Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sastera tulisan merupakan sastera bertulis yang jadir setelah mendapat pengaruh dari luar.
Sastera tulisan wujud selepas sastera lisan. Sastera tulisan, pada awalnya menggunakan tulisan
jawi daam penulisannya. Sastera tulisan juga telah dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu
sastera keagamaan, sastera epik, sastera sejarah, sastera perundangan, sastera ketatanegaraan,
sastera hikayat, sastera panji dan sastera ilmu tradisional. Melalui kategori tersebut dapat dilihat
terdapat 8 jenis sastera tulisan.
Kategori sastera tulisan yang pertama ialah berkaitan sastera keagamaan. Sastera tulisan ini dapat
dikaterikan kepada 4 jenis iaitu sastera kitab, sastera kenabian, sastera tokoh-tooh islam dan
sastera kepahlawanan islam. Sastera Kitab ialah sastera yang bersifat bukan cerita dan
menerangkan sesuatu pengajaran tentang agama islam. Contohnya ilmu fikah seperti
Sembahyang Jumaat dan Kitab Sembahyang. Manakala sastera Kenabian pula bersifat cerita
mengenai Nabi Muhammad SAW. Contoh teksnya seperti Hikayat Nur Muhammad, Hikayat
Nabi Wafat dan Kisas al-Anbiya. Sastera Tokoh-Tokoh Islam bersifat cerita yang diceritakan
dalam kisah-kisah ini seperti keluarga Nabi Muhammad SAW. Contohnya seperti Hikayat
Hassan dan Hussain dan Hikayat Tamin Al-Dari. Sastera Kepahlawanan Islam ini pula bersifat
cerita tokoh-tokoh yang hidup sezaman dengan Nabi Muhammad yang pernah berjuang
bersama-sama Baginda. Contoh teksnya seperti, Hikayat Iskandar Zulkarnain, dan Hikayat Amir
Hamzah.
Seterusnya ialah sastera epik. Sastera epik bersifat cerita sama ada prosa atau syair. Sastera epik
terbahagi kepada 2 jenis. Yang pertama sastera epic berunsur Islam dan kedua sastera epik
kebangsaan. Sastera epik yang berunsurkan Islam cerita yang mengemukakan hanya satu watak
dengan segala perlakuan keperwiraannya. Sebagai contoh Hikayat Muhammad Hanafiah. Bagi
sastera epic kebangsaan pula, dapat diberikan contoh Hikayat Hang Tuah yang merupakan
hikayat tunggal yang dapat digolongkan di bawah kelompok ini.
Yang ketiga sastera sejarah atau historiografi yang berbentuk cerita prosa dan puisi. Hasil sastera
sejarah yang menggembleng unsur mitos, legenda dan sejarah benar seperti Hikayat Raja Pasai.
Selain itu, sastera sejarah juga turut mengemukakan jurai keturunan salasilah raja-raja kerajaan
Melayu seperti Asal Usul Raja Sambas.
Keempat ialah sastera perundangan dimana ia bersifat bukan cerita seperti pantun, seloka, dan
teromba. Hasil penulisan tentang sastera perundangan banyak mengemukakan undang-undang
dan kanun seperti Undang-Undang Laut Melaka. Sastera ini juga berupa peraturan dan adat
istiadat Raja-Raja Melayu.
Kateori yang kelima ialah sastera ketatanegaraan yang berbentuk bukan cerita. Hasil sastera ini
merupakan satu kumpulan yang agak kecil kerana hanya terdapat beberapa jenis contoh sahaja
yag tergolong dibawahnya. Antaranya ialah Bustanus-Salatin karangan Nuruddin al-Raniri dan
Tajus-Salatin karya Bukhari al-Jauhari.
Keenam ialah sastera hikayat yang bersifat cerita. Apabila mendengar tentang hikayat,
sememangnya kita menganggap hikayat itu meluas. Namun, dalam konteks sastera hikayat
adalah cerita rekaan yang bersifat hiburan sambil berperanan memberi pengajaran dan ceritanya
banyak bersandarkan khayalan dan bermain dengan imaginasi sahaja. Terdapat hikayat yang
mempunyai unsur Hindu seperti Ramayana & Mahabharata. Manakala contoh bagi hikayat yang
menggunakan unsur Islam adalah seperti Hikayat Fatimah.
Ketujuh ialah sastera panji dimana sastera ini bersifat cerita. Hasil sastera ini ialah kesusasteraan
tradisional yang mempunyai sifat khas unsur Jawa. Sebagai contohnya, Hikayat Chekel
Wanengpati.
Yang terakhir ialah sastera ilmu tradisional iaitu bukan berbentuk cerita. Antara hasil penulisan
sastera ini ialah ilmu perubatan dan perbomohan misalnya kitab Tib dan Ilmu Mendukun. Kedua
ialah ilmu penujuman dan pertilikan contohnya Kitab Bintang. Ketiga Ilmu Bahasa contohnya
Bustan al-Katibin. Dan yang keempat ialah ilmu lain seperti ilmu hisan dan ilmu pertanian dan
sebagainya lagi.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai