Anda di halaman 1dari 7

SUMBANGAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM MEMACU PERKEMBANGAN

EKONOMI DAN TEKNOLOGI SESEBUAH NEGARA


ARIZA BINTI DAENG
M20081000017
FAKULTI PENDIDIKAN SENI DAN MUZIK
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
(GURU SENIREKA MRSM BENTONG)

Pendidikan Seni Visual merupakan satu subjek penting dalam sistem pendidikan
negara. Matlamatnya adalah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan
mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan berjiwa
estetik. Justeru itu kurikulum pendidikan seni Visual telah dirangka sebaik-baiknya
bagi memenuhi matlamat bagi melahirkan golongan pekerja mahir dan separa mahir
dalam semua sektor dengan mempunyai kemahiran seni visual yang dapat
membantu pembangunan sektor-sektor pembuatan, pendidikan dan perkhidmatan di
negara Malaysia.

Dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini, pertumbuhan ekonomi
sesebuah negara bergantung kepada sektor industri pembuatan dan perkhidmatan
yang akan memberi signifikasi nilai dalam prestasi keluaran dalam negara kasar
(KDNK ) sesebuah negara. Kekuatan ekonomi bagi sesebuah negara juga berkait
rapat juga dengan aspek seni visual dalam memacu perkembangan beberapa sektor
ekonomi seperti pembuatan dan perkhidmatan kerana elemen seni visual sering kali
menjadi elemen penting dalam menggerak pertumbuhan sektor-sektor tersebut.
Kebanyakan industri pembuatan seperti automotif, peralatan elektronik, textile,
komponen binaan, fesyen, perabot, perisin ICT dan sebagainya, aspek seni visual
menjadi faktor penentu utama dalam memacu daya maju sesuatu produk laris di
pasaran dan menjadi faktor penentu terhadap jumlah permintaan terhadap sesuatu
produk.

Begitu juga dengan perkembangan sektor perkhidmatan seperti tekomunikasi,


pengiklanan, perhotelan dan perlancongan, media cetak dan perubatan. Sumbangan
seni visual adalah resepi utama dalam menarik minat pelanggan untuk
menggunakan perkhidmatan. Melalui Pengiklanan yang kreatif dan juga pemilihan
motif-motif seni yang menarik, ia menjadi tarikan utama bagi menawan pelanggan
untuk menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yang bakal ditawarkan.

Sepertimana contoh di nagara Iran baru-baru ini penjualan kereta nasional nagara
Proton Gen 2, mencatatkan jualan yang paling tinggi berbanding dengan model-
model lain kereta proton di negara tersebut. Kereta proton Gen 2 amat popular di
kalangan golongan muda-mudi Iran oleh kerana faktor visual rekabentuk luaran dan
dalaman kereta Gen 2 yang amat menarik kerana ciri-ciri rekabentuknya yang
bersifat “sporty”, elegan dan futurelistic ” disamping harganya yang amat berpatutan
dalam kelasnya berbanding model kereta lain.

Faktor rekabentuk sesuatu produk merupakan elemen utama yang dapat


mempengaruhi visual setiap orang. Justeru itu rekabentuk sesuatu produk mestilah
dihasilkan oleh tenaga-tenaga mahir yang digelar “ product designer ‘ yang
mempunyai daya imaginasi dan inspirasi yang tinggi, dimana mereka boleh
mencipta sesuatu rekabentuk yang kreatif dan berinovasi. Rekaan yang kreatif dan
inovatif hanya boleh dihasilkan oleh pereka-pereka yang mempunyai daya fikir
imaginatif yang tinggi, dan seterusnya diilustrasikan pula melalui lakaran atau model
dan seterusnya penghasilan produk akhir. Proses ini merupakan satu proses
tranformasi yang manakjubkan di mana, dunia imaginasi seseorang disintesis
melalui proses pencernaan idea kreatif dan inovatif yang konstruktif bagi
menghasilkan objek/produk akhir ( “ from the world of imagination to the world of
object”) yang seterusnya menyumbang kepada pembangunan tamadun manusia.

Kaedah yang paling berkesan bagi seseorang pereka untuk menggambarkan


sesuatu rekebentuk yang berada dalam dunia imaginasinya adalah melalui lukisan /
lakaran dan juga model “ The most recognizable method of exploring a design is to
visualize it through sketching and modeling “. Membuat lakaran, lukisan dan model
adalah satu aktiviti yang dilaksanakan dalam pengajaran dam pembelajaran subjek
seni visual di sekolah-sekolah, jelas sekali disini kemahiran melukis dan melakar itu
amat penting, ianya mneyumbang kepada kemajuan perekaan yang amat diperlukan
oleh sesebuah negara untuk membangun dan bersaing di era globalisasi

“Visualize" atau menggambar begitu sinonim dengan subjek pendidikan seni Visual,
dimana melalui subjek ini, imaginasi pelajar dapat dirangsangkan “ art stimulate
imagination “. Imaginasi merupakan element yang sangat penting untuk merekacipta
atu menghasilkan sesuatu rekaan. Albert Einstein ada mengatakan :
“ imagination is more important than knowledge. Knowledge is limited. Imagination
encircles the world”.

Teori pembelajaran yang diaplikasikan di dalam sistem pendidikan negara juga


menekankan kepada teori kecerdasan pelbagai visualistik, di mana pelajar melukis
sesuatu objek dan juga ilustrasi mental menggunakan media atau bahan baru. Di
sini jelas menunjukkan subjek seni visual banyak mempraktikan kecerdasan ini,
sekaligus menyumbang kepada lahirnya individu yang berfikiran kreatif dan inovatif.
Sumbangan hasil kerja kreatif dan inovatif individu-individu ini bakal memberikan
sumbangan yang amat ketara dalam pertumbuhan sektor pembuatan dan
perkhidmatan sesebuah negara.

Di Negara kita Malaysia, Perkembangan sektor Rekabentuk Industri yang mana


pendidikan seni visual menjadi tulang belakang utama memacu pertumbuhan sektor
tersebut masih kurang memberangsangkan berbanding pertumbuhan sektor yang
sama di negara-negara Eropah, Amerika Syarikat, China, Korea Selatan dan Jepun.
Kebanyakan rekabentuk industri memainkan peranan hanya dalam sektor ekonomi
tempatan seperti tekstil iaitu batik dan fabrik moden kotemporari, sektor kraf dan
barangan cenderahati, pengiklanan, seni bina, pembuatan seperti produk pengguna,
perabot dan juga industri automotif negara. Walau bagaimanapun, jumlah
pertumbuhan dan juga sambutan masyarakat dalam mengemilangkan sektor
rekabentuk visual amat mengecewakan. Pertumbuhan yang perlahan ini boleh
diukur dengan jumlah isipadu industri (iaitu jumlah rekabentuk yang terhasil setahun)
dan juga jumlah perolehan serta bajet yang dikeluarkan oleh kerajaan dan juga
sektor swasta bagi menyokong kesinambungan perkembangan mapan sektor
rekabentuk industri.
Kalau kita melihat perkembangan rekabentuk industri di negara Korea Selatan,
sambutan masyarakat dan juga pemain industri utama dalam sektor ini amat
bermakna sekali. Kerana pentingnya sektor rekabentuk industri terhadap
pertumbuhan industri pembuatan yang berasaskan barangan pengguna, automotif,
senibina dan industri perkhidmatan seperti telekomunikasi, pelancongan, media,
Kerajaan Korea Selatan menggerakkan Pertumbuhan Sektor Rekabentuk Industri
bagi memacu ekonomi negara tersebut dengan mengadakan suatu acara peringkat
nasional dan antarabangsa iaitu Seoul Design Festival (SDF) bermula tahun 2002
bagi menarik minat masyarakat terhadap rekabentuk industri dan juga mengukuhkan
kedudukan pendidikan seni visual sebagai satu wadah nasional bagi memastikan
pertumbuhan mapan ekonomi Korea Selatan.

SDF atau Lebih dikenali sebagai Seoul Design Festival ini dimulakan pada tahun
2002 dan kekal menjadi acara tahunan setiap tahun. Seoul Design Festival ini
diadakan juga di kota-kota eropah dan asia seperti London, Berlin, Milan dan juga
Tokyo kerana ia adalah Platfom penting bagi menghimpunkan perekabentuk di
seluruh dunia dan juga hasil kerja mereka untuk dipersembahkan kepada
pengunjung bagi membuktikan betapa berkesannya dan pentingnya seni visual
dalam memacu pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

Seoul yang merupakan kota bagi gergasi industri seperti Samsung, LG, Hyundai dan
Daewoo memainkan peranan penting dalam Evolusi Pantas perkembangan produk
barangan pengguna, benar-benar memanfaatkan kepentingan seni visual dalam
penghasilan produk-produk baru yang mempunyai kepelbagaian rekabentuk
barangan yang semestinya menjadi daya penarik pengguna untuk membeli
barangan buatannya. Bukti kukuh evolusi seni yang dicetuskan oleh perekabentuk
dapat dilihat kepada daya-saing produk yang cemerlang menguasai industri alatan
elektronik seperti telefon celular dan juga gadget ICT yang amat mendapat respon
luar biasa pelanggan.

Jika kita melihat betapa faktor seni visual dapat memainkan peranan penting dalam
perkembangan sektor industri pembuatan seperti telefon celular dan gadget ICT,
hampir setiap bulan pelbagai model dan rekabentuk baru telefon celular dan gadget
ICT dikeluarkan bagi menarik minat pengguna membelinya. Dengan adanya daya
saing yang amat agresif dalam rekabentuk barangan industri ini, maka semestinya,
kita perlu sedar akan kepentingan dan sumbangan bermakna seni visual dalam
memberikan nilai tambah dalam anjakan positif pertumbuhan ekonomi ini dan juga
dapat membangunkan sesebuah bandar sebagai hub rekabentuk dunia. Pada tahun
2007, Majlis Antarabangsa Persatuan Rekabentuk Industri telah memilih Seoul
sebagai Bandaraya Rekabentuk Dunia 2010 bagi mempromosi penggunaan
rekabentuk yang terbaik bagi memperkasakan pembangunan bandar-bandar besar
di seluruh dunia dari segi pembangunan sosial, ekonomi dan kebudayaan. Datuk
Bandar Seoul, Mayor Se-Hoon Oh, menegaskan dalam ucapan perasmian Seoul
Design Festival bahawa “ Rekabentuk mempunyai kuasa bagi mengubah dunia, ia
merupakan pemacu yang mana akan mencipta momentum bagi pembangunan
ekonomi Seoul, dan sekarang, Seoul akan diiktiraf diseluruh pelusuk dunia kerana
`rekabentuknya’ .

Sekiranya kita mengamati sejarah perkembangan teknologi Korea Selatan ini, ianya
dilihat sebagai Gergasi Kedua Asia yang menguasai teknologi baru dalam bidang
kejuruteraan, seni bina dan juga pembuatan. Oleh yang demikian, jelaslah di sini
betapa pentingnya pendidikan seni visual dalam Sistem Pendidikan sesebuah
negara yang mana ia akan mendidik bakal-bakal professional dan teknokrat yang
kreatif dan inovatif untuk berkhidmat di dalam sektor ekonomi bagi memastikan
pertumbuhan yang mapan.

Lakaran Konsep adalah fasa yang amat penting dalam bidang kejuruteraan,
senibina dan perubatan. Terdapat beberapa fasa dalam rekabentuk iaitu,
i. Mengenal Pasti Keperluan
ii. Pentakrifan Masalah
iii. Sintesis
iv. Analisis dan pengoptimaan
v. Penilaian
vi. Pembentangan

Dalam fasa mengenal pasti keperluan dan pentakrifan masalah, Lakaran Konsep
memainkan peranan penting untuk berhubung antara perekabentuk, jurutera, arkitek
dan juga professional lain seperti doktor ( untuk alatan bantuan perubatan) bagi
mendapatkan kepastian berhubung barangan yang direkabentuk dan mencari
kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah. Pada kebiasaannya bagi evolusi
sesuatu barangan pengguna, alatan perubatan dan binaan bangunan, sesuatu
konsep diterjemahkan melalui lakaran bagi menghasilkan kepastian terhadap
sesuatu masalah. Dalam Kejuruteraan, teknik “Reversed Engineering” digunakan
bagi mentakrifkan sesuatu masalah dan mungkin juga bagi menghasilkan teknologi
baru untuk barangan tersebut.

Toyota Motor Corporation Limited seringkali menggunakan teknik Reversed


Engineering bagi menghasilkan model baru kenderaan terutamanya apabila
bersaing dengan pembuat lain seperti General Motor dan Ford (Amerika Syarikat),
Roll Royce, BMW, Mercedes ( Eropah) dan Hyundai, Ssangyong (Korea Selatan).
Sejarah telah terbukti, apabila Toyota Motor Corporation menghasilkan Model Kereta
Lexus yang telah berjaya menarik minat pengguna di Eropah dan Amerika Syarikat
terhadap kereta Jepun. Kejayaan Signifikan ini menyebabkan Toyota Motor
Corporation Ltd menjadi gergasi utama dalam ranking pembuat kereta dunia yang
mendahului pembuat lain dalam pasaran. Sehingga kini, Toyota menduduki tempat 3
teratas dalam ranking dunia dari segi penguasaan pasaran berdasarkan Jumlah
Keseluruhan Isipadu Industri ( Total Industrial Volume-TIV).

Semasa menghasilkan Model Lexus, hampir 6000 jurutera menjalankan kajian


secara Bedah Siasat ( Reversed Engineering Forensic) kereta Mercedes dan BMW
bagi melihat dan mengenalpasti keperluan dan teknologi yang terdapat dalam kereta
jenama pembuat Eropah dan Amerika Syarikat. Di sini, amat terbukti bahawa
lakaran konsep digunakan bagi menghasilkan chasis dan struktur badan kereta,
enjin dan sistem transmisi, rekabentuk dalaman, sistem brek, ekzos dan juga sistem
penyerap hentakan dan gantung. Hasilnya, pada hari ini Model Lexus menjadi model
yang paling hebat dalam sejarah permotoran dalam kelasnya yang tersendiri dan
mampu bersaing dengan Model Kereta lain seperti General Motor, BMW dan
Mercedes.
Sejarah telah membuktikan bahawa sumbangan seni visual dalam kehidupan
manusia dan pembinaan tamadun manusia amat signifikan seiring dengan
perkembangan sektor ekonomi sesuatu negara. Keruntuhan tamadun Rom pada
sekitar kurun ke- 5 masihi yang mana menjadikan Penduduk Eropah mengharungi
Zaman Gelap kerana kesan kurangnya pertumbuhan ekonomi di zaman tersebut.
Pada kurun ke 15, berlaku perubahan signifikan ekonomi kerana perdagangan dan
perusahaan lebih maju dengan wujudnya regim baru perdagangan menggunakan
mata wang bagi menggantikan “sistem barter”. Dengan menggunakan mata wang
sebagai instrumen kewangan dan urusan perdagangan, sektor perusahaan
berasaskan sumber asli seperti perlombongan emas dan besi, benang, sutera dan
pertanian secara bidang besar telah menyebabkan Renaissance berlaku dalam
sejarah Eropah.

Renaissance telah dikesan berlaku di Italy pada kurun ke 15 dan 16 yang mana
banyak melahirkan kumpulan pemikir, penulis, pelukis dan ahli muzik yang
menyumbang kepada ekonomi global pada ketika itu. Kesan perkembangan utama
yang berlaku adalah berkembangnya percapaian hebat dalam bidang seni visual
yang dihasilkan dalam karya seni ukiran, seni arca, lukisan dan seni bina. Hasil seni
yang terhasil pada zaman ini banyak menghasilkan tokoh ternama seperti Leonardo
da Vinci, Michelangelo yang amat terkenal sebagai seorang ,artis, pemikir, arkitek
dan pengukir yang menjadi kebanggaan masyarakat Eropah sehingga kini.

Kebanyakan hasil kerja seni yang dihasilkan oleh Leonardo da Vinci memberikan
sumbangan besar dalam bidang seni, kejuruteraan, sosio-budaya dan juga
perubatan. Salah satu Lakaran Leonardo da Vinci yang amat signifikan kepada
teknologi perubatan adalah Lakaran Anatomi yang memperincikan struktur tubuh
badan manusia. Semasa membuat Lakaran struktur badan tersebut, sebanyak 30
mayat manusia telah dibedah dan beliau membuat lakaran dan catatan yang begitu
teliti bagi melakar tubuh manusia agar ianya menjadi komponen panduan penting
dalam sektor perubatan.

Kepentingan seni visual amat penting sebagai alat fasilitatif bagi menjayakan R & D
di peringkat universiti dan pengkomersialan hasil R & D tersebut. Prof. Datuk Ir. Zaini
Ujang, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia telah menyatakan bahawa akan
kepentingan inovasi serta kaitannya dengan R &D + C ( Research & Development
and Comercialisation ) bagi sesebuah universiti sebagai pemacu utama
perkembangan teknologi ummah. Peranan Inovasi dan R & D + C akan menjadi
resipi utama ke arah pembangunan ekonomi berteraskan pengetahuan dan secara
tidak langsung memperkasakan ekonomi ummah. Negara-negara maju telah
membuktikan bahawa kekuatan teknologi, daya inovasi dan kreativiti yang
dibangunkan sendiri dapat digunakan dan dikembangkan dengan lebih mudah
berbanding dengan pergantungan kepada pihak asing menerusi pembayaran royalti
atau yuran professional dan harta intelek yang lain.

