Anda di halaman 1dari 1

Kelebihan / kebaikan pergi berkelah

Berkelah merupakan salah satu ( perbuatan , aktiviti ) yang boleh kita lakukan pada masa ( lapang ,
sempit ). Aktiviti ini boleh dilakukan bersama ahli keluarga, ( rakan-rakan , kekasih ) dan
saudara-mara. Kita boleh berkelah di tepi pantai, kawasan ( air terjun, padang ) dan tasik.

Aktiviti berkelah banyak mendatangkan ( kebaikan, keburukan ) kepada kita. Yang pertama
ialah dapat ( mengeratkan, merenggangkan ) hubungan antara ahli keluarga. Ini adalah kerana
semasa berkelah, kita dapat melakukan aktiviti berkelah seperti membina istana pasir, ( berbual-
bual, bergaduh ) dan sebagainya.

Selain itu, kita juga dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang ( berfaedah, sia-sia )
jika kita pergi berkelah. Secara tidak langsung, kita akan terhindar daripada melakukan aktiviti
negatif seperti melepak, ( merokok, membaca ) dan banyak lagi. Kesannya, keluarga tidak akan
menghadapi pelbagai kemelut sosial yang semakin membimbangkan.

Malahan juga, dengan berkelah juga kita dapat mengurangkan tekanan dan merehatkan
( minda, mata ) kita. Kawasan perkelahan merupakan kawasan yang ( indah, hodoh ) dan dipenuhi
dengan keindahan alam sekitar. Unsur ini akan menjadikan jiwa kita lenih tenang dan seterusnya
( menyihatkan, merosakkan ) tubuh badan.

Faedah lain ialah memberi pengetahuan untuk mengenali tempat orang. Ini adalah kerana kita
akan datang ke negeri-negeri lain untuk berkelah di tempat yang ( menarik, bosan ). Sebagai contoh
Air Terjun Tangkak yang terletak di negeri ( Johor, Pahang ) , Pantai Port Dickson di ( Melaka,
Negeri Sembilan ) dan sebagainya. Secara tidak langsung, kita akan mengenal sesuatu tempat
dengan lebih ( dekat, jauh ) lagi.

Kesimpulannya, marilah kita pergi berkelah bersama-sama ( ahli keluarga, kekasih ) untuk
mengisi masa lapang kita dengan aktiviti yang berfaedah. Ini akan dapat mengeratkan hubungan
( kekeluargaan, kemasyarakatan ) dan seterusnya memperbaikan hubungan sesama ahli keluarga.
Bak kata pepatah, __________________________________________________.

Anda mungkin juga menyukai