Anda di halaman 1dari 25

1

Sejarah Moden Iraq dan Kudeta Julai 1958

Era Turki-Uthmaniyyah.

 Iraq ditakluki oleh Uthmaniyyah di bawah Sultan Sulaiman 1


daripada Empayar Safavid pada 18 November 1534.
Selanjutnya melalui Perjanjian Qasr-i-Shirin (Perjanjian
Zuhab) pada 1639, sengketa antara Safavid & Uthmaniyyah
selama 150 tahun di tamatkan & sempadan Iraq-Iran
termaktub.
2

 Sejak abad ke 16 & ke 17 masehi Iraq berada di bawah


Kerajaan Turki Uthmaniyyah dan ditadbir berdasarkan
kepada 3 provinsi – Mosul, Baghdad dan Basra. Di Barat
dikenali dgn nama Mesopotamia.

 Provinsi2 ini ditadbir oleh para mamluk pasha yang secara


beransur-ansur memperolehi autonomi pentadbiran dan
sangat berkuasa terutama dalam hal ehwal cukai dan
ekonomi. Misalnya di Mosul dikuasai oleh Dinasti Jalili.

 Masyarakat Iraq terdiri dari pelbagai kelompok etnik spt


Kurdish, Turkoman, Parsi, Asyrian, Armenia, Chaldean,
Yahudi, Yazidi, Sabean dll. Majoriti ialah masyarakat Arab.

 Pada awal abad ke 19 Masehi, Kerajaan Uthmaniyyah


khususnya pada era Sultan Mahmud II (1808-39), Istanbul
mengukuhkan kuasa pentadbiran langsung ke atas provinsi2
ini dan menghapuskan kuasa Mamluk Pasha.

 Misalnya pada 1831- Da’ud Pasha, gabenor mamluk di


Baghdad engkar dgn arahan meletak jawatan, maka Sultan
mengarahkan gabenor Aleppo, ‘Ali Rida Pasha menakluki
Baghdad dan menghapuskan Da’ud Pasha.

 Undang2 mengintegrasi provinsi2 ini juga diperkenalkan.


Mslnya Undang2 Tanah 1858 & Undang2 Vilayet (1864). Di
Baghdad misalnya Midhat Pasha telah dilantik sbg gabenor
pada 1869 dan menguatkuasakan undang2 ini.
Era British

 Bermula dgn pendaratan Mesopotamian Expeditionary


Force (MEF) sebaik tercetusnya perang pada Oktober 1914.
3

MEF berpusat di wilayah Basra bagi menjaga kepentingan


British di Teluk Parsi. Mulai November wilayah ini jatuh
sepenuhnya ke tangan British. Baghdad pula jatuh pada
1917 dan Mosul kemudiannya ditakluki pada 1918.
Uthmaniyyah lantas mengaku tewas dan menandatangani
Perjanjian Mudros pada Oktober 1918.

 Pentadbiran awal British berpusat di Baghdad dengan


pegawai-pegawai politik British dilantik di ketiga-tiga
provinsi. Diketuai oleh Pusuruhjaya Tinggi Awam pertama,
Sir Percy Cox sehingga May 1918. (Diganti oleh Sir Arnold
Wilson).

 British mentadbir secara direct rule dan menghapuskan


institusi2 Uthmaniyyah misalnya pemilihan ahli Majlis
Bandaran. Juga pengenalan undang2 British misalnya Tribal
Civil and Criminal Disputes Regulation 1924. Undang2
perlantikan ketua suku (tribal) & pemberian kuasa kepada
ketua suku untuk menyelesaikan pertikaian dalam suku dan
mengutip cukai bagi pihak British.

 Usaha pentadbiran langsung (direct rules) British telah


mengundang penentangan tempatan. Misalnya perkumpulan
Al-‘Ahd al ‘Iraqi dalam kongres di Damsyik pada Mac 1920
mengisytiharkan kemerdekaan Iraq di bawah pemerintahan
Amir ‘Abdallah, saudara lelaki Amir Faisal (anak kepada
Sharif Hussein).

 British kemudiannya menghapuskan penentang2 ini. Dalam


rundingan Perjanjian Versailes 1919, orang-orang Iraq
dilarang hadir bagi mewakili Iraq. Sebagai reaksi,
pertubuhan sulit- The Independence Guard ( Haras- al-
4

Istiqlal) ditubuhkan bg memperjuangkan kemerdekaan Iraq


diketuai oleh Ayatoallah Hassan al-Sadr dari Al Kazimiyyah
disokong oleh mujtahid terkenal- Ayatoallah Muhammad
Taqi al-Shirazi.

 Al-Shirazi mengumumkan fatwa bhw pentadbiran British


berdasar mandat Liga Bangsa2 adalah tidak sah. British
kemudiannya bersetuju berunding tetapi rundingan tidak
mendatangkan sebarang hasil.

 Pada Jun 1920, British umumkan bhw pilihanraya bagi


memilih Perhimpunan Kebangsaan akan diadakan.

 Bagaimanapun pada akhir Jun 1920 kebangkitan bersenjata


pertama tercetus dgn penangkapan anak kepada Ayatollah
Al-Shirazi. British menangkap penentang2 ini
mengakibatkan kebangkitan merebak khususnya di wilayah
Syiah di Najaf dan Karbala.

 Kebangkitan berlangsung selama lebih sebulan sebelum


ditumpaskan dengan penaklukan semula Karbala & Najaf
pada akhir Oktober 1920. Kematian dianggarkan seramai 6
ribu Iraqi dan 500 askar British.

 Pada Oktober 1920, Cox sampai ke Baghdad sbg


Pesuruhjaya awam pertama & beliau melantik Sayyid ‘Abdul
Rahman al-Kailani sbg perdana menteri Iraq pertama &
menubuhkan kabinet 21 menteri mulai November 1920.
Kabinet ini di bawah penyeliaan British. Kabinet dimonopoli
oleh golongan Sunni yg pernah menentang Uthmaniyyah.
Antaranya ialah Ja’afar Al Askari bekas pegawai
5

Uthmaniyyah yg menyokong Shariff Hussein dilantik sbg


Menteri Pertahanan.

 Pada bulan Mac 1921, Winston Churchill sbg Setiausaha


Tanah Jajahan telah mengadakan Persidangan Kaherah
berhubung isu Iraq. Persidangan bersetuju menubuhkan
Kingdom of Iraq dengan Amir Faisal sebagai raja (Baginda
telah melarikan diri dari Damsyik setelah Peranchis
menakluki Syria pada 1920). Baginda dilantik sebagai Raja
Faisal I yang menaiki takhta dari 1921-1933.

 Atas sebab penentangan rakyat terhadap konsep mandat,


maka British telah mewujudkan perjanjian bagi mengekalkan
pengaruh London. Perjanjian British-Iraq pada Jun 1922
telah bersetuju mengekalkan ‘kedaulatan’ Iraq tetapi British
6

akan bertanggungjawab dlm hal ehwal kewangan, hubungan


antarabangsa, keselamatan dan persoalan2 undang2
tertentu.

Era Monarki Hashimiyyah ( 1931-1958)

 Era monarki memperlihatkan pengaruh British masih kukuh


dgn syarikat2 British memonopoli aktiviti ekonomi, penasihat
British dalam pelbagai institusi dan misi tentera British kekal
di Iraq misalnya pengkalan tentera British di Habaniyya dan
Shu’aiba.

 Raja Faisal telah mangkat di Switzerland dan diganti oleh


Raja Ghazi (berumur 21 tahun ketika dilantik pada 1933 dan
memerintah sehingga 1939). Beliau bukan sahaja muda
tetapi kurang berminat dengan politik. Pentadbiran beliau
dimonopoli oleh elit-elit politik dan dipengaruhi oleh
golongan tentera. Beliau mati dalam satu nahas jalanraya
pada April 1939.
7

 Raja Faisal II yang hanya berumur 3 tahun kemudiannya


naik takhta.Dimasyhurkan sbg raja Iraq pada tahun 1953.
Pemerintahan sebenar terletak dibawah bapa saudara
baginda Putera Mahkota ‘Abd al-Illah dan PM Nuri As-Said.
8

 Raja Faisal II digulingkan dalam Kudeta tentera pada Julai


1958.
9
10

Kudeta di Iraq, Julai 1958: Faktor2 utama


1. Ketidakadilan dalam sosio-ekonomi rakyat
- Ekonomi Iraq dikuasai oleh kelompok2 elit manakala
kebanyakan rakyatnya miskin. Wabak penyakit, banjir dan
kebuluran sering berlaku. Misalnya pada 1831, akibat
wabak penyakit, banjir & kebuluran –ramai yg mati dgn
populasi rakyat di Baghdad misalnya menurun dari 80 ribu
kpd hanya 27 ribu.
- Minoriti elit kebanyakannya tinggal di bandar khususnya
kawasan mahallah (kuarters bandar) spt golongan ashrāf
(keturunan Nabi) dan golongan mallāk (tuan tanah).
11

- Pada tahun 1958, dari 6.5 juta populasi Iraq, terdapat 253
ribu mallaks dgn pemilikan lebih 32.1 juta dunnum (1
dunnum= 0.618 ekar) tanah pertanian. Lebih 4/5 keluarga
di Iraq tidak langsung memiliki tanah. Diantara tuan2
tanah yang paling banyak tanah ialah seperti Ahmed Ajĭl
al Yāwer (259 ribu dunnum di Mosul dan Baghdad) &
Muhamad al-Habib al-Amir (Kūt, 206 ribu dunnum). Juga
keluarga2 ulama’ spt keluarga Ãl-Jamīl (92 ribu dunnum di
Baghdad, 121 rumah & kedai di Baghdad). Keluarga
ulama’ yg juga tuan tanah yg kaya raya spt keluarga As-
Suwaidī turut menguasai politik Iraq. Misalnya Tawfīk as
Suwaidī (PM 1929-1946 & Feb-Sept 1950) dan Nājī as
Suwaidī (PM 1929-30)
- Golongan mallaks ini kebanyakkannya ialah ketua2
kabilah (Shaikh), golongan Agha/Bey (ketua-ketua puak
Kurdish- cthnya , golongan chalabī [peniaga kelas atasan]
dan golongan sādah (sayyid)/ashrāf (shārif)- [keturunan
nabi]. Antara keluarga sādah yg terkenal yg kaya &
berpengaruh ialah keluarga Al-Jamīl, keluarga al-Gaylānī
& keluarga al-Haidarī. Mereka ini juga menguasai politik
Iraq misalnya ‘Abd Rahman al-Gaylānī (Perdana Menteri,
1920) dan Rashīd Āli al-Gaylānī (Perdana Menteri 1933 &
1941).
- Kekayaan juga ditangan golongan aristokrat- wālī
(gabenor provinsi), qāim-maqāam (timbalan gebenor/
pentadbir qadā@ daerah) dan mutasarrif (gobenor liwa’
@ sub-provinsi). Antara keluarga yg paling berpengaruh
ialah keluarga Bābān, Jalīlī dan Dāghestānī.
12

- Komuniti pedagang juga sangat kaya raya- mrk dipanggil


golongan Chalabīs misalnya keluarga Sabunjī di Mosul &
keluarga Dallah Chalabis. Begitu juga golongan pedagang
Yahudi. Antara syarikat Yahudi terkenal khususnya di
Baghdad ialah ‘Adas I & Co., Zion S., ‘Abbudī, Dāūd &
Shaūl Rajwan & Sons dan Lāwī K. & E.M. Kumpulan
Yahudi ini mempunyai rangkaian perniagaan yang luas
misalnya syarikat Ezra Sassoon Suhaiyik (juga pemilik
Messrs.J.S. Sykes & Co. di Manchester)- diasaskan oleh
Daud, anak Sassoon Ben Salīh dari Baghdad.

2. Pengaruh golongan tentera


- Pasukan tentera telah berkembang dari 12 ribu kepada
lebih 43 ribu anggota antara 1932-41 mewujudkan satu
entiti politik yg sangat berpengaruh.
13

- Misalnya dibwh ketua tentera, Kolonel Bakr Sidqi, pada


Oktober 1936 telah menggerakkan tentera dikenali
sebagai “National Reform Force” melancarkan kudeta yg
mendesak raja menggantikan PM Yasin Al-Hashimi
dengan PM Hikmat Sulaiman. Raja akur sahaja. Kolonel
Sidqi mempunyai pengaruh yg besar dalam kerajaan
Hikmat Sulaiman. Beliau kemudiannya ditembak mati
pada Ogos 1937.
- Kekuatan pengaruh tentera juga jelas apabila dalam
sesuatu keadaan enggan akur kepada arahan kerajaan.
Misalnya ekoran pembunuhan Sidqi, arahan PM Hikmat
Sulaiman supaya tentera menangkap konspirator tidak
diendahkan. Komander Wilayah Mosul, Amin al-‘Umari
contohnya isytihar bhw tentera wilayah utara tidak akan
patuh sebarang arahan kerajaan mengakibatkan kerajaan
Hikmat Sulaiman runtuh.
- Peristiwa ini telah mencetuskan fenomena politik baru
dengan halatuju politik Iraq ditentukan oleh golongan
tentera dan bukannya kerajaan awam.
- Pada era 1950an, golongan muda tentera terpengaruh
menubuhkan gerakan Free Officer diketuai oleh Rif’at al-
Haj Sirri terpengaruh dgn kudeta oleh Free Officer di
Mesir pada tahun 1952.
- Pada 1957, mereka kian aktif diketuai oleh Brigadier
Abdul Karim Qassim dan Kolonel ‘Abd Salam Arif selain
Sirri sendiri. Mulai 1958, gerakan ini telah menegaskan
bhw Iraq perlu menjadi sebuah republic dan golongan elit
lama adalah pengkhianat yg bersekutu dgn imperialis.
14

3. Pengaruh Arab radikal & Revolusioner


- Antaranya ialah pengaruh Komunisme dengan
tertubuhnya Parti Komunis Iraq pada bulan Mei 1935.
Antara tokoh penting ialah Hussain ar- Rahhāl (bapa
Marxist Iraq) dan Yūsuf Salmān Yūsuf- Setiausaha Agung
ICP, 1941-49).
- Parti Komunis kemudiannya telah menaja kumpulan2
radikal buruh dan NGOs antaranya ialah spt Persatuan
Reformasi Popular (Jam’iyya al-Islah al-Sha’bi). Mereka
melancarkan mogok-mogok awam yg melumpuhkan
ekonomi Iraq misalnya mogok di Basra pda 1945. Paling
menarik ialah mogok pada Julai 1946 melibatkan 5,000
pekerja Iraq Petroleum Company. Mogok2 ini mengancam
kepentingan ekonomi British di Iraq.
15

- ICP seringkali mendapat sokongan golongan minority


yang tertindas, misalnya sokongan puak Kurdish di
wilayah utara Iraq. Pada tahun 1945, Kurdish Communist
Party atau Shurish (Revolusi) ditubuhkan dan
melancarkan gerakan Rizgari Kurd (Pembebasan
Kurdish) yg disokong oleh Komunis dan nasionalis
Kurdish.
- Gerakan Arab radikal ini bersifat anti British sedangkan
elit politik Iraq cenderung kpd pengekalan pengaruh
British. Misalnya Putera ‘Abd al-Ilah melihat British
sebagai jaminan kelansungan survival kuasa Dinasti
Hashimiyyah.
- Para penentang menubuhkan parti-parti politik.
Kemuncaknya pada Februari 1957, parti pembangkang
utama spt Parti Istiqlal, NDP, ICP dan Parti Ba’ath (Parti
Kebangkitan yg ditubuhkan di Syria sejak 1940an)
bergabung menubuhkan Barisan Bersatu Kebangsaan
(United National Front) bg menentang Nuri dan kerajaan.
4. Dasar Luar Negara dan Polisi Pro-British
- British dilihat sebagai pelindung kepada Dinasti
Hashimiyyah dan para elit politik. Hal ini kurang disenangi
oleh kumpulan nasionalis radikal & tentera.
- Dominasi British dalam ekonomi dan tekanan terhadap
dasar luar Iraq ‘mencalar kedaulatan’ Iraq. Nasionalis
Arab juga dipengaruhi oleh politik Jerman misalnya
menjadikan National Socialist Germany sbg idola dan
yakin Axis akan menang dalam perang. Mereka
16

dipengaruhi oleh propaganda Jerman khususnya oleh


diplomat Jerman di Iraq misalnya Fritz Grobba.
- Dengan tercetusnya Perang Dunia II pada September
1939, Britain mendesak kerajaan Iraq untuk memutuskan
hubungan dengan Jerman dan menyokong sepenuhnya
Britain- dipersetujui oleh PM Nuri al-Sa’id.
- Regim Nuri pro- Barat sedangkan kebanyakan tentera
pro-Arab dan Palestin (isu Palestin dianggap sbg isu
dunia Arab) yg dipimpin oleh Haj Amin Al-Hussaini adalah
pro –Axis. Nuri meletak jawatan dan kemudian diganti
oleh PM Rashid ‘Ali yg pro- Axis. Rashid ‘Ali telah
membawa usul ke parlimen untuk memecat Putera Abd
al-Illah dan diganti dengan Sharif Sharaf.
- Krisis tercetus dengan Britain pada tahun 1941- British
menyerang Iraq dan Rashid ‘Ali dijatuhkan. Beliau lari ke
Arab Saudi dan pemimpin utama tentera yg terlibat
dihukum bunuh. Nuri Said dilantik semula dgn dasar pro-
British diteruskan.
- Perjanjian Iraq-British juga menimbulkan kemarahan
rakyat. Bermula Perjanjian 1922, dan diikuti Perjanjian
1930 (selepas merdeka 1932) dgn Raja menguasai hal-
ehwal dalaman, tetapi British dibenarkan menggunakan
segala fasiliti Iraq dlm masa perang, monopoli British dlm
membekalkan askar Iraq alatan tentera & penasihat
tentera serta pengekalan pengkalan RAF di Habbaniyya &
Shu’aiba dlm tempoh 25 tahun.
17

- Perjanjian Portsmouth 1948 yg dirundingi secara sulit


menambah kemarahan rakyat apatah lagi selepas
pengkhianatan British dgn penubuhan Israel pada 1948.
Iraq diikat untuk bergantung kpd dari segi ketenteraan kpd
British. Perjanjian terikat utk tempoh 25 tahun- 15 tahun
tambahan selepas perjanjian 1930 tamat.
- Dari segi dasar luar, Nuri walaupun mementingkan Arab
tetapi beliau tidak mahu mengabaikan polisi rapat dengan
negara bukan Arab seperti Turki. Pada Januari 1955
tandatangani perjanjian kerjasama keselamatan dgn
Adnan Menderas, PM Turki diikuti bersama Britain
sebulan berikutnya dikenali dgn Pakatan Baghdad.
- Dasar luar ini dikritik oleh Gemal Abdul Nasser yg dilihat
pro-Barat dan bertentangan dgn aspirasi keselamatan
bersama negara Arab di bawah Pan Arabisme.
- Penubuhan United Arab Republic pada Februari 1948
menjadikan parti pro- Iraq di Syria menghilang dan Nasser
kian berpengaruh di Syria dan Iraq. Nuri cuba
menggabungkan Iraq & Jordan dibawah Kesatuan Arab
(Arab Union) tetapi gagal.
5. Kelemahan pemerintahan monarki.
- Raja Faisal 1 bergantung sepenuhnya kepada British.
Manakala Raja Ghazi yg hanya berumur 21 tahun ketika
naik takhta tidak berminat dengan politik. Raja Faisal II
pula hanya berusia 3 tahun ketika naik takhta.
- Raja banyak bergantung kepada PM, pemimpin tentera
dan para penasihat yang seringkali bersifat diktator.
18

