Anda di halaman 1dari 3

KOLEJ VOKASIONAL DATO’ LELA MAHARAJA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


71300 REMBAU
NEGERI SEMBILAN

TEL : 06- 685 1218


FAX : 06- 685 8178

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA
(AF-031-4)
PROGRAM /
EKSEKUTIF AKUAKULTUR
PROGRAM’S CODE &
NAME
TAHAP / LEVEL EMPAT (4)

NO. DAN TAJUK UNIT M 05 URUS PENGENDALIAN HASIL TUAIAN


KOMPETENSI / AKUAKULTUR
COMPETENCY UNIT NO. M 06 URUS PEMASARAN HASIL TUAIAN
AND TITLE AKUAKULTUR

NO. DAN PENYATAAN 05.01 MENYEDIAKAN JADUAL TUAIAN


AKTIVITI KERJA / 05.02 TADBIR AKTIVITI TUAIAN
WORK ACTIVITIES NO. 06.01 TADBIR PEMASARAN HASIL TUAIAN
AND STATEMENT 06.02 TADBIR REKOD URUSAN JUALAN

Muka Surat / Page : 01


NO. KOD / CODE NO. AF-031-4/GAK 801/ P(3/4)
Drp / of : 03

TUJUAN:

Tujuan penerangan ini adalah untuk memberi penerangan kepada pelajar bagi mentadbir
pemasaran hasil tuaian sesuai dengan ketrampilan yang dinyatakan. Pelajar dikehendaki
memahami penerangan yang diberikan dengan sempurna.

OBJEKTIF:

1. Mendapatkan maklumat permintaan dan jadual pemasaran hasil tuaian


2. Menyelia pemasaran hasil tuaian.
3. Menyemak laporan pemasaran hasil tuaian.
4. Menghantar laporan pemasaran hasil tuaian untuk pengesahan.
NO. KOD AF-031-4/GAK 801/ P(3/4) Muka : 2 Drpd : 3

PENGENALAN

Pemasaran suatu proses merancang dan melaksanakan penciptaan keluaran, penentuan harga,
saluran-saluran agihan dan promosi berkaitan dengan sesuatu idea, barang atau perkhidmatan.
Semua ini dilakukan dengan tujuan mencipta penjualan yang akan memberi kepuasan kepada
individu yang menjadi pembeli dan juga memberi kepuasan kepada perniagaan. Tujuan
pemasaran adalah mewujudkan permintaan yang berkesan di kalangan pengguna serta
memberi keuntungan kepada pengeluar.

HARGA
Biasanya ada tiga kategori harga untuk memasarkan ikan iaitu:
a.Harga Ladang
Harga ladang di tentukan oleh kos pengeluaran bagi setiap kilogram ikan yang hihasilkan dan
dicampur dengan keuntungan yang bakal diperolehi oleh penternak. Disamping itu harga di
ladang juga ditentukan oleh permintaan dan penawaran di pasaran.

b.Harga borong
Harga borong adalah harga yang di tentukan oleh pemborong. Harga ini meliputi harga ladang
campur kos pengendalian, kos pengangkutan dan keuntungan yang bakal diperolehi oleh
pemborong. Biasanya harga borong lebih tinggi dari harga di ladang.

c.Harga runcit

Harga runcit merupakan harga yang akan di bayar pengguna. Harga ini jauh lebih tinggi dari
harga borong.Harga runcit meliputi harga borong campur dengan beberapa kos yang
ditanggung oleh peruncit seperti kos upah,kos menyimpan, kos sewa, keuntungan dan
sebaginya.

Sekiranya penternak menjual sendiri hasilnya secara runcit, maka keuntungan yang diperolehi
adalah lebih lumayan berbanding dengan menjual hasil kepada pemborong. Namun begitu
tidaklah mudah untuk memasarkan hasil yang banyak secara runcit oleh penternak kerana
banyak faktor yang perlu dipenuhi.

KOLEJ VOKASIONAL DATO’ LELA MAHARAJA 2


NO. KOD AF-031-4/GAK 801/ P(3/4) Muka : 3 Drpd : 3

PASARAN

Biasanya ikan dipasarkan dalam dua kategori iaitu:

 Pasaran tempatan

 Pasaran tempatan terbahagi kepada tiga iaitu

a.Pasar awam

ikan-ikan yang dijual dipasar awam adalah dalam dua bentuk iaitu ikan yang dijual
secara segar seperti ikan hidup atau ikan basah dan ikan yang disejuk beku. Ikan hidup
yang dijual ditempatkan di dalam tangki atau bekas yang diberikan oksigen. Biasanya
ikan ini mendapat permintaan yang tinggi dan harga yang ditawarkan agak tinggi dan
harga yang ditawarkan agak tinggi berbanding dengan ikan yang disejuk beku.

b.Pasaraya

Ikan yang di jual di pasaraya biasanya dalam bentuk sejuk beku dan ikan yang telah siap
dibersihkan. Ikan-ikan tersebut dibungkus dengan teliti dan kelihatan cantik untuk
menarik minat pengguna. Terdapat juga pasaraya yang menjual ikan yang telah diproses
seperti fillet ikan yang siap sedia untuk dimasak. Selain dari itu terdapat juga pasaraya
yang menjual ikan hidup seperti ikankeli dan tilapia merah.

c.Pasaran Luar Negara

Sebahagian dari ikan yang dihasil di negara ini dipasarkan ke laur negara. Ikan hidup
dipasarkan ke negara seperti Singapura. Ikan-ikan tersebut diangkut dengan lori dan
dihantar ke Singapura. Selain dari ikan hidup , ikan yang disejuk beku dan juga ikan yang
telah diproses menjadi fillet dieksport ke luar negara.

KOLEJ VOKASIONAL DATO’ LELA MAHARAJA 3

Anda mungkin juga menyukai