Anda di halaman 1dari 13

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERAK,KAMPUS TAPAH

FAKULTI PERAKAUNAN
KOD KURSUS : CTU 101
PROGRAM : DIPLOMA PERAKAUNAN
KELAS : AC1101F
TAJUK : PELAKSANAAN SYARIAH MUAMALAT DI MALAYSIA

NO NAMA PELAJAR NO PELAJAR


1. ALIMI BIN ROSDI (017-846 5398) 2022449518
2. ADAM SUFFIAN BIN HAMZAH 2022878624
3. IDLAN HARIZ BIN HASBULLAH 2022817386
4. ABDUL HAKIM BIN AZIZ 2022874304
5. MUHAMMAD AFIQ AIMAN BIN MOHAMED ZAINI 2022465324

NO KANDUNGAN MARKA MARKAH


H DIPEROLEH
1. PENGENALAN 4
2. OBJEKTIF KAJIAN 4
3. KAJIAN LITERATUR 8
4. METODOLOGI KAJIAN 16
5. RUMUSAN / KESIMPULAN 4
6. RUJUKAN 4
JUMLAH 40

NAMA PENSYARAH :
ENCIK AHMAD BAKHTIAR BIN JELANI
ISI KANDUNGAN
NO KANDUNGAN
1. PENGENALAN
2. OBJEKTIF KAJIAN
3. KAJIAN LITERATUR
4. METODOLOGI KAJIAN
5. RUMUSAN / KESIMPULAN
6. RUJUKAN
PENGENALAN

Malaysia, merupakan sebuah negara yang dipimpin oleh ketua negara yang beragama Islam
iaitu Yang Di Pertuan Agong. Kita juga dapat lihat bahawa hampr seluruh pentadbiran di
dalam negara kita ditadbir berasaskan prinsip dan ajaran islam. Juga boleh dikatakan setiap
kegiatan masyarakat yang dilakukan dalam setiap hari berasakan prinsip dan ajaran
Islam.Muamalat merujuk kepada perhubungan dari segi bahasanya. Manakala, dari segi
istilah merupakan urusan seharian manusia dari aspek ekonomi dan sosial. Hukum bagi setiap
urusan muamalat adalah harus. Akan tetapi setiap urusan muamalat ini adakala boleh berubah
menjadi haram tatkala ianya mempunyai syarat syarat yang boleh membatilkan urusan urusan
tersebut.Urusan muamalat seperti jual beli, waqaf, cagaran, upah dan wasiat ini amat
disarankan oleh Islam dan menepati segala kepatuhan syara’. Kita dapatkan katakan bahawa
urusan muamalat yang diharuskan oleh Islam ini tidak menzalimi mana mana pihak dan
memberikan keuntungan kepada keduanya. Kita dapat lihat setiap lapisan masyarakat boleh
menikmati keindahan harta dengan adanya urusan Muamalat yang diterima oleh syara’
Islam.Setiap perkara yang baik pasti datang dari perkara buruk yang berlaku, begitu juga
dengan urusan muamalat, ada juga urusan muamalat yang ditegah oleh Islam atas asbab yang
boleh menzalimi pihak yang terlibat. Urusan muamalat yang menyimpang dari ajaran Islam
seperti riba’, judi, khianat, urusan yang mengandungi unsur Gharar boleh mengakibatkan
sebelah pihak ditindas sementara sebelah lagi mengaut keuntungan secara batil.Oleh itu,
portfolio ini bertujuan untuk menerangkan berkenaan setiap urusan muamalat serta
membezakan kebaikan dan keburukan keduanya agar umat Islam tidak dibelenggu kejahilan
dan mampu menjadi modal insan yang lebih baik serta mendapat keredhaan Allah S.W.T.
OBJEKTIF KAJIAN

1) MENGENAL PASTI HUKUM SETIAP URUSAN MUAMALAT DALAM


ISLAM.
Urusan muamalat yang dijalan di dalam kehidupan seharian sememangnya normal
di mata masyarakat. Akan tetapi, dalam kita menjalani kehidupan, kita juga
terlepas pandang tentang hukum di sebalik urusan yang dilakukan sehingga tanpa
disedari perkara tersebut haram di sisi Islam. Jadi, kajian ini bertujuan untuk
mengetahui hukum asal bagi setiap urusan muamalat dalam Islam.

