Anda di halaman 1dari 5

Melihat sastera era transisi

S.M. Zakir
10 Disember 2017 4:00 PM
13
Era abad ke-21 bermula pada dekad tahun 2000 membawa kepada dekad
2010-an melihat kebangkitan sastera Malaysia yang gencar. Dua dekad ini
sebenarnya menyaksikan perkembangan sastera Malaysia yang begitu pesat,
malah berkembang lebih tinggi dari segi kuantiti dan kualitinya.

Bagaimanapun perkembangan ini menjadi ‘diam’ dan seolah-olah sastera


Malaysia seperti statik, sebenarnya diakibatkan oleh matinya dunia kritikan
sastera di Malaysia dalam dua dekad yang sama. Pada hakikatnya
perkembangan sastera Malaysia terutama di tangan penulis muda alaf baharu
ini sangat pesat dan memberangsangkan.

‘Matinya’ dunia kritikan sastera di Malaysia membuatkan perkembangan


sastera yang begitu penting dalam sejarah kesusasteraan Melayu khususnya
dan Malaysia amnya ketiadaan sorotan, dan tertinggal sepi selama dua
dekad. Tanpa perlu menyalahkan mana-mana pihak, hal ini berlaku kerana
pelbagai faktor tidak dapat dijawab secara objektif dan adil dalam konteks
perkembangan semasa.

Sastera Malaysia dalam dua dekad mutakhir telah berkembang bukan sahaja
dalam konteks gaya, bentuk serta pemikirannya tetapi juga dalam konteks
medium bahasanya.

Tidak dapat tidak, sastera Malaysia ‘terpaksa’ menerima kehadiran medium


bahasa di luar bahasa kebangsaan yakni bahasa Melayu, seperti sastera
yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan bahasa vernakular seperti bahasa
Mandarin dan Tamil.

Malah sastera yang turut ditulis dalam bahasa Iban dan Kadazan.

Berasaskan Perlembagaan, adalah ditegaskan bahawa hanya sastera yang


ditulis dalam bahasa Melayu diterima sebagai sastera kebangsaan.
Pembincangan ini dengan itu melihat perkembangan sastera yang ditulis
dalam bahasa Melayu, dirujuk kepada sastera Malaysia.

Ia melihat perkembangan sastera yang menyeluruhi kehadiran penulis


generasi alaf 21, aliran dan potensi yang melonjakkan sastera masa hadapan.
Sastera era transisi dalam konteks perbincangan ini ditandai oleh kehadiran
apa yang disebut sebagai Objektiviti Baharu (New Objectivity).

Hal ini disebut oleh Gustav Hartlaub yang menyorot perkembangan seni
hampir seabad yang lampau, untuk melihat kehadiran wacana baharu.
Hartlaub seorang pemikir seni Jerman menyebutnya Neue Sachlichkeit (New
Objectivity atau Objektiviti Baharu).

Ia merujuk kepada seni dunia baharu yang memaparkan latar kota metropolis,
kehidupan kota, lingkaran hidup yang tersepit dalam kemajuan material, dan
imej-imej yang tercipta daripada simulasi imaginatif. Lebih jauh lagi ia bertolak
keluar bukan sahaja daripada realiti ‘kasatmata’ tetapi juga daripada statisme
intelektual (intellectual statism).

Objektiviti Baharu menemukan dunia baharu secara menyeluruh, melihat


gambaran atau merujuk suasana yang dilihat pada hari ini dan semasa.
Secara khusus melihat reaksi langsung atau tidak langsung terhadap
kepesatan perbandaran dan materialisme yang dirujuk sebagai ‘pengalaman
dan fikiran kota’ (urban) dan objek teknologi.

Ia melihat objek dan subjek daripada sudut pandangan berbeza, keluar dari
sudut pandangan realisme dan konvensi, segala yang aneh disejajarkan
menjadi sesuatu yang normal dan akhir sekali melihat objektivisme sebagai
ciptaan jiwa yang ekpresif.

Pelopor

Seni atau sastera bukan sebagai keperluan budaya tetapi sebagai manifestasi
kehidupan. Ia tidak mahu lagi mencipta hasil karya penuh seni tetapi
membosankan sebaliknya mencipta ‘kesukaan’ untuk khalayak yang bosan.

Objektiviti baharu adalah seni atau sastera yang berada dalam waktunya
yakni bergerak dalam masa terkini, menyorot hidup kota/urban, teknologi
baru, jalan sesak, kota kalut, pekerja, mesin, kehidupan gelap dan jiwa yang
terasing dalam kepesatan perbandaran – terlepas daripada kawalan ketat
status quo norma, etika dan nilai. Ia menemukan apa yang disebut kebenaran
yang aneh dan menakutkan (the unccany truth).

Sastera Malaysia era transisi menemukan Objektiviti Baharu ini dalam karya-
karya yang menyaksikan kehadiran penulis generasi alaf baharu.
Sastera era transisi ini boleh dikatakan terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa
pertama dan fasa kedua. Fasa pertama melihat pendiri-pendiri terdiri daripada
Saharil Hasrin Sanin, Roslan Jomel dan Muhammad Lutfi Ishak. Saharil
muncul dengan karya yang mengeluarkan bentuknya daripada sastera per se
melalui Kentang dan Dentang.

Sementara Roslan menggugah konvensi sastera dengan cerpen-cerpen yang


melanggar sempadan realitinya termuat dalam buku Selamat Datang ke
Malaywood dan Serangga Dalam Kepala. Akhir sekali Lutfi mengejutkan
dunia puisi tanah air dengan Dondang Pembukaan yang memberikan
pengucapan baharu dalam dunia puisi Malaysia.

Turut hadir dalam fasa pertama ini ialah nama-nama seperti Rebecca Ilham,
Nasriah Salam, Nimoiz TY, Shahkang, Hafiz Latif, Sayidah Mu’izzah,
Sayahidatul Munirah, Farahana Huseein dan beberapa nama lagi. Tidak
ketinggalan penulis dari utara Sarawak iaitu Abang Median, Frankie Latit, dan
Zakry Zakaria yang telah meletakkan nama sebaris dalam sastera era
transisi.

Sastera era transisi fasa kedua meletakkan Objektiviti Baharu dalam bentuk
yang lebih drastik. Wan Nor Azriq melalui novel-novelnya D.U.B.L.I.N, Boneka
Guido dan Soneta Roda Basikal sangat memperlihatkan kehadiran Objektiviti
Baharu yang meletakkannya sebagai pelopor penting sastera era transisi
untuk fasa kedua ini.

Seangkatan dari segi karya dengan Azriq, ialah Ruhaini Matdarin yang
muncul dengan cerpen dan novel yang menyanggah konvensi yang
melangkau masuk ke dalam dunia Objektiviti Baharu dengan kebenaran yang
aneh.

Antara karya Ruhaini yang meletakkannya dalam sastera era transisi ini ialah
Misi Penyepit Kain, Melawan yang Mustahil, Anatomi Rupert dan Trivia.

Seorang lagi penulis yang menjadi nama penting dan berdiri sebagai pelopor
sastera era transisi ini ialah Fahd Razy yang memperlihatkan kehadirannya
yang penting dengan kumpulan cerpen Pascasejarah. Bersama Fahd Razy,
ada tiga nama lagi ialah Tuah Saujana, Shafiq Azli dan Ahmad Muziru Idham.

Namun hanya Ahmad Muziru yang terus aktif dan menonjol. Mengikuti tiga
nama penting ini ialah Ainul Muaiyanah Sulaiman dan Hani Salwah Yaakub,
masing-masing dengan kumpulan puisi Perempuan Bulan Perempuan Hujan
dan Tentang Pertanyaan.
Perkembangan pesat sastera era transisi ini melebarkan diri melalui pelbagai
penerbitan yang bukan sahaja berpusat kepada penerbitan buku sastera
melalui Dewan Bahasa dan Pustaka dan ITBM tetapi rumah-rumah
penerbitan yang gencar menerbitkan buku-buku untuk pasaran anak muda.
Johan Radzi menghadirkan cerpen-cerpen yang menuliskan dunia kota dalam
bentuk dan gayanya sendiri melalui buku Tinju & Peluru.

Begitu juga dengan Syafiq Ghazali yang ‘membuka’ realiti gelap dalam
kumpulan cerpen Debu Bidadari. Lokman Hakim, adalah nama yang tidak
boleh dikesampingkan di sini yang bermula dengan fiksyen sains dan kini
menerjah ke dunia penulisan sastera dengan karya yang mengujakan. Satu
lagi nama yang sedang melonjak naik ialah Khairil Idham Ismail yang turut
menggulati penulisan esei.

Ramai lagi nama baru yang sedang memanjat masuk ke dalam sastera era
transisi ini termasuk peserta-peserta Minggu Penulis Remaja seperti Azrin
Fawzi, Izz Baedillah, Fadzli, AK Kelana, Akiff Jebat, Syaheera, Haniff Nasir,
dan Iman Danial.

Dalam pada itu kehadiran penulis-penulis muda yang masa kini


menambahkan kerancakan sastera era transisi dengan nama-nama seperti
Faizal Mat Zawi, Syafiq Said, Karl Agan, Adinata Gus, Saat Omar, Nur Adilla,
Mohd Anas, Iwan Reaz dan ramai lagi.

Perkembangan ini ternyata memperlihatkan dengan jelas kehadiran sastera


era transisi yang meriah dengan karya-karya baharu. Karya-karya
memperlihatkan kecenderungan Objektiviti Baharu yang menemukan aliran
urban dalam sastera, dan cuba mengeluarkan diri daripada statisme
intelektual yang terkurung dalam orde lama ilmu bantu yang banyak
‘menyalin’ fakta.

Sastera era transisi meluahkan realiti semasa dengan sisi telanjangnya, dan
pada masa yang sama bergerak melanggar sempadan realiti itu sendiri.

Ia menemukan kebenaran yang aneh dan menakutkan (the unccany truth)


untuk menghidupkan dirinya dalam masyarakat yang bosan berfikir, dengan
meluahkan reaksi sinis, naif malah paradoks dalam masa yang sama.

Sastera era transisi ternyata telah memberikan perkembangan baharu yang


pesat kepada sastera hari ini dalam meletakkan landasan yang baik untuk
masa hadapan. Tidak mustahil ia berupaya untuk melonjakkan sastera
Malaysia sebagai gelombang baharu sastera di Asia Tenggara pada masa
hadapan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidikan/sastera/melihat-sastera-
era-transisi-1.570358#ixzz5fpyLlhcm 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Anda mungkin juga menyukai