Anda di halaman 1dari 10

ISBN : 978-967-0582-32-0

Konsep Integriti Dan Nilai-Nilai Murni Terhadap Kesejahteraan Hidup Dalam Kalangan
Pelajar Universiti Yang Tinggal Di Dandar Dan Luar Bandar : Satu Kajian Di Universiti
Malaysia Sabah

Emilly Anak Sakai, Mohd Dahlan Hj. A. Malek


Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

ABSTRAK
Pembentang:
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat kepentingan konsep integriti Emilly Anak
dan nilai-nilai murni serta hubungannya dengan kesejahteraan hidup dalam Sakai
kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Selain itu, kajian ini ingin
mengkaji perbezaan tahap kesejahteraan hidup yang dialami oleh pelajar yang Sesi :
tinggal di kawasan bandar dengan pelajar yang tinggar di luar bandar. Seramai 2.30 – 4.30 Ptg
205 pelajar terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan BS 3
kaedah survei dengan menggunakan soalselidik short schwartz’s value survey
bagi mengukur 10 nilai utama iaitu ; Kuasa, Pencapaian, Hedonisme,
Stimulasi/Rangsangan, Halatuju Diri, Universalisme/ Kesejagatan, Kemurahan
Hati, Tradisi, Keakuran dan Keselamatan, sebagai prinsip yang memandu hidup
(Lindeman & verkasalo, 2005) dan The Positive and Negative Affect Schedule
bagi mengukur emosi dalam kalangan pelajar. Hasil dapatan analisis
menunjukkan nilai mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesejahteraan
hidup dalam kalangan pelajar. Implikasi kajian ini dapat membantu para pelajar
mengenal pasti kepentingn nilai-nilai murni yang menjadi asas serta pegangan
dan amalan yang baik bagi membantu kehidupan seseorang pelajar ke arah yang
lebih sejahtera.

Kata kunci : Integriti, Nilai-nilai murni, pelajar universiti, kesejahteraan hidup

1
PENGENALAN

Dalam menghadapi cabaran dunia globalisasi, antara isu utama dalam konteks pembangunan
masyarakat adalah isu yang berkaitan dengan persoalan dalam membangunkan masyarakat yang
harmoni, sejahtera dan berjaya dalam apa jua halangan yang dihadapi oleh setiap individu.
Pembangunan modal insan yang memiliki bukan sahaja dari segi ilmu intelektual malah dapat
mengimbanginya dengan kemahiran insaniah dalam menghadapi era globalisasi dan liberalisasi.
Realitinya, golongan belia merupakan nadi utama dalam pembangunan sesebuah masyarakat yang
maju, proaktif dan berinovatif. Dengan berpandukan nilai-nilai murni, ianya akan dapat melahirkan
sebuah masyarakat yang mempunyai kesejahteraan yang sebenarnya.
Nilai memainkan peranan yang cukup besar dalam mempengaruhi amalan dan pergaulan sosial dalam
diri seseorang. Nilai dapat dilihat sebagai sesuatu yang dapat memberikan manfaat kepada setiap
individu tanpa mengira apa jua keadaan. Dalam konteks masyarakat, nilai murni amat penting dalam
mengekalkan keadaan yang harmoni dan kesejahteraan hidup bersama. Amalan yang berlandaskan
nilai murni dapat memberi pengaruh ke atas tingkah laku dan tindakan yang diambil oleh sesorang
individu. Justeru, tingkah laku yang seiring dengan keadaan persekitaran akan dapat memberi manfaat
kepada kehidupan bersama.

Berdasarkan Krech (1962), nilai adalah keyakinan tentang apa yang diinginkan atau sesuatu
yang baik seperti halnya kebebasan berbicara dan apa yang tidak diinginkan atau yang buruk seperti
ketidakjujuran nilai mencerminkan kebudayaan suatu masyarakat dan di amalkan secara luas oleh
anggota masyarakat pemilik kebudayaan tersebut. Jika seseorang individu menerima suatu nilai untuk
dirinya boleh dianggap sebagai suatu tujuan yang berguna untuk dirinya.

Berdasarkan kajian lepas daripada Sufean (1995), menyatakan bahawa nilai yang buruk atau
jahat diberikan kepada perkara yang mendatangkan kemudaratan dan yang menganggu kesejahteraan
hidup. Menurut kajian Nik Aziz Nik Pa (1994), menjelaskan bahawa nilai membabitkan satu set idea
atau prinsip yang membantu individu membezakan perkara yang baik dengan perkara yang buruk dan
kemudiannya bertindak mengikuti pemilihan berasaskan perbezaan tersebut. Menurut kajian oleh
Veenhoven (2006), telah mengaitkan kesejahteraan hidup dengan kegembiraan. Kegembiraan pula di
definidikan sebagai sejauhmana seseorang itu menyukai akan kehidupan yang dilaluinya atau darjah di
mana seseorang itu menilai keseluruhan kehidupan yang baik.

Kesejahteraan subjektif didefinisikan sebagai penilaian kognitif dan afektif hidup masing-
masing dalam diri seseorang (Diener, Lucas, dan Oshi, 2002). Unsur kognitif merujuk kepada apa
sesuatu pemikiran tentang kepuasan hidup seseorang mengikut satu keseluruhan dalam masyarakat.
Unsur afektif merujuk kepada emosi, angin dan perasaan dalam diri seseorang individu tersebut.
Kualiti hidup merupakan satu darjah kesejahteraan yang dirasai atau dinikmati oleh individu atau
sekumpulan manusia (Ross dan Willigen, 1997). Kualiti hidup boleh dilihat daripada pelbagai
perspektif, serta dapat didefinisikan dalam pelbagai cara. Namun demikian, ia tidak boleh diukur
secara langsung kerana kualiti hidup bukanlah satu konsep yang konkrit.

Hubungan di antara nilai dengan kesejahteraan itu sendiri dilihat sebagai penentu kebahagian
yang bakal di alami oleh individu tersebut. Berdasarkan definisi nilai itu sendiri menggambarkan
bahawa nilai itu merujuk kepada sesuatu yang dianggap mempunyai makna yang begitu besar terhadap
seseorang individu. Nilai di sini dilihat juga sebagai penentu corak dan prinsip yang menuntun
kehidupan seseorang. Manakala kesejahteraan pula digambarkan keadaan di mana seseorang yang
mempunyai kesejahteraan adalah orang yang dilihat bahagia, gembira, tenang dan menyukai
kehidupan bermakna bagi dirinya.

Nilai adalah sesuatu dalam pertimbangan semasa membuat analisis akhir mengenai matlamat
seseorang dalam mencapai kehidupan sejahtera. Oleh yang demikian, kepentingan nilai terhadap
kesejahteraan dapat dinyatakan bahawa sesuatu nilai yang dianggap penting bagi seseorang individu
itu akan memberikan kepuasan dan kegembiraan bagi dirinya.

2
Keadaan ini bermakna bahawa setiap nilai yang diamalkan dan dipegang oleh seseorang
tersebut dipercayai dapat memberi manfaat kepada dirinya. Nilai yang dipegang dan diamalkan akan
menjadi panduan bagi seseorang individu itu untuk bertindak dalam apa jua yang mereka ingin
lakukan dalam kehidupan seharian mereka. Setiap tindakan yang ambil adalah mengikuti
pertimbangan yang diterima pakai oleh mereka berdasarkan nilai yang mempengaruhi dan
diadaptasikan oleh mereka sejak kecil lagi. Dengan kata lain, nilai ditonjolkan melalui gaya bertingkah
laku, bertutur, cara membuat pemilihan dan dijadikan tenaga pendorang bagi untuk melakukan
sesuatu. Justeru tindakan dan tingkah laku yang dilakukan oleh seseorang individu itu akan memberi
impak terhadap kesejahteraan mereka.

Kajian ini telah menggunakan teori nilai yang diasaskan oleh Schwartz (1992) untuk melihat
perkaitan diantara kesejahteraan hidup dengan pengamalan nilai-nilai yang dianggap penting.
Berdasarkan teori nilai Schwartz, menyatakan bahawa terdapat beberapa nilai yang dominan dari
pelbagai silang budaya yang telah digunakan berlandaskan matlamat motivasi bagi setiap nilai seperti
berikut:
a) Kuasa – Kuasa sosial, autoriti dan kekayaan.
b) Pencapaian – Kejayaan, kebolehan, cita-cita, pengaruh ke atas orang dan peristiwa.
c) Hedonisme – Pemuasan nafsu, keseronokan dalam hidup dan pemuasan diri.
d) Stimulasi/rangsangan – kehidupan yang berani, pelbagai dan mencabar, kehidupan yang
menyeronokkan.
e) Halatuju diri – Kreativiti, kebebasan, sifat ingin tahu, berdikari, memilih matlamat sendiri.
f) Universalisme/kesejagatan – Berfikir luas, kecantikan semulajadi dan kesenian, kebijaksanaan,
keadilan sosial, kelestarian dengan alam, perlindungan persekitaran.
g) Kemurahan hati – Suka menolong, jujur, mudah memaafkan, kesetiaan, tanggungjawab.
h) Tradisi – Menghormati tradisi, merendah diri, menerima orang lain sebagai sebahagian dari hidup,
penuh kasih sayang.
i) Keakuran – Menurut perintah, menghormati ibu bapa dan orang tua, disiplin diri, sifat sopan santun.
j) Keselamatan – Keselamatan negara, keluarga, norma masyarakat, kebersihan, saling berbalas budi.

Schwartz (1994), telah mengenalpasti sepuluh kumpulan nilainyang merangkumi semua nilai
asas (57 item) yang diperlukan untuk memenuhi keperluan manusia sebagai organisma biologi dan
ahli komuniti sosial. Kumpulan nilai ini seterusnya dibahagikan kepada empat dimensi iaitu dimensi
kepentingan umum (self-transcendence) nilai yang ditempatkan ialah nilai universalisme dan
kemurahan hati, manakala kuasa dan pencapaian ditempatkan dalam dimensi kepentingan peribadi
(self-enhancement), pemeliharaan (conservation) ditempatkan nilai kepatuhan dan keselamatan, dan
kesediaan untuk berubah (openness to change) pula ditempatkan nilai kepuasan diri, rangsangan dan
hedonism.

3
Dimensi nilai untuk memahami dalam terma dua perkembangan masalah yang ingin
diselesaikan. Dimensi yang pertama ialah orang yang tinggi dalam Self-Transcendence merupakan
golongan yang peka terhadap kebajikan orang lain. Manakala orang yang rendah Self-Transcendence
pula berkait rapat dengan orang yang hanya peka terhadap hasil dan tarikan personal mereka sendiri.
Golongan yang menunjukkan tinggi dalam Conservation pula merupakan orang yang bermotivasi
dalam menjaga status dan sudah tentu akur terhadap norma dalam masyarakat. Sebaliknya orang yang
rendah dalam Conservation merupakan golongan orang yang hanya bermotivasi mengikut intelek
mereka sendiri dan tertarik kepada perasaan sendiri.

Permasalahan Kajian
Dalam konteks Malaysia, konsep setiap warga dianggap sebagai modal insan yang merupakan satu
aset utama yang begitu bernilai dalam memainkan peranan bagi meningkatkan daya saing dan
produktiviti yang di ketengahkan sebagai pendekatan dasar pendidikan negara dalam mencapai agenda
tersebut. Berdasarkan kenyataan ini, jelas menunjukkan bahawa ukuran kecemerlangan pendidikan di
Malaysia ialah dinilai dari sejauh manakah pendidikan berjaya melahirkan seorang individu yang
bukan sahaja cemerlang dalam penguasaan pengetahuan dan kemahiran tetapi apa yang lebih penting
ialah harus memiliki nilai-nilai murni serta mempunyai tahap disiplin diri yang tinggi. Justeru, cabaran
dan usaha yang dilakukan adalah untuk menyemai nilai-nilai murni yang akan menghasilkan
perwatakan pelajar yang unggul (PIPP, 2006-2012).

Namum demikian, untuk mencapai matlamat ini ialah tidak semudah yang dibayangkan
kerana perancangan untuk melahirkan generasi dengan sifat keunggulan adalah tanggungjawab yang
berat. Tambahan pula, sejak kebelakangan ini, kes-kes disiplin khususnya golongan pelajar IPT dilihat
semakin buruk dan berleluasa yang membabitkan pelbagai salah laku dan jenayah yang berat. Secara
amnya nilai mempengaruhi tingkah laku dan perangai seseorang individu.Tingkah laku pula berkait
rapat dengan nilai yang merupakan asas kepada sikap dan sikap akan membentuk tingkah laku. Nilai
boleh dilihat sebagai pegangan yang ada pada setiap individu dan apabila pegangan itu ditentang maka
akan timbul kemarahan yang akhirnya mewujudkan situasi yang tidak selesa (konflik).

Oleh itu, sekiranya wujud pertembungan nilai antara seseorang dengan seseorang yang lain,
pertembungan ini akan mewujudkan konflik. Hal ini disebabkan kerana setiap individu adalah berasal
daripada keluarga dan tempat berbeza yang mempunyai nilai berbeza, dan adalah sukar bagi individu
yang lain untuk memenuhi keperluan atau kehendak individu yang lain apatah lagi untuk
memahaminya. Atas sebab perbezaan inilah maka berlakunya perselisihan faham yang akhirnya
membawa kepada konflik.

Sekiranya mereka sudah terjebak jauh ke dalam masalah tingkah laku, agak sukar untuk
dibentuk kembali. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan nilai Schwartz (short schwartz’s value
surveys) yang terhasil daripada kajian Schwartz. Nilai ini digunakan dalam kajian ini oleh pengkaji
kerana daripada kajian terdahulu telah mendapati bahawa nilai-nilai ini telah diguna pakai oleh seluruh
Negara. Sementara kajian yang ada menggunakan nilai ini agak terhad digunakan dalam kajian
mereka. Kajian di Malaysia ada menggunakan inventori bagi nilai hedonistik dalam kajian mereka,
Siti Raba’ah Hamzah, Turiman suandi, Azimi Hamzah dan Ezhar Tamah (2013).