2) MENGELAKKAN DIRI DARI MEMAKAN DARI SUMBER YANG


BATIL.

Makanan atau sumber makanan yang dimakan akan menjadi darah daging. Jelas
disebut di dalam hadith nabi “ Jika baik apa yang dimakan, maka baiklah seluruh
jasadnya” . Hadith ini menerangkan bahawa pentingnya mengambil makanan atau
rezeki dari sumber yang halal. Justeru, sebagai umat Islam, kita diwajibkan
mencari rezeki dari sumber yang halal dan tiada unsur penyelewengan yang boleh
memesongkan diri dari aqidah Islam.

3) MENJAUHKAN DIRI DARI PERKARA “SYUBHAH”

Kehidupan masyarakat kita terkadang diselebungi oleh berbagai kata yang


membuatkan diri sendiri itu sukar membuat keputusan. Urusan muamalat
adakalanya menimbulkan syubhah dan ragu ragu yang mana boleh menghuru
harakan agama. Akan tetapi perkara ini boleh ditegah dengan adanya ilmu yang
cukup dan mengetahui hukum dan rukun bermuamalat di dalam Islam.
KAJIAN LITERATUR
1. TAJUK : TAKAFUL: ANALISIS TERHADAP KONSEP AKAD
PENULIS : AZMAN BIN MOHD NOOR
MOHAMAD SABRI BIN ZAKARIA
Takaful ialah alternatif kepada insurans konvensional yang haram kerana
mengandungi unsur-unsur riba, gharar, dan perjudian.Takaful yang
berteraskan tabarru’ tidak selamat daripada kritikan-kritikan antaranya, ia banyak
menyerupai insurans biasa daripada segi penjualan polisi perlindungan, pengurusan
dana dan juga sebagai sebuah entiti perniagaan yang bertujuan mengaut keuntungan.
Peserta takaful juga bukan sahaja bertujuan untuk menyumbang dan mendapatkan
perlindungan, tetapi juga berminat untuk membuat pelaburan. Kertas kerja ini
bertujuan mengkaji konsep akad yang digunakan dalam takaful dan kesan-kesannya
menurut perspektif fiqh. 

2. TAJUK : HUKUM BEMUAMALAT DENGAN SUMBER YANG HARAM


PENULIS : ZAHARUDIN BIN MUHAMMAD

Institusi kewangan Islam pada hari ini sebahagiannya didapati menerima wang dana
yang datang daripada pihak yang sumber pendapatan yang tidak halal. Manakala
sebahagiannya pula tidak menerima wang daripada sumber tersebut. Dalam hal ini,
institusi-institusi tersebut cuba menegakkan hujah dan alasan mereka terhadap isu ini.
Penting untuk melakukan kajian secara maudhui’i (objektif) tentang isu ini bermula
daripada sumbernya yang asal, iaitu mengumpulkan dalil-dalil daripada al-Quran dan
sunnah. Seterusnya pandangan ulama muktabar tentang dalil-dalil berkenaan isu yang
berkaitan, diteliti bagi melihat realiti pelaksanaannya pada hari ini

3. TAJUK : ANALISI TERHADAP MANFAAT SIMPANAN WANG DI BANK


PENULIS : SHODIAN AHMAD
HAYATULLAH LALUDDIN

Dalam usaha pihak bank menarik sejumlah besar simpanan daripada para penyimpan
ke dalamnya, ia telah menawarkan pelbagai faedah dan manfaat yang boleh dinikmati
oleh para penyimpan berasaskan simpanan mereka. Bentuk-bentuk manfaat tersebut
boleh dibahagikan kepada dua iaitu: manfaat secara langsung dan manfaat secara
tidak langsung. Contoh manfaat langsung seperti pemberian dividen kepada
penyimpan. Manakala contoh manfaat yang tidak langsung seperti kemudahan-
kemudahan tertentu yang diterima oleh penyimpan berpunca daripada simpanan
mereka. Contohnya tawaran perlindungan insuran percuma bagi penyimpan,
kemudahan diskaun dalam pembelian menggunakan kad-kad debit, hadiah-hadiah
tahunan, cabutan bertuah dan sebagainya yang berasaskan kepada simpanan mereka
di dalam bank. Kajian ini akan memfokuskan terhadap status hukum bagi manfaat
secara tidak langsung yang ditawarkan oleh pihak bank kepada penyimpan.
4. TAJUK : HUKUM PENYALURAN HARTA TIDAK PATUH SYARIAH KE
BAITUMAL
PENULIS : MOHAMAD ZARIFI MOHAMAD DAUD
Islam mempunyai pandangan yang tersendiri tentang konsep pemilikan harta. Syariah
telah meletakkan syarat bahawa harta yang dimiliki oleh orang Islam perlulah
diperolehi daripada jalan yang dibenarkan oleh agama. Harta- harta yang dimiliki
melalui cara yang bercanggah daripada Islam adalah diiktiraf sebagai harta yang tidak
patuh Syariah. Timbul beberapa persoalan apakah diberikan keizinan oleh Syariah
untuk disalurkan harta tersebut ke Baitulmal dan institusi kebajikan Islam lain atau
sebaliknya. Kertas ini akan membincangkan apakah takrif dan status harta tidak patuh
Syariah menurut perpspektif Islam dan seterusnya mengemukakan garis panduan
mentadbir harta tidak patuh Syariah berpandukan kepada keputusan Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. 

5. TAJUK ; HUKUM PEWARISAN BAGI KES KEMATIAN SERENTAK


PENULIS : SYAHNAZ SULAIMAN
Kematian serentak ialah insiden yang melibatkan kehilangan nyawa seorang atau
beberapa orang ahli keluarga yang berlaku secara serentak yang menyebabkan
berlakunya kesukaran untuk menentukan siapa antara mereka yang mati dahulu dan
kemudian bagi menentukan hak pewarisan. Artikel ini akan membincangkan isu
berkenaan menurut perspektif hukum pewarisan Islam. 

6. TAJUK : PENGURUSAN HARTA KELUARGA MENGIKUT ISLAM DAN


REALITI SEMASA DI MALAYSIA
PENULIS : AHMAD HIDAYAT BUANG

Bersama keteguhan dan kemakmuran yang dinikmati Malaysia kebelakangan ini serta
dengan pengenalan kemudahan simpanan dan pelaburan secara Islam, masyarakat
Islam di Malaysia telah memperoleh dan memiliki harta dan kekayaan melebihi
daripada dahulu secara perbandingannya dengan tempoh masa sebelum kemerdekaan.
Kekayaan yang baru ini juga menimbulkan beberapa isu yang berkaitan dengan
pengurusan harta dan agihan harta pusaka. Artikel ini merupakan satu percubaan
untuk membincang isu¬isu ini daripada perspektif perundangan Islam terutama
tentang penggunaan prinsip Syariah yang lain secara inovatif dalam pengurusan harta
dan agihan pusaka orang Islam di Malaysia. 
7. TAJUK : MEMBANGUN EKONOMI UMMAH MENERUSI INSTRUMEN
FARAID DAN HIBAH
PENULIS : AHMAD ZAHID BIN HAMIDI

Perbincangan mengenai isu-isu berkaitan pelaksanaan faraid dan hibah dalam


masyarakat merupakan langkah dan usaha yang baik bagi menyubur dan memperkasa
sistem ekonomi dan pengurusan harta berlandaskan Islam. Pembangunan ekonomi
umat Islam melalui instrumen faraid dan hibah merupakan salah satu usaha kerajaan
yang berterusan bagi membasmi kemiskinan. Kerajaan sentiasa mencari pendekatan
yang praktikal dan konkrit bagi memantapkan sistem ekonomi dan pengurusan harta
ummah ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara contoh dalam menonjolkan
kesyumulan Islam dalan hal ehwal perwarisan, pengurusan dan perancangan harta
secara sistematik, adil dan saksama.

8. TAJUK : HUKUM PEMBANGUNAN TANAH WAKAF KHAS MENURUT


PERSPEKTIF SYARAK
PENULIS : SYAHNAZ BINTI SULAIMAN

Daripada data yang telah diperolehi, didapati seolah-olah wujud


satu trend di kalangan masyarakat Melayu Islam di Malaysia yang lebih
gemar untuk mewakafkan tanah bagi tujuan khas. Senario ini mungkin
berpunca daripada aspek pemahaman, persepsi dan sikap masyarakat
Melayu di negara ini yang beranggapan wakaf khas bagi tujuan pembinaan
masjid, sekolah agama dan perkuburan dapat menjamin ganjaran pahala
yang lebih besar di dunia dan akhirat berbanding dengan wakaf am.

9. TAJUK : PENERIMAAN KOMISYEN REINSURANS OLEH SYARIKAT


TAKAFUL
PENULIS : AHMAD HIDAYAT BIN BUANG

Tajuk ini cuba untuk membahaskan pandangan hukum Syarak terhadap syarikat
takaful yang menjalankan perhubungan atau kerjasama dengan syarikat insurans
konvensional. Perhubungan atau kerjasama yang dimaksudkan di sini ialah dalam
melaksanakan tujuan-tujuan perniagaan takaful. Di dalam perniagaan insurans
konvensional termasuk juga sektor kewangan yang lain seperti perbankan dan pasaran
saham, perhubungan atau kerjasama sebegini pada masa kini sudah menjadi perkara
biasa malah boleh dikatakan sebagai suatu keperluan, terutamadalam menghadapi
persaingan dan cabaran perniagaan global.
METODOLOGI KAJIAN
PENGENALAN MUAMALAT

- Pada asasnya, Islam merangkumi aspek akidah, syariah dan akhlak. Muamalat
merupakan salah satu daripada cabang syariah yang menekankan kepentingan
perhubungan sesame manusia. Justeru itu, perkataan “muamalat” adalah merujuk
kepada urusan kehidupan manusia yang berkaitan dengan kegiatan harian dalam
semua bidang meliputi akad, iltizam dan tasaruf yang membawa kesan kepada
pertukaran hak milik barangan atau wang untuk mendapat manfaat secara bersama
berdasarkan kerelaan dan kepuasan.

PERANAN MUAMALAT
- Menjamin kestabilan ekonomi yang baik
Pengurusan muamalat yang baik dan sistematik mampu menjamin pengurusan
kewangan dan ekonomi yang cemerlang dan meningkatkan taraf ekonomi yang
membantu masyarakat setempat.

- Memenuhi keperluan masyarakat


Keperluan masyarakat bergantung kepada urusan muamalat yang dijalankan di
dalam setiap hari. Perkara ini membantu setiap lapisan masyarakat merasai nikmat
hidup dengan adanya muamalat yang dibentuk berasaskan ajaran islam.

- Memenuhi tanggungjawab muslim yang dituntut dalam Islam


Islam menuntut agar setiap umatnya agar bermuamalat dan beramal berpandukan
ajaran islam sebagai contoh , islam menghalalkan jual beli seperti yang dinyatakan
dalam surah Al-Baqarah, ayat 275.

CIRI-CIRI MUAMALAT YANG BAIK


- Tiada unsur penindasan
Sistem muamalat yang dilaksanakan oleh agama Islam ini menitikberatkan
pelbagai faktor yang menyumbang kepada kemajuan umat.Setiap urusan yang
dijalankan haruslah bebas dari sebarang unsur penindasan dan menzalimi orang
lain.
- Memberi faedah kepada golongan yang terlibat
Muamalat yang dijalankan haruslah memberi faedah kepada pengguna dan tidak
menyebabkan kerugian yang boleh membawa kepada kemerosotan ekonomi.
KEPENTINGAN MUAMALAT
- Mewujudkan sebuah masyarakat yang aman dan sejahtera
Sistem muamalat di negara kita mampu mewujudkan suasana yang tenteram dan
tidak mengganggu keharmonian masyarakat .

- Mendorong manusia mendapatkan harta dengan cara yang adil


Muamalat dapat menggerakan sesebuah sistem pentadbiran yang lebih adil dan
berdisiplin yang menyebabkan harta dapat diagihkan dengan sama rata dan
saksama kepada yang memerlukan
METODOLOGI KAJIAN

 Kaedah yang kami gunakan untuk mengumpul data ialah menggunakan sumber
sekunder. Sumber sekunder yang digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini
ialah melalui rujukan buku, jurnal dan laman sesawang.
 Seterusnya, kami melakukan analisi secara deskriptif dengan menggabungkan
maklumat-maklumat sahih yang diperoleh daripada sumber rujukan
 Kajian ini juga cenderung melakukan analisis dengan pendekatan induktif bagi
menjawab persoalan-persoalan yang timbul semasa penulisan kajian dijalankan,
seterusnya mampu untuk membuat satu kesimpulan yang utuh dan konkrit.

