Anda di halaman 1dari 2

ULASAN BUKU

Judul: Kecerdasan Pelbagai Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran

Jumlah m/s: 207 muka surat

Penulis: Zainun Ishak & Che Zainon Omar

Penerbit: Zit Publisihing

Tahun diterbitkan: 2017

Kelolaan: Nurul Hidayah Binti Che’ Man

Sinopsis:

Buku Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran merupakan sebuah buku panduan
lengkap tentang kecerdasan pelbagai yang telah dianugerahi Tuhan kepada setiap manusia.

Buku ini amat sesuai untuk ibu bapa, guru pendidikan awal kanak-kanak, guru sekolah rendah dan
menengah, serta institut pengajian tinggi. Ia juga boleh dijadikan teks rujukan oleh guru pelatih yang
mengikuti kursus pendidikan sama ada yang menuntut di univerisiti atau Institut Pendidikan Guru
Malaysia.

Buku Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran ini menghuraikan tentang
kecerdasan pelbagai yang wujud pada diri dan dimiliki manusia.

Buku ini mengandungi 10 bab. Bab 1 menjelaskan mengenai Teori Kecerdasan Pelbagai, ianya dapat
dikaitkan dengan seseorang pelajar yang ada cara dan gaya pembelajaran mereka yang tersendiri.

Bab 2 mengisahkan Kepentingan Kecerdasan Pelbagai dalam pendidikan iaitu penghuraian tentang
ciri-ciri teori kecerdasan pelbagai.

Bab 3 pula menceritakan kepentingan kecerdasan dalam pendidikan dengan menghuraikan konsep
lapan jenis kecerdasan pelbagai menurut Howard Gardner dan menerangkan konsep empat jenis
kecerdasan pelbagai menurut Kagan.

Seterusnya Bab 4 dan Bab 5 menjelaskan kaedah untuk mengenal pasti Kecerdasan Pelbagai pelajar
dan Implikasi Teori Kecerdasan Pelbagai kepada guru.

Bab 6 pula memaparkan Kaedah mengajar kecerdasan pelbagai serta memberi peluang memilih
model pengajaran yang sesuai mengikut tahap pencapaian pelajar, bilik darjah, mata pelajaran dan
topik yang diajarkan.

Bab 7 dan 8 kedua-duanya menjelaskan model pengajaran kecerdasan pelbagai serta implikasi
model kepada guru dalam melaksanakan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Bab 9 pula menjelaskan Pengintegrasian Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran.

Akhir sekali, Bab 10 membentangkan Rancangan persediaan mengajar dan implikasi integrasi
Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan contoh rancangan
pengajaran harian lengkap serta mengintegrasikan kecerdasan pelbagai.

#ulasanbuku
#masyarakatmembacamasyarakatsejahtera

Anda mungkin juga menyukai