Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN KEPADA JENTERA PERTANIAN

Defenisi dan Skop Implemen dan Jentera Pertanian

1. Kejuruteraan Pertanian

Ia adalah kajian tentang penggunaan bahan dan tenaga semulajadi untuk mengembangkan dan
meningkatkan tenaga kerja manusia dalam bidang pertanian demi untuk kesejahteraan dan kepentingan
manusia

Bidang ilmu Kejuruteraan Pertanian meliputi:

1. Alat dan mesin@jentera pengeluaran Pertanian


2. Jentera dan Peralatan Pemprosesan Produk Pertanian
3. Bangunan Pertanian dan persekitaran
4. Tenaga dan Elektrifikasi Pertanian
5. Teknik Tanah dan Air
6. Sistem dan pengurusan Mekanisasi Pertanian

2. Teknologi Mekanisasi Pertanian/Ladang

Ia adalah kajian terhadap semua aktiviti penggunaan alat pertanian dan jentera yang dikendalikan oleh
tenaga manusia, tenaga haiwan, kuasa motor dan daya mekanik lain; seperti aliran air dan angin untuk
mengurangkan kesukaran kerja dan memperbaiki ketepatan masa pelbagai aktiviti/pertanian (operasi),
untuk menjamin pengeluaran, meningkatkan kualiti pengeluaran dan meningkatkan kecekapan kerja.

Penggunaan Alat dan Jentera Digerakkan dengan

Tenaga Manusia
Mengurangi kesukaran kerja Tenaga Haiwan
Meningkatkan masa Tenaga Motor
Tenaga Mekanik lain

Mengamankan produksi
Memperbaiki
Sejahtera
mutu produksi
Meningkatkan efisiensi kerja

Alat dan Jentera pertanian pada skop ilmu Teknologi Mekanisasi Pertanian

Iklim Alatan/
Jentera

Projek Proses penyediaan tanah, penanaman, penjagaan, Pengeluaran


penuaian (ton/ha)
Tanah Pengairan/ Tenaga
irigasi

Gambar 1. Sistem Pengeluaran Pertanian

Tujuan penggunaan alatan dan jentera pertanian dengan sumber tenaga mekanikal

a. mengurangkan kesukaran kerja dan meningkatkan kecekapan tenaga manusia


b. mengurangkan kerosakan dan gangguan proses pengeluaran pertanian
c. mengurang kos pengeluaran
d. meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil pengeluaran
e. meningkatkan taraf hidup petani

MEKANISASI PERTANIAN

Mekanisasi pertanian/ladang ialah penggunaan jentera,mesin dan peralatan untuk membantu


melakukan kerja-kerja perladangan dan pengeluaran pertanian supaya dengan tujuan
memaksimumkan produktiviti, kuantiti dan kualiti hasil pengeluaran

Mekanisasi pertanian terlibat pada semua peringkat pengeluaran pertanian iaitu peringkat
pembukaan dan penyediaan kawasan, penanaman, penjagaan, pungutan hasil dan pemasaran.

Kepentingan mekanisasi dalam pertanian

 Menjimatkan masa
 Memudahkan kerja
 Menjimatkan tenaga pekerja
 Menepati masa
 Menghasilkan kerja dengan lebih berkesan

Penggunaan mekanisasi dapat menepati masa dalam aktiviti pertanian

 Operasi kerja yang cepat dan berkesan - menepati masa yang dirancang mengikut jadual.
 meningkatkan kecekapan tenaga manusia – beban dan kesukaran operasi kerja diatasi melalui
penggunaan jentera seterus nya masa operasi dapat dijimatkan.
 Pengeluaran hasil dapat dikeluarkan pada waktu yang dirancang dan keadaan ini akan
meningkatkan keuntungan

KEPENTINGAN TRAKTOR DALAM MEKANISASI PERTANIAN

• Menarik Implemen penyediaan tanah –Bajak/Harrow


• Penyaluran kuasa (PTO) pada mesin/implemen yang memerlukan kuasa - Rotovator,Power
harrow, Penyembur,Pam air dll.
• menarik Trailer –hasil ladang/,pekerja
• Serbaguna –Pertanian,Industri,Padang Golf
FAKTOR MEMPENGARUHI PENGGUNAAN TRAKTOR/JENTERA

• Keluasan/pegangan tanah - traktor 20-25 hp sesuai untuk ladang seluas 40 hektar.


• Corak dan jenis tanaman, tanaman jangka pendek, kontan, jangka panjang
• 3.Keadaan tanah- tanah tinggi, bercerun, berpaya/lembut
• Keadaan iklim
• Penyelenggaraan dan baik pulih- kemudahan pusat service, alat ganti, etc
• Kos Pengendalian- penggunaan bahan api, upah buruh etc
• 7. Kos awal dan nilai jualan semula- modal dan susut nilai

Anda mungkin juga menyukai