Anda di halaman 1dari 16

WMAM Eco Youth

Challenge 2018

Projek kolaborasi bersama:

Persatuan Pengurusan Sisa Malaysia (WMAM)


Yayasan Coca - Cola
SWM Environment Sdn Bhd
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
PENGENALAN
• Dianggarkan rakyat Malaysia kini menjana lebih kurang 40,000 tan sampah setiap
hari.

• Kadar kitar semula semasa pada 15% setakat 1 Jun 2016 dan JPSPN menyasarkan
peningkatan kepada 22% menjelang 2020.

• Menjelang tahun 2050, jumlah plastik di dalam lautan akan lebih banyak
berbanding jumlah ikan.

• Kempen kesedaran daripada peringkat akar umbi lebih-lebih lagi sekolah dilihat
penting dalam memastikan alam sekitar kita dapat dipelihara.

• Persatuan Pengurusan Sisa Malaysia (WMAM) dengan kerjasama Yayasan Coca-


Cola dan SWM Environment Sdn. Bhd. bersetuju untuk menganjurkan satu program
yang melibatkan sekolah-sekolah menengah dalam Negeri Johor, Melaka dan
Negeri Sembilan.
OBJEKTIF
• Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran
mengenai pendidikan kelestarian alam kepada pelajar sekolah khususnya sekolah
menengah di Wilayah Selatan Semenanjung Malaysia.

• Program yang julung-julung kali diadakan ini bakal menjadikan elemen pendidikan
kelestarian sebagai wadah utama selain mengangkat Pendidikan Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Program ini juga turut menyelitkan
Pembelajaran Berasaskan Projek(PBL) yang merupakan kompenan dalam
pendidikan abad ke-21.

• Acara kemuncak bagi program ini akan berlangsung di International Solid Waste
Association ISWA 2018 World Congress yang akan berlangsung pada 22-24
Oktober 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Konvensyen ini bakal dihadiri
oleh peserta dari serata dunia dan karya-karya peserta bakal dipertontonkan
sewaktu konvensyen ini.
PROGRAM DAN PERTANDINGAN YANG DI RANCANG

Promosi Pertandingan dan Jelajah Pendidikan 3R

Pertandingan Kutipan Barangan Kitar Semula

Laporan Kelestarian Alam Sekitar

Pertandingan Arca Kitar Semula

Pertandingan Video Pendek #WASTENOT

Program Sampah Marin (10 sekolah terpilih)

Pertandingan ‘Choral Speaking


PROMOSI PERTANDINGAN DAN JELAJAH PENDIDIKAN 3R
• Jelajah pendidikan ini akan berlangsung sepanjang program. Selain mendidik para
pelajar mengenai pendidikan kelestarian , penganjur juga akan mempromosikan
pertandingan kepada para pelajar.

• Antara intipati jelajah ini termasuklah pameran dan ceramah kitar semula serta kuiz
dan sekretariat juga akan mengadakan demonstrasi pengasingan sisa pepejal
dipunca.

• Setiap sekolah akan dibekalkan dengan 2 unit bunting sebagai medium untuk
mempromosikan pertandingan ‘WMAM ECO Youth Challenge 2018’ ini.
PERTANDINGAN KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA
• Objektif pertandingan ini adalah untuk memupuk aktiviti kitar semula dalam
kalangan pelajar dan warga sekolah.

• Berikut adalah terma dan syarat untuk pertandingan ini.


PERTANDINGAN ARCA KITAR SEMULA
• Objektif pertandingan ini adalah untuk memberi ruang kepada para pelajar untuk
menzahirkan idea kreatif melalui pertandingan reka cipta.

• Berikut adalah terma dan syarat untuk pertandingan ini.


PERTANDINGAN VIDEO PENDEK #WASTENOT
• Menjadikan media sosial sebagai satu wadah atau platform untuk menyampaikan
maklumat melalui penghasilan video pendek sekaligus menggunakan elemen
sains dan teknologi dalam pembelajaran murid di sekolah.

• Berikut adalah terma dan syarat untuk pertandingan ini.


LAPORAN KELESTARIAN ALAM SEKITAR
• Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) menjadi elemen utama dalam laporan ini di
mana PBL merupakan salah satu aspek penting yang terdapat dalam
Pembelajaran Abad ke-21. Oleh yang demikian, murid dapat menggunakan teknik
yang sama dalam menghasilkan laporan ini.

• Laporan ini terbahagi kepada dua jenis iaitu laporan bulanan dan satu laporan
lengkap yang perlu dihantar pada akhir pertandingan.

• Berikut adalah terma dan syarat untuk pertandingan ini.

• Templat laporan bulanan

• Contoh laporan bulan Mac

• Contoh laporan bulan April

• Contoh laporan bulan Mei


PROGRAM SAMPAH MARIN
(BAGI SEKOLAH TERPILIH)
• Program Kolaborasi bersama MareCet yang merupakan badan bukan kerajaan yang
memberi fokus kepada pemuliharaan hidupan laut.

• Pertandingan ini melibatkan 10 buah sekolah yang berada dalam lingkungan 5km dari
pantai.

• Sekolah yang terpilih perlu menjalankan satu projek untuk mengekalkan keindahan
pantai dari tercemar.

• Setiap sekolah yang terpilih akan diberi wang RM 200 untuk memulakan projek.

• 3 sekolah akan dipilih sebagai pemenang


PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING
• Pertandingan yang secara tidak langsung memberi kesedaran mengenai alam
sekitar melalui satu penyampaian yang berbeza daripada yang sedia ada. Selain
daripada itu, sekolah-sekolah yang sudah pasti mempunyai pasukan ‘choral
Speaking’ akan berusaha untuk mengekalkan nama mereka dalam pertandingan
ini.

• Berikut adalah terma dan syarat untuk pertandingan ini.


MAJLIS PELANCARAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH
WMAM ECO YOUTH CHALLENGE

• Majlis pelancaran & taklimat kepada guru penyelaras diadakan


pada bulan Februari 2018
• Negeri Sembilan – 22 Februari 2018, Johor – 27 Februari 2018 dan
Melaka – 28 Februari 2018.
• Acara kemuncak dan penyampaian hadiah bagi kategori-kategori
terpilih akan berlansung di International Solid Waste Association
ISWA 2018 World Congress yang akan berlangsung pada 22-24
Oktober 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
3R Cages

• Akan diedarkan kepada semua sekolah sebagai fasiliti kitar semula.


GARIS MASA
PEGAWAI BERTUGAS

JOHOR BAHRU, PASIR GUDANG, KULAI, PONTIAN, KOTA TINGGI,


MERSING

MOHD AIZAD BIN OSMAN


017-729 1951 / aizad.osman@swmsb.com

BARU PAHAT, KLUANG, MUAR, SEGAMAT, TANGKAK

MUHAMAD BAKHTIAR BIN AZNI


016-424 0503 / bakthiar.azni@swmsb.com

Atau boleh berhubung

SHAHRUL AMIR BIN ABDUL RAHIM


012-700 0025 / shahrulamir.rahim@swmsb.com
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai