Anda di halaman 1dari 11

TEKANAN GURU DALAM PENDIDIKAN

DAN RESOLUSI PENYELESAIANNYA

Mohd Fadzli Abu Bakar1


Janet Ho Siew Ching2
Irdiana Syeriza Hussein3
Nazrah Jamaludin
Fakulti Pendidikan4, Universiti Teknologi Malaysia

ABSTRAK

Kertas kerja ini bertujuan menyingkap dan membincangkan isu tekanan yang
berlaku di kalangan guru. Demikian adalah supaya isu tekanan yang
sememangnya melanda setiap profesion dapat diambil berat pada profesion
perguruan kerana kadar pengaruhnya yang amat besar terhadap pendidikan.
Masyarakat memandang remeh mengenai bebanan profesion ini dan
menganggap secara turun temurun bahawa tugas besar membina status
pendidikan unggul negara adalah melalui pengorbanan besar guru-guru.
Malangnya kesanggupan untuk berkorban lebih masa dan tenaga ini tidak lagi
relevan pada era global dan material ini. Justeru, setiap pihak yang berkaitan
perlu memberi perhatian dan melaksanakan pendekatan terhadap penyelesaian
isu ini. Guru perlu rasional, pihak sekolah perlu memikir resolusi terhadap
persekitaran yang sesuai dan kerajaan juga perlu lebih mempertimbangkan
intensif beserta kebajikannya. Ia adalah supaya operasi pendidikan dapat
berjalan lancar selaras dengan misi serta visi sebenarnya.

PENGENALAN

Falsafah Pendidikan semakin hari semakin bermutu dengan perangkuman pelbagai


kriteria dan tuntutan yang perlu diterapkan dalam objektif pendidikan. Perubahan
semasa di kalangan arus modenisasi dan globalisasi menjadikan keperluan bidang
pendidikan perlu dipertingkat dan dipertambahkan cakupannya kepada pengkayaan
multi bidang.

Berdasarkan permintaan yang tinggi tersebut, kita terpaksa membayar harganya yang
wujud dalam bentuk bebanan terhadap pelaksanaan dan menghadapi permasalahan
sampingannya. Arus pendidikan hari ini semakin mendesak para profesional pendidikan
untuk bekerja keras dan lebih masa demi mencapai permintaan tinggi pendidikan
tersebut.

Di samping usaha peningkatan dan pelaksanaan, guru-guru semakin mula tertekan atau
sekurang-kurangnya pernah merasa tertekan dengan ‘demand’ tinggi bebanan kerjaya
pendidikan ini. Hasilnya, secara tidak sedar para guru mengalami tekanan yang

1
No Matriks: MP041293
2
No Matriks: MP051144
3
No Matriks: MP041271
4
Penulis adalah pelajar Sarjana Psikologi Pendidikan

Muka surat 1/11


dianggap sebagai suatu keuzuran berpotensi mengganggu kelancaran operasi
pendidikan.

Justeru, simptom ketegangan atau tekanan di kalangan guru ini adalah suatu fitrah
semula jadi kemanusiaan yang perlu ditangani dengan bijak dan bertimbang rasa.
Adalah suatu tindakan yang rasional untuk memikir dan melaksanakan resolusi
penyelesaian bagi masalah-masalah guru disamping melaksanakan pelbagai pelan
peningkatan terhadap pendidikan.

TEKANAN

Menurut McGrath (1974), tekanan didefinisikan dalam bentuk toleransi yang


menyatakan bahawa persekitaran yang tekanan boleh dianggap berada di luar batasan
toleransi yang normal dalam kehidupan seharian seseorang dan rangsangan tersebut
boleh ditafsirkan sebagai kesakitan pada peringkat tertinggi. Beliau membuat
kesimpulan bahawa sesuatu yang kelihatan tekanan pada seseorang berkemungkinan
menjadi cabaran dan keseronokan kepada seseorang yang lain.

TEKANAN DALAM PENDIDIKAN

Tekanan Guru

Tekanan guru ditakrifkan sebagai pengalaman kurang disenangi oleh seorang guru dari
segi emosi, seperti tension, tertekan, kebimbangan, kemarahan, dan segala sesuatu yang
berkaitan dengan aspek pekerjaan sebagai seorang guru. (Kyriacou and Sutclifee,
1978a).

Menurut Kyricaou dan Sutcliffle (1978a), tekanan kerja guru ialah emosi negatif yang
dialami oleh seorang guru semasa menjalankan tugas. Emosi negatif berkenaan
umpamanya kemarahan, keresahan, ketegangan, kekecewaan dan kemurungan yang
dialami oleh seseorang guru itu. Keadaan ini dipersepsikan sebagai ancaman terhadap
kebahagian/kesejahteraan psikologi dan fizikal.

Kyricaou (1987) kemudiannya mentakrifkan tekanan guru sebagai pengalaman yang


dialami oleh guru berhubung dengan emosi yang tidak menyenangkan seperti
ketegangan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan dukacita yang disebabkan oleh
aspek-aspek pekerjaan sebagai seorang guru

Tekanan guru juga boleh didefinisikan sebagai kesan tindak balas negatif seperti
kemarahan dan tekanan oleh seseorang guru. Ia kebiasaannya merangsang potensi
perubahan fisiologi seseorang guru seperti peningkatan kadar degupan jantung dan
perembesan hormon tertentu ke dalam salur darah. Seterusnya ia memberi kesan
terhadap aspek tugas perguruan yang merangkumi kesungguhan menjalankan tugas,
keyakinan diri dan kerasionalan tindakan.

Muka surat 2/11


Tekanan di Kalangan Guru

Dunham (1976) melaporkan hasil kajiannya mengenai tekanan guru berdasarkan


analisis data yang mengandungi 658 orang guru di sekolah rendah dan sekolah
menengah di United Kingdom. Para responden, iaitu guru diminta untuk
menerangkan situasi tekanan yang dihadapi dan bagaimana mereka mengatasi
masalah tersebut.

Daripada kajian tersebut, kesimpulan yang boleh dibuat ialah ‘lebih banyak guru
yang mengalami tekanan guru’, ‘hanya angka sedikit sahaja di kalangan guru yang
tidak mengalami tekanan guru’. Tekanan dihadapi terutamanya dalam organisasi,
konflik yang dialami dalam pembahagian tugas, dan keadaan tempat kerja. Untuk
itu, antara tindakan guru yang menghadapi tekanan guru yang berlebihan telah
memillih langkah untuk meletakkan jawatan dalam sesuatu organisasi; guru
memilih untuk mengajar pelajar yang kurang kemampuan belajar atau kelas yang
kurang cerdik. Komunikasi di kalangan guru semakin kurang berkesan dan guru
memilih untuk mendiamkan diri. Guru yang memiliki karakter atau personaliti yang
baik berubah sama sekali kepada seseorang yang langsung tidak dikenali dan
kepuasan kerja yang rendah.

Punca Tekanan di Kalangan Guru

Rudd & Wiseman (1962) menyatakan di antara punca-punca tekanan di kalangan guru
mengikut kajiannya adalah:
1. Intensif perguruan
2. Gangguan hubungan komunikasi sesama kakitangan pendidikan
3. Faktor persekitaran tempat kerja yang melibatkan prasarana dan kelengkapan
4. Beban mengajar
5. Latihan atau kursus perguruan yang banyak
6. Kelas atau jumlah murid yang ramai
7. Perasaan minat diri terhadap profesyen perguruan
8. Waktu kerja yang tidak terhad
9. Status guru dalam masyarakat

Guru merupakan anggota utama dalam sekolah. Ini adalah kerana guru memainkan
peranan yang paling penting untuk mendidik murid-murid di sekolah menuju ke arah
pembentukan warganegara yang berilmu dan berakhlak mulia. Secara ringkasnya guru
memainkan peranan penting dalam merealisasikan strategi Kementerian Pendidikan
Malaysia demi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan seterusnya
membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia .

Walau bagaimana pun tugas dan tanggungjawab guru tidak dapat dilaksanakan dengan
sempurna sekiranya para guru menghadapi tekanan kerja. Menurut Kyriacou (1987),
jumlah kajian yang semakin meningkat tentang tekanan guru di seluruh dunia
menunjukkan keseriusan masalah ini.

Menurut Kyriacou (1987), kajian lepas telah dilakukan olehnya bersama Sutcliffe’s
(1978a) dalam model tekanan guru telah menghasilkan satu model persepsi yang

Muka surat 3/11


dinamakan ‘perception of threat’. Dalam model tersebut menyatakan bahawa guru
menerima terlalu banyak arahan, menyebabkan dia sukar untuk mentafsirkan
arahan lalu mendatangkan pelbagai jenis masalah yang berkaitan dengan fizikal dan
mental.

Sesetengah guru yang tertekan dengan arahan yang diberikan akan melepaskan tekanan
kepada pihak yang lain, umpamanya pelajar. Sementara dalam diri guru tersebut, dia
kehilangan dirinya, sukar menghadapi kenyataan, bimbang yang berlebihan dan
bertindak luar kawalan tanpa disedari.

Sebagai seorang pendidik yang berdedikasi, akauntabiliti guru yang merangkumi


bidang pekerjaan, sekolah, tingkah laku kendiri, murid dan profesion telah memberi
tekanan yang berat kepada guru.

Sejak kebelakangan ini, sekolah baru banyak ditubuhkan di merata tempat di Malaysia.
Di negeri Johor sahaja pada tahun 2004, 14 buah sekolah menengah dan 12 buah
sekolah rendah telah beroperasi (Laporan Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa
Pengoperasian Sekolah Baru Kali 1/2004 JPNJ Johor Darul Takzim).

Para guru yang mengajar di sekolah baru biasanya diberi beban tugas yang berlipat
ganda memandangkan keperluan bilangan guru adalah berdasarkan bilangan pelajar.
Dengan bilangan guru yang kurang tetapi segala pentadbiran sekolah, kurikulum,
kokurikulum, disiplin perlu dikendalikan dari peringkat permulaan hingga peringkat
yang mantap seperti sekolah-sekolah lain.

Keadaan ini ditambahkan lagi dengan pelbagai kemudahan canggih yang perlu
dilengkapkan dengan sumber kewangan yang terhad. Bilik komputer, Bilik
Sejarah/Geografi, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Seni, kesemua bilik ini perlu dihias dan
diperlengkapkan untuk P&P.

Seseorang guru diberi beberapa tugas seperti guru disiplin, guru rumah sukan, guru
penasihat persatuan, guru komputer, ketua panitia, guru kantin, guru keselamatan, guru
tingkatan dan guru SPBT. Selain daripada menghadapi beban tugas yang berat itu,
seseorang guru juga perlu menghadapi masalah hubungan interpersonal dengan rakan
seperjuangan yang baru dikenali, salah laku pelajar, peraturan/pentadbiran sekolah ,
persekitaran sekolah baru dan kekangan masa serta sumber.

Dalam suasana yang penuh dengan ketegangan ini, guru akan lebih merasa tertekan.
Berjayanya sesuatu matlamat/ wawasan pendidikan dikaitkan dengan perancangan yang
teliti dan teratur manakala kegagalan pula dikaitkan dengan sikap guru yang tidak pro-
aktif, tidak melaksanakan dengan sempurna dan pelbagai prasangka yang kurang
menyenangkan. Oleh itu, dirasanya perlu mangadakan kajian untuk melihat tahap
tekanan guru di sekolah-sekolah baru dan cara-cara menanganinya bagi memastikan
pengoperasian sekolah baru dapat berjalan dengan lancar.

Salah laku pelajar yang berlaku seperti ponteng kelas, bising, bertindak biadap terhadap
guru, melanggar peraturan sekolah, bergaduh, tidak menyerahkan kerja sekolah dan
sebagainya merupakan punca yang menyebabkan tekanan di kalangan guru.

Muka surat 4/11


Model Tekanan Kerja Guru

Kyricaou dan Sutcliffle (1978a) telah membentuk model tekanan kerja guru sebagai
asas kepada kajian mengenai tekanan kerja dalam kalangan guru seperti ditunjukkan
pada Rajah 1 di bawah.

7
Ciri-ciri individu Guru (d)
Biograti
Personaliti
Keperluan yang tinggi
Kepercayaan mempunyai kebolehan untuk bertemu atau
mengatasi tuntutan
Sistem nilai sikap

(b)

1 2 3 4 5 6
Potensi Penilaian Stress Mengatasi Guru stress Simpton
stress sebenar mekanisme kesan rumit
Fizikal Ancaman mengurangkan negatif Koronari
Psikologi kepada anggapan Tindak Psikomatik
kesejahtera ancaman balas Mental
an harga dikaitkan:
diri Psikologi
Fisiologi
Tingkah
(a) laku

8
Potensi bukan
pekerjaan stress
(c)

Rajah 1 : Model Stress Guru (Sumber : Kyriacou dan Sutcliffe, 1978a)

Berdasarkan Model Kyricaou dan Sutclitte (1978a) membezakan antara punca tekanan
kerja berpotensi (1) daripada punca tekanan kerja sebenar (3). Punca tekanan berpotensi
ialah aspek-aspek objektif kerja guru seperti beban tugas yang banyak dan kebisingan
yang memungkinkan tekanan kerja berlaku (5).

Punca tekanan kerja berpotensi hanya akan menyebabkan tekanan kepada guru jika
ianya dianggap oleh guru sebagai ancaman kepada harga diri dan kesejahteraan dunia
(2). Pentafsiran guru terhadap tuntutan/permintaan yang dibuat kepada atas dirinya

Muka surat 5/11


bergantung kuat kepada interaksi di antara ciri-ciri individu guru (7) dan tanggapan
guru.

Punca tekanan kerja sebenar merupakan subset kepada punca tekanan berpotensi.
Mekanisme daya tindak (4) merupakan keupayaan individu untuk menangani punca
tekanan sebenar oleh individu tekanan guru ada berkaitan secara langsung dengan tahap
ketidakupayaan mekanisma daya tindak menangani punca tekanan sebenar dan sejauh
mana terhadap guru mentafsir ancaman.

Jelas tekanan dilihat sebagai respon terhadap pengaruh negatif seperti kemarahan,
kemurungan yang biasanya diikuti oleh keadaan lain yang dianggap sebagai tindakbalas
berkaitan dengan tekanan kerja guru (5). Respon-respon ini boleh berupa perubahan
psikologi seperti ketidakpuasan kerja, perubahan fisiologi seperti tekanan darah tinggi,
perubahan tingkah laku seperti tidak hadir bekerja.

Kerjaya Perguruan Membebankan

Banyak kajian yang membuktikan bahawa bidang perguruan merupakan satu profesion
yang sangat mencabar. Kajian-kajian Peklaj & Puklek, 2000; Friedman, 2000; Philip,
1999, mendapati satu pertiga daripada responden mendapati mengajar sebagai satu
pekerjaan yang tinggi tahap tekanannya (Sapora, 2005).

Selain mengajar dalam aktiviti pengajaran seharian, guru pula menghabiskan 38 hari
bekerja setahun untuk menghadiri pelbagai kursus atau latihan. Lebih membebankan
lagi ialah 320,000 guru di lebih 9,000 buah sekolah seluruh negara perlu mengisi 108
jenis borang bagi menyempurnakan tugas pengajaran, kokurikulum dan kerja
pentadbiran.

Sebelum ini, ada yang mempertikaikan bahawa cuti guru agak panjang dan menyifatkan
guru golongan kakitangan bertuah. Namun ini disangkal oleh ramai guru yang
mendedahkan walaupun kelihatan guru bekerja separuh hari, tetapi sebenarnya mereka
bekerja hampir sepanjang hari. Bezanya, semua kerja itu dibuat di rumah pada waktu
siang dan malam atau mereka akan ke sekolah lebih awal untuk meneliti lebih 100 buku
atau tugasan bergantung jumlah pelajar dalam sesebuah kelas iaitu minimum 37 pelajar
untuk satu kelas dan lima kelas diajar setiap hari.

Impak Tekanan Guru Terhadap Pendidikan

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa tekanan guru telah dikaitkan dengan
penyakit sakit mental. (Fletcher dan Payne, 1982). Menurut Blase’s (1982) berdasarkan
jurnal yang ditulis oleh Kyriacou (1987), sebilangan besar guru menunjukkan tahap
penglibatan kerja yang rendah akibat tekanan yang berlebihan. Tenaga tidak digunakan
untuk meneruskan kerja berkaitan dengan pengajaran, sebaliknya melepaskan tenaga
secara tindakan fizikal atau melepaskan geram terhadap pelajarnya. Sesetengah guru
yang tidak melepaskan geram pula memilih jalan dengan tidak hadir ke sekolah akibat
tekanan guru yang berlebihan.

Muka surat 6/11


Tekanan di kalangan guru menyebabkan potensi berlakunya masalah salah guna
kuasa guru terhadap murid-murid. Terutamanya yang berlaku dalam aspek
hukuman yang boleh mengakibatkan penderaan.

Di sekitar bulan Julai 2005 baru-baru ini, seorang bapa kepada seorang pelajar sekolah
mendakwa bahawa anaknya pelajar tahun satu telah patah tulang tapak tangannya
selepas dipukul oleh seorang guru kerana bising di dalam kelas. Demikian
menunjukkan bagaimana sikap kerja seorang guru yang mengalami tekanan kerana
suasana kebisingan dalam kelas. Akhirnya tekanan tersebut memberi kesan terhadap
tindakan silap guru tersebut.

Konsep tekanan telah digunakan secara meluas untuk menerangkan peningkatan


motivasi pekerjaan dan penurunan kepuasan kerja. Tekanan boleh memberikan kesan
sama ada positif atau negatif. Fisher (1994), percaya bahawa mereka yang mengalami
masalah tekanan pekerjaan adalah kurang efisyen. Mengalami sikap kemurungan,
kerisauan/ kegelisahan, kemarahan dan fobia merupakan tanda-tanda tertekan yang
mungkin berpunca daripada persekitaran luar atau faktor-faktor kognitif individu.

RESOLUSI

Resolusi perlu difikirkan bagi menyelesaikan dan mengurangkan masalah tekanan di


kalangan guru demi kebaikan perjalanan pendidikan. Sesungguhnya tekanan guru yang
tidak terkawal boleh memberi kesan negatif terhadap mutu pendidikan negara. Tekanan
yang tidak terkawal antara lainnya akan memberi kesan kepada kepuasan kerja, strategi
berdaya tindak, sokongan sosial dan konsep kendiri guru.

Memandangkan tugas guru adalah mencabar, ‘anggapan’ bahawa menjadi seorang guru
adalah mudah perlu dibuang daripada mentaliti setiap pihak. Begitu juga dengan
anggapan bahawa tugas mendidik adalah hanya tanggungjawab guru dan guru perlu
memiliki daya pengorbanan yang tinggi. Demikian adalah fakta atau alasan yang tidak
relevan untuk digunakan supaya permasalahan tekanan ini dapat diabaikan.

Di antara cadangan dan resolusi yang perlu dipertimbangkan berkaitan tekanan di


kalangan guru adalah seperti berikut:
Mengkaji semula beban tugas guru

Isu bebanan kerja guru menjadi fokus utama berikutan hasil kajian Kementerian
Pelajaran baru-baru ini mendapati guru di Selangor, Melaka, Johor dan Kuala Lumpur
menanggung beban berlebihan iaitu bekerja 74 jam seminggu berbanding 48 jam yang
dihadkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Memandangkan bahawa di antara punca yang menyebabkan tekanan di kalangan guru


adalah bebanan kerja yang mungkin memberatkan, maka kementerian perlu membuat
kajian susulan dari semasa ke semasa untuk mengenal pasti masalah dan pelaksanaan
terhadap penyelesaiannya.

Berdasarkan cadangan resolusi tersebut Kementerian Pelajaran telah membuat beberapa


buah kajian berkaitan. Pelaksanaan terhadap hasil kajian tersebut bagi mengatasi

Muka surat 7/11


masalah tekanan yang dihadapi guru akan dijalankan dalam Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK-9) (B.Harian, 30 Ogos 2005).

Kementerian akan mengkaji dan memperbaiki melalui strategi mengembalikan semula


tugas hakiki guru iaitu mengajar dalam mengasak ilmu pengetahuan kepada murid di
dalam kelas tanpa terlalu memberi tumpuan berlebihan kepada bukan tugas hakiki. Di
antara langkah yang akan diambil adalah penambahan guru, pengurangan muird dalam
sebuah bilik darjah dan mengambil lebih banyak kakitangan perkeranian supaya guru
dapat memberi lebih tumpuan kepada tugas teras mereka iaitu mengajar. Beban guru
displin juga perlu diserahkan kepada kaunselor yang dilantik khas dan bidang sukan
pula diserahkan kepada guru pakar yang profesional (B.Harian, 8 Julai 2005).

Sokongan Pihak Pengurusan

Young (1978) mencadangkan sokongan pihak pengurusan untuk melegakan


kekecewaan guru-guru yang meningkatkan tahap kegelisahan/kerisauan. Dunham
(1977) menerangkan bahawa guru-guru yang terpaksa berhadapan dengan murid yang
mengganggu memerlukan sokongan pihak pengurusan dan rakan sekerja.

Lortie (1975) melaporkan bahawa kemudahan yang lebih baik dianggap sebagai
perubahan yang dapat meningkatkan keberkesanan guru, dan imbuhan yag lebih tinggi
dan kenaikan pangkat dilihat sebagai perubahan yang boleh meningkatkan kepuasan
kerja.

Sebaliknya, kajian Abdel Halim (1978), mencadangkan bahawa untuk mengurangkan


kesan yang tidak baik yang berkaitan dengan tekanan peranan, sesebuah organisasi
boleh menyesuaikan dengan strategi pembentukan semula pekerjaan untuk
memperkayakan peranan guru.

Bagi mengurangkan masalah tekanan, pihak pengurusan boleh menggunakan


kaunseling campur tangan-krisis dan system sokongan sosial. Dalam pengurusan reaksi
pekerja terhadap tekanan, pihak pengurusan boleh mengaplikasikan latihan ketenangan,
program kesihatan dan pengurusan masa (West & West, 1989:61).

Peningkatan Suasana kerja

Persekitaran tempat kerja guru seperti suasana persekolahan dan bilik-bilik guru juga
perlu diberi perhatian supaya persekitaran kerja guru dapat diwujudkan dalam keadaan
yang lebih selesa. Pendidikan adalah komunikasi di antara pelajar dan pengajar di mana
kedua-dua pihak turut serta untuk bersama perlu kepada keselesaan.

Seorang guru di Sawarak (B.Harian, 19 Julai 2005) yang menyuarakan tentang suasana
kerjanya di salah sebuah sekolah membuktikan bahawa dalam era pemodenan
pendidikan ini masih terdapat suasana tidak selesa pada tempat kerja guru. Apa yang
digambarkan adalah, isu kepadatan guru dalam bilik guru, masalah kongsi meja dan
penyediaan perabut yang tidak sesuai serta mencukupi.

Guru telah mula mendakwa bahawa masih terdapat suasana kerja yang tidak kondusif
Soal prestasi kerja dan persekitaran tempat kerja adalah dua perkara yang saling

Muka surat 8/11


berkaitan dan mempengaruhi di antara satu sama lain. Suasana kerja perlu selesa
dan sesuai dengan status mereka sebagai pegawai dalam kumpulan pengurusan dan
profesional.

Permasalahan ini perlu diberi perhatian kerana kita sering bercakap dan merancang
tentang pendidikan bertaraf lima bintang, sekolah bestari dan sebagainya, tetapi
golongan yang bakal menjayakan hasrat murni tersebut adalah tidak wajar untuk
diabaikan. Pihak yang sepatutnya perlu melihat aspek kebajikan guru untuk
memperbaiki keadaan ini seiringan dengan matlamat memartabatkan lagi bidang
pendidikan.

Bagi mengurangkan tekanan, Johnston (1996) mencadangkan kepimpinan yang


merangsangkan, sokongan, semangat dan kecekapan yang lebih di tempat kerja. Beliau
berpendapat bahawa penyediaan tempat kerja yang berkeadaan baik, pernyataan intensif
yang jelas, sokongan terhadap mereka pada waktu kesukaran dan akhir sekali adalah
meraikan hari-hari bahagia para guru bagi mengekalkan kualiti kerja dan mengurangkan
tekanan.