Sumber Sekunder
 Rujukan buku

Rujukan buku amat penting dalam memastikan kelancaran penulisan kajian ini.
Pelbagai maklumat yang berguna yang boleh didapati di dalam penulisan buku dan
ketetapan maklumat tersebut boleh diyakini sama ada isi utama yang diperlukan
kajian atau sekadar isi tambahan bagi melengkapkan kajian. Selepas itu, buku juga
dapat menjadi garis panduan dalam penulisan ini bagi menepati ciri-ciri penulisan
kajian baik.

 Rujukan Jurnal
Kajian ini merujuk kepada beberapa penulisan jurnal bagi mengeluarkan pandangan-
pandangan yang bernas daripada tokoh-tokoh atau individu-individu yang berkait
rapat dengan tajuk kajian ini. Pemilihan artikel di dalam jurnal-jurnal dilakukan
secara teliti dan mengikut kesesuaiannya berdasarkan latar belakang penulis-penulis
artikel tersebut.

 Rujukan Laman Sesawang


Pada zaman globalisasi ini, laman sesawang amat berguna untuk mendapatkan satu-
satu maklumat, kajian ini juga tidak melepaskan peluang untuk merujuk laman-laman
sesawang ilmiah bagi mendapatkan informasi-informasi terkini bertujuan menambah
baik penulisan kajian itu sendiri.
RUMUSAN
Islam mengajarkan kita erti hidup di dunia ini. Allah SWT memberi ujian kepada hamba-
hambanya kerana Allah SWT tahu hambanya cekal dan tabah menghadapi semua cabaran
yang diberi oleh Nya. Kita perlulah bijak dalam melakukan sesuatu perkara yang ingin
dilakukan, lihat sama ada perkara tersebut baik dan memberi impak yang positif kepada diri
kita, jika benda buruk maka kita perlulah meninggalkannya. Sudah terang lagi bersuluh, kita
mestilah mengambil serius dengan setiap apa yang kita lakukan seperti wasiat dan zakat. Hal
ini diperkatakan sedemikan kerana, perkara tersebut amatlah wajib dilakukan dan kita jangan
mengambil mudah tentang perkara tersebut kerana jika kita bermain-main dengan perkara ini,
mungkin kita akan dipersoalkan di akhirat kelak dan kita akan mencium bau neraka terlebih
dahulu sebelum mencium pintu syurga iaitu tempat yang setiap umat Islam mahukan di
akhirat. Kesimpulannya, marilah kita bergading bahu dalam menegakkan syariah di negara
kita yang banyak memberikan impak positif terhadapa semua aspek.
Rujukan

1. AZMAN BIN MOHD NOOR (2010)


TAKAFUL : ANALISIS TERHADAP KONSEP AKAD

2. ZAHARIDDUN BIN MUHAMMAD (2010)


HUKUM BERMUAMALAT DENGAN SUMBER YANG HARAM

3. SHOFIAN AHMAD (2010)


ANALISIS TERHADAP MANFAAT SIMPANAN WANG DI BANK

4. MOHAMAD ZARIFI MOHAMAD DAUD (2009)


HUKUM PENYALURAN HARTA TIDAK PATUB SYARIAH KE
BAITULMAL

5. SYAHNAZ SULAIMAN (2009)


HUKUM PEWARISAN BAGI KES KEMATIAN SERENTAK

6. AHMAD HIDAYAT BUANG (2009)


PENGURUSAN HARTA KELUARGA MENGIKUT ISLAM

7. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (2008)


MEMBANGUN EKONOMI UMMAH MENERUSI INSTRUMEN FARAID
DAN HIBAH

8. SYAHNAZ SULAIMAN (2008)


HUKUM PEMBANGUNAN TANAH WAKAF KHAS MENURUT
PERSPEKTIF SYARAK

9. AHMAD HIDAYAT BUANG (2008)


PENERIMAAN KOMISYEN REINSURANS OLEH SYARIKAT
TAKAFUL.

ekunder. Sumber sekunder


yang digunakan tuk
mengumpulkan data dalam
kajian
ini adalah melalui rujukan
buku, jurnal dan interne

Anda mungkin juga menyukai