Dalam kajian itu, pengkaji lebih melihat nilai hedonistik ini merujuk kepada gaya pemikiran
dan gaya hidup negatif yang diamalkan oleh golongan belia dalam kehidupan mereka. Di mana gaya
pemikiran yang menjadi pegangan hanya untuk mencapai keseronokan semata-mata. Manakala gaya
hidup dalam konteks nilai hedonistic lebih kepada kelakuan tingkah laku yang menarik dalam hidup
berasaskan pandangan dan pendapat seseorang terhadap dunia kini. Nilai hedonistik yang berlebihan
dalam kalangan belia dilihat sebagai penyumbang kepada penghakisan jati diri dan boleh menjadikan
mereka berkelakuan yang tidak bermoral.

4
Justeru itu, pengkaji ingin memperluaskan skop kajian kepada yang lebih besar dalam
penyelidikan ini dan melihat nilai-nilai yang ada dalam diri seseorang belia tersebut. Oleh yang
demikian terdapat beberapa permasalahan kajian yang ingin dikaji dalam penyelidikan ini seperti
berikut:
i) Sejauhmanakah hubungan antara kepentingan nilai short schwartz’s value survey dengan
kesejahteraan hidup pelajar.
ii) Adakah kesejahteraan hidup pelajar lelaki lebih tinggi berbanding dengan pelajar
perempuan.
iii) Adakah pelajar yang tinggal di bandar lebih tinggi kesejahteraan hidup berbanding
dengan pelajar yang tinggal di luar bandar.
iv) Menentukan nilai short schwartz’s value survey yang paling penting di antara pelajar
lelaki dan pelajar perempuan.

Objektif Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji telah mengenalpasti objektif kajian ini dijalankan berdasarkan
permasalahan kajian yang wujud. Dimana pengkaji telah menetapkan beberapa tujuan kajian ini
dilakukan. Antaranya ialah :
i) Mengkaji hubungan antara kepentingan nilai short schwartz’s value survey dengan
kesejahteraan hidup pelajar.
ii) Bertujuan untuk melihat tahap kesejahteraan dalam kalangan pelajar lelaki nerbanding
dengan pelajar perempuan.
iii) Mengkaji kesejahteraan pelajar yang tinggal di bandar dan luar bandar.
iv) Mengkaji nilai short schwartz’s value survey yang paling penting di antara pelajar lelaki
dan pelajar perempuan.

Kepentingan Kajian
Terdapat beberapa kepentingan yang terhasil daripada kajian ini yang menjurus kepada individu itu
sendiri, ibu bapa, masyarakat dan juga negara. Hasil dapatan kajian ini dapat di manfaatkan kepada
golongan ini bagi meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan hidup mereka. Golongan remaja, ibu
bapa dan masyarakat mempunyai kepentingan yang besar dalam menentukan kemakmuran dan
kecemerlangan generasi yang akan datang. Di mana golongan remaja itu merupakan bakal pewaris
pemimpin negara dan ibu bapa pula orang yang membentuk perkembangan remaja itu sendiri.
Manakala masyarakat pula mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam membentuk peribadi
seseorang remaja.

Memahami konsep nilai dan kesejahteraan hidup khususnya golongan belia yang berada di
IPT adalah amat penting. Menurut Cole dan Hall, (1970) (dalam Alizarinah Ali, 1993), menjelaskan
bahawa kesejahteraan hidup adalah satu keadaan emosi yang dapat mempengaruhi corak hidup
seseorang individu. Individu yang berjaya menjalani dengan tenang, puas dan gembira jarang
mempamerkan akhlak yang kurang baik. Sebaliknya, individu yang jarang mengalami ketenangan
dalam hidup akan cenderung sentiasa berhadapan dengan rasa bersalah, gelisah, takut, bimbang,
menyesal dan berkecenderungan marah tanpa sebarang sebab yang nyata. Pengkaji berharap hasil
kajian ini akan memberikan beberapa sumbangan yang berfaedah.

Di samping itu juga, pengkaji berharap hasil kajian dapat digunakan oleh pihak tertentu
seperti ibu bapa, pekerja sosial, guru kaunseling, dan sesiapa sahaja untuk mengenalpasti individu
yang tidak gembira, sunyi , dan tidak mengalami kesejahteraan hidup akibat dari pengamalan nilai
yang negatif dalam kehidupan seharian. Selain itu, kajian ini dapat membantu individu membuat
penilaian terhadap diri sendiri dan menganalisi sama ada mereka puas atau gembira terhadap
kehidupan yang mereka alami.

