Anda di halaman 1dari 4

KISAH PENDAYUNG SAMPAN

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah
sampan. pndayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari
pendayung sampan yang

pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun
Professor itu membuat kajian.. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-
goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku.

Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu
mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, “Hmm. Hari nak hujan.”

“OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat” kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan
mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor
itu menegur pendayung sampan.

“Kamu dah lama kerja mendayung sampan?” Tanya Professor itu. “Hampir semur hidup saya.” Jawab
pendayung sampan itu dgn ringkas. “Seumur hidup kamu?” Tanya Professor itu lagi. “Ya”. “Jadi kamu
tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?” tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu
bertanya lagi, “Kamu tahu geografi?” Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. “Kalau macam
ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.”

Kata Professor itu lagi, “Kamu tahu biologi?” Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.“Kasihan.
Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?” Professor itu masih lagi bertanya.
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. “Kalau begini, kasihan, kamu
sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh
usia kamu dihabiskan sebagai pednayung sampan.” Kata Professor itu dengan nada mengejek dan
angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan
itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula
pendayung sampan itu bertanya, “Kamu tahu berenang?” Professor itu menggelengkan kepala.
“Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.” Kata pendayung sampan itu
sambil berenang menuju ke pantai.

Moral :

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan.

Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup.
Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh
dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi “MASTER” dalam bidang yang
diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk
digunakan dan boleh digunakan (ke arah kebaikan)?

Sumber Asal : http://lukisanduniaku.wordpress.com

"Si Tanggang"

Si Tanggang dilahirkan di kalangan keluarga miskin yang tinggal di pinggir hutan, ada yang kata
daripada keluarga orang asli. Si Talang dan Si Deruma merupakan bapa dan ibu kepada Si Tanggang.
Mereka hidup sebagai keluarga nelayan di tepi pantai (dalam sesetengah versi: sungai).

Si Tanggang merupakan seorang kanak-kanak yang bercita-cita tinggi. Dia selalu berkhayal untuk
menjadi kaya dan terkenal. Akan tetapi, keadaan hidupnya yang serba kekurangan dan ketiadaan
peluang menjadi penghalang kepada cita-citanya.

Apabila masuk alam remaja, suatu hari Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara
sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pergi mencuba nasib, dia berjumpa dengan
nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Mulanya nakhoda kapal sangsi atas
kebolehan Si Tanggang akan tetapi Beliau bersetuju setelah melihat kecekapan Si Tanggang
bersampan tika menuju ke kapal Beliau tadi.Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan
untuk melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah. Si
Tanggang berjanji akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya.Tetapi ada pula cerita yang
menyebut dia telah ditangkap rombongan pendatang yang kemudian membawanya belayar ke
negeri lain. 

Apapun, anak muda ini sangat rajin, pintar serta pandai menyesuaikan diri dengan keadaan. Si
Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda. Nakhoda amat suka
dengannya kerana dia rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang pun diambil sebagai anak angkat. Apabila
Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil "Nakhoda
Tanggang".

Si Tanggang memiliki kecekapan dalam berniaga. Dia menjadi kaya raya dan namanya menjadi sangat
terkenal hingga sampai ke telinga Sultan lalu dijemput ke istana. Tidak lama selepas itu Si Tanggang
berkahwin dengan beberapa orang isteri (menurut satu riwayat, tiga orang) dan isteri nombor tiga
adalah seorang puteri raja.

Pada suatu hari Si Tanggang telah keluar belayar membawa ketiga-tiga isterinya berjalan. Kebetulan
dan tanpa disedari dia telah singgah di kampung halaman tempat asal-usulnya. Dipendekkan cerita,
ibu-bapanya yang telah lama tidak ditemui mendapat tahu tentang kedatangan seorang saudagar
yang memiliki ciri-ciri anak mereka yang hilang lalu pergi menyiasat. Setelah pasti itulah Si Tanggang,
mereka cuba merapatinya dengan membawa makanan hutan kegemarannya semasa kecil
dahulu.Sebenarnya Si Tanggang sedar bahawa orang yang datang itu adalah ibu-bapa kandung yang
telah membesarkannya dahulu tetapi beliau terasa malu hendak mengaku di hadapan orang-ramai
terutama para isterinya yang cantik rupawan lagi bangsawan.

Apapun, menurut ceritanya, isteri ketiga yang merupakan seorang puteri raja telah menyuruhnya
menerima kedua orang tua yang datang itu. Katanya, apa salah mengaku ibu bapa kandung sendiri
tak kiralah seburuk mana pun rupa mereka. 
Rupa-rupanya kata-kata ini telah membuat Si Tanggang terasa lebih malu dan tersinggung. Beliau
mula mengeluarkan kata-kata kesat dan sumpah-seranah menyuruh orang tua itu pergi. Dalam
keadaan hati hancur luluh dihina begitulah si ibu lalu menadah tangan kepada Ilahi seraya berdoa..

"""kalau betullah pemuda di hadapannya adalah Si Tanggang yang pernah dikandungnya selama 9
bulan lebih, maka buktikanlah dengan menukarkan segalanya menjadi batu."

Tiba-tiba petir berdentum dan angin bertiup kencang. Kapal Si Tanggang terumbang-ambing akibat
air yang bergelora. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan
doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka.

Akhirnya, dia berteriak kepada ibunya supaya diampun. Akan tetapi, penyesalannya sudah tidak
berguna lagi. Kapalnya pecah akibat dipukul oleh ombak yang kuat.
Apabila ribut reda, Si Tanggang, isterinya, kapalnya, dan semua anak kapalnya telah bertukar menjadi
batu.

Moral : 
Pengajaran ini juga selaras dengan ajaran Islam yang menghormati kedudukan ibu bapa.Kanak-kanak
yang tidak mahu menurut suruhan ibu atau bapa akan cepat-cepat diusik dengan panggilan "Si
Tanggang" untuk mengingatinya mengenai kisah tersebut. Janganlah kita menderhaka kepada kedua
ibubapa kita. 

Sumber Asal : http://edan-cobathestory.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai