepadanya hati binatang. Demikianlah berlaku atasnya sampai tujuh
masa berlalu." (DANIEL 4:16)
Menyedari keseriusan mimpi itu, Daniel mengatakan dengan sopan
bagaimana dia mengharapkan mimpi itu adalah berkenaan dengan
musuhmusuh raja (DANIEL 4:19).
Bagaimana pun, Daniel menjelaskan bahawa maksud mimpi itu adalah
mengenai raja Nebukadnezar sendiri.
Pokok kayu, umumnya, digunakan di dalam ALKITAB sebagai simbol
untuk mewakili rajaraja, bangsabangsa dan kerajaankerajaan
(YEHEZKIEL 17:31; HOSEA 14; ZAKHARIA 11:12; LUKAS 23:31).
Pohon yang besar itu melambangkan raja Nebukadnezar yang sombong.
Pada awalnya, Daniel sudah pun beritahu raja: "TUHAN di Syurgalah
yang telah memberikan raja Nebukadnezar pemerintahan (kerajaan),
kekuasaan, kekuatan, kebesaran dan kemuliaan."
Tetapi raja Nebukadnezar gagal untuk mengenali dan gagal untuk
mengakui bahawa segala yang dimilikinya itu datang dari pada
TUHAN. Raja Nebukadnezar dengan bangga menyatakan dan
mengaitkan segala prestasi pencapaiannya tersebut datang dari
pada dirinya sendiri.
Mungkin apa yang berbahaya tentang kesombongan adalah
bahawa ia boleh membawa kita untuk melupakan betapa kita
bergantung sepenuhnya kepada TUHAN untuk segalagalanya.
Apabila kita melupakannya, kita berada di atas dasar kerohanian
yang merbahaya.
2. DIBERI AMARAN OLEH NABI
"Jadi, ya raja, biarlah nasihatku berkenan pada
hati tuanku: lepaskanlah diri tuanku dari pada
dosa dengan melakukan keadilan, dan dari pada
kesalahan dengan menunjukkan belas kasihan
terhadap orang yang tertindas; dengan demikian
kebahagiaan tuanku akan dilanjutkan!"
( DANIEL 4:27)
Daniel bukan sahaja memberikan tafsiran mimpi tersebut, dia juga
menunjukkan jalan keluar dari keadaan itu kepada Nebukadnezar.
Raja Nebukadnezar tidak perlu menunggu hukumannya secara pasif.
Bagaimana raja Nebukadnezar boleh menghindarinya?
Dengan menuruti nasihat nabi Daniel:
1. Lepaskan diri dari dosa, dengan melakukan keadilan.
2. Lepaskan diri dari kesalahan, dengan menunjukkan belas
kasihan kepada orangorang miskin yang tertindas.
Nebukadnezar melakukan pekerjaan besarbesaran di Babilon.
Dia bangunkan kebunkebun dan tamantaman gantung, sistem
terusan, dan beratusratus kuil dan projekprojek bangunan lain
mengubah bandar itu menjadi salah satu daripada keajaiban
dunia kuno.
Namun, kemegahan dan keindahan semacam itu, sebahagian
daripadanya, dicapai melalui eksploitasi tenaga kerja hamba dan
pengabaian terhadap orang miskin. Kekayaan kerajaan digunakan
untuk memuaskan kesenangan raja dan rombongannya.
Oleh itu, kebanggaan Nebukadnezar bukan sahaja menghalangnya
daripada mengakui TUHAN, tetapi sebagai akibatnya, ia juga
membuatnya tidak sedar akan kesusahan dan keperluan terhadap
orangorang miskin.
Tidak menghairankan, daripada semua kemungkinan dosa yang
boleh dinyatakan oleh Daniel kepada raja, dia menyebut dengan
khusus tentang dosa mengabaikan orang miskin karena TUHAN
menunjukkan penjagaan istimewa kepada golongan orang miskin.
Mesej kepada raja Nebukadnezar ini bukan sesuatu yang baru.
Para nabi Perjanjian Lama sudah sering memberikan amaran
kepada umatumat TUHAN berkenaan dengan penindasan
kepada golongan yang memerlukan iaitu orangorang miskin.
Kegagalan raja Nebukadnezar dan dosanya yang paling menonjol
sehingga membawa kepada pembuangannya adalah dia telah
mengabaikan golongan orangorang miskin yang memerlukan.
Pemerasan dan pengabaian terhadap golongan orangorang
miskin adalah merupakan satu serangan kepada TUHAN Sendiri.
Kita juga berisiko untuk gagal, kecuali kita mengakui bahawa
TUHAN adalah pemilik segalagalanya dan mengakui keagungan
TUHAN ke atas semua prestasi pencapaian dan milik kita, yang
bermaksud bahawa kita bukanlah pemilik apa yang kita ada
tetapi kita hanyalah penatalayanpenatalayan harta milik TUHAN.
Dengan demikian, kita mengakui kebenaran kenyataan ini
dengan memberikan bantuan kepada golongan orangorang
miskin yang memerlukan pertolongan.
Mengasihi dan peduli pada orang lain adalah bagian dari jalan
menuju kebesaran.
3. KEKUASAAN TERTINGGI
"Titah ini adalah menurut putusan para penjaga dan hal
ini menurut perkataan orangorang kudus, supaya orang
orang yang hidup tahu, bahwa Yang Mahatinggi berkuasa
atas kerajaan manusia dan memberikannya kepada siapa
yang dikehendakiNya, bahkan orang yang paling kecil sekalipun dapat
diangkatNya untuk kedudukan itu." (DANIEL 4:17)
Baca DANIEL 4:2833.
Apa yang menimpa raja Nebukadnezar? Mengapa?
Walaupun raja telah diberitahu oleh Daniel supaya dia bertaubat dan
memohon pengampunan TUHAN, kesombongan Nebukadnezar yang
berterusan menyebabkan perintah Syurgawi dilaksanakan ke atasnya.
Sementara raja Nebukadnezar berjalanjalan di istananya dan memuji
dirinya di atas apa yang dicapainya, suatu suara terdengar dari langit
melaksanakan penghukuman ke atasnya.
Penghukuman Nebukadnezar karena kesombongannya adalah dia
diserang oleh satu keadaan mental patologi yang disebut "lycanthropy"
atau "zoanthropy". Ini menyebabkan penyingkirannya dari istana raja.
Keadaan seperti ini menyebabkan dia berfikir bahawa dia adalah
seekor binatang dan dia mula berkelakuan seperti seekor binatang.
Pada zaman moden, penyakit ini dikenali sebagai "dysphoria species"
iaitu perasaan bahawa tubuh seseorang itu adalah spesis yang salah
dan, oleh itu, pesakit berkeinginan untuk menjadi seperti binatang.
Malangnya, raja Nebukadnezar belajar melalui cara yang sukar.
Apabila diberikan kekuasaan diraja, dia tidak berkemampuan
untuk merenung tentang hubungannya dengan TUHAN . Oleh itu,
dengan mengambil daripadanya kekuasaan raja dan menghantar
nya tinggal bersamasama dengan binatangbinatang di padang
rumput, TUHAN memberikan satu peluang kepada raja untuk
mengakui kebergantungan penuhnya kepada TUHAN.
Pengajaran mutlak yang TUHAN kehendaki adalah supaya raja
Nebukadnezar yang sombong itu mengakui bahawa "Syurgalah
yang mempunyai kekuasaan." (DANIEL 4:26)
Raja Nebukadnezar sakit mental selama tujuh tahun, sehingga
TUHAN mengembalikan akal budinya kepada raja.
TUHAN mahu raja Nebukadnezar menerima bahawa "hanya
TUHAN yang di Syurga sahaja yang satusatunya menguasai
kerajaankerajaan manusia di bumi."
Raja Nebukadnezar telah dijanjikan bahawa, semasa ketiadaan
raja di istana, kerajaannya akan tetap stabil di sepanjang masa
tujuh tahun tersebut.
Dalam kata lain, disiplin yang dikenakan ke atas Nebukadnezar
seharusnya menjadi satu pengajaran untuk kita semua juga.
Oleh karena kita termasuk di dalam golongan "orangorang yang
hidup" itu, kita juga harus memberikan perhatian yang lebih baik
terhadap pengajaran penting yang kita sepatutnya pelajari iaitu
bahawa "Yang Mahatinggi berkuasa atas kerajaan manusia."
(DANIEL 4:17)
Kita harus mengakui dan menerima bahawa TUHANlah yang
harus berkuasa dan mengatur kehidupan kita.
Dia adalah TUHAN atas kehidupan kita.
4. MENENGADAH KE LANGIT
"Tetapi setelah lewat waktu yang ditentukan, aku,
Nebukadnezar, menengadah ke langit, dan akal
budiku kembali lagi kepadaku. Lalu aku memuji Yang
Mahatinggi dan membesarkan dan memuliakan
Yang Hidup kekal itu, karena kekuasaanNya ialah
kekuasaan yang kekal dan KerajaanNya turun
temurun." (DANIEL 4:34)
Baca DANIEL 4:3437.
Bagaimana dan mengapa, perkaraperkara berubah untuk raja?
"Menengadah ke langit" digunakan sebagai sinonim dari "Memandang
ke arah sesuatu" (KEJADIAN 13:10; 18:2; 22:13; 24:64), atau sebagai
"Tindakan Menyembah" (ULANGAN 4:19; MAZMUR 123:1; YESAYA 38:14).
TUHAN membiarkan Nebukadnezar ditimpa suatu penyakit yang aneh,
tetapi TUHAN berkemurahan dan berbelas kasihan kepadanya apabila
raja mencariNya dan TUHAN mengembalikan semula keadaan akal
budinya dan mentalnya yang baik kepada raja.
Yang menariknya, segalagalanya berubah apabila, pada akhir tahun
ketujuh seperti yang dinubuatkan oleh nabi Daniel, raja yang sakit
mental itu "menengadah ke langit" (DANIEL 4:34).
Tidak dipersoalkan, perubahan yang besar boleh berlaku apabila raja
memandang atau menengadah ke langit (maksud di sini ke Syurga).
Sebaik sahaja akal budinya kembali, raja membuktikan bahawa dia
telah belajar dari pengajaran itu.
"Selama tujuh tahun lamanya Nebukadnezar menjadi suatu kehairanan
bagi rakyatnya; karena tujuh tahun lamanya dia direndahkan di
hadapan seluruh dunia. Kemudian akal budinya dipulihkan dan dengan
kerendahan hati memandang kepada TUHAN yang di Syurga, dia
mengetahui dalam tangan Ilahi pukulan yang menimpa dirinya.
Dalam pernyataan secara umum, dia mengakui kesalahannya dan
rahmat TUHAN yang besar dalam pemulihan dirinya."
Ellen G. White, Prophets and Kings, ms. 520.
Sekarang, raja Nebukadnezar mengakui sepenuhnya apa yang dia
mahu terima hanya sebahagian sahaja sebelum ini:
TUHAN adalah Raja Yang Mahakekal selamalamanya; Hanya Dia
satusatunya Pemerintah dan Penguasa atas segala sesuatu.
Kisah ini tidak semuanya berkisar tentang Nebukadnezar tetapi lebih
kepada belas kasihan TUHAN .
TUHAN sudah memberikan tiga peluang kepada raja Nebukadnezar
untuk menerima TUHAN Israel sebagai TUHAN hidupnya.
Peluangpeluang itu: 1. Ketika raja mengetahui tentang kebijaksanaan
luar biasa empat tawanan muda Yehuda (DANIEL 1)
2. Ketika Daniel memberitahu dan mentafsirkan makna mimpinya
(DANIEL2)
3. Ketika tiga orang muda Ibrani itu diselamatkan dari perapian yang
menyalanyala (DANIEL 3)
Tetapi atas kedegilan dan kesombongannya, raja telah melepaskan
ketigatiga peluang tersebut.
Namun TUHAN masih berbelas kasihan kepada raja Nebukadnezar.
Walaupun raja masih dengan kedegilannya, TUHAN memberikan
kepadanya peluang yang keempat, dan akhirnya dapat memenangkan
hati raja, dan memulihkan kedudukan Nebukadnezar di dalam
kerajaannya (DANIEL 4) .
Apakah Pelajaran yang kita dapat dari kisah dan pengalaman raja ini?
Apakah caracara anda telah direndahkan hati oleh TUHAN?
TUHAN memberi peluang demi peluang agar kita dapat dipulihkan
kepada perhubungan yang benar dengan Dia. Seperti yang ditulis oleh
rasul Paulus berabad tahun kemudiannya, TUHAN "menghendaki supaya
semua orang diselamatkan dan memperoleh pengetahuan akan
kebenaran" (1 TIMOTIUS 2:4) . Kita boleh melihat dalam kisah ini satu
contoh yang amat berkuasa tentang kebenaran itu.
5. MERENDAHKAN DIRI DAN BERSYUKUR
"Jadi sekarang, aku, Nebukadnezar, memuji, meninggikan dan
memuliakan Raja Syurga, yang segala perbuatanNya adalah benar
dan jalanjalanNya adalah adil, dan yang sanggup merendahkan
mereka yang berlaku congkak." (DANIEL 4:37)
Raja Nebukadnezar yang telah bertaubat itu memaklumkan:
"Semua penduduk bumi dianggap remeh" (DANIEL 4:35) .
Menurut konteks ini, apakah maksud penting yang ingin disampaikan
raja Nebukadnezar?
