Anda di halaman 1dari 2

 Baiah Aqabah pertama

Madinah terletak di antara Makkah dan Syam yang merupakan laluan pedagang
dan menjadi tempat persinggahan untuk pedagang yang datang dari luar. Masyarakat
di kawasan itu terdiri daripada yahudi, nasrani dan arab. Antara golongan kaum
yahudi adalah Bani Quraizah, Bani Nadhir dan Bani Qunaiqa’. Manakala, kaum arab
adalah bani Aus dan bani Khazraj. Pada satu ketika, kaum Aus dan Khazraj
menjemput Nabi saw hadir ke Aqabah. Aqabah ialah tempat diantara Mina dan
Makkah. Hal ini menyebabkan wujudnya Aqabah pertama pada 621 masihi. Dalam
Perjanjian ’Aqabah pertama, hanya 12 orang yang terlibat. Ia dimeterai pada musim
haji tahun ke-12 kenabian bersamaan bulan Julai pada tahun 621 masihi. Perjanjian
ini melibatkan 12 orang lelaki dan ia juga meliputi lima orang lelaki yang telah
berjumpa Rasulullah pada tahun ke-11 kenabian. Lelaki yang datang menemui
Rasulullah merupakan dari kabilah yang pelbagai iaitu kabilah al-khazraj dan kabilah
Aus. Kabilah Khazraj diwakili oleh Mu’ad bin al-Harith bin Arfa’dari Bani al-Najjar,
Zakwan bin Abdul Qays dari Bani Zurayq, Ubadah bin Samit dari Bani Ghanam dan
Al Abbas bin Ubadah bin Nadlah dari Bani Salim. Manakala kabilah Aus diwakili
oleh Abu al- Haytham bin al-Tilan dari Bani Abdul al-Asyhal dan Uwaym bin Saidah
dari Bani ‘Amru bin ‘Auf.

Selain itu, baiah ini juga di kenali sebagai “Baiah Nisa”. Ia dinamakan baiah nisa
kerana tidak melibatkan sebarang peperangan. Golongan ini telah datang menemui
Rasulullah di Aqabah mina. Mereka telah berjanji taat setia sebagaimana baiah para
wanita iaitu janji setia itu sama dengan bai’ah yang diberikan oleh golongan wanita
kepada Nabi Muhammad s.a.w sewaktu pembukaan kota Mekah.

Al- Bukhari meriwayatkan daripada Ubadah bin Samit bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda:

“marilah berbai’ahlah kepadaku bahawa kami tidak akan mensyirikkan Allah


dengan satu pun, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anakmu, tidak
membawa cerita-cerita fitnah dan tidak menderhakaiku dalam kebajikan.
Barangsiapa daripada kamu yang terlanggar sesuatu daripadanya lalu di hukum
semasa di dunia. Maka itu adalah sebahagian daripada kifarah. Barangsiapa yang
terlanggar sesuatau daripadanya lalu Allah menutupnya, maka urusannya
terserahlah kepada Allah. Jika Dia mahu maka Dia akan menyeksakannya dan jika
Dia mahu dia akan mengampunkannya.”

Antara isi kandungan baiah pertama adalah :

 Menyatakan kesetiaan kepada Nabi Muhammad SAW.

 Rela untuk berkorban harta, jiwa dan raga.

 Bersedia untuk menyebarkan ajaran agama Islam

 Berjanji tidak akan menyekutukan dan mensyirikkan Allah

 Berjanji untuk tidak membunuh dan tidak melakukan perbuatan dusta.


Rujukan :
2018 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan
Malaysia
http://www.ipbl.edu.my/intra/sistem/academic/Modul_PDPM_S1/7%20MODUL
%20PDPM_PIMKD2033%20Pengajian%20Sirah.pdf

Anda mungkin juga menyukai