Anda di halaman 1dari 3

ASAS PENGUCAPAN AWAM

ESB 4012 (KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI)

NAMA PELAJAR: TUAN ISKANDAR FIRDAUS BIN TUAN ISWADI

K/P: 011220-03-0839

ANGKA GILIRAN: K661FBPB023

KELAS: D2BPB

NAMA PENSYARAH: KAMARIAH BT KAMAROLZAMAN


BERILMU NEGARA MAJU

Bismilllahirahman nirahhim

Assalammualaikum W.B.T

Saya Tuan Iskandar Firdaus dari Diploma Perbankan. Tajuk perucapan


awam saya pada hari ini ialah “Rakyat Berilmu Negara Maju”.

Ilmu ialah pelita kehidupan. Dengan ilmu kita dapat memajukan


kehidupan dan negara. Rakyat yang berilmu merupakan batu permata
negara yang akan menjadikan negara kita mampu untuk ‘berdiri sama
tinggi dan duduk sama rendah’ dengan negara maju yang lain seperti
Singapura,Jepun dan Amerika Syarikat. Maka percayalah rakan-rakan,
“Rakyat berilmu,negara maju”.

Selain itu, Ilmu ini bagaikan satu tunjang yang memulakan sesuatu
perkara. Jika solat itu merupakan tiang agama, maka kita boleh
mengelaskan ilmu sebagai tonggak kepada kemajuan negara.Sebagai
contoh, sebuah rumah yang kukuh memerlukan tiang yang kuat, begitulah
kemajuan negara yang bergantung sepenuhnya pada rakyat Malaysia. Di
Malaysia, kita hidup dalam masyarakat majmuk yang pastinya
berhadapan dengan konflik.Oleh it dengan ilmu, kita dapat membezakan
mana yang benar dan salah jika berpandukan ilmu yang benar.

Rakyat yang berilmu pengetahuan akan menjadi pemangkin kepada


pembangunan negara.Modal insan yang berkualiti boleh menjadi tenaga
kerja dalam membangunankan Malaysia.Modal insan sebeginilah yang
diperlukan demi dalam proses membina dan melahirakan sebuah negara
Malaysia yang maju, hebat serta berdaya saing dengan negara-negara
lain.

Sebagai contoh, rakyat Jepun yang berilmu sentiasa mencipta tekonologi


dan inovasi yang baharu dalam dunia teknologi yang memajukan negara
mereka. Kepintaran rakyat Jepun ini dikagumi oleh seluruh dunia.
Adakah kita ingin menjadi begitu? Sudah tentu ‘Ya’ bukan?

Kesimpulannya,
"Kejayaan sesuatu negara itu bergantunglah kepada usaha tiap-tiap
rakyat. Pengajaran yang kita dapati daripada negara-negara maju
menunjukkan iaitu kemakmuran rakyat bergerak serentak dengan daya
pengeluaran dan produktiviti mereka”.

Anda mungkin juga menyukai