Dalam Konteks sumbangan seni visual, semua kerja-kerja penyelidikan dan inovasi
akan melibatkan pengilustrasian lakaran-lakaran konsep bagi membina jaringan dan
komunikasi minda secara konstruktif dalam bidang R & D + C. Dalam konteks
pembangunan Inovasi di Malaysia, kelemahan utama pembangunan secara holistik
R & D +C adalah Dasar Pendidikan dan Latihan yang mana kita menghadapi
kekurangan sumber manusia yang mempunyai kemahiran asas yang kompeten
dalam seni visual yang menyebabkan banyak hasil R &D yang ditaja oleh kerajaan
Malaysia melalui Geran R & D kurang menyumbang kepada pengkomersialan hasil
R & D tersebut. Jika dilihat kepada 1041 hasil Inovasi UTM sehingga Disember
2008, hanya 3 hasil penyelidikan dalam bidang Industrial Design dihasilkan. Di-sini
jelas menunjukkan bahawa kegagalan utama UTM menggerakkan kerja-kerja R & D
dalam teknologi kejuruteraan dan seni bina adalah kerana kurangnya kemahiran
seni visual dikalangan penuntut yang memasuki universiti tersebut bagi melanjutkan
pelajaran dalam bidang kejuruteraan dan seni bina.

Selaras dengan Dasar Kerajaan terhadap budaya inovasi dan kemajuan sains dan
teknologi dapat dilihat dalam RMK-9. Secara spesifik RMK9 akan memanfaatkan
sains, teknologi dan inovasi ( STI) sebagai pemacu utama dalam mempertingkatkan
keupayaan negara untuk memperoleh dan menggunakan pengetahuan serta
menggalakkan inovasi… pendekatan holistik akan diterima pakai bagi
memperkukuhkan Sistem Inovasi Kebangsaan (NIS) untuk mempertingkatkan
produktiviti dan daya saing. Oleh yang demikian, struktur pembelajaran Seni Visual
perlu diperkukukah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan agar kita dapat
melahirkan modal insan yang mempunyai asas seni visual yang berkesan dalam
memacu sains, teknologi, inovasi dan kreativiti agar pergantungan negara terhadap
saintis dan teknologi luar negara dapat diminimakan.

Kepentingan Seni Visual dalam membangunkan Industri Kereta Nasional amat


mencabar pada hari ini kerana kita kekurangan golongan professional dalam bidang
automotif dan industrial automotif designer. Dato Syed Zainal Abidin Syed Mohamed
Tahir, dalam pembentangan kertas kerja di Kongres Ekonomi Islam ke-3 pada 12 –
15 Januari 2008, menjelaskan bahawa Proton memulakan operasi pemasangan
Component Knocked-Down pada tahun 1983 dan Model pertama Proton Saga
dikeluarkan pada tahun 1985. Proton maju setapak pada tahun 1996, apabila Proton
membuat pengambialihan Lotus Group kerana kekangan utama Proton dalam
inovasi rekabentuk produk, R&D, enjin dan Tooling Manufacturing. Pada masa 13
tahun lampau, kita kekurangan tenaga kerja yang benar-benar mahir dalam aspek
rekabentuk komponen dan rekabentuk Industri. Kebanyakan graduan lepasan UiTM
dalam bidang "Industrial Design" banyak mendapat kerja di Proton untuk terlibat
secara agresif dalam R & D Proton. Hasilnya pada hari ini, Proton menghasilkan
sendiri modelnya seperti WAJA, Gen 2, Persona, SAGA (Base Line Model) dan yang
terbaru MPV (Multi Purpose Vehicle) Proton Exora yang dilancarkan ke pasaran
negara pada april 2009 dan mendapat sambutan besar-besaran oleh rakyat
Malaysia

Kesimpulan

Sumbangan Pendidikan Seni Visual amat penting dalam perkembangan ekonomi


dan teknologi. Walau bagaimanapun, Sains, Teknologi, Inovasi, Kreativiti dan
Pengkomersialan tidak akan terhasil dengan optima sekiranya aspek kemahiran seni
visual tidak diberikan penekanan yang khusus dan sewajarnya. Oleh itu, Kerajaan
Malaysia, perlu memperkasakan kurikulum pendidikan seni visual dalam sistem
pendidikan rendah, menengah dan universiti bagi menghasilkan modal insan yang
mempunyai kemahiran asas yang signifikan dan kompeten agar, pertumbuhan
ekonomi dan pembangunan sosial dapat dilaksanakan secara holistik.

Anda mungkin juga menyukai