Anda di halaman 1dari 8

JAKIM tidak tolak kegiatan seludup daging

tidak halal
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak menolak
kemungkinan ada penyeludupan bekalan daging tidak halal dan diletakkan logo halal
palsu sebelum diagihkan di pasaran tempatan di negara ini.

Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikannya, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, berkata ia


tidak mustahil berlaku disebabkan kelemahan dan ketirisan beberapa aspek yang perlu
ditambah baik termasuk di peringkat proses pensijilan halal sendiri.

"Situasi ini turut berlaku di negara lain contohnya di Singapura sehingga menyebabkan
Indonesia tidak mempercayai bekalan daging (halal) dari negara itu.

"Bekalan ini dibawa ke gudang dan ditukar bungkusannya dan dilabelkan halal, jadi tidak
mustahil ia turut berlaku di negara ini," katanya melalui segmen tanya JAKIM bertajuk
SOP Halal: Di mana silapnya yang disiarkan di laman Facebook JAKIM, di sini.

Pada masa sama, Sirajuddin berkata, JAKIM turut mengakui wujudnya kelemahan
prosedur operasi standard (SOP) dalam pembangunan pensijilan halal di negara ini,
sekali gus berisiko menyebabkan bekalan daging import yang dibawa ke negara ini
diragui status halalnya.

"Namun dalam membangunkan SOP itu, JAKIM tidak bergerak sendiri sebaliknya ia
turut membabitkan beberapa agensi lain seperti Jabatan Standard Malaysia.

"JAKIM turut bersedia mengemaskini dan menguatkan SOP yang menyebabkan


ketirisan di beberapa aspek dalam memastikan isu bekalan daging import yang diragui
status halalnya tidak berlaku lagi di masa depan.
"Kalau nak kata tidak (ada kelemahan), ia adalah mustahil sebab kita sebagai manusia
mesti ada kesilapan berlaku.

"SOP itu sudah ada sejak sekian lama, berlaku ketirisan di beberapa aspek yang perlu
dikemaskini dan diperkuatkan supaya ia tak berlaku lagi," katanya.

Beliau berkata, peranan pasukan JAKIM adalah memeriksa sama ada sesebuah rumah
penyembelihan di luar negara, mematuhi hukum syarak dari aspek proses
penyembelihan sehinggalah daging itu dibungkus dan dimasukkan ke dalam kotak
dalam keadaan bebas cemar.

"Permit mengimport daging dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan


Pemeriksaan Malaysia (MAQIS). Apabila produk itu sampai ke pintu masuk negara,
Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan melihat dari segi cukai. Selepas produk daging itu
berada di gudang di dalam negara ia adalah tertakluk di bawah Akta Perihal Dagangan
2011 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP)," katanya.

Minggu lalu, BH mendedahkan berhubung kegiatan kartel yang mendalangi


penyeludupan daging import dari negara sumber tidak sah termasuk yang diragui status
halal dan kualitinya, dipercayai 'membeli' sesetengah kakitangan kerajaan, termasuk
pegawai kanan agensi tertentu bagi melepasi pemeriksaan di pintu masuk negara.

Kartel didakwa mempunyai 'orang dalam' di semua peringkat prosedur dan


pemeriksaan di pintu masuk, menyebabkan mereka 'kebal' sehingga mampu beroperasi
lebih 40 tahun tanpa dikenakan sebarang tindakan.

Pada masa sama, mengulas mengenai isu itu Sirajuddin berpendapat, tindakan sesuatu
perniagaan yang dikuasai kartel disifatkan bukanlah suatu dosa besar kerana mereka
hanya menguasai pasaran.
Namun beliau berkata, pihaknya tidak boleh mengesahkan atau menafikan berhubung
kegiatan itu sudah berlarutan sejak 40 tahun lalu kerana tempoh itu mungkin didakwa
berlaku oleh peserta industri dan perlu dibuktikan terlebih dahulu.

Beliau berkata, proses membawa bekalan daging import ke negara ini adalah panjang
termasuk prosedur pemeriksaan ke loji penyembelihan di luar negara yang turut disertai
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan Kementerian Kesihatan.

Katanya, laporan audit kemudiannya perlu dikemukakan kepada pelbagai agensi


berkaitan dengan hasil penemuan akan melalui proses perbincangan sebelum JAKIM
memberikan syor berhubung bekalan yang boleh dibawa ke negara ini.

"Namun ketirisan boleh berlaku dalam beberapa aspek yang perlu kita tambah baik
pada masa depan untuk mengelakkan situasi sama berlaku, " katanya.

Sirajuddin berkata, mana-mana pihak industri yang berkeyakinan bahawa produk


mereka disahkan halal perlu tampil untuk mengembalikan keyakinan pengguna
membabitkan bekalan daging import ini.
Isu kartel daging: Tak boleh salahkan
JAKIM, JAIN
Oleh Latifah Arifin - Disember 23, 2020 @ 1:15pm
latifah@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Umat Islam disarankan berwaspada sekali gus mengelak daripada
membeli dan makan daging import di pasaran yang tidak memiliki sijil halal keluaran
Malaysia.
Pensyarah Fiqh Fatwa Makanan dan Kepenggunaan Semasa, Pusat Kajian Syariah,
Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk
Dr Mohd Izhar AriffMohd Kashim, berkata orang ramai seharusnya tidak terpedaya
walaupun ia dijual dengan harga murah.

