Anda di halaman 1dari 2

Peribadi Rasulullah SAW adalah model yang sangat agung untuk kitacontohi.

Di antara keperibadian dan akhlak mulia Nabi Muhammad ialah:-

 Baginda berdoa dengan penuh khusyuk, sambil air matanya sentiasa berlinangan.

 Wajah Baginda sentiasa ceria, elok dan sempurna, sehingga sejuk mata memandang
Baginda.

 Baginda memilik perasaan yang halus.

 Baginda mengambil wuduk sebelum tidur dan berzikir sehingga lena.

 Baginda gemar makan beramai-ramai daripada berseorangan.

 Baginda benci kemegahan dan perhiasan yang cantik kerana ia melambangkan


kesombongan dan keangkuhan.

 Baginda makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.

 Baginda tidak pernah mengumpat atau mencerca, apa lagi menghina orang lain.

 Baginda memelihara rambutnya dengan kemas.

 Baginda suka membalas hadiah.

 Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar daripada rumah
atau semasa masuk ke rumah.

 Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya.

 Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemui Baginda.

 Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa.

 Ketika berjabat tangan, Baginda tidak melepaskan tangannya sehingga orang


dijabatnya itu melepaskan tangannya.

 Baginda mengangkat tangan memberi hormat apabila melepasi kumpulan kanak-


kanak

 Baginda tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama.

 Baginda sangat menghormati orang tua dan mengasihani orang muda dan kanak-
kanak.

 Baginda tidak pernah bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun.

 Baginda tidak pernah menjulurkan kakinya di depan sahabat.


 Suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas.

 Baginda sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya.

 Baginda tidak pernah ketawa terbahak-bahak, cuma tersenyum lembut.

 Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara.

 Baginda sangat sabar dan tabah, apabila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan.

 Baginda sangat kasih terhadap umatnya.

 Tidak pernah mengambil rezeki Allah melebihi keperluan asas makan minum
Baginda. Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk tujuan fisabilillah.

 Baginda sentiasa membantu orang lain walaupun Baginda sendiri dalam kesusahan.

 Baginda tidak menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka.

Anda mungkin juga menyukai