Anda di halaman 1dari 17

Topik 1 : Karangan Rangsangan

LANGKAH 1 : MEMBACA SOALAN

Rajah menunjukkan sebahagian daripada kegunaan sungai kepada kehidupan manusia.

Huraikan pendapat anda tentang kepentingan-kepentingan sungai kepada manusia. Panjangnya huraian
anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Bekalan air bersih

Jalan pengangkutan dan perhubungan Sumber makanan

LANGKAH 2 : MENGANALISIS SOALAN

Soalan yang dibaca perlulah dianalisis dari segi:

(i) Isu– tema karangan

(ii) Tugasan– kehendak soalan yang perlu dihuraikan
(iii) Format– jenis karangan sama ada berformat mahupun tidak berformat

Jadi, berdasarkan soalan di atas, mari kita menganalisis soalan tersebut:

(i) Isu : sungai

(ii) Tugasan : kepentingan-kepentingan sungai
(iii) Format : tiada (pendapat / huraian)

MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS) 17

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
LANGKAH 3 : MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN

Malaysia yang dipimpin oleh negarawan terbilang semakin maju dari hari ke hari. Namun begitu, _________(isu
soalan)________ sering menjadi buah mulut dan perbicaraan masyarakat. Perkara ini perlulah dipandang serius
oleh segenap pihak demi kebaikan bersama. Hal ini dikatakan demikian kerana _________(nyatakan
punca)_________. Contohnya, _________(bukti)________. Persoalannya, apakah __________(tugasan
soalan)_________ ? Persoalan yang bermain-main dalam fikiran ini akan kita rungkaikan ke akar umbi.

Contoh Pendahuluan

Malaysia yang dipimpin oleh negarawan terbilang semakin maju dari hari ke hari. Namun begitu, masalah
pencemaran sungai sering menjadi buah mulut dan perbicaraan masyarakat. Perkara ini perlulah dipandang
serius oleh segenap pihak demi kebaikan bersama. Hal ini dikatakan demikian kerana sungai semakin tercemar
disebabkan pembangunan yang tidak terancang dan sikap manusia yang kurang kesedaran sivik.
Contohnya, Sungai Juru dan Sungai Pinang di Pulau Pinang dikatakan tercemar teruk. Persoalannya,
apakah kepentingan-kepentingan sungai kepada manusia? Persoalan yang bermain-main dalam fikiran ini
akan kita rungkaikan ke akar umbi.

LANGKAH 4 : MENULIS PERENGGAN ISI 1

Salah satu ________(tugasan soalan)_______ ialah _______(isi 1)_______ . Umum mengetahui

bahawa _______(huraian)_______ . Sebagai contoh, _______(contoh)_______ . Kesannya,
_______(kesan)_________ . Tegasnya, _______(isi 1)________ merupakan ________(tugasan
soalan)________ .

Jenis Ayat Soalan Idea

Ayat Topik (AT) Apakah isi? menjamin bekalan air bersih
Ayat Huraian (AH) Mengapakah sungai ialah punca utama kepada empangan atau kawasan
dikatakan begitu? tadahan air
Ayat Contoh (AC) Bagaimanakah Sungai Terengganu mengalir ke Empangan Kenyir yang
dibuktikan? membekalkan air kepada masyarakat di sekitarnya
Ayat Kesan (AK) Apakah kesannya? dapat menjalani rutin harian
dapat mengelakkan masalah catuan air
Ayat Penegasan (AP) Ulang isi menjamin bekalan air bersih

Contoh Perenggan Isi 1

Salah satu kepentingan sungai kepada manusia ialah sungai dapat menjamin bekalan air bersih . Umum
mengetahui bahawa sungai ialah punca utama kepada empangan atau kawasan tadahan air. Sebagai
contoh, Sungai Terengganu mengalir ke Empangan Kenyir yang membekalkan air kepada masyarakat di
sekitarnya . Kesannya, masyarakat dapat menjalani rutin harian seperti mandi, menyediakan hidangan
atau minum seterusnya dapat mengelakkan masalah catuan air seperti yang pernah berlaku di Lembah
Klang kerana paras air di Empangan Batu, Ampang merosot . Tegasnya, menjamin bekalan air bersih
merupakan kepentingan sungai kepada manusia .

MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS) 17

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
LANGKAH 5 : MENULIS PERENGGAN ISI 2

Di samping itu, _________(tugasan soalan)________ ialah _________(isi 2)__________ . Hal ini disebabkan
oleh _________(huraian)_________ . Misalnya, _________(contoh)_________ . Impaknya,
________(kesan)_________ . Pendek kata, _______(isi 2)________ juga merupakan ________(tugasan
soalan)________ .

Jenis Ayat Soalan Idea

Ayat Topik (AT) Apakah isi? menjadi jalan pengangkutan dan perhubungan
Ayat Huraian (AH) Mengapakah masyarakat di kawasan pedalaman tidak mempunyai
dikatakan begitu? kemudahan jalan raya
Ayat Contoh (AC) Bagaimanakah masyarakat di pedalaman Sabah dan Sarawak masih
dibuktikan? menggunakan Sungai Kinabatangan dan Sungai Rajang untuk
ke tempat lain
Ayat Kesan (AK) Apakah kesannya? dapat berhubung dari satu tempat ke tempat yang lain
dapat keluar daripada tempat asal – katak di bawah tempurung
Ayat Penegasan (AP) Ulang isi menjadi jalan pengangkutan dan perhubungan

Contoh Perenggan Isi 2

Di samping itu, kepentingan sungai kepada manusia ialah sungai menjadi jalan pengangkutan dan
perhubungan . Hal ini disebabkan oleh masyarakat di kawasan pedalaman tidak mempunyai kemudahan
jalan raya . Misalnya, masyarakat di pedalaman Sabah dan Sarawak masih menggunakan Sungai
Kinabatangan dan Sungai Rajang untuk ke tempat lain . Impaknya, masyarakat dapat berhubung dari satu
tempat ke tempat yang lain dan dapat keluar daripada tempat asal hingga tidak digelar sebagai katak di
bawah tempurung . Pendek kata, menjadi jalan pengangkutan dan perhubungan juga merupakan
kepentingan sungai kepada manusia .

LANGKAH 6 : MENULIS PERENGGAN ISI 3

Selain itu, _________(tugasan soalan)________ ialah _________(isi 3)__________ . Seperti yang kita sedia
maklum, _________(huraian)_________ . Umpamanya, _________(contoh)_________ . Implikasinya,
________(kesan)_________ . Secara ringkasnya, _______(isi 2)________ juga merupakan ________(tugasan
soalan)________ .

Jenis Ayat Soalan Idea

Ayat Topik (AT) Apakah isi? membekalkan sumber makanan
Ayat Huraian (AH) Mengapakah sungai menjadi habitat semula jadi bagi hidupan akuatik seperti
dikatakan begitu? ikan, udang dan rumpai air
Ayat Contoh (AC) Bagaimanakah Sungai Pahang terkenal dengan lubuk bagi hidupan ikan air
dibuktikan? tawar seperti patin, jelawat dan temoleh
Ayat Kesan (AK) Apakah kesannya? dapat menjamin protein yang mencukupi untuk tubuh
dapat menjadi punca pendapatan sampingan untuk golongan
miskin – kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
Ayat Penegasan (AP) Ulang isi membekalkan sumber makanan

MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS) 17

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
Contoh Perenggan Isi 3

Selain itu, kepentingan sungai kepada manusia ialah sungai membekalkan sumber makanan . Seperti yang
kita sedia maklum, sungai menjadi habitat semula jadi bagi hidupan akuatik seperti ikan, udang dan rumpai
air . Umpamanya, Sungai Pahang terkenal dengan lubuk bagi hidupan ikan air tawar seperti patin, jelawat
dan temoleh. Implikasinya, masyarakat dapat menjamin protein yang mencukupi untuk tubuh tambahan
pula dapat menjadi punca pendapatan sampingan untuk golongan miskin supaya hidup tidak kais pagi
makan pagi, kais petang makan petang. Secara ringkasnya, membekalkan sumber makanan juga
merupakan kepentingan sungai kepada manusia.

LANGKAH 7 : MENULIS PERENGGAN KESIMPULAN

Kesimpulannya, terdapat seribu satu _________(tugasan soalan)________ . Sehubungan dengan itu,

semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk ________(kaitkan dengan isu)________ .
Oleh itu, pihak kerajaan perlulah menyediakan dana yang besar untuk _______(kaitkan dengan isu)________ .
Tidak kurang juga, media massa hendaklah menghebahkan kempen kesedaran tentang _______(kaitkan
dengan isu)________ . Tindakan yang lebih penting ialah didikan oleh ibu bapa di rumah / guru di sekolah
tentang _________(kaitkan dengan isu)________ perlulah ditekankan sejak kecil kerana melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Semoga dengan adanya usaha yang bersepadu ini, impian untuk melahirkan masyarakat yang
_______(kaitkan dengan isu)________ bukan sekadar angan-angan Mat Jenin.

Contoh Perenggan Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat seribu satu kepentingan sungai kepada manusia . Sehubungan dengan itu,
semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menjaga kebersihan sungai . Oleh itu, pihak
kerajaan perlulah menyediakan dana yang besar untuk membersihkan sungai yang tercemar . Tidak kurang
juga, media massa hendaklah menghebahkan kempen kesedaran tentang kepentingan menjaga sungai .
Tindakan yang lebih penting ialah didikan oleh ibu bapa di rumah tentang peranan anak-anak dalam
melestarikan anugerah Tuhan ini perlulah ditekankan sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Semoga dengan adanya usaha yang bersepadu ini, impian untuk melahirkan masyarakat yang mensyukuri
nikmat air bukan sekadar angan-angan Mat Jenin.
HAMPARAN HIKMAT

Berikut ialah idea yang boleh digunakan untuk menyatakan peranan pelbagai pihak dalam mengatasi /
menggalakkan sesuatu isu yang dibincangkan.
1. Pihak kerajaan hendaklah menyalurkan dana / peruntukan yang besar bagi merealisasikan impian
untuk ... .
2. Pihak sekolah haruslah menganjurkan aktiviti / pertandingan ... untuk menyemai perasaan ... .
3. Media massa perlu menghebahkan kempen kesedaran tentang ... melalui televisyen, radio dan
akhbar kerana mata pena lebih tajam daripada mata pedang.
4. Pihak berkuasa seharusnya menguatkuasakan undang-undang ... dengan lebih tegas supaya
memberikan pengajaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.
5. Ibu bapa perlulah mendidik anak-anak tentang kepentingan ... sejak kecil kerana melentur buluh
biarlah dari rebungnya.
6. Masyarakat harus membuat aduan / laporan kepada pihak berkuasa sekiranya mendapat tahu ada
berlaku ... agar segera ditangani sebelum kudis menjadi tokak.

MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS) 17

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
LATIHAN BERPANDU

Rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada pengangkutan awam di negara kita dan cara-cara
menggalakkan masyarakat menggunakannya.

Huraikan pendapat anda tentang cara-cara menggalakkan masyarakat menggunakan pengangkutan awam.
Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

CARA-CARA MENGGALAKKAN MASYARAKAT

MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM

 Mengenakan bayaran yang berpatutan

 Meningkatkan kemudahan yang bersesuaian
 Menambahkan jadual perjalanan pada waku puncak

Bas Teksi

Monorel

Analisis Soalan

MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS) 17

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
1. Isu : ___________________________________________________________________________
2. Tugasan : ___________________________________________________________________________
3. Format : ___________________________________________________________________________

Pendahuluan

Jenis Ayat Idea

Ayat Rangsangan (AR) Malaysia yang dipimpin oleh negarawan terbilang semakin maju dari hari ke hari.
Namun begitu, _________(isu soalan)________ sering menjadi buah mulut dan
Ayat Huraian (AH)
perbicaraan masyarakat.
Ayat Huraian (AH) Perkara ini perlulah dipandang serius oleh segenap pihak demi kebaikan bersama.
Ayat Huraian (AH) Hal ini dikatakan demikian kerana _________(nyatakan punca)_________.
Ayat Contoh (AC) Contohnya, _________(bukti)________.
Persoalannya, apakah __________(tugasan soalan)_________ ? Persoalan yang
Ayat Arah (AA)
bermain-main dalam fikiran ini akan kita rungkaikan ke akar umbi.

Malaysia yang dipimpin oleh negarawan terbilang semakin maju dari hari ke hari. Namun begitu, masalah
perkhidmatan pengangkutan awam sering menjadi buah mulut dan perbicaraan masyarakat. Perkara ini
perlulah dipandang serius oleh segenap pihak demi kebaikan bersama. Hal ini dikatakan demikian kerana sering
kali terdengar rungutan orang ramai tentang keadaan pengangkutan awam yang buruk dan pemandu
yang kurang sopan. Contohnya, terdapat bas yang usianya lebih daripada lima belas tahun masih berada
di atas jalan raya. Persoalannya, apakah cara-cara menggalakkan masyarakat menggunakan pengangkutan
awam di negara ini ? Persoalan yang bermain-main dalam fikiran ini akan kita rungkaikan ke akar umbi.

Isi 1

Jenis Ayat Idea

Ayat Topik (AT) mengenakan bayaran yang berpatutan
harga yang tinggi menjadi masalah kepada golongan berpendapatan sederhana
Ayat Huraian (AH)
dan golongan miskin
mengenakan kadar tambang yang murah seperti separuh harga kepada warga
Ayat Contoh (AC)
emas dan golongan kelainan upaya yang menaiki bas dan teksi
dapat menggalakkan masyarakat untuk menggunakan perkhidmatan ini
Ayat Kesan (AK)
dapat menjimatkan perbelanjaan diri dan keluarga
Ungkapan Menarik (UM) kais pagi makan pagi, kais petang maka petang
Ayat Penegasan (AP) mengenakan bayaran yang berpatutan

Salah satu cara menggalakkan masyarakat menggunakan pengangkutan awam ialah kerajaan
mengenakan bayaran yang berpatutan kepada pengguna . Umum mengetahui bahawa harga yang tinggi
menjadi masalah kepada golongan berpendapatan sederhana dan golongan miskin yang hidupnya kais
pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sebagai contoh, kerajaan boleh mengenakan kadar tambang
yang murah seperti separuh harga kepada warga emas dan golongan kelainan upaya yang menaiki bas
dan teksi. Kesannya,cara ini dapat menggalakkan masyarakat untuk menggunakan perkhidmatan ini
seterusnya dapat menjimatkan perbelanjaan diri dan keluarga. Tegasnya, mengenakan bayaran yang
berpatutan merupakan cara menggalakkan masyarakat menggunakan pengangkutan awam.

Isi 2

MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS) 17

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
Jenis Ayat Idea
Ayat Topik (AT) meningkatkan kemudahan yang bersesuaian
menaiki pengangkutan awam dianggap membosankan lebih-lebih lagi kepada
Ayat Huraian (AH)
pengguna yang menggunakannya untuk jarak jauh
meletakkan bahan bacaan atau televisyen / transit aliran ringan (LRT) mempunyai
Ayat Contoh (AC) kemudahan kepada orang berkeperluan seperti golongan kelainan upaya, warga
emas dan wanita mengandung
dapat menarik minat pengguna
Ayat Kesan (AK)
dapat membela nasib golongan tertentu
Ungkapan Menarik (UM) sambil menyelam minum air / serampang dua mata
Ayat Penegasan (AP) meningkatkan kemudahan yang bersesuaian
__________________________________________________________________________________________

Isi 3

MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS) 17

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
Jenis Ayat Idea
Ayat Topik (AT) menambahkan jadual perjalanan pada waktu puncak
pengguna pengangkutan awam berebut-rebut untuk ke tempat kerja dan pulang ke
Ayat Huraian (AH)
rumah pada setiap hari
menambahkan bilangan pengangkutan awam seperti bas, LRT, MRT dan monorel
Ayat Contoh (AC)
pada waktu pagi dan petang
dapat mengurangkan kesesakan di stesen
Ayat Kesan (AK)
dapat menjimatkan masa pengguna
Ungkapan Menarik (UM) masa itu emas
Ayat Penegasan (AP) menambahkan jadual perjalanan pada waktu puncak

Kesimpulan

MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS) 17

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
Jenis Ayat Idea
Ayat Kesimpulan (AKs) Kesimpulannya, terdapat seribu satu _________(tugasan soalan)________ .
Ayat Cadangan Umum Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan
(ACdU) tebing untuk ________(kaitkan dengan isu)________ .
Ayat Cadangan Khusus Oleh itu, pihak kerajaan perlulah menyediakan dana yang besar untuk
(ACdK) _______(kaitkan dengan isu)________ .
Ayat Cadangan Khusus Tidak kurang juga, media massa hendaklah menghebahkan kempen kesedaran
(ACdK) tentang _______(kaitkan dengan isu)________ .
Tindakan yang lebih penting ialah didikan oleh ibu bapa di rumah / guru di
Ayat Cadangan Khusus
sekolah tentang _________(kaitkan dengan isu)________ perlulah ditekankan
(ACdK)
sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Semoga dengan adanya usaha yang bersepadu ini, impian untuk melahirkan
Ayat Harapan (AHr) masyarakat yang _______(kaitkan dengan isu)________ bukan sekadar angan-
angan Mat Jenin.

LATIHAN KENDIRI 1
MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS) 17
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
Gambar rajah di bawah menunjukkan pemupukan budaya menabung wang dalam kalangan masyarakat.

Huraikan pendapat anda tentang kepentingan menabung wang kepada masyarakat. Panjangnya huraian
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KEPENTINGAN MENABUNG WANG KEPADA MASYARAKAT

Melatih budaya berjimat cermat

Digunakan sewaktu kecemasan Membiayai perbelanjaan pendidikan

Analisis Soalan

1. Isu : ___________________________________________________________________________
2. Tugasan : ___________________________________________________________________________
3. Format : ___________________________________________________________________________

Pendahuluan
Jenis Ayat Idea
Ayat Rangsangan (AR) Malaysia yang dipimpin oleh negarawan terbilang semakin maju dari hari ke hari.
MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS) 17
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
Ayat Huraian (AH) Namun begitu, ______(isu soalan)______ sering menjadi buah mulut masyarakat.
Ayat Huraian (AH) Perkara ini perlulah dipandang serius oleh segenap pihak demi kebaikan bersama.
Ayat Huraian (AH) Hal ini dikatakan demikian kerana _________(nyatakan punca)_________.
Ayat Contoh (AC) Contohnya, _________(bukti)________.
Persoalannya, apakah __________(tugasan soalan)_________ ? Persoalan yang
Ayat Arah (AA)
bermain-main dalam fikiran ini akan kita rungkaikan ke akar umbi.

Isi 1
Jenis Ayat Idea
Ayat Topik (AT) melatih budaya berjimat cermat.
Ayat Huraian (AH) berjimat cermat ialah amalan mulia yang sangat bermanfaat untuk kehidupan
Ayat Contoh (AC) menyimpan wang perbelanjaan harian dan sumbangan daripada ahli keluarga
wang tabungan akan sentiasa bertambah dan semakin banyak
Ayat Kesan (AK)
mengelakkan budaya berhutang keliling pinggang
Ungkapan Menarik (UM) ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
Ayat Penegasan (AP) melatih budaya berjimat cermat

Isi 2
Jenis Ayat Idea
Ayat Topik (AT) dapat digunakan sewaktu kecemasan
Ayat Huraian (AH) memerlukan perbelanjaan untuk perubatan atau membaik pulih harta benda
Ayat Contoh (AC) ditimpa musibah di luar jangka seperti banjir, kebakaran atau kemalangan
masyarakat mampu menanggung perbelanjaan harian
Ayat Kesan (AK)
tidak mengharapkan bantuan atau sumbangan daripada pihak lain
Ungkapan Menarik (UM) malang tidak berbau
Ayat Penegasan (AP) dapat digunakan sewaktu kecemasan

Isi 3
Jenis Ayat Idea
Ayat Topik (AT) dapat digunakan untuk membiayai perbelanjaan pendidikan
Ayat Huraian (AH) pendidikan sangat penting dalam kehidupan dan ilmu perlu dituntut selagi hidup
Ayat Contoh (AC) membiayai yuran pengajian dan perbelanjaan harian di institusi tinggi
menjamin masa depan anak-anak
Ayat Kesan (AK)
memperoleh kerjaya yang baik
Ungkapan Menarik (UM) ilmu itu pelita hati
Ayat Penegasan (AP) dapat digunakan untuk membiayai perbelanjaan pendidikan
Kesimpulan
Jenis Ayat Idea
Ayat Kesimpulan (AKs) Kesimpulannya, terdapat seribu satu _________(tugasan soalan)________ .
Ayat Cadangan Umum Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan
(ACdU) tebing untuk ________(kaitkan dengan isu)________ .
Ayat Cadangan Khusus Oleh itu, pihak kerajaan perlulah menyediakan dana yang besar untuk
(ACdK) _______(kaitkan dengan isu)________ .
Ayat Cadangan Khusus Tidak kurang juga, media massa hendaklah menghebahkan kempen kesedaran
(ACdK) tentang _______(kaitkan dengan isu)________ .
Ayat Cadangan Khusus Tindakan yang lebih penting ialah didikan oleh ibu bapa tentang _______(kaitkan
(ACdK) dengan isu)_______ sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Semoga dengan adanya usaha yang bersepadu ini, impian untuk melahirkan
Ayat Harapan (AHr)
masyarakat yang ____(kaitkan dengan isu)____ bukan angan-angan Mat Jenin.
LATIHAN KENDIRI 2

MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS) 17

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
Rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada kesan-kesan memajukan industri pelancongan kepada
negara dan masyarakat.
Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan memajukan industri pelancongan. Panjangnya huraian
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Meningkatkan Mewujudkan
ekonomi negara peluang pekerjaan

KESAN-KESAN MEMAJUKAN
INDUSTRI PELANCONGAN

Memperkenalkan
Memupuk
budaya warisan
nilai-nilai murni

Analisis Soalan

1. Isu : _________________________________________________________________________
2. Tugasan : _________________________________________________________________________
3. Format : _________________________________________________________________________

Pendahuluan
Jenis Ayat Idea
Ayat Rangsangan (AR) Sektor pelancongan merupakan penyumbang utama kepada pendapatan negara
Namun begitu, _________(isu soalan)________ sering menjadi buah mulut dan
Ayat Huraian (AH)
perbicaraan masyarakat.
Ayat Huraian (AH) Perkara ini perlulah dipandang serius oleh segenap pihak demi kebaikan bersama.
Ayat Huraian (AH) Hal ini dikatakan demikian kerana _________(nyatakan punca)_________.
Ayat Contoh (AC) Contohnya, _________(bukti)________.
Persoalannya, apakah __________(tugasan soalan)_________ ? Persoalan yang
Ayat Arah (AA)
bermain-main dalam fikiran ini akan kita rungkaikan ke akar umbi.
Isi 1
Jenis Ayat Idea
Ayat Topik (AT) meningkatkan ekonomi negara
MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS) 17
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
Ayat Huraian (AH) industri pelancongan penyumbang kepada pertukaran mata wang asing
dapat meningkatkan hasil pendapatan negara melebihi RM 36 bilion dan jumlah itu
Ayat Contoh (AC)
telah meningkat pada tahun-tahun berikutnya
menstabilkan nilai Ringgit Malaysia
Ayat Kesan (AK)
mengelakkan kemelesetan ekonomi
Ungkapan Menarik (UM) sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Ayat Penegasan (AP) meningkatkan ekonomi negara

Isi 2
Jenis Ayat Idea
Ayat Topik (AT) membuka lebih banyak peluang pekerjaan
Ayat Huraian (AH) menggalakkan peningkatan permintaan tenaga kerja
Ayat Contoh (AC) tenaga kerja terlatih dan tidak terlatih seperti pengusaha inap desa dan pemandu
meningkatkan pendapatan penduduk melalui jualan dalam industri kecil
Ayat Kesan (AK)
mengurangkan kadar jenayah seperti mencuri, pecah rumah dan ragut
Ungkapan Menarik (UM) di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Ayat Penegasan (AP) memberi peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk tempatan

Isi 3
Jenis Ayat Idea
Ayat Topik (AT) memperkenalkan budaya warisan
Ayat Huraian (AH) budaya di Malaysia unik kerana terdapat pelbagai kaum
Ayat Contoh (AC) perayaan, makanan, adat resam dan kesenian
mendalami budaya orang lain yang pelbagai
Ayat Kesan (AK)
memupuk nilai hormat-menghormati kepada penganut dan bangsa lain
Ungkapan Menarik (UM) tak kenal maka tak cinta
Ayat Penegasan (AP) mengetengahkan keunikan warisan budaya berbilang kaum

Isi 4
Jenis Ayat Idea
Ayat Topik (AT) memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan warganegara
Ayat Huraian (AH) menyambut pelancong dengan ramah mesra dan berhemah
Ayat Contoh (AC) menggadakan kempen Budi Bahasa Budaya Kita, Kempen Cintai Bahasa Kita
dihormati dan disanjung tinggi oleh pelancong
Ayat Kesan (AK)
imej negara dan masyarakat akan terjaga
Ungkapan Menarik (UM) di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
Ayat Penegasan (AP) memupuk nilai-nilai murni sejak dari awal lagi
Kesimpulan
Jenis Ayat Idea
Ayat Kesimpulan (AKs) Kesimpulannya, terdapat seribu satu _________(tugasan soalan)________ .
Ayat Cadangan Umum Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan
(ACdU) tebing untuk ________(kaitkan dengan isu)________ .
Ayat Cadangan Khusus Oleh itu, pihak kerajaan perlulah menyediakan dana yang besar untuk
(ACdK) _______(kaitkan dengan isu)________ .
Ayat Cadangan Khusus Tidak kurang juga, media massa hendaklah menghebahkan kempen kesedaran
(ACdK) tentang _______(kaitkan dengan isu)________ .
Semoga dengan adanya usaha yang bersepadu ini, impian untuk melahirkan
Ayat Harapan (AHr) masyarakat yang _______(kaitkan dengan isu)________ bukan sekadar angan-
angan Mat Jenin.
LATIHAN KENDIRI 3

Rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada alam pekerjaan yang terdapat di Malaysia.
MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS) 17
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
Huraikan pendapat anda tentang faktor tarikan dalam pemilihan kerjaya. Panjangnya huraian hendaklah
antara 200 hingga 250 patah perkataan.

FAKTOR TARIKAN DALAM PEMILIHAN KERJAYA

 Ganjaran yang ditawarkan

 Minat yang mendalam
 Galakan dan sokongan orang terdekat

Analisis Soalan

1. Isu : ___________________________________________________________________________
2. Tugasan : ___________________________________________________________________________
3. Format : ___________________________________________________________________________

Pendahuluan

Jenis Ayat Idea

MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS) 17
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
Ayat Rangsangan (AR) Malaysia yang dipimpin oleh negarawan terbilang semakin maju dari hari ke hari.
Namun begitu, _________(isu soalan)________ sering menjadi buah mulut dan
Ayat Huraian (AH)
perbicaraan masyarakat.
Ayat Huraian (AH) Perkara ini perlulah dipandang serius oleh segenap pihak demi kebaikan bersama.
Ayat Huraian (AH) Hal ini dikatakan demikian kerana _________(nyatakan punca)_________.
Ayat Contoh (AC) Contohnya, _________(bukti)________.
Persoalannya, apakah __________(tugasan soalan)_________ ? Persoalan yang
Ayat Arah (AA)
bermain-main dalam fikiran ini akan kita rungkaikan ke akar umbi.
Isi 1

Jenis Ayat Idea

Ayat Topik (AT) ganjaran yang ditawarkan
Ayat Huraian (AH) ganjaran mengikut kelayakan akademik dan kelulusan semasa di universiti
Ayat Contoh (AC) doktor dan guru mempunyai gaji yang stabil dan faedah sampingan
Ayat Kesan (AK) menampung kos hidup yang kian tinggi – menjamin kehidupan pada hari muka
Ungkapan Menarik (UM) bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Ayat Penegasan (AP) ganjaran yang ditawarkan
Isi 2

Jenis Ayat Idea

Ayat Topik (AT) minat yang mendalam
Ayat Huraian (AH) kerjaya berasaskan kemahiran memerlukan minat dan kesungguhan
Ayat Contoh (AC) kerjaya seperti petani moden, tukang masak dan guru harus mempunyai minat
Ayat Kesan (AK) lebih mudah mempelajari sesuatu – tidak mudah berasa jemu dan putus asa
Ungkapan Menarik (UM) tak kenal maka tak cinta
Ayat Penegasan (AP) minat yang mendalam
Isi 3

Jenis Ayat Idea

Ayat Topik (AT) galakan dan sokongan orang terdekat
Ayat Huraian (AH) ibu bapa atau ahli keluarga terdekat sering dijadikan idola
Ayat Contoh (AC) jawatan pegawai syarikat atau perusahaan milik keluarga akan diwarisi
Ayat Kesan (AK) menjadi inspirasi dan pembakar semangat – menjadikan seseorang bersemangat
Ungkapan Menarik (UM) Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
Ayat Penegasan (AP) galakan dan sokongan orang terdekat
Kesimpulan

Jenis Ayat Idea

Ayat Kesimpulan (AKs) Kesimpulannya, terdapat seribu satu _________(tugasan soalan)________ .
Ayat Cadangan Umum Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan
(ACdU) tebing untuk ________(kaitkan dengan isu)________ .
Ayat Cadangan Khusus Oleh itu, pihak kerajaan perlulah menyediakan dana yang besar untuk
(ACdK) _______(kaitkan dengan isu)________ .
Ayat Cadangan Khusus Tidak kurang juga, media massa hendaklah menghebahkan kempen kesedaran
(ACdK) tentang _______(kaitkan dengan isu)________ .
Tindakan yang lebih penting ialah didikan guru di sekolah tentang
Ayat Cadangan Khusus
_______(kaitkan dengan isu)______ perlu ditekankan kerana melentur buluh
(ACdK)
biarlah dari rebungnya.
Semoga dengan adanya usaha yang bersepadu ini, impian untuk melahirkan
Ayat Harapan (AHr) masyarakat yang _______(kaitkan dengan isu)________ bukan sekadar angan-
angan Mat Jenin.
LATIHAN KENDIRI 4

Lihat gambar di bawah dengan teliti.

MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS) 17
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri jiran yang baik. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga
250 patah perkataan.

Baik hati membantu jiran

Mudah bekerjasama
CIRI-CIRI
JIRAN YANG BAIK

Ramah terhadap jiran

Prihatin terhadap masalah jiran

Analisis Soalan

1. Isu : ___________________________________________________________________________
2. Tugasan : ___________________________________________________________________________
3. Format : ___________________________________________________________________________

MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS) 17

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
Pendahuluan

Jenis Ayat Idea

Ayat Rangsangan (AR) Malaysia yang dipimpin oleh negarawan terbilang semakin maju dari hari ke hari.
Ayat Huraian (AH) Namun begitu, ______(isu soalan)______ sering menjadi buah mulut masyarakat.
Ayat Huraian (AH) Perkara ini perlulah dipandang serius oleh segenap pihak demi kebaikan bersama.
Ayat Huraian (AH) Hal ini dikatakan demikian kerana _________(nyatakan punca)_________.
Ayat Contoh (AC) Contohnya, _________(bukti)________.
Persoalannya, apakah __________(tugasan soalan)_________ ? Persoalan yang
Ayat Arah (AA)
bermain-main dalam fikiran ini akan kita rungkaikan ke akar umbi.
Isi 1

Jenis Ayat Idea

Ayat Topik (AT) baik hati membantu jiran
Ayat Huraian (AH) kadang-kadang terdapat jiran yang memerlukan pertolongan kita
Ayat Contoh (AC) menangkat barang-barang jiran yang baru berpindah seperti perabot
Ayat Kesan (AK) meringankan beban jiran – dipandang mulia oleh orang lain
Ungkapan Menarik (UM) ringan tulang
Ayat Penegasan (AP) baik hati membantu jiran
Isi 2

Jenis Ayat Idea

Ayat Topik (AT) mudah bekerjasama dengan jiran
Ayat Huraian (AH) setiap ahli masyarakat membentuk satu komuniti yang saling memerlukan
Ayat Contoh (AC) bergotong-royong ketika majlis kenduri-kendara atau membersihkan kawasan
Ayat Kesan (AK) menjimatkan masa, tenaga dan kos – mengeratkan hubungan kejiranan
Ungkapan Menarik (UM) berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Ayat Penegasan (AP) mudah bekerjasama dengan jiran
Isi 3

Jenis Ayat Idea

Ayat Topik (AT) prihatin terhadap masalah jiran
Ayat Huraian (AH) jiran ialah orang yang paling rapat selepas keluarga
Ayat Contoh (AC) menziarahi jiran yang terlantar kesakitan atau ditimpa kemalangan
Ayat Kesan (AK) mengambil ikhtibar dan pedoman – memberikan semangat kepada jiran
Ungkapan Menarik (UM) berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya
Ayat Penegasan (AP) prihatin terhadap masalah jiran
Kesimpulan

Jenis Ayat Idea

Ayat Kesimpulan (AKs) Kesimpulannya, terdapat seribu satu _________(tugasan soalan)________ .
Ayat Cadangan Umum Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan
(ACdU) tebing untuk ________(kaitkan dengan isu)________ .
Ayat Cadangan Khusus Tidak kurang juga, media massa hendaklah menghebahkan kempen kesedaran
(ACdK) tentang _______(kaitkan dengan isu)________ .
Ayat Cadangan Khusus Tindakan yang lebih penting ialah didikan oleh ibu bapa tentang ______(kaitkan
(ACdK) dengan isu)_____ sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Ayat Harapan (AHr) Besarlah harapan agar usaha ini dapat melahirkan ____(kaitkan dengan isu)____

MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS) 17

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

Anda mungkin juga menyukai