Anda di halaman 1dari 3

PENERANGAN TENTANG KONSTRUK

Kebolehan kognitif di peringkat Mengetahui, Memahami, Mengaplikasi, Menganalisis,


Menilai dan Mencipta (Bloom’s Taxonomy Revised 2001) adalah meliputi objektif untuk
mengingat semula atau mengenal pasti elemen spesifik yang terdapat dalam kandungan
sukatan mata pelajaran. Kepelbagaian pengetahuan itu dikelompokkan mengikut kumpulan
tertentu dan dilabelkan sebagai konstruk.

Berikut adalah penerangan ringkas tentang bagaimana sesuatu soalan itu dibina dan
dilabelkan mengikut konstruk.

KONSTRUK KOD PENERANGAN


MENGETAHUI P1 Terminologi
Pengetahuan tentang nama, istilah atau memberi definisi
sesuatu perkara.
P2 Fakta
Pengetahuan tentang maklumat am atau khusus sesuatu
perkara seperti fungsi, keadaan atau tujuan sesuatu
komponen.
P3 Konvensyen
Pengetahuan tentang sesuatu yang diterima atau diiktiraf
sebagai satu kelaziman seperti simbol atau tanda lazim.
P4 Urutan
Pengetahuan tentang proses, aktiviti tindakan yang berlaku
secara tersusun mengikut aturan atau prosedur yang telah
dikenal pasti.
P5 Pengelasan
Pengetahuan tentang pembahagian, pengkategorian atau
mengelompokkan sesuatu perkara untuk dilabelkan di bawah
satu kumpulan.
P6 Kriteria
Pengetahuan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan
ciri-ciri, sifat atau komponen yang perlu ada pada sesuatu
perkara.
P7 Metodologi
Pengetahuan tentang cara, kaedah atau teknik yang standard
dalam melaksanakan sesuatu tugasan, arahan atau kerja.
P8 Prinsip atau generalisasi
Pengetahuan tentang iddea atau pegangan tertentu yang
menyimpulkan pemerhatian terhadap sesuatu kejian, kejadian
atau ketetapan.
P9 Teori atau struktur
Pengetahuan tentang prinsip yang menjadikan dasar
pembentukan sesuatu fenomena yang dapat dibuktikan
dengan kukuh hasil daripada kajian, penyelidikan atau
pemerhatian.

Unit Kejuruteraan Dan Teknologi Asas (UKTA) Halaman 1


KONSTRUK KOD PENERANGAN
MEMAHAMI C1 Kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan pengetahuan
tanpa situasi baru. Kefahaman boleh dibahagikan kepada tiga
kemahiran kognitif iaitu Penterjemahan, Interpretasi dan
Ektrapolasi.

Penterjemahan
Kebolehan untuk menyatakan sesuatu konsep yang diketahui
dengan menggunakan perkataan/simbol.

Interpretasi
Kebolehan menghubungkaitkan bahagian dalam sesuatu set
komunikasi dan menyatakan dalam bentuk lain dengan
mengekalkan makna set komunikasi itu.

Ektrapolasi
Kemahiran interpretasi melampau melibatkan maklumat yang
terdapat dalam set komunikasi seperti membuat ramalan,
inferens, corak atau trend dan pengalaman.

MENGAPLIKASI A1 Kebolehan kognitif dalam menggunakan prinsip dan


generalisasi tentang sesuatu masalah dalam situasi baharu.
Pengetahuan sedia ada berasaskan pengalaman lepas
digunakan untuk menyelesaikan permasalahan yang baharu.
Keadaan ini berlaku kerana sesuatu permasalah yang baharu
mengandungi sedikit elemen yang berbeza daripada masalah
sebelumnya.

MENGANALISIS N1 Kebolehan kognitif untuk memisahkan sesuatu set komunikasi


kepada elemen atau bahagian-bahagiannya sehingga satu
bentuk pertalian antara elemen atau bahagian yang membina
set komunikasi itu dapat dilihat dengan jelas.
Analisis dapat dibahagikan kepada tiga iaitu Analisis Elemen,
Analisis Perkaitan dan Analisis Organisasi.

Analisis Elemen
Kemahiran mengenal pasti perkara pokok yang terdapat dalam
satu set komunikasi seperti anggapan, pandangan, sifat,
fungsi, nilai dan sebagainya.

Analisis Perkaitan
Kemahiran memperlihatkan saling kaitan antara elemen atau
bahagian dalam satu set komunikasi seperti perkaitan
hipotesis dengan pemerhatian, anggapan dengan hujahm,
sebab dan akibat dan sebagainya.

Analisis Organisasi
Kemahiran mengenal pasti susunan yang sistematik, perkaitan
mengikut urutan, struktur dan sebagainya yang
mengorganisasikan suatu set komunikasi.

Unit Kejuruteraan Dan Teknologi Asas (UKTA) Halaman 2


KONSTRUK KOD PENERANGAN
MENILAI V1 Kebolehan membuat pertimbangan dengan menggunakan
kaedah dan kriteria yang piawai untuk menentukan kesesuaian,
ketepatan, kecekapan, keberkesanan tentang nilai, makna,
pendapat, penyelesaian, prosedur, produk dan sebagainya.
Penilaian dapat dibahagikan kepada dua itu Penilaian
Berdasarkan Evidens Dalaman Dan Penilaian Berdasarkan
Evidens Luaran.

Penilaian Berdasarkan Evidens Dalaman


Kemahiran membuat pertimbangan menggunakan maklumat
dalam satu set komunikasi.

Penilaian Berdasarkan Evidens Luaran


Kemahiran membuat pertimbangan terhadap sesuatu hasil kerja
berdasarkan kriteria dan piawaian yang dirumus oleh individu
yang mahir dalam bidang berkenaan.

MENCIPTA T1 Menggabungkan idea / komponen dengan menggunakan


pemikiran yang kreatif untuk menghasilkan idea / struktur
baharu.
Berbanding dengan aras kemahiran kognitif, kemahiran
mencipta bersifat pemikiran bercapah dan kreatif, iaitu jawapan
atau persembahan agak bebas dan unik. Kemahiran mencipta
dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Penghasilan Set
Komunikasi Yang Unik, Penghasilan Cadangan Satu Set
Operasi dan Penghasilan Satu Set Pertalian Perkara-Perkara
Abstrak.

Penghasilan Set Komunikasi Yang Unik


Peringkat ini berkaitan dengan kemahiran untuk menghasilkan
produk bebas seperti lukisan, tulisan, idea, eksperimen dan
sebagainya.

Penghasilan Cadangan Satu Set Operasi


Peringkat ini berkaitan dengan kemahiran yang melibatkan
penghasilan pelan kerja atau cadangan untuk melakukan suatu
aktiviti terancang.

Penghasilan Satu Set Pertalian Perkara-Perkara Abstrak


Peringkat ini berkaitan dengan kemahiran yang melibatkan
pembinaan rumusan bagi satu set perkara yang abstrak untuk
menerangkan satu set data atau fenomena.

Unit Kejuruteraan Dan Teknologi Asas (UKTA) Halaman 3

Anda mungkin juga menyukai