Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SULTAN IBRAHIM 1 Kod Sekolah: DBB3235

1. Nama Guru NOOR SALEHAH BINTI IBRAHIM

2. Judul KEWANGAN HARIAN KITA HALAL @ HARAM? 3. Bidang: MOTIVASI

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini membincangkan beberapa aspek muamalat Islam yang menjadi asas dalam pengurusan ekonomi
kita. Sistem ekonomi Islam sangat istimewa. Ia diatur sendiri oleh ALLAH SWT yang sememangnya menjaga
kebajikan, menolak kemudaratan dan tidak menyekat hak kita untuk memiliki harta. Tetapi, kita mestilah
mengikut garis panduan yang telah ditetapkan syarak. Moga rezeki kita lebih halal, berkat dan hidup
bahagia dalam redha-Nya. Antara perkara yang menarik dibincangkan dalam buku 10 bab ini adalah
mengenai pengurusan wang dan kewajipan memastikan sumber rezeki, cara pengurusan dan ke mana ia
disalurkan menepati piawaian syariat Islam. Antara lain perbelanjaan mestilah bersih daripada riba, tidak
terlalu boros atau kedekut, tiada penyelewengan dan menghormati hak orang lain. Selain itu,
membincangkan mengenai aplikasi hukum ke atas kontrak kontemporari yang menjadi kebiasaan dalam
kehidupan. Di antaranya ialah kad kredit, insurans, wang simpanan, faedah bank dan caj perkhidmatan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Pengurusan kewangan yang terbaik secara tidak langsung dapat membantu pembaca memperolehi
keredhaan Ilahi. Oleh itu amatlah penting pembaca memahami konsep, disiplin dan protokol dalam
mengurus wang menurut syarak.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Membantu dalam pengurusan kewangan Islam meliputi definisi dan garis panduan asas di sisi syarak
berkaitan muamalat yang menjadi asas dalam pengurusan ekonomi. Contohnya dalam pembahagian harta
hendaklah diuruskan dan dilakukan dengan baik kerana pengurusan yang salah akan mengakibatkan
berlakunya perbalahan dan perpecahan dalam masyarakat Islam khususnya

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NOOR SALEHAH BNTI IBRAHIM ) ( )

Anda mungkin juga menyukai