Anda di halaman 1dari 2

Sewajarnya kita mencontohi keperibadian Nabi Muhammad SAW.

Allah SWT berfirman


yang maksudnya, "Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah adalah contoh ikutan
yang terbaik". (surah al-Ahzab, ayat 21).

Peribadi Rasulullah SAW adalah model yang sangat agung untuk kita contohi. Di antara
keperibadian dan akhlak mulia Nabi Muhammad ialah:
 Baginda berdoa dengan penuh khusuk sambil air matanya sentiasa berlinangan.
 Wajah baginda sentiasa ceria, elok dan sempurna sehingga sejuk mata yang
memandang baginda.
 Baginda memiliki perasaan halus (mudah menangis).
 Baginda mengambil wuduk sebelum tidur dan berzikir hingga lena.
 Baginda gemar makan beramai-ramai daripada berseorangan.
 Baginda benci kemegahan dan perhiasan yang cantik kerana ia melambangkan
kesombongan dan keangkuhan.
 Baginda makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.
 Baginda tidak pernah mengumpat atau mencerca apa lagi menghina orang lain.
 Baginda memelihara rambutnya dengan kemas.
 Baginda suka membalas hadiah.
 Baginda mengucap salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar daripada rumah
atau semasa masuk ke rumah.
 Baginda sangat berlemah-lembut dengan isteri-isterinya dan ahli keluarganya.
 Baginda sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemui.
 Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa.
 Baginda tidak melepaskan tangannya sehingga orang yang dijabatnya itu
melepaskan tangannya.
 Baginda tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama.
 Baginda sangat menghormati orang tua dan mengasihani orang muda dan kanak-
kanak.
 Baginda tidak pernah bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain
bangun.
 Baginda tidak pernah menjulurkan kakinya di hadapan sahabat.
 Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas.
 Baginda sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya.
 Baginda tidak pernah ketawa terbahak-bahak, cuma tersenyum sedikit.
 Baginda sangat fasih dan manis dalam tutur bicara.
 Baginda sangat sabar dan tabah apabila menghadapi setiap cabaran dan
kesusahan.
 Baginda sangat kasih terhadap umatnya.
 Baginda tidak pernah mengambil rezeki Allah melebihi keperluan asas makan
minum baginda. Rezeki yang melebihi keperluan akan ditabur untuk tujuan
fisabilillah.
 Baginda sentiasa membantu orang lain walaupun baginda sendiri dalam kesusahan.
 Baginda tidak menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan
mereka.

Anda mungkin juga menyukai