Anda di halaman 1dari 12

PERANCANGAN AKADEMIK

BPMN3123
ETIKA PENGURUSAN
JJ192

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

1
NO. MAKLUMAT KURSUS

1. Nama Kursus : ETIKA PENGURUSAN

2. Kod Kursus : BPMN3123

3. Rasional penawaran kursus ini dalam program:


Kursus ini adalah kursus teras bagi program BBA

4. Nilai Kredit : 3

5. Prasyarat:
Mulai semester A172, prasyarat yang perlu dipenuhi seperti di bawah
i) telah mengambil 70 jam kredit
ii) berada di semester ke lima ke atas atau berada pada tahun ke tiga pengajian dan
ke atas

6. Objektif:
Pelajar diharap dapat
1. memahami teori dan konsep, serta falsafah dan prinsip-prinsip etika dalam
pentadbiran perniagaan.
2. memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membuat
penilaian kritikal ke atas amalan beretika dan tidak beretika dan tindakan
sepatutnya di ambil di dalam pentadbiran perniagaan.
3. menerapkan kesedaran mengenai isu-isu etika dalam pentadbiran perniagaan.
7. Hasil Pembelajaran:
Pada akhir kursus ini, pelajar dapat
1. mengenal pasti teori dan konsep serta falsafah dan prinsip-prinsip etika dalam
pentadbiran perniagaan.
2. menerangkan kesesuaian penggunaan teori dan konsep serta falsafah dan
prinsip-prinsip etika dalam pentadbiran perniagaan.
3. membincangkan secara kritis amalan dan tindakan beretika dan tidak beretika
dalam organisasi serta di dalam pentadbiran perniagaan.
4. membincangkan isu-isu semasa berkaitan etika perniagaan di dalam sesebuah
organisasi.
8. Kemahiran yang dapat dipindahkan:
Penyelesaian masalah, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran kerja berpasukan.

9. Strategi pengajaran-pembelajaran dan pentaksiran:


Kaedah campuran – pembelajaran berpusatkan pensyarah dan berpusatkan pelajar.
10. Sinopsis:

Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar tentang prinsip,
amalan dan isu-isu etika dalam pentadbiran perniagaan. Kursus ini mendedahkan
pelajar kepada teori dan konsep penting serta falsafah dan prinsip etika dalam

2
pentadbiran perniagaan, etika dalam pasaran, etika organisasi perniagaan luaran dan
dalaman. Selain itu, kursus ini membincangkan secara kritis persoalan etika dan isu-
isu dalam pentadbiran perniagaan.

11. Mod Penyampaian:


Kursus ini akan dikendalikan dalam bentuk kuliah, perbincangan serta pembentangan.

12. Jenis dan Kaedah Pentaksiran:


Kerja kursus : 60%
a. Tugasan kumpulan 20%
b. Peperiksaan pertengahan semester 20%
c. Pembentangan 10%
d. Kuiz 10%

Peperiksaan Akhir : 40%


13. Nama Pensyarah: Abdul Shukor Shamsudin
E-mel: shukor@uum.edu.my

3
BIL KANDUNGAN KURSUS PERTEMUAN

1. BAB 1 – PENGENALAN Pertama


o Pengenalan
o Pengertian Etika
o Etika dan Perniagaan
o Penilaian Normatif
o Penilaian Moral
o Standard Moral
o Standard Moral dan Masyarakat
o Etika Perniagaan
o Rasional Moral
o Panduan Semakan Etika

2. BAB 2 - ETIKA DAN MORAL Pertama


o Pengenalan
o Definisi Etika
o Matlamat dan Objektif Etika dalam Pengurusan Perniagaan
o Kepentingan Etika dalam Amalan Pengurusan
o Produktiviti
o Hubungan Pihak Berkepentingan
o Peraturan Kerajaan
o Pandangan Terhadap Etika
o Kedudukan Etika dalam Pengurusan Islam
o Pembentukan Tempat Kerja Beretika
o Kod Etika
o Program Latihan Etika
o Kepimpinan Pengurusan Atasan
o Matlamat Kerja dan Penilaian Prestasi
o Pemilihan Pekerja

