Anda di halaman 1dari 1

MUHASABAH DIRI

Muhasabah bermaksud menilai diri sendiri. Muhasabah perlu dilakukan semua


manusia. Manusia yang sentiasa melakukan pelbagai kesalahan dan kesilapan
namun tidak berubah kepada lebih baik adalah manusia yang tidak pernah
muhasabah. Manusia yang suka muhasabah adalah manusia yang suka menerima
nasihat, kritikan, idea dan pandangan orang lain. Sesunguuhnya muhasabah diri
amat penting bagi seseorang individu itu melangkah lebih ke hadapan. Seorang
muslim yang sentiasa memuhasabah dirinya sentiasa akan meningkatkan ibadahnya
,amalannya dan juga akhlaknya pada masyarakat.

KELEBIHAN MUHASABAH DIRI :


1. Dapat mengenali kekurangan diri, maka dengan itu dapatlah kelemahan itu di
perbaiki.
2. Dapat bertaubat, menyesali dan meninggalkan setiap kesalahan yang lepas.
3. Dapat mengenali hak Allah taala ke atas diri kita.
4. Dapat mengelakkan diri dari mengulangi kesalahan yang lepas dan seterusnya
mempertingkatkan amalan soleh.
5. Dapat mempersiapkan diri sebelum bertemu dengan Allah di hari akhirat kelak.

Seperti yang di katakan oleh Umar al-khattab :


"Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum
ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang
besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang
melakukan muhasabah diri di dunia ini.

Anda mungkin juga menyukai