Pengkaji juga berharap hasil kajian ini dapat memberikan gambaran yang jelas tentang
amalan nilai-nilai murni terhadap kesejahteraan hidup dalam kalangan pelajar. Hasil kajian ini juga
diharapkan dapat memberi kesedaran kepada remaja khasnya dalam memahami diri mereka sendiri
dengan lebih mendalam. Tambahan pula, dengan dapat mengenalpasti tentang perkara-perkara yang

5
boleh menganggu kehidupan remaja akan menjadikan mereka dapat memperbaiki sagala tindakan
yang boleh menyebabkan ke arah yang tidak berfadeah.

Dengan ini, remaja dapat menentukan sebarang tindakan yang dapat menpengaruhi
kesejahteraan hidup mereka. Kesejahteraan hidup yang positif dapat membantu golongan remaja untuk
lebih berkeyakinan terhadap diri sendiri dan menghargai nikmat hidup yang mereka alami. Justeru itu,
hasil kajian ini juga dapat dijadikan pengkaji pada masa akan datang untuk mengkaji lebih lanjut
tentang kajian ini.

Hipotesis Kajian

1. Terdapat hubungan antara kepentingan nilai short schwartz’s value survey dengan
kesejahteraan hidup pelajar.
2. Teradapat perbezaan min kesejahteraan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
3. Terdapat perbezaan min kesejahteraan antara pelajar yang tinggal di bandar dan luar bandar.
4. Terdapat perbezaan nilai short schwartz’s value survey yang paling penting di antara pelajar
lelaki dan pelajar perempuan.

METODOLOGI

Kajian ini merupakan kajian berbentuk tinjauan yang menggunakan borang soal selidik yang
bersesuaian dengan kajian hubungan nilai terhadap kesejahteraan hidup. Seramai 205 orang pelajar
yang telah menyertai kajian ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 131 orang pelajar adalah
perempuan dan selebihnya iaitu 74 orang pelajar adalah lelaki. Kajian ini dijalankan di sekitar
Universiti Malaysia Sabah yang terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia.

Alat Kajian
Kajian ini menggunakan soalselidik yang diadaptasikan daripada short schwartz’s value survey
sebanyak 57 item untuk mengukur nilai manakala The Positive and Negative Affect Schedule”
(PANAS; Watson et al., 1988) untuk megukur kesejahteraan.

Prosedur Kajian
Kajian ini telah dijalankan di Universiti Malaysia Sabah untuk mendapatkan kumpulan subjek kajian.
Subjek telah dipilih secara rawak daripada pelajar-pelajar yang menggunakan perpustakaan universiti.
Subjek yang dipilih telah diberikan penerangan mengenai borang soal selidik kajian ini. Subjek tidak
diberikan had masa untuk mengisi soal selidik tersebut supaya subjek tidak terburu-buru mengisinya
dan subjek dapat memberikan jawapan yang setepatnya. Borang soal selidik yang telah siap diisi
dikumpulkan semula untuk dianalisis.

HASIL KAJIAN

Hasil analisis korelasi menunjukkan hubungan antara nilai kuasa dan kesejahteraan (PA) merupakan
satu hubungan positif yang signifikan (r=.154, k<.05). Keputusan kajian ini menjelaskan bahawa
pelajar yang mempunyai nilai kuasa yang tinggi melaporkan mempunyai kesejahteraan (PA) yang
tinggi atau korelasi positif yang signifikan. Ini mengesahkan bahawa apabila nilai kuasa pelajar itu
tinggi, maka kesejahteraan (PA) pelajar tersebut juga dilaporkan tinggi. Oleh itu, hipotesis alternatif
yang menyatakan “terdapat hubungan antara nilai kuasa dan kesejahteraan (PA)” adalah diterima.
Keputusan juga menunjukkan nilai t =-2.18, dk =141.53 dan aras kesignifikan menunjukkan
kesignifikan, k<.05. Justeru, hipotesis alternatif yang dibina diterima. Hasil analisis ujian-t sampel
bebas menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi kesejahteraan (PA) antara pelajar lelaki
dan perempuan, t (141.53) =-2.18,k <.05.

Berdasarkan dapatan yang diperoleh dalam jadual ujian-t sampel bebas, kesejahteraan (PA)
antara pelajar lelaki dan perempuan adalah menunjukkan perbezaan yang signifikan, t (141.53) =-2.18,
k<.05. Berdasarkan min dan sisihan paiwai kesejahteraan(PA) pelajar lelaki (Min= 37.16, S.P.=6.03)

6
adalah lebih rendah daripada min pelajar perempuan (Min=39.03, S.P.=5.56). Dengan itu, hipotesis
alternatif yang menyatakan terdapat perbezaan yang signifikan bagi kesejahteraan (PA) antara pelajar
lelaki dan perempuan adalah diterima. Keputusan juga menunjukkan nilai t =2.34, dk =147.04 dan aras
kesignifikan menunjukkan kesignifikan, k<.05. Justeru, hipotesis alternatif yang dibina diterima. Hasil
analisis ujian-t sampel bebas menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi kesejahteraan (PA)
antara pelajar yang tinggal di bandar dan luar bandar, t (147.04) =2.34, k <.05.

Berdasarkan dapatan yang diperoleh dari ujian-t sampel bebas, kesejahteraan (PA) antara
pelajar yang tinggal di bandar dan luar bandar adalah menunjukkan perbezaan yang signifikan, t
(147.04) =2.34, k<.05. Berdasarkan min dan sisihan paiwai kesejahteraan (PA) pelajar yang tinggal di
bandar (Min= 39.58, S.P.=6.25) adalah lebih tinggi daripada min pelajar yang tinggal di luar bandar
(Min=37.58, S.P.=5.36). Dengan itu, hipotesis alternatif yang menyatakan terdapat perbezaan yang
signifikan bagi kesejahteraan (PA) antara pelajar yang tinggal di bandar dan luar bandar adalah
diterima.

Berdasarkan dapatan yang diperoleh dari ujian-t sampel bebas juga , nilai kuasa antara pelajar
lelaki dan perempuan adalah berbeza secara signifikan, t (144.07) = 2.613, k<.05. Berdasarkan min
pada jadual, min dan sisihan piawai bagi nilai kuasa pelajar lelaki (min =3.18, S.P = .73) adalah lebih
tingggi daripada min pelajar perempuan (min = 2.91, S.P=.69). Dengan itu, hipotesis alternative yang
menyatakan terdapat perbezaan yang signifikan bagi nilai kuasa antara pelajar lelaki dan perempuan
adalah diterima.

HURAIAN NILAI-NILAI PENTING TERHADAP KESEJAHTERAAN

Nilai (SSVS) terhadap kesejahteraan hidup


Nilai Kesejahteraan (PA) sig. Kesejahteraan (NA) sig.
Kuasa .02 .89
Pencapaian .00 .67
Hedonism .98 .60
Stimulasi/Rangsangan .00 .50
Halatuju diri .00 .22
Universalisme/Kesejagatan .00 .58
Kemurahan hati .00 .83
Tradisi .00 .86
Keakuran .00 .28
Keselamatan .00 .46
K<.05

Huraian secara deskriptif nilai yang paling penting antara pelajar lelaki dan perempuan.
Nilai Jantina Perbezaan min Sig.
Kuasa Lelaki 3.18 .00
Perempuan 2.91
Pencapaian Lelaki 3.56 .88
Perempuan 3.58
Hedonisme Lelaki 3.02 .00
Perempuan 2.66
Stimulasi Lelaki 3.60 .02
Perempuan 3.42
Halatuju Diri Lelaki 3.74 .36
Perempuan 3.67
Universalisme Lelaki 3.48 .27
Perempuan 3.38
Kemurahan Hati Lelaki 3.52 .02
Perempuan 3.70
Tradisi Lelaki 3.59 .04
Perempuan 3.74
Keakuran Lelaki 3.58 .04
Perempuan 3.74
Keselamatan Lelaki 3.74 .48
Perempuan 3.80

7
PERBINCANGAN

Dalam kajian ini, hasil menjelaskan bahawa nilai kuasa, pencapaian, stimulasi, halatuju diri,
universalisme, kemurahan hati, tradisi, keakuran dan keselamatan menunjukkan mempunyai hubungan
yang signifikan dengan kesejahteraan. Sementara hanya nilai hedonisme menunjukkan tidak
mempunyai hubungan dengan kesejahteraan dalam kalangan pelajar. Manakala bagi hasil analisis
untuk perbezaan min, data menunjukkan bahawa pelajar lelaki dan pelajar perempuan mempunyai
perbezaan yang signifikan terhadap kesejahteraan mereka. Faktor yang boleh mempengaruhi
keputusan kajian ialah sistem pendidikan yang seragam kepada semua etnik semasa dalam sekolah.
Oleh kerana pendidikan yang seragam, maka nilai dan budaya yang diterapkan adalah tidak jauh beza
antara sekolah dengan sekolah yang lain.

Melalui interaksi mahupun pembelajaran, secara tidak langsung mereka saling faham akan
satu dengan yang lain. Dengan dapat memahami nilai individu yang lain melalui pergaulan antara satu
dengan yang lain, maka kesejahteraan itu dapat diperolehi bersama dalam kahidupan seharian. Hal ini
demikian kerana sosialisasi tersebut telah mewujudkan sefahaman dan dapat mengelakkan konflik
yang mungkin boleh berlaku dalam pergaulan seharian mereka. Menurut Horrobin (2006), nilai
berasal dari individu dan individu tersebut mestilah memiliki ciri-ciri asas tertentu. Di antara ciri-ciri
asas tersebut ialah mereka berinterksi dengan persekitaran mereka.

