Keperluan Terapi
Definisi Terapi
Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan dengan rawatan
pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau
mengalami sesuatu kecederaan bertujuan mengembalikan kefungsian badan secara
normal.
Definisi terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu seseorang
murid untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Konsep terapi
dalam konteks pendidikan ialah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu
berkeperluan khas. Dengan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid
bermasalah dan ketidakupayaan pembelajaran mencapai perkembangan dari segi
kognitif, emosi, sosial atau psikomotor.
Oleh yang demikian, terapi dalam pendidikan khas adalah salah-satu
kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-
aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran ke
peringkat yang lebih tinggi.
Jenis-Jenis Terapi
Antara jenis-jenis terapi yang boleh diaplikasikan dalam pendidikan khas yang
bermasalah pembelajaran ialah:
TERAPI FISIO
Terapi fisio dan terapi cara kerja ialah salah satu cara yang dapat membantu murid
pendidikan khas yang bermasalah pembelajaran. Di bawah ini menerangkan
mengenai apa yang dimaksudkan pergerakan kreatif dan drama tersebut.
Definisi Fisio
Definisi terapi fisio atau terapi fizikal berdasarkan kamus perubatan Mosby (2001)
ialah rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorag individu dengan menggunakan
agen-agen fizikal dan kaedah seperti berikut:
1. Mengurut.
2. Manipulasi.
Aktiviti fisio perlu dilakukan oleh ahli fisio yang berkemahiran dan boleh diperolehi di
pusat-pusat perubatan. Namun demikian, terapi fisio yang mudah masih boleh
dilaksanakan berdasarkan masalah pembelajaran di sekolah. Antaranya ialah:
1. Mengurut.
1. Merenyuk.
2. Mencubit.
3. Menguli.
4. Mengoyak.
5. Menggentel.
6. Menggunting.
7. Mencabut.
8. Menggenggam.
9. Menggaru.
10. Memicit.
2. Membaling.
3. Menyambut.
4. Menolak.
5. Menarik
6. Melompat.
7. Menendang.
8. Memukul.
9. Berlari.
10. Berjalan.
Latihan imbangan:
1. Berdiri di atas kerusi.
Latihan kordinasi:
1. Melambung dan menyambung bola berbagai saiz
Definisi Seni
Seni membawa maksud yang terlalu global kerana setiap individu menjalani
kehidupan dengan pengalaman seni yang tersendiri dan berbeza. Seni boleh
merangkumi seni tari, seni muzik, seni visual, seni lukis, kraftangan, fesyen, dan
lain-lain.
Kepentingan Seni
1. Sebagai pengalaman pandangan melalui imaginasi dan perasaan.
2. Sebagai pengalaman yang berlaku sepanjang hari.
3. Sebagai engalaman universal.
a) Seni Visual
- melukis
- membuat rekaan dan corak
- membuat binaan
- menghasilkan kraftangan
Objektif :
- mengembangkan bakat dan kreativiti
- menunjukkan kemahiran kognitif dan psikomotor pelajar
- menilai keindahan alam dan warisan budaya
- Mengenal, membezakan, dan menggunakan warna yang betul
- menghasilkan karya seni yang kreatif
- memberi peluang ke arah pengembangan diri pelajar / kerjaya
Objektif Melukis :
- melakukan kemahiran motor kasar ( melalui aktiviti contengan)
- mengawal pergerakan motor halus ( lakar, tekap, gunting dsb)
- pergerakan motor halus bebas ( koyak, ramas, uli, gentel, gunting dsb)
- menguasai kemahiran melukis ( lukis tanpa alatan di atas meja, udara, pasir)
- menggunakan alatan seni lukis (mengenal dengan melihat, memegang,
menama dsb / mengetahui fungsi alatan / membuat lukisan dengan alatan/
mengetahui dan mengubnakan unsur seni / penggunaan pelbagai media dan
teknik. )
Objektif:
- mengembangkan bakat dan minat dalam bidang nyanyian, tarian dan lakonan
drama
- mengamalkan semangat kerjasama dan berdisiplin dalam kumpulan
- berkemahiran menggunakan alat muzik
- melakukan gerakan mengikut rentak lagu
- mengenal lagu berdasarkan melodi
- mengawal koordinasi anggota anggota badan
- melakonkan dan menghayati berbagai watak
- mengawal dan mengamalkan tingkah laku yang baik
- membina kemahiran sosial dengan rakan dan orang keliling
1. Kanak-kanak khas dilahirkan sebagai insan seni, ada potensi, Howard
Gardner(1983)
6. membantu membuat ekpresi disebabkan kesukaran ekpresi dalam keadaan normal.
Co. Knk bermasalah pertuturan akan ekpreskan keinginan, kehendak, keseronokan,
tenaga, emosi mereka melalui seni. Mereka tak malu
1. Lukisan
2. Kolaj
3. Mozek
4. Gurisan
5. Anyaman
6. Capan
7. Cetakan
8. Tiupan
9. Jahitan
10. Papier Mache
11. Model
12. Origami
13. Catan
14. Tekapan
TERAPI ALTERNATIF
McCallum menjelaskan terapi biasa tidak berhasil kerana anak sudah antipasti
terlebih dahulu terhadap kegiatan terapi. Sedangkan aktiviti berkuda, anak-anak
memandangnya sebagai kegiatan bermain yang menyenangkan sehingga mereka
menjadi lebih rileks menjalaninya.
Berkuda boleh memotivasi anak yang memiliki masalah mental dan emosional, serta
kendala dalam belajar. Kegiatan ini membantu mereka berkonsentrasi, sabar, dan
disiplin tinggi. Aktiviti berkuda ini membolehkan wujudnya kerjasama antara kuda
dan penunggangnya. Saat belajar berkuda, akan tercipta ikatan emosi anak dengan
kuda yang dinaikinya.
TERAPI PASIR
Terapi Sandplay adalah satu bentuk psikoterapi cuba-cubaan untuk membentuk satu
hubungan dengan jiwa ke satu penyembuhan. Pengasasnya adalah ahli terapi orang
Switzerland Dora M. KALFF (1904-1990), yang berpangkalan teori-teorinya pada
prinsip-prinsip psikologi Jungian dan pada kerja Margaret Lowenfeld.
1 Definisi
Terapi Sandplay adalah satu sasaran proses untuk memudahkan penyembuhan
emosional dan perkembangan peribadi pelanggan-pelanggan. Sandplay boleh
ditambah melalui penggunaan terapi-terapi lain seperti dreamwork atau psikoterapi.
Satu proses pusat adalah pelanggan itu adalah diberi peluang bagi memilih daripada
satu kepelbagaian benda-benda dan angka-angka dengan satu gol mewakili dunia
dalaman mereka. Tindakan-tindakan itu dan keputusan-keputusan sandplay adalah
kemudiannya ditafsir secara simbolik oleh pelanggan. Proses interpretasi itu dibantu
oleh ahli terapi.
Menurut Bradway dan McCoard (1997), kanak-kanak yang dipanggil Kathy
yang datang untuk terapi kerana mengalami masalah-masalah kebimbangan,
kegagalan dan kemarahannya yang telah membina sejak bertahun-tahun. Dia takut
menyatakan kemarahannya dan lazimnya diletakkan dipagari dalam dulang pasir itu.
Dengan meletakkan kelilingnya binatang-binatang hutan, dia berupaya menghayati
satu kemampuan melakukan sesuatu kira-kira mengawal binatang-binatang ini dan,
dia bermain meriam iaitu alat permainan dalam dulang pasir dan terus memainkan
perasaan positif terhadap saya. Dia telah tanam badan kami istana pasir bersama
dalam dulang tersebut.
TERAPI MUZIK
Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada
tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita.
Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam
badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.
2 Muzik Barat
Perkusi tidak berpic -loceng, tamborin, kerincing, dram bess.
Tiup dan bras -rekoder, trompet, seksofon.
Bertali -gitar, piano, biola, kecapi berkaki.
2. Demonstrasi
3. Muzik adalah fenomena yang boleh memberi kesan kepada manusia.
5. Muzik adalah suatu bentuk yang unik dalam komunikasi secara verbal.
8. Muzik adalah hubungan intergrasi kepada emosi seperti amalan dalam
budaya, biologikal dan neurogikal.
5 Murid Autistik
1. Menghasilkan komunikasi.
2. Meningkatkan kemahiran pertuturan dan bahasa.
3. Meningkatkan kemahiran interaksi sosial.
4. Meningkatkan kemahiran mengenal diri sendiri dan luahan emosi.
5. Meningkatkan kemahiran kognitif.
Mereka boleh dilatih melakukan pergerakan kreatif dan lakonan watak-watak
mudah secara hafalan. Kandungan cerita dalam sebuah drama terdiri daripada
unsur-unsur yang mudah difahami seperti tema flora dan fauna serta keluarga.
TERAPI HIDRO (AIR)
Pemilihan program rekreasi renang/hidroterapi bagi murid-murid Program
Pendidikan Khas adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah
pembelajaran menjalani aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal
yang lain. Program yang dirancang biasanya merupakan program awalan atau
permulaan renang. Murid diajar berenang dan bermain air di dalam kolam yang
cetek. Kawasan yang paling dalam di kolam tersebut berukuran 1 meter.
Terapi hidro di lihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan
motor kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara serentak.
Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh
keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.
Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun
pada permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air.
Perkara ini dapat diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek sebelum
berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung ianya telah melatih
membina keyakinan diri murid-murid "water confidence". Melalui terapi seumpama
ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti
regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan
jantung dan otot-otot rangka.
12.1 Tujuan Terapi Hidro
Aktiviti berenang dapat memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid
bermasalah pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau air di samping dapat
membentuk sikap kerjasama dengan rakan-rakan mereka. Ia juga membolehkan
murid-murid bermasalah pembelajaran memperolehi kemahiran renang sama seperti
murid-murid normal. Selain itu, renang juga merupakan salah satu latihan latihan
terapi (Hidroterapi/Terapi Air) bagi murid istimewa.
12.2 Konsep
Hidroterapi didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar
dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-
otot dan otak mereka dapat dirangsang, pergerakan dalam air lebih mudah dan
bebas, serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan
pergerakan. Imbangan dalam air bukanlah masalah utama.
Oleh itu lebih banyak pergerakan dapat dilakukan dan daya penumpuan individu
dapat dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku didapati tidak seperti lazimnya. Ini
disebabkan oleh ransangan air secara semulajadi.
2.Keupayaan berkomunikasi.
3. Simulasi sistem otak.
4. Bina keyakinan diri.
5. Kreativiti.
6. Kawalan diri.
7. Latihan ‘Social skill’.
8. Merangsang pertuturan.
9. Melatih sikap bekerjasama.
10. Meningkatkan kesabaran.
11. Pengamatan.
12. Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain.
13. Latihan daya kepimpinan.
14. Manipulasi tangan dan jari-jemari.
15. Daya konsentrasi.
16. Pembentukan ‘body image’.
17. Peningkatan ‘self-esteem.
Sebelum menjayakan aktiviti renang untuk murid-murid berkeperluan khas ini, faktor
yang paling penting dan perlu diambil kira adalah faktor keselamatan. Kita melihat
faktor keselamatan ini dalam sudut ketidakupayaan fizikal dan tahap ketidakupayaan
intelektual murid-murid tersebut.
i. Ketidakupayaan Fizikal
Guru hendaklah berada di dalam air dan bersedia untuk menerima murid ke dalam
kolam. Semasa berada di dalam air hendaklah dalam kedudukan berdiri dengan kaki
terbuka dan kepala berada di atas paras air. Gunakan bahagian atas badan untuk
mengawal imbangan dan sentiasa apungkan badan. Elakkan daripada menunjukkan
perasaan bimbang kepada murid sewaktu berada di dalam air kerana ini boleh
menyebabkan mereka menjadi bimbang dan takut. Guru perlu sentiasa bercakap
dan memberi galakkan kepada murid semasa mereka hendak masuk ke dalam
air. ‘Eye Contact’ boleh membantu membina keyakinan murid. Latihan hendaklah
dimulakan dengan memasuki kawasan sudut kolam yang cetek.