Anda di halaman 1dari 1

ULAR LUNDUNG

Orang-orang Melayu pada zaman dahulu hingga ke generasi sekarang tidak kering daripada
bahasa bidalan, perumpamaan atau peribahasa bagi tujuan memberi nasihat, tunjuk ajar serta
memiliki ketegasan disiplin dalam melayari kehidupan mereka. Orang-orang Melayu di negara
kita sendiri memiliki daya kreativiti dalam menyimpulkan satu-satu bahasa menjadi kiasan yang
simbolik tetapi dapat diterima golongan masyarakat kerana maksudnya terselindung di
sebaliknya. Ianya juga bersesuaian dengan ajaran yang terdapat dalam agama Islam iaitu
menegur atau memberi nasihat kepada seseorang itu biarlah tidak menyakiti atau menimbulkan
aib pada orang yang ditegur.

Ular adalah merupakan haiwan yang suka berbelit dan suka tidur jika sudah kenyang. Lundung
dalam bahasa Brunei adalah lemah atau malas ataupun dalam bahasa kesihatan kurang bermaya
atau kurang vitamin dalam sistem tubuh badan. Daripada pengertian ini, dapatlah kita fahami
akan maksud peribahasa di atas membawa makna, seseorang yang malas atau tidak berusaha
(malas). Dalam pengertian lain, malas atau tidak mahu berusaha sudah setentunya, orang-orang
bersikap demikian memiliki tabiat buruk dan dipandang hina oleh masyarakat.

Seseorang yang mempunyai sikap ular lundung ini hanyalah meminta-minta atau suka meraih
simpati sekalipun memiliki tubuh badan yang sihat dan kuat untuk berusaha mencari pekerjaan
tetapi oleh kerana sikap kebiasaannya yang malas, seseorang itu akan mengharapkan rezeki
dapat bergolek. Peribahasa ini sudah tentu merugikan diri sendiri malahan masyarakat akan jemu
atau benci dengan perangai seseorang yang malas dan tidak mahu berusaha.

Jika begini sikap di kalangan pelajar dan para belia sudah pasti negara akan mengalami kerugian
yang paling besar. Dari itu, para pelajar hendaklah menjauhi sikap seperti ular lundung ini.

Anda mungkin juga menyukai