Hasil keputusan bagi antara nilai yang paling penting di antara pelajar lelaki dan perempuan
ialah nilai kuasa, hedonisme, stimulasi, kemurahan hati, tradisi dan keakuran. Hasil analisis mendapat
bahawa pelajar lelaki lebih mementingkan nilai kuasa, hedonisme dan stimulasi dan kurang dalam
nilai keakuran, tradisi dan kemurahan hati. Manakala pelajar perempuan lebih mementingkan nilai
keakuran, tradisi dan kemurahan hati. Kaadaan ini menunjukkan bahawa pelajar perempuan berada
pada demensi Self-transcendence yang tinggi dimana mereka peka terhadap kebajikan orang lain
berbanding dengan pelajar lelaki yang hanya mementingkan kebajikan diri mereka sendiri.

Di mana pelajar lelaki lebih menunjukkan nilai kuasa, hedonisme dan stimulasi dianggap
penting dalam hidup mereka. Jelas disini, dapat disimpulkan bahawa pelajar lelaki cenderung untuk
mengawal keadaan (kuasa) dan lebih bertindak untuk mempamerkan kebebasan (hedonisme dan
stimulasi) dalam melakukan setiap perkara. Dengan dapatnya mengawal atau berkuasa terhadap
sesuatu perkara, maka bagi pelajar lelaki mereka akan merasakan diri mereka lebih bersifat
kedewasaan dan bangga terhadap diri mereka.

Manakala bagi pelajar perempuan, mereka lebih suka mengelak bagi perkara-perkara yang
boleh menimbulkan konflik (keakuran) dan sentiasa untuk mengekalkan situasi yang menjadi
kebiasaan seperti bertindak mengikut norma sosial (tradisi) dalam masyarakat. Selain itu, pelajar
perempuan juga lebih bertindak untuk mewujudkan suasana yang damai dan sentiasa mahu untuk
membantu orang lain. Dengan dapat melakukan atau memhulurkan bantuan kepada orang lain dapat
menimbulkan rasa senang atau lega dalam diri seseorang individu. Keadaan inilah yang dapat
memberikan impak terhadap kesejahteraan hidup bagi seseorang individu tersebut.

Kajian yang dilakukan Muhamad Fadhil (2003), mengatakan bahawa kesejahteraan hidup
pada hakikatnya adalah usaha untuk mengatasi masalah dan meningkatkan kualiti hidup manusia
sehingga berada dalam keadaan hidup yang selamat, sihat dan selesa naik secara fizikal, social mahu
pun psikologi. Manakala kajian Asmah Ahmad (2005) pula, menyatakan bahawa kualiti hidup dan
kesejahteraan hidup itu adalah suatu perkara yang sama penting, kerana ia melibatkan kehidupan
manusia.

Kajian tentang pelajar yang tinggal di kawasan bandar dan luar bandar telah mendapati hasil
analisis menjelaskan bahawa pelajar yang tinggal di bandar lebih tinggi min berbanding dengan pelajar
yang tinggal di luar bandar. Keputusan kajian ini menjelaskan bahawa kesejahteraan pelajar yang
tinggal di bandar lebih baik daripada pelajar yang tinggal di luar bandar. Hal ini mungkin disebabkan
kehidupan di bandar tidak begitu terikat dengan nilai-nilai murni dan norma masyarakat.

8
Keterikatan inilah yang menyebabkan pelajar yang tinggal di luar Bandar merasakan mereka
kurang kebebasan dalam melakukan keinginan mereka sendiri tanpa sekatan daripada ibu bapa
ataupun masyarakat. Sementara, bagi pelajar yang tinggal di banadar pula, mereka sudah berada pada
zon mereka sendiri, dimana mereka merasakan bahawa mereka mempunyai kebebasan dalam
melakukan sesuatu perkara yang mereka inginkan dalam kehidupan mereka. Kebebasan inilah yang
akan memberikan mereka kegembiraan dan keseronokan bagi mereka.

Hasil analisis kajian menunjukkan bahawa hanya nilai hedonisme sahaja tidak mempunyai
hubungan secara signifikan terhadap kesejahteraan hidup. Sementara bagi kedua-dua kumpulan pelajar
iaitu lelaki dan perempuan sama-sama berhubung secara signifikan dan pelajar lelaki menunujukkan
lebih rendah min berbanding dengan pelajar perempuan. Antara nilai yang dianggap paling penting
bagi pelajar lelaki dan pelajar perempuan adalah nilai kuasa, hedonisme, stimulasi, kemurahan hati,
tradisi dan keakuran. Hasil kajian ini dapat memberikan gambaran bahawa remaja terutama golongan
pelajar di negara ini masih mempunyai nilai yang begitu mendalam dalam memimpin hidup mereka ke
arah yang lebih sejahtera.

Sekiranya pertimbangan nilai murni khasnya itu kurang mempengaruhi cara pemikiran, maka
perkara yang tidak sepatutnya boleh berlaku kepada diri individu tersebut dan juga orang disekeliling
mereka. Keadaan ini demikian kerana, akibat pertimbangan yang kurang wajar diambil, makanya
perkara seperti perselisihan faham, pertelingkahan dan sebagainya boleh berlaku. Makanya, perkara
sebeginilah yang akan turut mempengaruhi tahap kesejahteraan hidup mereka. Kesejahteraan hidup
seseorang individu yang kurang memberangsangkan boleh menimbulkan tekanan dan masalah kepada
individu tersebut. Justeru kehidupan seseorang individu tersebut akan cenderung untuk terus
mengalami tekanan yang boleh memudaratkan diri mereka sendiri, malah orang yang berada di
sekeliling mereka.

PENUTUP

Melalui pembentukan nilai yang dipegang, maka golongan muda akan bertindak berdasarkan
penerapan nilai yang diberikan kepada mereka. Tanpa penerapan nilai murni dan kebaikan, golongan
muda akan mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif melalui perubahan zaman yang semakin
berkembang di negara ini. Ketiadaan nilai murni yang dipegang sejak nenek moyang lagi, maka
golongan muda khususnya remaja akan mudah untuk melakukan aktiviti yang berunsur jenayah
sekaligus mengugat keamanan dan kesejahteraan hidup. Masyarakat juga dapat bekerjasama dalam
memberikan timbal balas terhadap sesuatu perkara yang melibatkan perbuatan-perbuatan yang tidak
mendatangkan feadah kepada golongan muda yang dapat mempengaruhi kesejahteraan hidup
bermasyarakat. Hal ini demikian kerana, masyarakat dapat mempengaruhi pembentukan norma dan
nilai generasi muda yang dibuat berdasarkan kepercayaan yang mereka pegang selama ini.

RUJUKAN

Alizarinah Bt. Ali. (1993). Penghayatan Agama Dan Kesejahteraan Hidup Di Kalangan Remaja
Melayu. Latihan Ilmiah Yang Tidak Diterbitkan. Jabatan Psikologi, UKM, Bangi.

Asmah Ahmad (2005) Kualiti hidup dan pengurusan persekitaran di Malaysia. Prosiding Seminar
Kebangsaan Pengurusan Persekitaran 2005. Program Pengurusan Persekitaran, Pusat
Pengajian Siswazah UKM. Halaman 3-14.

Diener, E., Oishi, S., & Lucas,R. E. (2002). Subjective well-being: The science of happiness and life
satisfaction. In C.R. Snyder & S.J. Lopez (Ed.), Handbook of Positive Psychology. Oxford
and New York : Oxford University Press.

Krech D, and Crutchfield, R (1962). Individual in society, Tokyo: Mc Grawhill Kogakusha-LTD.

9
Muhamad Fadhil Nurdin (2003) Penilaian dampak pembangunan ke arah kesejahteraan masyarakat;
Penilaian dampak sosial, Utusan Publication & Distributor, Kuala Lumpur.

Nik Aziz Nik Pa. (1994). Penghayatan wawasan pembangunan negara. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Ross, C.E. dan Willigen, M.V. (1997). Education and the subjective quality of life.
Journal of Health and Social Behavior 38, 275-297.

Siti Raba’ah Hamzaha, Turiman Suandia, Azimi Hamzaha, Ezhar Tamamb (2013). Pengaruh Rakan
Sebaya ke atas Tingkah Laku Hedonistik Belia IPT di Malaysia. Jurnal Teknologi(Social
Sciences) 63:1, 17-23.

Sufean Hussin (1995). Pengajaran Nilai Dalam Kurikulum. (Edisi Kedua). Selangor:Laser Press Sdn.
Bhd.

Schwartz, S. H. (1992). Universals in the content and structure of values: Theoretical advances and
empirical tests in 20 countries. In M. Zanna (Ed.), Advances in experimental social psychology
(Vol. 25, pp. 1–65). New York: Academic Press.

Schwartz, S. H. (1994). Are there universal aspects in the content and structure value? Journal of
Social Issues, 50:19-45.

Veenhoven R. (2006). How Do We Assess How Happy We are? Tenets, Implications and Tenability of
Three Theories. Paper conference on ‘New Directions in the Study of Happiness: United
States and International Perspectives’, University of Notre Dame, USA, October 22-24.

10

Anda mungkin juga menyukai