"Kes ini tidak membabitkan semua daging import luar negara, maka tidak perlu risau
untuk makan daging import yang ada sijil halal Malaysia.

"Bagaimanapun, kita perlu elak daripada makan daging import yang tidak ada sijil halal
Malaysia kerana ramai yang melakukan penipuan di luar pengetahuan pihak berkuasa,"
katanya dalam kenyataan, hari ini.

Isnin lalu, BH mendedahkan kartel yang mendalangi penyeludupan daging import dari
negara sumber tidak sah, termasuk diragui status halal dan kualitinya, dipercayai
'membeli' beberapa kakitangan kerajaan.
Modus operandi itu antara lain dipercayai tindakan mengupah pegawai kanan agensi
tertentu bagi melepasi pemeriksaan di pintu masuk negara.

Mohd Izhar berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Jabatan Agama
Islam Negeri (JAIN) tidak pernah memberikan sijil halal kepada kartel daging berkenaan,
bahkan cop yang digunakan juga adalah tidak diiktiraf.

"Semua daging luar negara yang masuk wajib mendapat kelulusan sijil halal Malaysia
dan Jabatan Veterinar Malaysia.

"Namun, ia perlu melalui proses yang lebih awal iaitu dengan mempunyai surat-surat
sokongan termasuk daripada pihak berkuasa tempatan, Jabatan Kastam Diraja
Malaysia (Kastam) dan lain-lain.

"Tugas JAKIM dan JAIN hanya melihat kepada dokumen persijilan sahaja. Selain
daripada itu, tidak tertakluk di bawah bidang kuasa mereka," katanya.

Beliau turut berkata, secara tidak langsung, JAKIM dan JAIN tidak boleh dipersalahkan
dalam isu ini, memandangkan kedua-dua agensi ini tidak pernah memberi sijil halal bagi
kemasukan daging berkenaan.

"Ini bermakna, sepatutnya tidak boleh dilepaskan masuk tetapi persoalannya


bagaimana ia boleh memasuki pasaran Malaysia?

"Perkara ini yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) dan JAKIM sendiri tiada kuasa untuk membenarkan kemasukan daging
berkenan yang berlarutan sekian lama," katanya.

Beliau turut menegaskan, siasatan lanjut mengenai isu kartel ini tidak berkaitan dengan
JAKIM.
"JAKIM dan JAIN boleh dipersalahkan jika mereka bertanggungjawab memberi sijil halal
kepada pihak terbabit, tetapi perkara sedemikian tidak berlaku.

"Jadi, jawapannya kita perlu tunggu pihak berkuasa untuk membuat siasatan lanjut,"
katanya.

Kartel daging haram:


Penguatkuasaan mesti tegas,
jangan biar kes berulang!
Gesa GLC beri kesedaran kempen Beli Produk Muslim
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 5 Jamadilawal 1442H, Ahad – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Johor


menggesa pihak berkuasa meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan isu kartel
daging dengan label halal palsu, seperti yang berlaku di negeri itu tidak berulang.
Tindakan perlu dilaksanakan dengan lebih teliti untuk mengelakkan berlakunya
penyalahgunaan kuasa mahupun rasuah memandangkan hal ini melibatkan integriti dan
ketelusan pihak berkuasa.

Yang Dipertua ISMA Johor, Ustaz Wan Mohd Azli Wan Ahmad turut menggesa
kerajaan negeri menyiasat kemungkinan pembekal daging sejuk beku lain melakukan
aktiviti serupa.
“Isu ini juga telah mempengaruhi kredibiliti logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar
negara.

“Justeru, sudah tiba masanya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memandang serius
industri halal dan menggesa umat Islam untuk memiliki kesedaran yang lebih baik
mengenai Kempen Beli Produk Muslim,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Sebelum ini, negara didedahkan dengan taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk
beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging
berkenaan menggunakan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia dalam
serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai.

Hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)


kartel berkenaan dipercayai menyamar sebagai syarikat pembekal daging sejuk beku
telah menjadikan gudang berkenaan sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu
yang kemudiannya akan ditampal pada kotak daging yang telah dibungkus semula itu.

Tindakan itu dibuat bagi menyakinkan pemborong di Malaysia kononnya bekalan daging
sejuk beku itu diperoleh dari negara yang dibenarkan pengimportannya sebelum
dipercayai diedar ke pasaran tempatan.

Sebelum ini, MAQIS Pulau Pinang juga dilaporkan merampas 13,651 kilogram (kg)
daging kambing sejuk beku bernilai RM365,917 dari Australia yang dibawa masuk ke
negara ini di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT).

Berdasarkan pemeriksaan, MAQIS mendapati maklumat yang dikemukakan pada


dokumen membawa kambing sejuk beku itu adalah tidak tepat dan mengelirukan serta
tidak seperti yang dinyatakan pada syarat-syarat dalam permit import MAQIS.

Anda mungkin juga menyukai