Anda di halaman 1dari 2

BIODATA USAMAH BIN ZAID

Usamah bin Zaid bin Harithah lahir di Mekah pada tahun ke-7 sebelum hijrah. Beliau
merupakan anak dari seorang sahabat juga anak angkat Rasulullah iaitu, Zaid bin Haritsah
dengan Ummu Aiman, pengasuh Rasulullah SAW ketika kecil. Kehidupan Usamah bin Zaid
yang dikelilingi dengan persekitaran baik telah membantu dirinya untuk membesar dengan
watak yang sempurna. Oleh yang demikian, beliau terkenal dengan keperibadian yang baik,
cerdik, pintar, bertaqwa, warak dan mencintai Allah SWT.

Selain itu, beliau turut mempunyai keberanian luar biasa, pandai meletakkan sesuatu pada
tempatnya, tahu menjaga kehormatan, sentiasa menjauhkan diri dari perbuatan tercela,
pengasih, dan dikasihi oleh kebanyakan orang. Seterusnya, Usamah bin Zaid juga diberi
gelaran ‘al-Hibb wa Ibnil Hibb’ yang bermaksud ‘Kesayangan (dari) Anak Kesayangan’ dan
‘Hibb Rasulillah’, ‘Jantung Hati’ Rasulullah kerana Baginda sangat mencintainya sehingga
menjadikan Usamah bin Zaid sebagai salah seorang anggota keluarga Baginda dan orang
yang sangat dikasihi dalam Islam.

Antara penglibatan yang dapat dilihat oleh Usamah bin Zaid adalah pada masa sebelum
Nabi Muhammad meninggal dunia dimana baginda telah membentuk satu angkatan tentera
yang diketuai oleh Usamah bin Zaid. Angkatan tentera itu dibentuk bagi menentang
penduduk Ghassan. Ghassan adalah sebuah daerah jajahan Rom Timur. Permusuhan yang
terjadi antara umat Islam dengan tentera Rom adalah disebabkan oleh tindakan mereka
membunuh utusan Nabi Muhammad. Permusuhan ini juga turut membawa kepada
berlakunya Perang Mu’tah. Dalam peperangan itu, beberapa panglima Islam terkorban
termasuk Zaid bin Harisah. Penduduk Rom juga telah mempergunakan orang Arab yang
tinggal di sempadan Syiria dan Palestin bagi menentang orang Islam.

Oleh yang demikian, Nabi Muhammad mengarahkan satu angkatan perang yang diketuai
oleh Usamah binZaid dibentuk. Nabi Muhammad mempersiapkan 700 tentera. Akan tetapi,
sebelum angkatan tentera itu bergerak ke medan perang di Ghassan, Nabi Muhammad
wafat. Selepas Nabi Muhammad wafat, Khalifah Abu Bakar as-Siddiq diberi tanggungjawab
meneruskan cita-cita Rasulullah SAW.

Pada ketika itu, Usamah bin Zaid baru sahaja berusia 18 tahun. Usianya yang masih muda
tidak menghalang dirinya bagi memikul amanah itu. Beliau juga adalah pahlawan yang
gagah perkasa dan seorang yang patuh kepada perintah Allah dan Nabi Muhammad.
Usamah meneruskan perjalanannya ke Ghassan bersama angkatan tenteranya. Selepas
tentera Usamah bin Zaid berperang selama 40 hari, mereka berjaya mencapai kemenangan
yang cemerlang. Usamah membawa berita gembira kepada umat Islam. Kemenangan itu
memberi kesedaran kepada kaum-kaum lain yang mahu menyerang Madinah. Kemenangan
itu mengukuhkan lagi kedudukan politik dan keselamatan masyarakat Islam di kota Madinah
dan kota Mekah. Akhirnya, tentera Usamah bin Zaid ditugaskan menjaga keselamatan kota
Madinah.

Anda mungkin juga menyukai