Anda di halaman 1dari 2

RASULLULLAH S.A.W.

DENGAN SEBIJI BUAH LIMAU Nabi Muhammad SAW mempunyai akhlak yang mulisa budi pekerti yang luhur. Keagungan akhlak baginda diakui oleh para sahabat dan musuh. Akhlak dan budi pekerti baginda perlu diteladani. Baginda adalah urusan Allah, ikutan umat manusia dan rahmatan Lil-alamin.

Keluhuran budi pekerti baginda juga telah diakui Allah SWT. Ini jelas dari dari firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya engkau (Muhammad) sungguh-sungguh mempunyai budi yang luhur (surah al-Qalam: 40.

Keluhuran akhlak dan budi perkerti Rasullullah tergambar dalam kisah yang berlaku antara baginda dan seorang wanita kafir. Suatu hari, ketika baginda bersama beberapa orang

sahabat, baginda ditangani seorang wanita kafir. Wanita itu membawa sebiji limau sebagai hadiah kepada baginda. Baginda menerima pemberian itu dengan senyuman gembira. Buah limau itu dimakan oleh baginda seulas demi seulas sambil tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan kongsi makanan bersama para sahabat. Namun, kali ini tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.

Rasulullah SAW terus makan sehingga habis. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat sahabat agak hariran dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya kenapa baginda berkelakuan demikian. Sambil tersenyum baginda menjelaskan. Tahukah kamu, sebenarnya buat limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Sekiranya kamu turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kamu yang akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita itu. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya. Begitulah mulianya akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak memperkecil kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik dan dari orang bukan Islam.

Wanita kafir itu pulang dengan perasaan yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia ingin mempermain mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan menghadiahkan buat limau yang masam itu. Malangnya tidak Berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW,

Kisah ini menunjukkan berapa mulia dan luhurnya akhlak mulia Rasulullah SAW. Baginda sanggup menghargai hadiah yang diberikan walaupun dari orang kafir yang bertujuan mempermain mainkannya.Demi untuk menjaga hati wanita kafir itu, baginda memakan buat limau yang dihadiahkan itu dengan senyuman walaupun rasa buah limau itu sangat masam.

Bagaimana pula halnya jika peristiwa seperti ini berlaku ke atas diri kita? Sanggupkah kita berperilaku sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW? Insya-Allah, semoga kita akan menjadikan kisah ini sebagai contoh dan teladan dalam mengharungi liku liku hidup seharian.

Anda mungkin juga menyukai