Anda di halaman 1dari 13

TEKNIK MENJAWAB RINGKASAN

DAN LATIHAN
Disediakan oleh:
Muhammad Firdaus Hamdan
(Penyelarasan BM Tingkatan 1)

1. Isi cukup lima (Isi minimum, lebih tidak mengapa selagi tidak melebih 100 patah
perkataan (PP).
2. Bahasa baik dan lancar (Menggunakan ayat sendiri)
3. Ayat gramatis
Kriteria Penulisan Ringkasan Cemerlang
4. Bilangan PP antara 80 PP hingga 100 PP. Jika lebih, tidak dibaca jumlah PP yang
lebih.
5. Satu perenggan.

Markah Isi

Minimum lima isi 1 isi x 2 markah


[10 markah] 2 isi x 2 markah
K aedah Pemarkahan
3 isi x 2 markah
4 isi x 2 markah
5 isi x 2 markah

Jumlah= 10 markah
Markah Bahasa
Peringkat Markah Deskripsi

Cemerlang 4–5 - Bahasa baik dan lancar


- Menggunakan ayat sendiri dan pemilihan kata tepat
- Ayat gramatis
- Penanda wacana sesuai
- Ejaan dan tanda baca betul

Baik 2–3 - Bahasa baik dan lancar


- Masih berupaya menggunakan ayat sendiri dan
pemilihan kata masih tepat
- Ayat gramatis
- Penanda wacana masih sesuai
- Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang
Minimum

Memuaskan 1 - Bahasa kurang lancar


- Terdapat kesalahan yang ketara dalam
ayat, ejaan dan tanda baca.
atau

- Menyalin ayat daripada petikan secara


terpilih.
Tekn ik Menjawab Soalan Ringkasan

Baca • Baca petikan dengan


teliti.

Kenal pasti • Tema ada dalam arahan soalan


tema dan • Kata kunci bergantung kepada tema (langkah, punca,
kata kunci kesan)

Kenal pasti isi • Dengan memahami tema dan kata kunci, kenal pasti
penting

• Teknik pemotongan atau pengguguran


Pemotongan perlu kerana ringkasan isi perlu
atau menggunakan ayat sendiri.rujuk
( teknik
Pengguguran
ayat asal
kaedah pemotongan atau pengguguran
ayat)

Susun dan tulis • Semak ayat, tanda baca,


semula isi ejaan dan penanda wacana.
dalam satu • Pastikan jumlah PP tidak
perenggan melebihi 100 PP.
ayat yang
benar-benar isi sahaja.

Teknik Pengesahan Isi-isi Penting (Teknik Pemotongan/Pengguguran)

Ayat Asal Pemotongan/Pengguguran Ayat Baharu (Ayat


Sendiri)
Menurut Menteri Nama tokoh/ watak Kesan membaca ialah dapat
Pendidikan, membaca mencerdaskan minda
mencerdaskan minda Contoh: Menurut Menteri seseorang.
seseorang. Pendidikan
Buku yang diterbitkan oleh Keterangan Kita perlu membaca buku
syarikat itu banyak kerana buku banyak
mengandungi pengajaran. Contoh: yang diterbitkan oleh mengandungi pengajaran.
syarikat itu
Kita hendaklah membaca Contoh-contoh Kita haruslah membaca
bahan-bahan yang berkualiti bahanbahan yang berkualiti.
seperti buku, majalah, jurnal Contoh: seperti buku, majalah,
dan akhbar. jurnal dan akhbar.
Majalah ilmiah atau majalah Unsur pilihan Kita hendaklah meneroka
bersifat akademik hendaklah majalah ilmiah.
diteroka kandungannya.
Contoh: atau majalah bersifat
akademik

Contoh Soalan Ringkasan

Baca petikan tersebut dengan teliti. Kemudian tulis satu ringkasan mengenai faedah
Tema: permainan permainan tradisional kepada remaja. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80
tradisional hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa
Kata Kunci: Faedah mengubah maksud asal.

Warisan negara merupakan harta dan kekayaan bangsa yang tidak dapat dijual beli serta memiliki nilai
pengajaran yang dapat kita timba sewaktu menekuninya. Namun begitu,
Perenggan satu:
permainan tradisional semakin lama semakin tidak mendapat tempat dalam
Tiada isi kalangan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana permainan
tradisional dianggap kolot dan membosankan oleh sesetengah pihak. Oleh
sebab itu, kita mestilah mengetahui
faedah permainan tradisional kepada remaja.
Antara faedah permainan tradisional kepada remaja termasuklah mengisi masa lapang remaja
secara berfaedah. Remaja masa ini gemar melepak di pusat beli-belah
Perenggan dua: dan membuang masa mereka dengan sia-sia. Namun begitu, permainan
tradisional dapat mengelakkan situasi tersebut daripada berlaku. Remaja
Empat isi
dapat mempelajari ilmu permainan tradisional dan mengetahui nilai
kesabaran dalam diri. Selain itu, remaja akan belajar menghargai
masa.
Permainan tradisional juga menjadi ejen penting untuk
Perenggan tiga: mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Hubungan
kekeluargaan dan persahabatan dapat dieratkan sewaktu bermain
Satu isi permainan tradisional. Sebagai contoh, remaja boleh bermain sepak raga
bersama-sama rakan dan dapat berkenalan dengan kawan-kawan baharu.
Dengan cara ini, remaja dapat menjalin hubungan persahabatan yang lebih luas.
Seterusnya, permainan tradisional dapat memupuk semangat kerjasama dan persefahaman.
Semasa bermain, remaja dapat memahami kelebihan dan kelemahan kawan serta pihak
lawan. Permainan wau misalnya, dapat membentuk semangat kerjasama antara satu
sama lain untuk menaikkan wau tersebut. Hal ini dapat
Perenggan empat:
membentuk prinsip kehidupan yang saling memerlukan
Tiga isi bagai aur dengan tebing. Remaja juga dapat memelihara
warisan budaya bangsa daripada pupus. Remaja dapat
mengenali dan mempelajari seni yang terkandung
dalam permainan
tradisional. Oleh hal yang demikian, seni warisan bangsa tidak akan pupus ditelan zaman kerana
tidak lapuk dek hujang, tidak lekang dek panas.
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah permainan tradisional kepada
Perenggan lima: remaja. Permainan tradisional perlu dihidupkan semula sebelum terkubur.
Dalam hal ini, semua pihak perlu bekerjasama agar generasi muda zaman
Tiada isi
ini menjadikan permainan tradisional sebagai aktiviti yang membanggakan bangsa. Permainan
tradisional masih relevan dalam zaman globalisasi ini.

(Diubahsuai daripada rencana Faedah Permainan Tradisional kepada Remaja,


Dewan Siswa, Dewan Bahasa dan Pustaka, September 2018)

LATIHAN 1
Isi ayat sendiri berdasarkan kefahaman anda.
Isi Ayat Asal Ayat Sendiri

Isi 1 Antara faedah permainan tradisional kepada Remaja perlulah mengisi masa lapang
remaja termasuklah mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.
remaja secara berfaedah.

Isi 2 Remaja dapat mempelajari ilmu Permainan tradisional dapat menguji


permainan tradisional dan mengetahui nilai kesabaran dalam diri.
nilai kesabaran dalam diri.

Isi 3 Remaja dapat mempelajari ilmu permainan Mempelajari ilmu permainan


tradisional dan mengetahui nilai tradisional mempunyai banyak nilai
kesabaran dalam diri. yang baik.

Isi 4 Selain itu, remaja akan belajar Permainan tradisional dapat belajar
menghargai masa. menghargai masa.

Isi 5 Permainan tradisional juga menjadi ejen Permainan tradisional dapat


penting untuk mengeratkan silaturahim mengeratkan hubungan silaturahim.
antara satu sama lain.

Isi 6 Seterusnya, permainan tradisional dapat Permainan tradisional memupuk


memupuk semangat kerjasama dan semangat kerjasama dan persefahaman.
persefahaman.

Isi 7 Remaja juga dapat memelihara warisan Permainan tradisional dapat mewarisi
budaya bangsa daripada pupus. budaya bangsa daripada pupus

Isi 8 Remaja dapat mengenali dan mempelajari Remaja dapat menghayati seni dalam
seni yang terkandung dalam permainan permainan tradisional.
tradisional.

Setelah anda selesai membuat ayat sendiri, anda perlu menulis semula ringkasan yang cemerlang
berdasarkan kerangka di bawah:
Faedah permainan tradisional kepada remaja ialah/adalah (Isi 1). Selain itu, (Isi 2). Seterusnya, (Isi
3). Di samping itu, (Isi 4). Akhir sekali, (Isi 5).

* Peranggan dimulakan dengan kata kunci dan ayat tema. (Contoh: Faedah permainan tradisional
kepada remaja)
* Penanda wacana boleh berubah mengikut konteks ayat. Penanda wacana dalam ayat di atas
hanyalah contoh (Selain itu, Di samping itu, Akhir sekali, Justeru, dll.)
* Minimum isi ialah lima tetapi anda boleh memasukkan lebih selagi mana perenggan anda tidak
melebihi 100 patah perkataan.
LATIHAN 2
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang faktor-faktor yang
menyebabkan masyarakat lebih gemar membaca bahan bacaan picisan berbanding dengan
buku ilmiah. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda
digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal.

Minat membaca di kalangan masyarakat memang tinggi jika dilihat daripada sambutan yang
luar biasa terhadap buku dan majalah popular yang berbentuk picisan. Bahan picisan itu
boleh ditakrifkan sebagai bahan bacaan yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada
pembaca. Bahan bacaan sebegini juga tidak mengandungi unsur-unsur keilmuan dan
pendidikan serta mengandungi humor, hiburan, pornografi dan keganasan yang banyak.
Contoh bahan picisan ialah komik- komik dan majalah-majalah remaja.
Keghairahan para penerbit yang berlumba-lumba untuk menerbitkan buku atau
majalah picisan ini hingga menjadi lambakan di kedai-kedai buku adalah antara faktor yang
menggalakkan masyarakat lebih gemar membaca bahan bacaan picisan ini. Kita tidak boleh
berbangga dengan peningkatan minat membaca kalau tumpuan hanya diberikan kepada
bahanbahan bacaan yang berbentuk picisan semata-mata kerana membaca bahan-bahan ini
boleh membawa kesan negatif dan tentu sekali tidak mampu mengasah minda supaya
masyarakat lebih kreatif dan berfikir dengan lebih bijak dan rasional. Bagi remaja pula,
mereka mungkin akan meniru aksi-aksi yang terkandung dalam bahan picisan itu. Contohnya
adegan pergaduhan. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka sentiasa berkeinginan untuk
melakukan sesuatu perkara yang tidak pernah mereka lakukan, mereka sentiasa ingin
mencuba. Di samping itu, hal ini juga akan meningkatkan gejala sosial dalam kalangan
masyarakat.
Dalam konteks inilah masyarakat, terutamanya remaja lebih gemar membaca
bahanbahan picisan ini kerana kandungannya yang menyeronokan dan memberi kepuasan
kepada mereka. Hal ini terjadi demikian, kerana budaya membaca rakyat Malaysia yang
belum mantap lagi. Selain itu, segelintir masyarakat Malaysia lebih gemar membaca bahan-
bahan tentang hiburan, gosip dan rekaan. Hal ini amat meresahkan kita terutamanya apabila
kita terbaca kenyataan yang mendakwa buku-buku ilmiah tidak dibaca tersadai di gedung
percetakan Dewan Bahasa dan Pusataka, tambahan pula ahli-ahli akedemik kurang menulis
buku yang bersifat ilmiah. Bagi kebanyakan pelajar pula, mereka tidak berminat untuk
membaca buku ilmiah kerana bahan ilmiah dikatakan membosankan dan remeh-temeh bagi
mereka, kalau bembaca pun mereka hanya membaca buku ilmiah untuk tujuan peperiksaan
sahaja.
Isu masyarakat lebih gemar membaca bahan bacaan picisan berbanding dengan buku
ilmiah, harus dilihat secara keseluruhan dan bukannya menyalahkan satu-satu pihak sahaja.
Misalnya, kos pembelian turut mempengaruhi minat remaja untuk membeli bahan-bahan
picisan tersebut. Harga bahan-bahan picisan adalah lebih murah berbanding dengan bahan
ilmiah. Harga untuk bahan-bahan picisan hanyalah sekitar RM3.00 hingga RM5.00 tetapi
untuk bahan-bahan ilmiah, ada yang mencecah ratusan ringgit. Satu lagi faktor sebab hal ini
berlaku dapat dilihat pada keadaan bahan-bahan picisan itu sendiri yang mempunyai ilustrasi
gambar yang menarik dan berwarna-warni sedangkan pada bahan-bahan ilmiah hanya
terdapat warna hitam dan putih sahaja.
Kesimpulannya, masyarakat negara ini lebih gemar membaca buku-buku atau
majalah yang menghidangkan bahan bacaan berbentuk hiburan atau rekaan semata-mata
daripada membaca bahan bacaan bermaklumat dan berisi ilmu dan pengetahuan.
Jawapan Latihan 2

Pada era globalisasi ini,masyarakat sekarang lebih gemar membaca bahan bacaan
picisan berbanding dengan buku ilmiah.Bahan picisan bahan yang tidak membawa
berfaedah seperti contoh komik-komik dam majalah-majalah remaja.Terdapat
beberapa faktor yang menyebabkan masyarakat lebih gemar membaca bahan picisan
berbanding buku ilmiah.
Antara faktor yang membuatkan masyarakat memilih bahan picisan ialah
keghairahan para penerbit yang berlumba-lumba untuk menerbitkan buku atau
majalah picisan ini hingga menjadi lambakan di kedai kedai buku.Selain itu,remaja
lebih gemar kerana kandungannya yang menyeronokkan dan memberi kepuasan
kepada mereka.Seterusnya,hal ini terjadi demikian kerana budaya membaca rakyat
Malaysia yang belum mantap lagi.
Salah satu faktor lain ialah segelintir rakyat Malaysia lebih gemar membaca bahan
bacaan tentang hiburan,gosip dan rekaan.Perkara ini akan membuat masyarakat lalai
dan pergi ke arah negatif.Seperti contoh remaja akan mengikut pergaduhan yang
ditunjuk di dalam bahan bacaan.Kemudian,ahli ahli akademik pula kurang menulis
buku buku ilmiah.Ini membuat remaja tidak tahu dan tidak berminat dengan buku
buku ilmiah.
Di samping itu,bagi kebanyakan pelajar pula,mereka menyatakan bahawa bahan
bacaan buku ilmiah ini membosankan dan remeh-temeh bagi mereka.Ini kerana isi
kandungan yang tidak menarik perhatian mereka dan hanya berkait tentang hal
dewasa.Akhir Sekali,hal ini kerana bahan bacaan picisan mempunyai bahan yang
bergambar dan berwarna manakala buku ilmiah hanya hitam dan putih saja.
Kesimpulannya,masyarakat Malaysia lebih gemar membaca bahan bacaan buku
picisan yang tidak berfaedah dan hanya membawa ke arah negatif berbanding buku
ilmiah yang bermaklumat dan membawa banyak faedah dan ilmu.
LATIHAN 3
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang faedah-faedah menyertai kegiatan kokurikulum. Panjang ringkasan anda hendaklah
antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa
mengubah maksud asal.

Banyak faedah yang diperoleh apabila seseorang pelajar itu melibatkan diri dalam kegiatan
kokurikulum, namun begitu begitu ramai pelajar yang memberikan pelbagai alasan untuk
tidak melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Mereka menganggap menyertai kegiatan
kokurikulum hanyalah membuang masa dan mereka mahu masa tersebut hanya untuk
memenuhi keperluan mereka sendiri, seperti untuk berpelesiran di kafe siber dan melepak di
pusat beli-belah.
Persoalannya sedarkah mereka tentang faedah-faedah yang diperoleh daripada
kegiatan kokurikulum. Seseorang pelajar dapat menggunakan masanya dengan berfaedah
apabila melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Dalam pada itu, sikap berdisiplin dapat
ditanam dalam sanubari pelajar-pelajar sekolah. Kegiatan kokurikulum juga dapat
mengeratkan hubungan antara pelajar dengan guru atau pelajar dengan pelajar. Hal ini akan
mewujudkan sikap kerjasama dan toleransi di samping itu, perpaduan kaum juga dapat
dipupuk. Perpaduan kaum adalah tulang belakang dalam membentuk sebuah negara yang
aman damai, supaya rusuhan kaum 13 Mei 1969 tidak berulang lagi. Yang lebih penting para
pelajar dapat meluaskan ilmu pengetahuan melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum.
Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar-pelajar dapat mengenali dan
memahami budaya dan adat resam kaum-kaum lain di Malaysia dan seterusnya dapat
mewujudkan rasa bangga terhadap budaya dan cara hidup masyarakat di negara ini. Dengan
menyertai aktiviti-aktiviti kokurikulum, seseorang pelajar dapat menyihatkan badan dan
mencerdaskan minda selain dapat membina keyakinan diri dalam mengharungi kehidupan.
Hal ini juga secara tidak langsung akan mengurangkan bilangan kes-kes juvana dalam
kalangan remaja kerana pelajar tidak akan ada masa untuk melibatkan diri dengan masalah-
masalah sosial.
Kita akui bahawa sesetengah pelajar menganggap kegiatan kokurikulum ini boleh
menjejaskan tumpuan mereka terhadap pelajaran, malahan boleh mengeruhkan hubungan
antara pelajar berbilang kaum jika tidak dikawal, namun begitu golongan yang berfikiran
negatif ini haruslah ingat akan faedahnya lebih banyak berbanding kesan buruknya.
Jawapan Latihan 3

Apalah gunanya mempunyai otak yang pintar sekiranya tubuh badan kita tidak
bermaya.Pihak sekolah juga hendaklah mengadakan Kegiatan kokurikulum ialah
aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat tiga jenis kegiatan kokurikulum di sekolah.
Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan
serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan
kokurikulumkerana  mendatangkan banyak faedah.

     Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah pelajar dapat memanfaatkan
masa lapang mereka dengan bijak. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita
tidak akan melakukan aktiviti-aktiviti yang tiada feadahnya seperti merokok,
melepak, mencuri dan lain-lain.Secara tidak langsung, pelajar akan dapat
menghindari diri sendiri daripada terjebak dengan gejala sosial dalam   kalangan
remaja. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, kita akan membuat latihan
pada setiap petang dan akan mengisi masa petang kita dengan melalukan
perkara-perkara yang berfaedah. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat
memenuhi masa lapang kita dengan perkara-perkara yang berfaedah.

     Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat  melatih diri pelajar untuk menjadi
pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi,
setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar
memegang sesuatu jawatan, maka kita akan belajar menjadi ketua dan
menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-
kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti
kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi  seorang pemimpin. Dengan adanya
jawatan-jawatan seperti ini, ini akan membuat pelajar-pelajar lebih bijak
menguruskan sesuatu pekerjaan tanpa bantuan guru-guru mereka.Aktiviti
kokurikulum juga akan menambahkani keberanian dalam diri seorang pelajar
itu.

     Malahan, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan antara


kaum. Setiap persatuan dan kelab mempunyai banyak ahlinya. Ahli-ahli tersebut
terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam
aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Oleh itu, kita boleh
berbincang atau bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan
sesuatu aktiviti. Kita juga dapat berkomunikasi dengan baik bersama mereka
walaupun berlainan agama atau kaum.Dengan ini, akan terjalinlah hubungan
yang erat sesama kita
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai kegiatan
kokurikulum. Oleh itu, saya menyarankan kepada rakan-rakan agar
memanfaatkan masa yang terluang aktiviti yang menarik untuk menggalakkan
lagi minat pelajar untuk menyertainya. 

LATIHAN 4
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan program
kitar semula. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda
digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal.

Kini program kitar semula bahan buangan telah mula diberi perhatian oleh kerajaan kerana
kawasan pelupusan sampah sudah semakin terhad. Sampah yang semakin banyak perlu
diuruskan dengan baik demi kebaikan semua.
Tujuan kerajaan mengadakan kempen kitar semula sampah adalah kerana kawasan
pelupusan sampah yang semakin kecil. Keadaan seperti ini jika tidak diuruskan dengan baik
akan menyebabkan pencemaran tanah dan pencemaran udara yang boleh mendatangkan
wabak penyakit. Program kitar semula dapat mengurangkan kuantiti sampah yang dibuang di
Malaysia kerana beberapa jenis bahan buangan boleh dikitar semula menjadi pelbagai
barangan untuk pelbagai kegunaan.
Pengitaran semula sampah sarap juga akan menjimatkan kos pengurusan sampah oleh
pihak majlis perbandaran dan pihak swasta. Kos pengurusan sampah bukanlah murah kerana
proses ini melibatkan banyak pihak dan kenderaan yang besar.
Mengitar semula bahan buangan juga penting untuk sumber industri berasaskan
logam, kertas dan plastik. Oleh sebab itu, bagi sesetengah golongan program mengitar semula
bahan buangan ini merupakan mata pencarian mereka. Tamsilnya, kertas surat khabar lama
penting untuk kilang kertas. Manakala besi buruk boleh dijadikan bahan logam yang lain
penting untuk industri besi dan logam. Botol minuman dan bekas makanan plastik boleh
dijadikan sumber industri yang berasaskan barangan plastik. Semua bahan berkenaan boleh
djual dan tidak harus dibuang di merata-rata tempat kerana ada banyak faedah yang boleh
kita peroleh jika memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya.
Mengitar semula sampah juga penting agar alam sekitar sentiasa bersih sepanjang
masa. Kitar semula mendidik semua generasi mencintai kebersihan alam sekitar yang indah.
Kebersihan alam akan menambah keceriaan di sesuatu kawasan. Orang ramai boleh
menikmati keindahan alam dengan sepenuhnya jika alam sekitar bersih. Kehidupan menjadi
lebih seronok dan selesa.
Sesuatu yang penting ialah kempen kitar semula juga dapat mendidik masyarakat
supaya mementingkan kebersihan alam sekitar. Kerajaan mengharapkan semua penduduk
Malaysia dapat memainkan peranan masing-masing untuk menjaga alam sekitar setiap masa.
Orang ramai harus mengetahui tempat pembuangan sampah yang betul. Mereka hendaklah
membuang sampah di tempat yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan. Program
kitar semula telah dapat menyemaikan rasa tanggungjawab dalam jiwa masyarakat untuk
bersama-sama membantu memelihara alam sekitar dengan membuang sampah di tempat
pembuangan sampah yang sepatutnya.
Rakyat Malaysia mesti sanggup berkorban demi kebersihan alam secara berkekalan.
Kita mesti sanggup bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menjayakan program kitar
semula bahan terbuang. Alam sekitar yang bersih akan menjamin keselesaan hidup di
manamana juga kita berada di negara ini.

Jawapan Latihan 4

Sejak tahun-tahun belakangan ini, program kitar semula telah mula diberi perhatian oleh
kerajaan kerana kawasan pelupusan sampah sudah semakin terhad. Antara tujuan
program kitar semula adalah kerana kawasan pelupusan sampah yang semakin kecil
sedangkan sisa bahan buangan semakin hari semakin banyak. Keadaan seperti ini jika
tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan pencemaran serta boleh menyebarkan
wabak penyakit.

Program kitar semula dapat mengurangkan kuantiti sampah   kerana bahan buangan
seperti surat khabar, botol minuman dan besi  boleh dikitar semula dan diproses   menjadi
bahan mentah untuk kegunaan pelbagai industri . Dalam hal ini mengitar semula penting
untuk   menjimatkan kos pengurusan sampah  oleh pihak majlis perbandaran dan pihak
swasta. Kos pengurusan sampah bukanlah murah kerana proses ini melibatkan banyak
pihak dan kenderaan yang besar. Oleh sebab itu sampah perlu diuruskan dengan baik
agar dapat menjimatkan perbelanjaan membersihkan keadaan persekitaran.

Program kitar semula juga  membekalkan bahan mentah untuk industri tertentu ,
misalannya kertas surat khabar lama penting untuk kilang kertas. Manakala besi buruk
boleh dijadikan bahan logam yang penting untuk industri besi dan logam. Botol minuman
dan bekas makanan plastik boleh dijadikan sumber industri yang berasaskan barangan
plastik. Oleh sebab itu ada pihak tertentu melihat program ini sebagai sumber
pendapatan kerana semua bahan berkenaan boleh dijual , justeru, bahan berkenaan   tidak
harus dibuang di merata-rata tempat kerana ada banyak faedah yang boleh kita peroleh
jika dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Kitar semula juga penting  agar alam sekitar bersih dan bebas daripada pencemaran .
Kebersihan alam akan menambah keceriaan di sesuatu kawasan. Orang ramai boleh
menikmati keindahan alam dengan sepenuhnya jika alam sekitar bersih kehidupan
menjadi lebih seronok dan selesa.
Sesuatu yang lebih penting melalui program kitar semula ialah   dapat mendidik
masyarakat supaya mementingkan kebersihan alam sekitar . Melalui program tersebut kita
mengharapkan agar semua penduduk Malaysia  dapat memainkan peranan masing-
masing untuk menjaga alam sekitar setiap masa. Orang ramai harus mengetahui tempat
pembuangan sampah yang betul. Mereka hendaklah membuang sampah di tempat yang
telah ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan. Alam sekitar yang bersih akan menjamin
keselesaan hidup di mana-mana juga kita beradadinegaraini

Anda mungkin juga menyukai