3. BAB 3 – PENGGUNAAN STANDARD MORAL DALAM Pertama


MENENTUKAN TINGKAH LAKU BERETIKA
o Pengenalan
o Pembentukan Standard Moral
o Perkembangan dan Penaakulan Moral
o Pembangunan Moral
o Teori Kohlberg
o Taakulan Moral
o Kriteria dalam Menganalisis Taakulan Moral
o Penggunaan Standard Moral dalam Menentukan Gelagat
Beretika

4 BAB 4 – PRINSIP-PRINSIP ETIKA BARAT DALAM Kedua


PENGURUSAN PERNIAGAAN
o Pengenalan
o Definisi-definisi Etika Barat
o Matlamat Etika Barat
o Faktor Menentukan Kesejahteraan Hidup dan Faktor Penentu

4
Etika yang Baik
o Teori Teleologikal
o Prinsip Utilitarian
o Jeremy Bentham
o John Stuart Mill
o Teori Deontologikal
o Immanuel Kant
o Abraham Maslow
o John Locke dan Teori Hak Asasi
o Konsep Adil dan Saksama
o Keadilan Pengagihan
o Keadilan Pembalasan
o Keadilan Pampasan
o Kebaikan dan Kelemahan Konsep Etika

5. BAB 5 - PASARAN DAN PENGURUSAN PERNIAGAAN Kedua


o Pelbagai Sistem Pengurusan Perniagaan
o Pelbagai Sistem Pasaran
6. BAB 6 - ETIKA DAN PERSEKITARAN PENGURUSAN Ketiga
PERNIAGAAN: ETIKA DAN PERSEKITARAN
o Pengenalan
o Etika Firma Perniagaan Terhadap Alam Sekitar
o Dimensi Pencemaran
o Etika Pengawalan Pencemaran
o Dimensi Pengurangan Sumber
o Etika Pemuliharaan Sumber Semakin Berkurangan
o Etika dan Tanggungjawab Firma Perniagaan Terhadap
Pembekal
o Memenuhi Syarat Kontrak
o Memastikan Kontrak Jelas dan Sah
o Memberi Layanan Kepada Pembekal
o Etika dan Tanggungjawab Firma Perniagaan Terhadap
Kerajaan
o Pembayaran Cukai
o Etika dan Tanggungjawab Firma Perniagaan Terhadap
Barangan
o Pengguna dan Pemasarannya
o Pasaran dan Perlindungan Pengguna
o Tanggungjawab Menjalankan Due Care
o Reka bentuk
o Pengeluaran
o Maklumat
o Etika Pengiklanan

7. BAB 7 – ETIKA BERKAITAN PEKERJA DAN LAIN-LAIN DALAM Ketiga


ORGANISASI
o Pengenalan
o Pemilik
o Pekerja
o Diskriminasi Kerja

5
o Bentuk-bentuk Diskriminasi
o Etika dan Diskriminasi
o Pandangan Utilitarian
o Pandangan Hak Asasi
o Pandangan Keadilan
o Amalan Diskriminasi
o Tindakan Pembetulan (Affirmative Actions)
o Gangguan Seksual

8. BAB 8 – ETIKA BERKAITAN HAK INDIVIDU DALAM Keempat


ORGANISASI
o Pengenalan
o Organisasi Sebagai Satu Struktur Rasional
o Etika dan Tanggungjawab Pekerja
o Konflik Kehendak
o Kegiatan Mencuri
o Urus niaga Dalaman
o Tanggungjawab Majikan Terhadap Pekerja
o Gaji
o Suasana Pekerjaan: Kesihatan dan Keselamatan
o Hak-hak Pekerja
o Hak Urusan Peribadi
o Kebebasan Mengikut Suara Hati
o Meniup Wisel (Whistle Blowing)
o Hak-hak Pekerjaan dan Penutupan Kilang
o Organisasi Prihatin

9. PEPERIKSAAN AKHIR Kelima


(13-20/11/2019)

Rujukan Utama

Abdullah Abdul Ghani, Norashidah Hashim, Armanurah Mohamad, Nazlina Zakaria, Cheng
Wei Hin, Hishamuddin Dahalan & Badruddin A. Rahman (2005). Etika Pengurusan: Siri
Modul Kendiri PJJ. PACE. Sintok: Universiti Utara Malaysia.
Velasquez, M. G. (2014). Business ethics: Concept and cases (7th ed.) Essex: Pearson
Education Limited.

Rujukan Tambahan

Ali, K. K., Ramly, Z., & Chai, L. T. (2018). Business ethics (2nd ed.). Malaysia: Oxford
University Press.
Beauchamp, T. L. & Bowie, N. E. (2004). Ethical theory and business (7th ed.). NJ: Pearson
Prentice Hall.
Boatright, J. R. (2003). Ethics and the conduct of business. Upper Saddle River. NJ:
Pearson Prentice Hall.

6
Desjardins, J.R. (2004). An introduction to business ethics. NY: McGraw Hill.
Hartman, L. P., DesJardins, J., & MacDonald, C. (2018). Business ethics: Decision making
for personal integrity & social responsibility (4th ed.). NY: McGraw Hill.
Hartley, R. F. (2005). Business ethics: Mistakes and successes (1st ed.). NJ: John Wiley &
Sons, Inc.
Jennings, M. M. (2006). Business ethics (5th ed.). Ohio: Thomson South-Western West.
Khaliq Ahmad & AbulHasan M. Sadeq. (2001). Ethics in business and management: Islamic
and mainstream approaches. Petaling Jaya: Pelanduk.
Malachoski, A. (2001). Business ethics: Critical perspectives on business and management.
London: Routledge.
Shaw, W. H. (2005). Business ethics (5th ed.). CA: Thomson Wadsworth.Trevino, L. K.
Stanwick, P. A., & Stanwick, S. D. (2009). Understanding business ethics. NJ: Pearson
Prentice Hall.
Pembentangan

Pembentangan tugasan secara INDIVIDU akan diadakan pada pertemuan KEEMPAT.


Kehadiran adalah wajib kerana penilaian markah pembentangan akan diberi semasa sesi ini
berjalan.

MAKLUMAT PEPERIKSAAN

Peperiksaan Pertengahan Semester:


Peperiksaan pertengahan semester akan diadakan pada pertemuan ketiga yang merangkumi
Bab 1 hingga Bab 5

Peperiksaan Akhir Semester:


Peperiksaan akhir akan diadakan pada pertemuan kelima. Tarikh, masa dan tempat
peperiksaan akan dimaklumkan kemudian. Komprehensif – Bab 1 hingga Bab 8.

PANDUAN PELAJAR

Kursus BPMN3123 Etika Pengurusan akan membuka minda pelajar serta memberi
kefahaman meluas mengenai dengan kepentingan peranan etika dalam dunia pengurusan
dan perniagaan di mana etika menjadi asas dan panduan kepada pihak pengurusan dalam
membuat sesuatu keputusan atau mengambil sesuatu tindakan.

Pelajar boleh menggunakan objektif pembelajaran pada awal setiap bab sebagai panduan
untuk mengikuti kandungan perbincangan sesuatu bab Objektif ini juga boleh dijadikan kayu
pengukur terhadap tahap pemahaman pelajar terhadap topik-topik yang dibincangkan di
akhir sesuatu bab. Pelajar hendaklah sentiasa bertanya kepada diri sendiri sama ada sudah
mengetahui dan memahami setiap objektif yang tertulis. Sekiranya pelajar kurang faham
atau gagal mencapai objektif-objektif tersebut, maka pelajar perlu membaca semula bab
tersebut dan menandakan para atau ayat (tempat) yang tidak difahami. Pelajar boleh
mengajukan sebarang pertanyaan yang ada kepada pensyarah semasa sesi pertemuan
yang diadakan pada setiap bulan. Selain dari itu, pelajar juga digalakkan berbincang

7
dengan rakan-rakan sekursus untuk mendapatkan pemahaman yang lebih, di samping
berkongsi pendapat.

Pelajar juga disarankan untuk berusaha menjawab dan berbincang dengan rakan setiap
Soalan Dalam Teks (SDT) dan Soalan Penilaian Kendiri (SPK) yang disediakan dalam
modul. Adalah penting bagi pelajar menjawab soalan-soalan tersebut SEBELUM membaca
jawapannya di belakang setiap bab Ini adalah kerana dengan berbuat demikian, pelajar
boleh mengetahui dengan lebih pasti mengenai tahap kefahaman dan pengetahuannya
terhadap topik-topik yang dibincangkan di dalam sesuatu bab Sekiranya jawapan adalah
sama (dari segi fakta) dengan jawapan yang tersedia, maka beliau telah dikatakan telah
memahami sesuatu topik yang dibincangkan di dalam sesuatu bab tersebut. Jika
sebaliknya, maka pelajar harus mengulang membaca bab tersebut sehingga beliau dapat
menguasai dengan sepenuhnya. Harus diingat dalam kursus ini pelajar harus mengingati
banyak topik dan sub-topik yang berkaitan. Justeru, pelajar perlu terus berusaha untuk
memahami dan mengingati perkara-perkara yang dibincangkan melalui membaca modul
dan nota ringkas yang disediakan lebih awal oleh pelajar.

Di samping itu, tugasan yang diberikan harus mendapat perhatian serius daripada pelajar.
Pelajar harus mempunyai iltizam untuk menghasilkan kerja tugasan yang baik dan
berkualiti. Oleh yang demikian, tugasan yang dibuat hendaklah merujuk kepada buku-buku
teks tambahan yang telah dinyatakan, artikel di dalam jurnal, makalah dan sebagainya serta
bahan-bahan bacaan lain yang boleh membantu dalam penyediaan tugasan tersebut.
Tugasan yang hanya merujuk kepada modul sahaja tidak akan mendapat keputusan yang
cemerlang. Ini adalah kerana tugasan bukan sahaja boleh membantu memudahkan proses
pembelajaran dan persediaan untuk menghadapi peperiksaan, tetapi ia turut menyumbang
kepada gred akhir pelajar untuk kursus ini.

Akhir kata, pelajar adalah diingatkan bahawa persediaan awal sebelum menghadiri
perjumpaan / kuliah dan komitmen pelajar terhadap kursus ini amat penting. Hanya dengan
persediaan awal dan komitmen yang tinggi daripada pelajar sahaja membolehkan
keputusan yang cemerlang dapat di kecapi oleh pelajar.

Selamat belajar dan selamat maju jaya.

8
JADUAL SESI PERTEMUAN, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER, DAN
PEPERIKSAAN AKHIR
JJ192

PERTEMUAN TOPIK TEMPOH


 Bab 1 – Pengenalan
 Bab 2 - Etika dan moral
1  Bab 3 – Penggunaan standard moral 4 jam
dalam menentukan tingkah laku beretika

 Bab 4 – Prinsip-prinsip etika barat dalam


pengurusan perniagaan
2
 Bab 5 - Pasaran dan pengurusan 4 jam
perniagaan
 Kuiz (bab 1 hingga 4)
 Peperiksaan pertengahan semester (bab
1 hingga 5)
 Bab 6 - Etika dan persekitaran pengurusan
3
perniagaan: Etika dan persekitaran
4 jam
 Bab 7 – Etika berkaitan pekerja dan lain-
lain dalam organisasi

 Bab 8 – Etika berkaitan hak individu dalam


4
organisasi 4 jam

5  Peperiksaan akhir semester (bab 1 – 8) 2 jam


(13-20/11/2019) 30 minit

9
PANDUAN DAN ARAHAN PENYEDIAAN TUGASAN KUMPULAN

1. Setiap pelajar perlu menyempurnakan satu tugasan secara berkumpulan. Sila baca
arahan di bawah.

A. Pendahuluan

• Memberi peluang kepada pelajar mempelajari dengan lebih mendalam tentang


teori-teori etika pengurusan.
• Memberi pengetahuan untuk diaplikasikan di dalam organisasi masing-masing.
• Perkongsian pengetahuan / maklumat melalui pembentangan pelajar (10
markah).
• Membawa 20% markah.
• Pelajar diberi kebebasan untuk memilih ahli kumpulan dan setiap kumpulan tidak
melebihi empat orang ahli.
• Pelajar dikehendaki memilih satu filem, mengenalpasti dan menyediakan kertas
mengenai persoalan etika yang terdapat di dalam filem tersebut.
• Setiap kumpulan dikehendaki memilih filem yang berbeza.
• Kriteria di bawah mungkin membantu penulisan para pelajar
ringkasan filem
perbincangan

 ethical awareness - the content of this subsection can address


questions such as what are the ethical issues/dilemmas in the movie?
Were the actions of any of the characters in the move unethical? Bonus
marks will be given to teams that highlight business ethics related issue
rather than general ethical issues
 awareness of stakeholders - the content of this subsection can address
questions such as who are the stakeholders of the ethical issues
mentioned above? Why did the movie characters do unethical things?
Do they have better alternatives? What constraints did the movie
characters face or encounter?
 ethical reasoning - the content of this subsection can address questions
such as what are the different views of the various stakeholders on the
ethical issues in the movie? Which stakeholder has the strongest ethical
argument?
 ethical suggestions - the content of this subsection can address
questions such as what are your group’s
suggestions/alternatives/options on how the ethical issues/dilemmas in
the movie can be (better) resolved.
 ethical decision making. Decide on the best solution to resolve the
ethical issues/dilemmas in the movie and justify your decision using the
moral principles of utilitarianism, moral rights, justice, ethics of care,
religious ethics or virtue ethics

Rumusan – apakah yang dipelajari dari filem tersebut.


• Tugasan hendaklah
ditaip, langkau 1.5 baris, dan cetakan kedua-dua halaman (double-sided
printing) dibenarkan
tidak melebihi 15 ms, termasuk rujukan tetapi tidak termasuk lampiran
tulisan – THE TIMES NEW ROMAN, 12-point

10
gunakan format APA edisi ke enam
• Kesilapan menaip (typo error), ejaan (spelling error) & tatabahasa (grammatical
error) akan menjejaskan markah
• Penyerahan tugasan dalam bentuk hard copy & soft copy (CD) semasa
PERTEMUAN KE EMPAT
• Kelewatan menyerahkan tugasan akan menjejaskan markah pelajar

B. PEMBENTANGAN TUGAS

• Digalakkan untuk menggunakan aplikasi persembahan komputer (MS powerpoint,


Adobe presenter, Adobe Flash, Open Office Impress, ProShow Producer dll)
• Max 6 slides
• Semasa pertemuan ke empat
• 4 minit/pelajar
• Membawa 10 markah

2. Tugasan yang disediakan perlu jelas dan mudah dibaca oleh pensyarah. Tugasan
berunsur plagiat tidak dapat diterima.

3. Penilaian dilakukan berdasarkan jawapan atau penerangan yang dikemukakan, gaya


persembahan dan isi perbincangan.

4. Tugasan perlu dijilid menggunakan dawai kokot dan pelekat berwarna hitam di sudut
kiri. Diingatkan, bahawa kulit depan tugasan adalah berwarna putih iaitu kertas A4
biasa (sila lihat Lampiran A).

5. Jenis huruf untuk kulit depan tugasan yang dibenarkan ialah Arial atau Times New
Roman dengan saiz huruf 16 point. Format kulit depan tugasan perlu mengandungi:
 PACE dan universiti,
 nama dan kod kursus,
 nama pensyarah,
 nama dan nombor matrik pelajar, dan
 tarikh serahan

11
Lampiran A

Contoh Format Kulit Hadapan Tugasan

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

BPMN3123
ETIKA PENGURUSAN

DISEDIAKAN UNTUK
(nama pensyarah)

DISEDIAKAN OLEH
(nama pelajar)
(no matrik)

TARIKH
(tarikh hantar tugasan)

12

Anda mungkin juga menyukai