Anda di halaman 1dari 3

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH psikologi

PSIKOLOGI

Bidang psikologi kini semakin penting dan berkembang dalam masyarakat


memandangkan bidang ini mempunyai kaitan langsung dengan kelakuan manusia.
Bidang ini merupakan satu profesion yang memerlukan seseorang yang melibatkan diri
di bidang ini berkemahiran, berkebolehan serta berpengetahuan bagi menyelesaikan
masalah-masalah yang berlaku kepada manusia.
Daripada segi definisi, psikologi ialah suatu disiplin kajian dan pengurusan saintifik
berkaitan dengan tingkah laku manusia. Bidang psikologi adalah suatu bidang yang
luas yang boleh dipecahkan kepada beberapa pengkhususan termasuk psikologi
kaunseling; klinikal; pendidikan; industri dan organisasi; perkembangan; ergonomik dan
psikologl sosial. Psikologi kaunseling ialah perhubungan menolong yang sistematik
berasaskan kaunseling bagi menghasilkan perubahan oleh individu. Mereka yang
mengendalikan psikologi kaunseling dipanggil kaunselor. Kaunseling merupakan satu
proses di mana kaunselor membantu klien membuat tafsiran terhadap fakta yang
berkaitan sama ada dengan membuat pemilihan keputusan, perancangan ataupun
pelarasan yang lebih baik perlu dilakukannya. Bagi mereka yang melibatkan diri di
bidang psikologi klinikal, perlu menilai dan merawat pesakit yang mengalami masalah
psikologi. Mereka menggunakan pelbagai kaedah berkaitan ilmu psikologi dalam
memberi kaunseling dan terapi. Selain itu, ahli psikologi sentiasa bekerjasama dengan
doktor-doktor, ahli psikiatri dan kakitangan perubatan dalam menangani masalah yang
dihadapi pesakit.
Bidang psikologi pendidikan pula menawarkan kaunseling dan bantuan kepada pelajar
remaja yang menghadapi masalah di bidang pelajaran dan perkembangan tingkah laku.
Mereka ini sentiasa memberi kerjasama kepada klien, iaitu pelajar serta guru-guru dan
ibu bapa.
Sementara bidang psikologi industri dan organisasi melibatkan permasalahan
yang berhubung dengan perlakuan organisasi dan pekerja. Bidang ini menyentuh
hal-hal berkaitan kepuasan bekerja dan stres; dinamika kumpulan; komunikasi
interpersonal; masalah kesatuan sekerja; kepemimpinan dan pengaruh; prejudis dan
diskriminasi dalam organisasi; permasalah kembangan organisasi; latihan dan
pembangunan kerjaya.
Bidang psikologi menjanjikan peluang kerjaya yang disiplin cukup baik sama ada di
sektor awam, swasta atau menjalankan perkhidmatan perundingan. Anda boleh
berkhidmat sebagai pensyarah, kaunselor, pakar pemulihan, pembangunan sosial,
pembantu sosial, penyelidik, pentadbir, industri pegawai perjawatan, eksekutif sumber
manusia, eksekutif latihan dan perunding.

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN

(i) Minat terhadap profesion ini


(ii) Minat terhadap orang dan kelakuan manusia
(iii) Matang dan stabil aspek emosi
(iv) Seorang yang sabar, berkemahiran mendengar dan menangani permasalahan
(iv) Mampu menyimpan rahsia klien
(v) Memiliki kemahiran berkomunikasi

Manmohan Singh /03/08/2010 muka surat 1/3


Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH psikologi

(vii) Empati
(viii) Mampu berfikir secara kreatif
(ix) Berupaya memberi bantuan dan menyelesaikan masalah
(x) Mempunyai kebolehan menganalisis dan menilai
(xi) Mahir dalam statistik dan matematik

SYARAT MENCEBURI BIDANG INI

Seperti kebanyakan bidang profesional lain, untuk menceburi bidang psikologi ini
memerlukan seseorang itu memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda dan
universiti dalam atau luar negara.

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Pada masa ini universiti tempatan yang menawarkan psikologi ialah Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Malaysia Sabah (UMS). Manakala universiti tempatan lain yang
menawarkan bidang yang lebih khusus iaitu kaunseling ialah UKM, UIAM, Universiti
Malaya(UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Putra Malaysia
(UPM). Universiti Pendidikan Sultan Idnis (~ UTM dan UPM menawarkan kursus
bidang pendidikan bimbingan dan kaunseling. UMS turut menawarkan kursus psikologi
industri dan organisasi. Semua universiti ini menawarkan pengajian di peringkat sarjana
muda. Terdapat banyak universiti luar negara menawarkan kursus ini termasuk Amerika
Syarikat, United Kingdom dan Indonesia.

SYARAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN

Pengambilan untuk memasuki universiti tempatan memerlukan syarat yang berbeza-beza.


UKM, UPM, UMS dan 1251 mengambil pelajar dan lepasan STPM. UTM mengambil
pelajar lepasan SPM/SPMV, sementara UIAM membuka peluang kepada lepasan
SPM/SPMV melalui program matrikulasi dan STPM.
UKM mengambil calon yang lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya tiga
prinsipal termasuk prinsipal C dalam pengajian am serta kepujian bahasa Melayu dan
matematik atau mana-mana mata pelajaran sains di peringkat SPM/SPMV.
(i) UPM dan UM memerlukan calon lulus STPM dengan mendapat tidak kurang
daripada tiga prinsipal termasuk pengajian am. Calon juga perlu lulus bahasa
Melayu, matematik dan sains di peringkat SPM.
(ii) UIAM mengambil calon lepasan SPM/SPMV pangkat satu. Mencapai
sekurang-kurangnya C5 mata pelajaran bahasa lnggeris serta kepujian lima
mata pelajaran termasuk Pendidikan Islam. UIAM juga mengambil pelajar
lepasan STPM dengan syarat mendapat sekurang-kurangnya tiga prinsipal
serta kepujian bahasa Melayu dan bahasa Inggenis di peringkat SPM/SPMV.
UMS memerlukan calon lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya
tiga prinsipal termasuk pengajian am. Keutamaan diberi kepada calon yang
mendapat kepujian matematik di peringkat SPM/SPMV.

Manmohan Singh /03/08/2010 muka surat 2/3


Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH psikologi

(iii) UPSI memerlukan calon lulus tiga prinsipal di peringkat STPM serta kepujian
bahasa Melayu di peringkat SPM/SPMV.
(iv) UTM mengambil pelajar lepasan SPM/SPMV. Calon perlu mendapat kepujian
sekurang-kurangnya lima mata pelajaran termasuk bahasa Melayu dan
matematik. Calon yang memohon mengikuti kursus ini akan melalui
temuduga dan ujian psikologi yang dikendalikan oleh Fakulti Pendidikan.

Manmohan Singh /03/08/2010 muka surat 3/3

Anda mungkin juga menyukai