Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK TAMAN SUTERA Kod Sekolah: JBA1109

Muhamad Rashdan bin Zainul Rashid


1. Nama Guru
Kecerdasan Pelbagai Dalam
2. Judul 3. Bidang: Motivasi
Pengajaran Dan Pembelajaran
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran merupakan sebuah buku
panduan lengkap tentang kecerdasan pelbagai yang telah dianugerahi Tuhan kepada setiap
manusia.
Buku ini amat sesuai untuk ibu bapa, guru pendidikan awal kanak-kanak, guru sekolah rendah
dan menengah, serta institut pengajian tinggi. Ia juga boleh dijadikan teks rujukan oleh guru
pelatih yang mengikuti kursus pendidikan sama ada yang menuntut di univerisiti atau Institut
Pendidikan Guru Malaysia.
Buku Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran ini menghuraikan tentang
kecerdasan pelbagai yang wujud pada diri dan dimiliki manusia.
Buku ini mengandungi 10 bab. Bab 1 menjelaskan mengenai Teori Kecerdasan Pelbagai,
ianya dapat dikaitkan dengan seseorang pelajar yang ada cara dan gaya pembelajaran mereka
yang tersendiri.
Bab 2 mengisahkan Kepentingan Kecerdasan Pelbagai dalam pendidikan iaitu penghuraian
tentang ciri-ciri teori kecerdasan pelbagai.
Bab 3 pula menceritakan kepentingan kecerdasan dalam pendidikan dengan menghuraikan
konsep lapan jenis kecerdasan pelbagai menurut Howard Gardner dan menerangkan konsep
empat jenis kecerdasan pelbagai menurut Kagan.
Seterusnya Bab 4 dan Bab 5 menjelaskan kaedah untuk mengenal pasti Kecerdasan Pelbagai
pelajar dan Implikasi Teori Kecerdasan Pelbagai kepada guru.
Bab 6 pula memaparkan Kaedah mengajar kecerdasan pelbagai serta memberi peluang
memilih model pengajaran yang sesuai mengikut tahap pencapaian pelajar, bilik darjah, mata
pelajaran dan topik yang diajarkan.
Bab 7 dan 8 kedua-duanya menjelaskan model pengajaran kecerdasan pelbagai serta
implikasi model kepada guru dalam melaksanakan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Bab 9 pula menjelaskan Pengintegrasian Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Akhir sekali, Bab 10 membentangkan Rancangan persediaan mengajar dan implikasi integrasi
Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan contoh
rancangan pengajaran harian lengkap serta mengintegrasikan kecerdasan pelbagai.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini menerangkan pentingnya warga pendidik tahu tentang pelbagai jenis kecerdasan
murid/manusia. Tidak semua murid mempunyai kecerdasan yang sama dan guru tidak boleh
menggunakan pendekatan yang sama untuk setiap murid dalam P&P.
Guru/ pendidik perlu kaji pendekatan yang sesuai untuk setiap murid bagi memastikan murid
tidak ketinggalan dalam pelajaran.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Guru/Pendidik perlu sentiasa mengemaskini diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang baru.
Dalam era masa kini, guru telah didedahkan dengan Pendidikan Abad 21 yang bersesuaian
dengan murid generasi Z.
Murid-murid mempunyai pelbagai kecerdasan dan menjadi tugas guru untuk mengenal pasti
tahap kecerdasan murid dan seterusnya membuat persiapan untuk mendidik murid menggunakan
alat/bahan yang bersesuaian untuk mengintegrasi kecerdasan pelbagai.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MUHAMAD RASHDAN BIN ZAINUL RASHID ) (DOLIE@GL SHAMSYUL BIN EDDIE@IDEA)

Anda mungkin juga menyukai