Bagaimana kita boleh mengetahui dengan pasti apakah Nebukadnezar
sungguhsungguh menerima TUHAN yang benar? Kita melihat satu
bukti yang kukuh karena Nebukadnezar sendiri adalah penulis kepada
surat yang dimasukkan oleh Daniel di dalam kitab DANIEL Pasal 4 .
Raja Nebukadnezar sudah mengakui TUHAN sebagai yang
“menyingkapkan rahasiarahasia” (DANIEL 2:47), dan yang
“melepaskan hambahambaNya” (DANIEL 3:28).
Kemudian, dia mengakui bahwa TUHAN sebagai Raja Syurga yang adil,
benar dan sanggup merendahkan orang yang congkak.
Dalam surat ini, raja memberitahukan tentang keangkuhannya dan
perubahan fikirannya, dan dengan rendah hati mengakui
campurtangan TUHAN di dalam hidupnya.
Raja Nebukadnezar meninggalkan kesombongannya
dan menyatakan belas kasihan TUHAN karena Dia telah
mengembalikan akal budinya juga takhtanya dan
memberikan kemuliaan yang lebih besar kepadanya.
Pertaubatannya tulus. Nilai kehidupannya telah berubah.
Hatinya tidak lagi sombong. Surat dan kesaksiannya diakhiri dengan
memuji, meninggikan dan memuliakan TUHAN yang di Syurga.
(DANIEL 4:37)
Sekilas pandang untuk kali terakhir tentang Nebukadnezar dalam kitab
DANIEL menunjukkan seorang raja yang sudah bertaubat, rendah hati
dan penuh kesyukuran, yang menyanyikan pujipujian kepada TUHAN
dan memberikan peringatan kepada kita tentang kesombongan.
Pengalamannya adalah pelajaran tentang betapa berbahayanya
kesombongan . Sudah tentu, TUHAN masih mengubah hidup pada hari
ini. Tidak kira betapa angkuh atau berdosa umat manusia itu, di dalam
TUHAN ada belas kasihan dan kuasa yang mengubah orangorang
berdosa yang degil kepada anakanak TUHAN Syurgawi.
Baca FILIPI 2:111.
Kita harus bersyukur kepada TUHAN karena Dia sentiasa
berbelas kasihan kepada kita umat manusia yang berdosa.
Kita harus meniru Teladan YESUS Kristus yang rendah hati
dan kita harus menghidupkan karakterNya.
Kita harus menjalani kehidupan ini dengan penuh
kerendahan hati dan taat setia sampai mati sebagaimana
YESUS juga telah hidup taat setia sampai mati bahkan
sampai mati di kayu salib untuk menyelamatkan kita.
Amen!
“Perubahan yang pasti sangat diperlukan. Sudah tiba waktunya bagi
kita untuk merendahkan hati yang sombong dan angkuh, dan mencari
TUHAN sementara Dia masih dapat ditemukan . Sebagai satu umat,
kita perlu merendahkan hati di hadapan TUHAN, karena bilurbilur
ketidaktetapan hati ada di dalam kehidupan kita…
TUHAN sedang memanggil kita untuk memasuki barisan. Hari sudah
senja, malam sudah dekat. Penghakiman TUHAN sudah terlihat, baik
di darat atau di laut. Tidak ada kesempatan kedua diberikan kepada
kita . Ini bukanlah waktunya untuk membuat suatu gerakan palsu.
Biarlah semua orang bersyukur kepada TUHAN karena kita masih
mempunyai kesempatan membentuk tabiat untuk hidup kekal yang
akan datang.”
Ellen G. White (Counsels on Diet and Foods, cp. 1, ms. 40)
KESIMPULAN DAN PENERAPAN
1. Kita harus dan perlu meninggalkan kesombongan atau kebanggaan
diri sendiri walaupun kita ada kuasa dan kaya dengan harta benda.
2. Kita harus mengakui kekuasaan TUHAN dan bersedia untuk
mendengar serta mengikuti Nasihat TUHAN karena Dialah yang
berkuasa di bumi dan juga di Syurga. Dia adalah TUHAN kehidupan kita.
3. Biarlah kita menjalani hidup ini dengan kerendahan hati, memuji dan
bersyukur kepada TUHAN atas penjagaan dan pemeliharaanNya,
pertolonganNya, kemurahanNya, kasihNya dan semua kesempatan
yang TUHAN berikan kepada kita.
4. Biarlah kita menjalani kehidupan ini dengan menghidupkan Karakter
dan Teladan YESUS yang rendah hati dan taat sampai mati (FILIPI 2:111).