Bab 6
Bab 6
Pengenalan
Kerajaan ini mewarisi sistem pemerintahan dan pentadbiran wilayah jajahan takluk dan
dari aspek perdagangan dan persuratan Melayu. Kegemilangan Kesultanan Johor Riau
1
PENGASASAN KESULTANAN JOHOR RIAU
Pengenalan
1. Pengasasan Kerajaan
Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh Raja Ali iaitu putera Sultan Mahmud
Shah dan Tun Fatimah.
Menggunakan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah I ( 1528 – 1564 ).
Bendahara Seri Nara Diraja dititahkan untuk membuka negeri di pesisir Sungai
Johor.
2
3. Pusat Pemerintahan Kota Sayong, Sayong Pinang
Kota Kara, Pekan Tua telah diserang dan dimusnahkan oleh Portugis ( 1535 ).
Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur dan membuka pusat pemerintahan di
Kota Sayong.
Kawasan ini lebih selamat kerana kapal perang musuh sukar melepasi sungai
yang sempit.
1. Persaingan Johor-Acheh-Portugis
2. Perang Johor-Jambi
4
3. Konflik Pembesar
Raja Kechil menyerang Johor pada tahun 1718 kerana menuntut takhta
kerajaan Johor. (mendakwa dirinya putera Sultan Mahmud Shah I)
Raja Sulaiman, putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV meminta bantuan
Opu Bugis Lima Bersaudara untuk mengusir Raja kechil.
5
Raja Kechil dikalahkan pada 4 Oktober 1722. Raja Sulaiman ditabal sebagai
Sultan Johor dan Daeng Merewah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Muda
yang pertama di Johor.
6
Strategi Menghadapi Cabaran
7
2. Membina Kota Pertahanan
8
Johor bantu Beland mengepung dan menyerang Portugis di Melaka sejak 2
Ogos 1640 dan Portugis ditewaskan pada januari 1641.
9
KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU
Pengenalan
Kesultanan Johor Riau muncul sebagai sebuah kerajaan yang kuat dan unggul di
Alam Melayu. Ia mencapai kegemilangannya dalam aspek perdagangan dan persuratan
Melayu. Ia juga menghidupkan kembali tradisi perdagangan kerajaan di Alam Melayu
dengan Arab, India dan China.
1. Kedudukan Strategik
Pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar dan Panchor mudah dimudiki oleh kapal
besar kerana Sungai Johor yang lebar dan dalam.
Lokasi pelabuhan di kawasan selatan Selat Melaka membolehkannya
mengawal lalu lintas kapal dagang dari Timur dan Barat.
Pelabuhan Riau yang terletak di persimpangan lalu lintas maritim yang
strategik menjadi tumpuan para pedagang luar untuk berurus niaga.
10
2. Tumpuan Para Pedagang
11
Pedagang Jawa bawa beras dan pedagang Gujerat bawa kain, wangian dan
manik.
Johor dapat bekalan beras dari pedagang Siam.
Terdapat 500 hingga 600 buah kapal dagang pelbagai bangsa berlabuh di
pelabuhan Riau.
Antara kapal yang berlabuh termasuklah kapal Siam, Portugis, Inggeris dan
pulau-pulau di Alam Melayu.
Pengurusan Pelabuhan
1. Kemudahan Pelabuhan
12
Akhir abad ke-18, mata wang asing seperti Dolar Sepanyol, Dolar Mexico
dan duit Belanda digunakan.
Syahbandar adalah pembesar bertanggungjawab urus sistem jual beli dan
kutipan cukai pelabuhan. Cukai pelabuhan dikenakan adalah berpatutan
dan Syahbandar tentukan ukuran dan berat timbangan degangan.
3. Sistem Naungan
13
5. Kemudahan Membaiki dan Membina Kapal
Pusat Persuratan
o Karya Agung
14
o Salasilah Raja-Raja atau Peraturan Segala Raja-Raja.
o Nashkah asal bernama Hikayat Melayu disusun dan ditulis
semula olen Tun Seri Lanang pada 1612.
o Menceritakan asal usul keturunan raja-raja Melaka, adat
istiadat kerajaan dan sejarah Kesultanan Melayu Melaka.
Hikayat Hang Tuah
o Naskhah ini dihasilkan oleh pengarang dari Johor selepas
kekalahan Portugis di Melaka pada 1641.
o Sebuah epik kepahlawanan yang merentas sepanjang
zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
o Kandungannya berkaitan dengan ketaatan Hang Tuah
kepada raja dan Kesultanan Melayu Melaka.
o Tokoh Persuratan
15
o Nama sebenar ialah Tun Muhammad bin Tun Ahmad
Paduka Raja.
o Dilahirkan di Bukit Seluyut, Kota Tinggi pada 1565.
o Menjadi Bendahara Johor semasa pemerintahan Sultan
Alauddin Riayat Shah II.
o Susun dan tulis semula Sulalatus Salatin atas titah Raja
Abdullah.
o Dilantik sebagai penasihat Sultan Iskandar Muda, Acheh
dan jadi Raja Uleebalang di Samarlanga.
o Karya Lain
MAKANAN
17
Tidak ketinggalan juga, bontrot/berkat yang datangnya dari bahasa Jawa yang
membawa maksud nasi yang dibungkus atau di sediakan bagi tetamu untuk di bawa
pulang apabila menghadiri majlis (perkahwinan, yasin atau tahlil).
18
Burasak Nasi Ambeng
19
Lontong
Ungkep
TARIAN
Kuda Kepang
20
Kuda kepang merupakan permainan tradisi yang digemari oleh Johor,
terutamanya Jawa. Ia berupa patung anyaman yang berbentuk kuda tanpa kaki. Ia
diperbuat daripada buluh anyaman atau kulit yang dicorakwarnakan supaya lebih
menarik. Lazimnya 1 kumpulan mempunyai 10~15 penari. Salah seorang bertindak
sebagai ketua (dayang). Pada awal, gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang
menggunakan tali untuk mengawal. Tarian ini biasanya ditunjukkan di majlis keramaian
untuk memeriahkan lagi suasana sewaktu menyambut orang kenamaan, meraikan
majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan.
Menurut kepercayaan, ia dikuasai oleh kuasa ghaib. Lantaran itu, satu upacara
perlu dilakukan sebelum bermain. Jika gagal, sesuatu yang tidak diingini akan
menimpa. Upacara ini bermula dengan istiadat memuja roh. Setelah itu, bomoh akan
menjampi untuk membuka gelanggang yang biasanya berukuran 40inci dengan 60 inci.
Zapin Johor
Salah satu tarian pergaulan yang utuh ialah tarian Zapin. Dari perspektif sejarah
perkembangan, zapin yang menular luas mengalami pengubahsuaian dari segi
21
ragamnya yang nyata tradisional sifatnya. Namun banyak genre zapin tradisional hanya
tersebar ke daerah tentu dan satu genre zapin yang dinamik dikatakan masih terdapat
di Johor.
Di Johor, zapin yang dikenali dalam 2 bentuk (Zapin Melayu & Zapin Arab)
melihatkan bezanya dari unsur peradap tariannya. Pada realiti dua genre zapin itu
berasal dari 1 kesenian Arab di bawah Hadramaut.
PAKAIAN TRADISIONAL
22
Walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung, tetapi dalam acara majlis,
mereka muncul juga dengan memakai kebaya, sebagai warisan daripada Kerajaan
Johor-Riau.
Pola baju belah panjang ini masih bersifat ‘mengurungkan’ anggota badan.
Secara tradisi potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ia berbelah dan
berpesak di hadapan baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau
upacara rasmi. Baju kurung belah ini kemudiannya dikenali sebagai ‘baju panjang’ dan
‘kebaya panjang’. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang
berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang ditutup dengan kancing
atau kerongsang tiga.
23
Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas
sebagai ciri khas Johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian
lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk
meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor
Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu
hingga disebut selengkapnya ‘Baju Melayu’.
PERMAINAN TRADISIONAL
24
Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga
menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja
Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat
terkena bola raga tendangan Tun Besar. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-
bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.
25
Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam
dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan
mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan
kawasan lapang.
Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil
berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan
berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang
dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang.
Undian secara ‘wan to som’ dijalankan bagi membentuk pasukan dan
menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu
KESIMPULAN
26
Johor Riau. Secara keseluruhannya, transformasi yang berlaku telah membawa anjakan
perubahan perkembangan politik, ekonomi dan sosial kerajaan Johor Riau. Namun, corak
transformasi yang berlaku adalah bersifat pelbagai kerana ada turun dan naiknya dan keadaan
ini dapat dilihat dalam setiap fasa. Justeru itu, kerajaan Johor Riau telah melalui transformasi
yang amat getir dan hanya dapat diselamatkan dengan adanya kekuatan dalaman dan
perubahan – perubahan yang berlaku di Eropah dan Asia serta perimbangan kuasa baru di
dunia Melayu.
27