Antaranya ialah regim PM Yasin Al-Hashimi pada 1936 yg


mengisytiharkan dikri yg menghalang kritikan terhadap
kerajaan & menubuhkan polis dan perisikan rahsia bagi
menangkap penentangnya, menutup akhbar2
termasuklah akhbar berpengaruh al-Ahali. Juga
pengenalan secara paksa di bawah Kementerian
Pendidikan, latihan ketenteraan wajib di sekolah2.
- Selepas campurtangan British pada tahun 1941,
pengaruh tentera sedikit merosot dan politik Iraq
dimonopoli oleh PM Nuri As-Said.
6. Krisis identiti dan Nasionalisme.
- Perdebatan antara konsep wataniyyah (kesetiaan sebagai
seorang bangsa Iraq) dan qawmiyyah (kesetiaan kepada
perpaduan bangsa Arab- Pan Arabisme)
- Regim seperti Hikmat Sulaiman cenderung kepada polisi
wataniyyah (dasar Iraq First) dan rapat dengan Turki &
Iran terutama dalam dasar luar, berbanding pro negara2
Arab. Polisi ini menimbulkan kritikan keras dari golongan
pro- Arabisme khususnya golongan tentera.
- Kudeta tentera 1936 telah mengukuhkan polisi pan-
Arabisme yg didokong oleh pemimpin tentera yg
bermazhab Sunni.
- Antara isu utama dlm nasionalisme Arab ialah isu
Palestin. Selepas Perang Dunia ke II pula, PM Nuri cuba
menubuhkan Federasi Arab Bersatu (dianggotai oleh
Palestin) Jordan dan Iraq bagi menyelesaikan isu
Palestin, tetapi usaha ini tidak berjaya. Malah usaha
19

beliau dilihat sebagai satu konspirasi melenyapkan


aspirasi Palestin. Apabila tercetusnya Perang Arab-Israel
1948 dan Arab tewas, Iraq dipersalahkan kerana gagal
memberi sokongan penuh kepada ketenteraan Arab. Nuri
tersepit antara dasar pro-Britain dan nasionalisme Arab
(pro Palestin).
7. Konflik Syiah-Sunni
- Dasar Raja Faisal dan elit politik yg didominasi oleh puak
Sunni walaupun majoriti penduduk Iraq bermazhab Syiah.
Komuniti Syiah didiskriminasi dalam politik dan
pentadbiran Iraq.
- Misalnya pada Januari 1935, kumpulan Syiah yang
berpusat di Najaf diketuai oleh Ayatoallah Muhammad
Kashif al-Ghita menghantar memorandum kpd kerajaan
menyatakan rasa tidak puas hati akibat diskriminasi.
Rayuan mereka telah diabaikan.
- Komuniti Syiah juga tidak dilihat sebagai komuniti Arab.
Dianggap sbg shu’ubiyya (spt puak Kurdish & Komunis)-
berasal dari perkataan shu’ub (shu’ubi)- bangsa atau suku
bukan Arab (‘ajami) dan ini berbeza dengan panggilan
qaba’il (suku Arab). Jeneral Abdul Karin Qasim menggelar
kumpulan ini sebagai qasim al-‘arab (pemecah belah
bangsa Arab).
- Juga dipanggil ta’fiyya (golongan pemisah) dan iqlimiyya
(klasik arab=iklim, era moden istilah ini merujuk kepada
wilayah @ kawasan @ regionalisme @ kepentingan
kedaerahan yang sempit). Bagi kumpulan Pan Arabisme
20

golongan iqlimiyya menentang penyatuan nasionalisme


Arab. Kumpulan Syiah dilihat cuba memberikan Iraq imej
@ karakter ‘regional’ dan bukannya kesatuan Arab. Hal ini
dilihat bertentangan dengan prinsip ‘uruba (Arabisme) dan
qawmiyya.

8. Perpecahan etnik & puak.


- Selain isu Sunni-Syiah, juga wujud gerakan2 bagi
kumpulan etnik tertentu misalnya gerakan Kurdish di
Mosul dan utara Iraq dan gerakan autonomi Assyrian.
Misalnya pemberontakan komuniti Assyrian pada Mei
1933 bagi mendapat taraf autonomi di utara Iraq telah
dihancurkan oleh tentera dibawah Kolonel Bakri Sidqi.
Rasa dendam berterusan dan tentera semakin yakin dgn
posisi mereka terhadap masa depan negara.
- Slps Perang Dunia 1, Perjanjian Sevres telah mengiktiraf
kewujudan Kurdistan tetapi dibatalkan dlm Perjanjian
Lausanne, 1923. Ramai orang Kurdish menjadi warga
Iraq apabila vilayet Mosul dimasukkan sbg sebahagian
Iraq oleh Liga Bangsa2.
21

- Pemberontakan Kurdish kemudiannya mula tercetus sejak


era mandat sehingga selepas Perang Dunia ke II.
Misalnya pada bulan Ogos 1935 menuntut autonomi.
Begitu juga pada tahun 1945 dibawah kepimpinan Mullah
Mustafa Barzani. Pada Ogos 1946 pula ditubuhkan Parti
Demokratik Kurdish Iraq (KDP) diketuai oleh Barzani
sebagai wadah gerakan nasionalisme Kurdish.
22

- Nasionalisme berasaskan prinsip wahda wataniyya


Kurdiyya (Kesatuan Kebangsaan Kurdish) kearah
mewujudkan al-watan al Kurdiyya (tanahair Kurdish)
seterusnya al watan al Kurdia al Kabir ( Kurdishtan Raya)
23
24

9. Pengaruh golongan intelektual dan pemuda.


- Kebangkitan golongan intelektual yang bergabung dengan
gerakan akhbar. Misalnya di Baghdad pada 1932 dengan
terbitnya akhbar Al-Ahali. Kebanyakan ahli kumpulan ini
berusia muda (sekitar 20an) dan bergerak mengkritik
kerajaan yang dilihat didominasi oleh kumpulan
pemerintah elit yang memanipulasi pilihanraya dan korup.
Mereka digelar kumpulan al-Ahali.
- Kumpulan ini mengkritik sistem social dan ekonomi Iraq
yg tidak adil khususnya monopoli tuan-tuan tanah. Antara
pemimpin mereka ialah ‘Abd Fatah Ibrahim (seorang
Marxist) dan Muhamad Hadid. Sebahagian mereka
menyeru kepada pengenalan sistem kolektivisasi,
reformasi tanah dan cukai; serta pengukuhan moral.
25

- Pada 1933, mereka menubuhkan Kelab Baghdad- satu


forum bagi memperdebatkan isu-isu rakyat. Malah mereka
mempunyai hubungan dengan tokoh2 yg lebih radikal
misalnya Muhamad Salih al-Qazzaz’s Workers Federation
of Iraq yg telah melancarkan sabotaj ke atas syarikat
eletrik milik British di Baghdad pada 1933. Kumpulan ini
kemudiannya dimusnahkan oleh kerajaan tetapi pengaruh
dan penyokongnya masih bertebaran.

Anda mungkin juga menyukai