Anda di halaman 1dari 2

TAJUK: KEPENTINGAN BERSUKAN

Pada masa ini, aktiviti sukan semakin terkenal dan semakin ramai masyarakat
kita sedar akan kepentingannya. Di antara contoh sukan yang digemari di
negara kita ialah berlari, berbasikal, futsal, bola sepak, angkat berat, sepak
takraw dan lain-lain lagi. Bersukan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan
sekurang-kurangnya 30 hingga 45 minit sehari.

Salah satu kepentingan bersukan ialah ia dapat menyihatkan badan. Ini kerana,
seseorang yang melakukan aktiviti sukan dapat mengeluarkan peluh dan
menjadikan badan kita lebih sihat. Bersukan juga dapat menambah stamina
seseorang. Sebagai contoh, seseorang yang bermain bola sepak pada setiap
petang akan menyumbang tenaga yang cukup untuk keperluan badan.

Selain itu, bersukan juga dapat meningkatkan disiplin diri. Ini bermaksud,
seseorang yang aktif bersukan akan sentiasa memastikan mereka mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan. Bahkan, membolehkan seseorang menepati
masa. Contohnya, seorang mestilah mematuhi arahan pengadil perlawanan.
Mereka juga mestilah mematuhi arahan daripada jurulatih dan ketua pasukan.

Dalam masa yang sama, manfaat bersukan juga menjadikan seseorang


berfikiran positif. Mereka berupaya untuk mengawal diri daripada mudah
menyalahkan orang lain. Misalnya, seseorang itu janganlah mudah menyalahkan
pihak pengadil apabila mereka tewas. Tambahan pula, aktiviti sukan ini juga
berupaya untuk melahirkan perasaan saling menghormati antara satu sama lain.

Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk melibatkan diri dalam


aktiviti sukan agar negara dapat melahirkan masyarakat yang sihat dan aktif.
Oleh itu, bersukan sangat penting untuk kecergasan badan dan kecerdasan
minda kita. Justeru, kita akan menjadi ‘Rakyat Sihat Negara Maju’.
(Kira-kira 245 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai