Anda di halaman 1dari 3

ULASAN BUKU

Judul: Kecerdasan Pelbagai Dalam


Pengajaran dan Pembelajaran
Jumlah m/s: 207 muka surat
Penulis: Zainun Ishak & Che Zainon Omar
Penerbit: Zit Publisihing
Tahun diterbitkan: 2017
Kelolaan: Nurul Hidayah Binti Che’ Man
Sinopsis:
Buku Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran merupakan sebuah buku panduan
lengkap tentang kecerdasan pelbagai yang telah dianugerahi Tuhan kepada setiap manusia.
Buku ini amat sesuai untuk ibu bapa, guru pendidikan awal kanak-kanak, guru sekolah rendah
dan menengah, serta institut pengajian tinggi. Ia juga boleh dijadikan teks rujukan oleh guru
pelatih yang mengikuti kursus pendidikan sama ada yang menuntut di univerisiti atau Institut
Pendidikan Guru Malaysia.
Buku Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran ini menghuraikan tentang
kecerdasan pelbagai yang wujud pada diri dan dimiliki manusia.
Buku ini mengandungi 10 bab. Bab 1 menjelaskan mengenai Teori Kecerdasan Pelbagai, ianya
dapat dikaitkan dengan seseorang pelajar yang ada cara dan gaya pembelajaran mereka yang
tersendiri.
Bab 2 mengisahkan Kepentingan Kecerdasan Pelbagai dalam pendidikan iaitu penghuraian
tentang ciri-ciri teori kecerdasan pelbagai.
Bab 3 pula menceritakan kepentingan kecerdasan dalam pendidikan dengan menghuraikan
konsep lapan jenis kecerdasan pelbagai menurut Howard Gardner dan menerangkan konsep
empat jenis kecerdasan pelbagai menurut Kagan.
Seterusnya Bab 4 dan Bab 5 menjelaskan kaedah untuk mengenal pasti Kecerdasan Pelbagai
pelajar dan Implikasi Teori Kecerdasan Pelbagai kepada guru.
Bab 6 pula memaparkan Kaedah mengajar kecerdasan pelbagai serta memberi peluang memilih
model pengajaran yang sesuai mengikut tahap pencapaian pelajar, bilik darjah, mata pelajaran
dan topik yang diajarkan.
Bab 7 dan 8 kedua-duanya menjelaskan model pengajaran kecerdasan pelbagai serta implikasi
model kepada guru dalam melaksanakan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Bab 9 pula menjelaskan Pengintegrasian Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Akhir sekali, Bab 10 membentangkan Rancangan persediaan mengajar dan implikasi integrasi
Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan contoh rancangan
pengajaran harian lengkap serta mengintegrasikan kecerdasan pelbagai.
Buku ini menceritakan perubahan besar dalam dunia motivasi. Kaedah motivasi tradisional seperti
carrots and sticks tidak sesuai lagi diamalkan sepenuhnya oleh pengamal bisnes seluruh dunia.
Menerusi buku ini, pengarang mendedahkan satu kenyataan berkenaan motivasi yang ternyata
berbeza. Berpandukan kajian saintifik yang dilakukan selama 40 tahun, sebenarnya manusia
mempunyai bukan dua, tetapi tiga dorongan dalam diri iaitu dorongan biologi, dorongan hukuman
dan ganjaran dan yang ketiga dorongan motivasi dalaman. Berpandukan tiga elemen motivasi
sebenar iaitu autonomi, masteri dan tujuan hidup, buku ini ternyata mampu mengubah cara kita
berfikir, sekali gus memberi perubahan dalam cara hidup kita. Buku ini sesuai untuk sesiapa sahaja
yang berminat mengetahui perkembangan terbaru dalam dunia psikologi motivasi.

PINK, DANIEL H. Drive : the suprising truth about what motivates us. Ed. bahasa Melayu Batu Caves,
Selangor : PTS Professional Pub., 2014. 249ms. ISBN 978-967-369

MASZURIA A. GHANI … [ET AL.]

Guru & cabaran semasa

Kuala Lumpur : Freemind Horizons, 2014.

248ms

. ISBN 978-967-0590-17-2

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa mengambil inisiatif untuk memastikan bahawa Malaysia
mempunyai mutu pendidikan yang baik dan terus berusaha secara serius membuat transformasi
terhadap semua eleman yang menjurus melahirkan modal insan berkualiti tinggi yang mampu
membangun ekonomi berasaskan pengetahuan melangkaui sempadan global. Perancangan dan
pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 adalah tepat dan jelas mengenai
hala tuju sistem pendidikan yang rapi dalam melaksanakan pengurusan inovasi dan perubahan
pendidikan supaya setara dengan standard antarabangsa. Antara perubahan yang dimaksudkan
merangkumi aspek pendekatan pembelajaran murid, kaedah pemilihan guru, latihan guru,
penyediaan ganjaran kepada guru dan pemimpin sekolah dan pedekatan pengoperasian
Kementerian. Antara cabaran yang dihadapi oleh pendidik ialah integrasi nasional, pendemokrasian
pendidikan, tonggak pendidikan UNESCO, globalisasi dalam pendidikan, sokongan keluarga,
kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan juga
gejala sosial.

Buku ini ditulis bertujuan untuk berkongsi maklumat berkaitan isu-isu terkini dalam teknologi
pendidikan. Maklumat yang diutarakan dalam buku ini adalah berdasarkan kepada kajian-kajian yang
telah dijalankan sebelum ini. Maklumat di dalam buku ini juga adalah hasil rangkuman daripada
himpunan penulisanpenulisan tugasan, perbincangan dan bahan-bahan rujukan yang telah ditelaah
oleh penulis sendiri. Buku ini mendedahkan kaedah-kaedah dalam mempelbagaikan teknik
penyampaian dengan mengaplikasikan teknologi pendidikan. Kandungan buku ini dikupas mengikut
kronologi bermula dengan aspek teori, diikuti dengan isu penyebaran teknologi secara berstruktur.
Melalui pembacaan buku ini, ia akan dapat membantu masyarakat, khususnya para pendidik dalam
mempelbagaikan penggunaan teknologi pendidikan semasa melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran.

MOHD HASRIL AMIRUDDIN DAN ALIAS MASEK

Inovasi dalam teknologi pendidikan : isu dan cabaran

Batu Pahat, Johor : Penerbit UTHM, 2014.

64ms. ISBN 978-967-0468-66-2

Anda mungkin juga menyukai