Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK KLIAN PAUH Kod Sekolah: ABB6067

1. Nama Guru MOHAMED RIDZUAN BIN KADIR MAIDIN

Kecerdasan Pelbagai Dalam


2. Judul 3. Bidang: PENDIDIKAN
Pengajaran dan Pembelajaran

4. Tarikh Pembentangan 9.5.2022 5. Masa: 10.00 PAGI


BILIK DARJAH
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran merupakan sebuah buku panduan lengkap
tentang kecerdasan pelbagai yang telah dianugerahi Tuhan kepada setiap manusia.
Buku ini amat sesuai untuk ibu bapa, guru pendidikan awal kanak-kanak, guru sekolah rendah dan
menengah, serta institut pengajian tinggi. Ia juga boleh dijadikan teks rujukan oleh guru pelatih yang
mengikuti kursus pendidikan sama ada yang menuntut di univerisiti atau Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Buku Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran ini menghuraikan tentang kecerdasan
pelbagai yang wujud pada diri dan dimiliki manusia.
Buku ini mengandungi 10 bab. Bab 1 menjelaskan mengenai Teori Kecerdasan Pelbagai, ianya dapat
dikaitkan dengan seseorang pelajar yang ada cara dan gaya pembelajaran mereka yang tersendiri.
Bab 2 mengisahkan Kepentingan Kecerdasan Pelbagai dalam pendidikan iaitu penghuraian tentang ciri-ciri
teori kecerdasan pelbagai.
Bab 3 pula menceritakan kepentingan kecerdasan dalam pendidikan dengan menghuraikan konsep lapan
jenis kecerdasan pelbagai menurut Howard Gardner dan menerangkan konsep empat jenis kecerdasan
pelbagai menurut Kagan.
Seterusnya Bab 4 dan Bab 5 menjelaskan kaedah untuk mengenal pasti Kecerdasan Pelbagai pelajar dan
Implikasi Teori Kecerdasan Pelbagai kepada guru.
Bab 6 pula memaparkan Kaedah mengajar kecerdasan pelbagai serta memberi peluang memilih model
pengajaran yang sesuai mengikut tahap pencapaian pelajar, bilik darjah, mata pelajaran dan topik yang
diajarkan.
Bab 7 dan 8 kedua-duanya menjelaskan model pengajaran kecerdasan pelbagai serta implikasi model
kepada guru dalam melaksanakan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Bab 9 pula menjelaskan Pengintegrasian Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran.
Akhir sekali, Bab 10 membentangkan Rancangan persediaan mengajar dan implikasi integrasi Kecerdasan
Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan contoh rancangan pengajaran harian
lengkap serta mengintegrasikan kecerdasan pelbagai.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Cara mengajar mengikut kecerdasan


9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Ilmu pengajaran

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MOHAMED RIDZUAN BIN KADIR MAIDIN ) ( )

Anda mungkin juga menyukai