Anda di halaman 1dari 1

Angguk geleng

Manusia tidak suka digesa apalagi dipaksa. Alpanya tidak boleh dikejutkan dengan kasar. Egonya
tidak boleh diterjah dengan bersemuka. Manusia suka dipujuk, dibelai dan diajak kepada kebaikan
dengan lunak dan kasih sayang. Biar dia tidak sedar betapa hati, fikiran dan emosinya “diundang” ke
daerah kebaikan menerusi pendekatan yang mudah, ceria malah tidak menekan. Inilah eksplorasi
yang penuh aspirasi di sebalik pembikinan buku ini. Jangan ada tekanan. Usah ada yang rasa
dipersendakan. Buku ini, insya-Allah akan menyebabkan kita rasa bersalah tanpa terasa
dipersalahkan. Buku ini wajar dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat kerana memaparkan kisah-
kisah yang dapat memberi kesedaran jiwa dan minda; paparan kisah dalam keadaan yang bersahaja
tetapi mampu membuat kita mengangguk–mengiyakan kebenaran; paparan kisah yang mampu
menyentak kotak fikiran sehingga kita menggeleng – mengakui kita sebahagian daripada kisah yang
dipersembahkan, dan menyajikan kisah-kisah yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan
seharian.

Anda mungkin juga menyukai