Anda di halaman 1dari 4

ANALISIS CERPEN BERDASARKAN TEORI BARAT (GUNUNG OLEH SHAHNON

AHMAD)

Cerpen ini merupakan cerpen yang bertemakan kritikan masyarakat terhadap kegagalan
seorangpemimpin yang diumpamakan seolah sebuah gunung yang mula runtuh sedikit demi
sedikit.Terdapat banyak petikan ayat, perkataan dan frasa di dalam cerpen ini yang boleh
dikaji mengikutkod-kod semiotik yang telah digariskan oleh Barthes.Bagi kod hermeneutik
(Elliot Gaines, 2015) ataupun kod teka-teki yang menimbulkan tanda tanyakepada pembaca,
terdapat satu petikan yang sangat mmberikan tanda tanya kepada pembaca.

“ Sebelum ini dalam mimpiku, Gunung Gayamahatumpul pernah muncul dalam bentuk
seorang insan yang amat biasa sekali. Ada kakinya. Ada tangannya. Ada matanya. Ada
telinganya ; malahlengkap seperti aku dan juga anda. ”

(Muka surat 50, perenggan 1)Cerpen ini mengisahkan sebuah gunung yang berdiri megah
tetapi akhir-akhir ini semakin runtuhdengan runtuhan yang sangat dashyat. Pembaca akan
menganggap memang penulis akanbercerita tentang gunung yang sebenarnya. Apabila
pembaca membaca petikan ayat di atas,pembaca akan mula tertanya-tanya adakah gunung
itu benar-benar gunung ataupun gunung itusebenarnya simbolik kepada manusia. Dalam
petikan di atas, penulis menyatakan Gunung Gayamahatumpul hadir ke dalam mimpi ‘aku’
sebagai manusia biasa.

Sedangkan sebelumpetikan ini, penulis menjelaskan bahawa Gunung Gayamahatumpul


merupakan sebuah gunung yang berdiri megah dan mulai runtuh satu per satu. Penulis itu
sendiri menyatakan bahawa ‘aku’ menyaksikan gunung itu runtuh. Penulis menerangkan
secara terperinci tentang cara gunung ituruntuh. Namun tiba-tiba penulis menyatakan
bahawa Gayamahatumpul itu manusia biasa. Hal ini juga menimbulkan persoalan siapakah
manusia di sebalik Gunung Gayamahatumpul itu.Mungkin manusia itu benar-benar orang
ataupun hanya siluman.Pelbagai persoalan bermain diminda pembaca untuk merungkai
siapakah sebenarnya di sebalik Gunung Gayamahatumpul.

Penulis bijak bermain dengan kata-kata dengan menyatakan bahawa Gunung


Gayamahatumpul itu sama seperti ‘aku’ dan ‘anda’.Seterusnya, bagi kod proaretik ataupun
kod tindakan yang merujuk kepada kejadian yang berlakusehingga menunjukkan tanda
tanya kepada pembaca untuk mengetahui apa-apa yang berlakuselepas itu (Daniel
Chandler, 2014). Terdapat satu contoh kod ini di dalam cerpen ‘Gunung’ ini.“

Tiba-tiba saja aku terdengar desiran-desiran di atas bumi yang setia. Semakin lama desiran
itusemakin kuat dan merebak sehingga tercetus gegaran yang berbahana jauh saujana.
Dangegaran itu pula diiringi dengan wajah-wajah jelataan bagaikan kebangkitan suatu yang
selamaini tidak berbangkit. Jelas bahawa wajah-wajah itu ada, bergerak dan berlasak dan
bergerak sertamenderu bagaikan gelombang besar di tengah samudera ; berpintal-memintal
dan tamat dengan bedalan di pantai”

(Muka surat 56, perenggan 4)Dalam petikan ini, penulis menerangkan bahawa tiba-tiba
‘aku’ terdengar bunyi desiran diikuti dengan kehadiran rakyat-rakyat jelata yang sangat
bersemangat ingin melakukan sesuatu ketikamarah. Kejadian ini sangat di luar kebiasaan
dan mewujudkan unsur saspens di dalam novel ini.

Antara persoalan yang akan timbul di dalam benak pembaca ialah “Mengapakah
jelataanmarah?” dan “ Apakah yang jelataan itu akan lakukan seterusnya?”. Persoalan-
persoalan ini jelasmenunjukkan bahawa kod proaretik yang diselit oleh penulis berjaya
menarik pembaca kedalam cerpen ‘Gunung’. Penulis tidak terus menyatakan sebab
‘jelataan’ itu marah malah penulismenambahkan ‘rencahnya’ dengan menggunakan kata
adjektif untuk menerangkan situasi yang berlaku. Antara kata adjektif yang digunakan ialah
kata adjektif cara seperti “kuat” dan “merebak”.Kata-kata adjektif ini adalah penerang
kepada “desiran yang aku dengar”. Pada baris terakhir,penulis menyatakan “wajah-wajah”
itu sedang marah dan bergerak ke hadapan beramai-ramai untuk melakukan sesuatu.
Perlakuan ini merupakan satu perkara yang di luar norma masyarakat dan tidak dapat diteka
oleh pembaca pergerakan yang akan dilakukan oleh ‘jelataan’.

Selain itu, terdapat juga petikan yang menggunakan kod semik di dalam cerpen ini. Menurut
Hoeddan Benny (2002), kod semik ataupun semantik merupakan apa-apa ayat, frasa atau
perkataanyang mengalami dua maksud dalam satu pernyataan.

“Mu seorang bupala belah buluh” Raung semakin bercempera, semakin bersipongang
tingkah-meningkah sampaimembengangkan telinga.(Muka surat 51, perenggan 3)

Petikan di atas mengandungi frasa yang mengandungi kod semik iaitu ‘belah buluh’.
Perlakuan‘belah buluh’ ini adalah satu perbuatan di mana membelah buluh kepada dua
bahagian menggunakan benda tajam. Namun begitu, dalam petikan di atas, ‘belah buluh’ ini
membawa maksud yang berbeza. Orang yang membelah buluh akan memijak hujung buluh
menggunakankaki sehingga batangnya patah dan memegang sebelah hujung buluh
menggunakan tangandengan perlakuan menjulang ke langit. Perbuatan ini simbolik dengan
satu bahagian dibenci dan satu bahagian disayangi. Hal ini menjelaskan ‘bupala’ atau
pemimpin yang berat sebelah atau pilih kasih dalam tampuk kepimpinannya. Pihak yang
disayang oleh pemimpin itu adalahbahagian buluh yang dipegang manakala pihak yang
dibenci itu adalah bahagian buluh yangdipijak.Di samping itu, cerpen ini juga mengandungi
kod simbolik. Kod simbolik hampir sama dengankod semik namun maksud di dalam kod
simbolik ini lebih besar dan mendalam (Blomberg, 2009).

Kod simbolik yang paling jelas dalam cerpen ini ialah perkataan ‘Gunung’ yang boleh
didapati

hampir pada setiap perenggan dalam cerpen ini. Namun begitu, ‘gunung’ yang digambarkan
oleh penulis sebenarnya ialah pemimpin. Perkataan ini terungkai dalam petikan di bawah
“Mu sebuah gunung yang menapak di bumi setia. Bupala puncaknya. Kemudian pak-pak
pacak.Kemudian oknum-oknum. Kemudian baru jelataan.”

“Tidak! Aku bukan gunung.” “Mu sebuah gunung.” Dan dalam mimpi itu aku melihat lintasan
cahaya yang amat pantas menyelinap dalam bentuksegi tiga bagaikan sebuah piramid
dengan sebutir titik dalam wajah bupala di puncaknya.(Muka surat 54, perenggan 7)

Dalam perenggan di atas menjelaskan bahawa ‘Gunung Gayamahatumpul” ataupun


“gunung” yang diceritakan ialah pemimpin ataupun bupala yang dahulunya sangat gagah
bak gunung tetapimulai goyah tampuk kepimpinannya. Pada mulanya, penulis menerangkan
bahawa ‘gunung’ itu gagah perkasa di atas bumi namun mulai goyah sejak akhir-akhir ini
dan akhirnya runtuh satu persatu serta serpihan demi serpihan. Petikan di atas jelas
menunjukkan faktor penulis menggunakan ‘gunung’ untuk menunjukkan pemimpin. Dalam
baris yang paling atas dalam petikan ini, penulis menjelaskan tingkat masyarakat dalam
kehidupan yang sebenarnya yang bermula dengan golongan paling bawah iaitu ‘jelataan’
atau rakyat jelata kemudian diikuti dengan‘oknum-oknum’ ataupun orang-orang ternama.
Seterusnya, pak-pak pacak yang disebut dalamcerpen ini ialah menteri-menteri seangkatan
‘gunung’ diikuti dengan ‘bupala’ atau pemimpin di paling puncak. Semua perkataan-
perkataan ini merupakan simbolik dalam cerpen ini. Penulis tidak terus menggunakan
perkataan ‘pemimpin’ tetapi menggunakan perkataan ‘gunung’ yang merupakan simbolik
kepada pemimpin. Akhir sekali, Shahnon Ahmad juga menggunakan kod gnomik atau kod
kultural dalam cerpen ini.Kod kultural adalah mirip kepada latar masyarakat atau perwatakan
sesuatu watak (Yuri M.Lotman, 2001). Hal ini ketara boleh dilihat dalam petikan di bawah :
Aku hanya seorang pemimpin yang bijaksana, yang bervisi, yang bersopan, yang bersusila.
Akusendiri tidak pernah berbogel kecuali sekali-sekala bila bersiput babi bersama cewek-
cewek. Danaku amat perlu cewek-cewek itu untuk memudakan kebuyutannya. Aku bukan
bupala. Aku hanyaseorang hamba kepada rakyat jelata. Akulah tunjang mereka. Akulah
obor mereka. Akulah yangmemberi kesejahteraan mereka. Tapi kau seorang bupala belah
buluh dan bupala kuasa bogel.Monolog itu berterusan lagi untuk menegakkan kebenaran
masing-masing.(Muka surat 54, perenggan 2)

Petikan di atas merupakan monolog dalaman ‘bupala’ itu sendiri. Jiwanya berkocak
dabermonolog tentang dirinya yang sebenar. Daripada petikan tersebut, kod gnomik jelas
terserlah menunjukkan bahawa ‘bupala’ itu merupakan seorang pemimpin yang zahirnya
memang seorangpemimpin biasa namun terdapat banyak kepincangan dalam dirinya.
Sepanjang cerpen ini, hanyapetkan di atas yang menjelaskan bahawa cerpen ini
mengisahkan tentang kehidupan sebenarorang pemimpin. Daripada petikan di atas, baru
terserlah perwatakan sebenar ‘bupala’ yang disanjung tinggi dalam perenggan-perenggan
sebelum petikan di atas sebelum beliau dicemuhsimbolik kepada gunung yang gagah
akhirnya runtuh. Pada perenggan ini, penulis jelasmenghamburkan kritikan terhadap
pemimpin zaman kini yang zahirnya memang seorangpemimpin yang sangat menyayangi
rakyat namun hakikatnya pemimpin itu berjimba dan tidakikhlas memikul amanah.

Anda mungkin juga menyukai