Schonfeld (2001) menjalankan kajian yang menyatakan bahawa kemerosotan


persekitaran kerja adalah menyumbang kepada keletihan dan kemurungan guru.
Profesion keguruan sendiri merupakan motivasi kendiri dan kawalan lokus dalaman
guru memotivasikan mereka untuk mengingatkan semula mereka agar
mempertingkatkan kualiti pengajaran yang kemudiannya menyebabkan tekanan yang
besar kepada para guru.

Intensif perguruan

Johnston (1996) juga berpendapat bahawa penyataan intensif yang jelas merupakan
salah satu daripada faktor yang mampu merangsang pengekalan kualiti kerja dan
mengurangkan tekanan dalam bidang pendidikan.

Akhir-akhir ini pihak kerajaan telah mengubah jumlah hari bekerja di mana para
kakitangan awam kini tidak lagi bekerja pada hari Sabtu dan jam bekerja pada hari
selainnya bertambah sedikit.

Apa yang perlu dinilai semula adalah mengenai tugas guru yang terpaksa bekerja pada
hari Sabtu kerana tugas-tugas tertentu berkaitan pendidikan. Setakat ini, kerajaan tidak
memperuntukan sebarang elaun tambahan kepada guru kerana terpaksa bekerja pada
hari Sabtu walau pun ada kakitangan lain yang dibayar elaun khas jika bekerja lebih
masa.

Pembayaran insentif memainkan peranan penting dalam mengurangkan ketidakhadiran


guru, walaupun bayaran insentif tidak begitu besar (Jacobson, 1989).

Muka surat 9/11


Pendedahan menangani dan mengawal tekanan

Sebagaimana para profesional dalam bidang lain, para guru juga perlu diberi
pendedahan untuk menangani tekanan sebagai usaha bekerjasama menyelesaikannya
sendiri. Selye (1978) menyatakan bahawa tekanan hidup adalah tidak harus dielak
kerana tekanan hidup adalah satu-satunya fenomena yang dapat menyiapkan manusia
untuk menghadapi kecemasan atau bahaya dengan cara berada dalam tahap berjaga-
jaga.

Pertamanya, para guru perlu diberi pengetahuan mengenai kemahiran mengenal pasti
dan peka terhadap punca-punca yang menyebabkan tekanan. Patterson (1986) dan Janis
(1982, 1984) menyarankan kaedah inokulasi tekanan. Kaedah ini bertujuan
meningkatkan pertahanan terhadap tekanan yang akan dihadapi oleh seseorang. Teori
ini mengandaikan bahawa apabila seseorang itu telah bersedia untuk menghadapi
tekanan atau sebarang bentuk perubahan emosi, maka kesan yang diakibatkan oleh
perubahan itu adalah tidak begitu teruk jika dibandingkan dibandingkan dengan mereka
yang tidak bersedia untuk menghadapinya (Janis, 1982). Dengan itu, para guru perlu
diberi pendedahan mengenai risiko-risiko yang bakal dihadapinya dalam profesion
perguruan.

Teknik tenang diri juga boleh didedahkan kepada para guru di mana teknik ini adalah
baik untuk mengurangkan tekanan harian. Salah satu teknik yang dicadangkan adalah
Teknik Pengenduran Otot-otot Secara Progresif (Progressive Muscle Relation oleh Dr.
Edmund Jacobson, 1902) dan juga beberapa amalan berkaitan pengisian rohani guru
seperti meditasi, zikir, solat dan ibadat umum.

Amalan pemakanan guru juga perlu diberi panduan dan perhatian supaya bukan hanya
murid-murid sahaja yang dijaga aspek jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Tetapi
guru juga sepatutnya diberi pendedahan terhadap penjagaan aspek tersebut.

Sesi sukan guru

Bersenam dan melakukan latihan jasmani dapat membantu manusia melupakan tekanan
yang dihadapi. Badan yang segar akan mempunyai otak yang cerdas. Dengan cara ini,
mereka yang berkenaan dengan tekanan dapat memikirkan cara yang sesuai untuk
berhadapan dengan tekanan tersebut tanpa diri mereka tersekat dalam suasana yang
tertekan. Para guru perlu ditegaskan oleh Kementerian atau pihak sekolah untuk terlibat
dalam aktiviti sukan seperti J-Robik dan beberapa jenis sukan ringan yang diwajibkan
pada hari tertentu dengan jadual tertentu.

KESIMPULAN

Profesion guru adalah salah satu daripada tugas yang sukar dan perlu kepada usaha
pengorbanan yang tinggi. Sememangnya boleh dikatakan bahawa semua bidang mampu
menyebabkan tekanan kepada individu. Tetapi tidak bermakna bahawa tekanan pada
tahap tinggi sehingga menyebabkan gangguan pada operasi pendidikan itu perlu
dipandang sebagai suatu insiden biasa. Perkara ini perlu diberi perhatian sekurang-
kurangnya melalui tindakan atau pelaksanaan penyelesaian secara berperingkat.

Muka surat 10/11


Isu ini perlu dipandang serius supaya bidang pendidikan yang sentiasa diperbaharui
dan dipertingkatkan mutunya ini dapat selari dengan keperluan dan kepentingan semua
pihak yang terlibat. Meningkatkan mutu pendidikan bukan bermakna perlu
mengorbankan atau menuding hanya kepada sesuatu pihak. Tetapi perlu dengan usaha
serta penglibatan semua pihak dan memenuhi kepentingan setiap pihak yang terlibat.

Penyelesaian yang ditekankan perlu merangkumi penglibatan semua pihak termasuk


kementerian, sekolah dan individu guru itu sendiri. Segalanya adalah usaha demi
mempertingkat dan memartabatkan status pendidikan Malaysia.

RUJUKAN

1. Abdel-Halim, Ahmed A. (1978). Employee Affective Responses to


Organizational Stress: Moderating Effects of Job Characteristics. Personnel
Psychology, 31, 561-79.
2. Rencana. 2005. Kembalikan semula tugas hakiki pendidik. Berita Harian. 8
Julai.
3. Dalam Negeri. 2005. Hasil kajian beban tugas guru dilaksana 2006. Berita
Harian. 30 Ogos.
4. Dewan Negara. 2005. Tiada elaun guru kerja hari Sabtu. Berita Harian. 27 Julai.
5. Surat Pembaca. 2005. Guru dakwa suasana kerja tak kondusif. Berita Harian. 19
Julai.
6. Burns, S. & Burns, K. 1989. Recognizing Stress. New York: Pergaman Press.
7. Dunham, J. 1976. Stress Situations and responeses in National Association of
Schoolmasters (Ed.). Stress in schools. Hemel Hempstead: National Association
of Schoolsmasters.
8. Dunham, Jack. 1977. The Effects of Disruptive Behavior on Teachers.
Educational Review, 19(3), 181-187.
9. Fisher, S. 1994. Stress in academic life. The mental assembly line. The Society
for Research into Higher Education & Open University Press.
10. Gillett, R. 1997. Mengatasi Tekanan. Kuala Lumpur: Golden Books Centre.
11. Jacobson, Stephen L. 1989. The Effects of Pay Incentives on Teacher
Absenteeism. The Journal of Human Resources, 24(2), (Spring), 280-286.
12. Johnston, M., & Kirschner, B. (Eds.). 1996. The challenges of
school/university collaboration: Theory Into Practice (Vol. 35). Columbus, OH:
The College of Education, The Ohio State University.
13. Lortie & Dan. 1975. Schoolteacher: A Sociological Study. Chicago: University
of Chicago Press.
14. McGarth, J. 1974. Social and Psychological Factors in Stress. New York: Holt,
Rinehart & Winston.
15. Pauzi Mohd Isa. 2005. Bebanan tugas guru mesti ditangani segera. Berita
Harian. 12 Julai.
16. Sapora Sipon. 2005. Tangani Guru Terbeban. Utusan Malaysia. 11 Julai
17. Dalam Negeri. 2005. Jangan salah guna kuasa sebagai pendidik. Utusan
Malaysia. 2 Ogos.
18. West, Jonathan P. & Collean M. West. 1989. Job Stress and Public Sector
Occupations. ROPPA, 9(3), (Summer), 46-65.
19. Young, Bettie B. 1978. Anxiety and Stress--How They Affect Teachers'
Teaching. NASSP Bulletin, 62, 78-84.

Muka surat 11/11

Anda mungkin juga menyukai