Anda di halaman 1dari 1

Halangan atau cabaran dalam mengekalkan proses interaksi antara 3 bangsa utama di

Malaysia ialah kekangan bahasa yang membataskan interaksi bangsa yang berlainan bahasa.
Ini wujud bukan sahaja kerana tidak memahami bahasa lain, ianya juga boleh menimbulkan
salah sangka kerana kita tidak memahami apa yang diperkatakan. Seterusnya, halangan atau
cabaran dari segi adat dan budaya. Hal ini kerana, setiap kaum mempunyai kebudayaan
mereka sendiri yang menjadi identiti mereka. Namun begitu, elemen ini akan menjadi
ancaman jika sensitivitinya disentuh dan dipersoalkan. Halangan terakhir ialah perbezaan
tempat tinggal dan pekerjaan yang juga telah mengakibatkan kurangnya interaksi antara
bangsa atau kaum itu sendiri. Ini berlaku apabila tempat tinggal dan pekerjaan adalah
mengikut kaum dimana percaya atau tidak perkara ini masih lagi wujud.

Anda mungkin juga menyukai