Anda di halaman 1dari 2

FORUM: PEMBUANGAN BAYI DALAM KALANGAN

REMAJA
FORUM: PEMBUANGAN BAYI DALAM KALANGAN REMAJA 

PENGERUSI:  Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada guru-guru dan rakan sekelas.


Pada petang ini kita bersyukur kerana kita berpeluang membincangkan satu lagi masalah
yang saya kira semakin kronik .Tanpa membuang masa,Mari saya memperkenalkan ahli -
ahli panel yang tidak asing lagi , iaitu saudari MIRA sebagai panel pertama, saudari
RAINAN sebagai panel kedua dan saudari RAINI sebagai panel terakhir. Tajuk forum hari
ini ialah” PEMBUNGAN BAYI DALAM KALANGAN REMAJA”. Seterusnya saya ingin
menanyakan kepada MIRA ,apakah punca yang  menyebabkan pembuangan bayi berlaku?

MIRA: Punca ialah Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang melampaui batas
agama boleh menyebabkan diri mereka terjebak ke dalam kancah maksiat dan impaknya si
gadis hamil anak luar nikah.  Sikap golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab membawa
titik hitam dalam kehidupan gadis tersebut, lantas gadis yang hamil mengambil jalan mudah
untuk mengelakkan rasa malu agar perbuatannya tidak diketahui masyarakat, selain itu
perasaan buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan lalu membuang bayi tanpa belas
kasihan. Gadis yang terlanjur juga takut dimarahi atau dipulau oleh keluarga akibat
keterlanjuran dalam pergaulan.

PENGERUSI: Terima kasih saudari MIRA, tadi kita sudah dengar punca salah satu punca
berlakunya pembuangan bayi. Justeru, saya ingin menanyakan persoalan seterusnya kepada
saudari RAINAN pula. Bagaimana kesan terhadap masyarakat dan keluarga?

RAINAN: Kesan terhadap keluarga adalah maruah diri dan keluarganya akan musnah akibat
maksiat, penzinaan, hamil dan membuang bayi memang amat memalukan keluarga kerana ia
berlaku secara terus menerus. Selain itu, keluarga juga akan di pandang hina sehingga turun
temurunnya walaupun ia hanya berlaku sekali. Seterusnya, Kesan terhadap masyarakat pula
adalah kita akan digelar masyarakat tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan serta
masyarakat yang kejam.  Nilai-nilai tradisi masyarakat tradisional seperti gotong-royong,
zirah menziarahi telah menjadi luntur di kalangan masyarakat kita kerana saling berselisih
dan menyelisihkan orang yang telah membuang bayi.

PENGERUSI: Terima kasih saudari RAINAN atas persoalan saya tadi. Sekarang kita sudah
tahu kesan yang akan kita hadapi jika berlakunya pembuangan bayi dan hamil luar nikah
terhadap keluarga dan masyarakat.  Seterusnya persoalan terakhir untuk saudari RAINI masih
berlegar dalam ingatan iaitu apakah langkah-langkah mencegah pembuangan bayi?

RAINI: Langkah-langkah ialah Peranan pihak berkuasa dan badan-badan NGO adalah


mengatasi kemelutan pembuangan bayi. Pihak berkuasa terutama pihak polis haruslah
membanteras pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama
golongan remaja. Selain itu, Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak menjadi insan yang
bermoral dan tidak mudah terpengaruh dari gejala sosial yang bercegahan dengan agama.
Mengadakan Program-program motivasi dan kempen-kempen kesedaran haruslah
dilaksanakan oleh pihak media amat berguna dan bermakna.
PENGERUSI: Terima kasih kepada saudari RAINI atas pandangan yang amat bernas
sebentar tadi. Kesimpulanya, setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatu
padu menggembleng tenaga mencegah dan membanteras supaya penyakit sosial ini tidak
menular dengan lebih serius. Dengan usaha-usaha yang dilakukan secara bersama dan
menyeluruh ini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah ini daripada terus menjadi
satu penyakit berbahaya di negara Malaysia ini. Saya harap semua mengambil iktibar dan
pengajaran apa yang kami telah bincangkan. Sekian saja,forum yang kami sampaikan. Saya
sudahi dengan assalamualai’kum Warahmatullahhiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai