Anda di halaman 1dari 6

Pengenalan

Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan
suami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah
dipercayai setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu
setiap kelahiran itu perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu
banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia
merangkumi peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir.

Sewaktu Mengandung

Melenggang Perut

Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara
Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara
ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia
dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk
membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal
bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.

Peralatan untuk upacara ini termasuk

Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan


Segantang beras
Sebiji kelapa
Beberapa urat benang mentah
Damar
Minyak kelapa atau minyak urut
Lilin
Tepak sirih yang lengkap isinya
Pengeras sebanyak RM1.25

Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita
hamil tadi. Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur.

Seterusnya adat mandi sintuk limau dan air


buyung dilakukan. Sebiji telur diselitkan di kain
basahan iaitu di bahagian perutnya dan sebuah
cermin kecil dibawa bersama. Wanita itu
didudukkan di atas kerusi di mana pada kaki
kerusi itu ditambat seekor ayam. Kemudian air
buyung dijiruskan ke badannya manakala telur
tadi dilepaskan atau dijatuhkan dengan
kepercayaan ia akan memudahkan wanita tadi
bersalin.
Upacara Adat Melenggang Perut
Setelah membersihkan badan, wanita itu
bercermin muka dengan harapan anak yang bakal
lahir nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu selesai bidan akan
membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atas sehelai
yang lain. Ibu yang hamil dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut. Bidan akan
mengurut ibu yang yang hamil dengan menggunakan minyak kelapa atau minyak urut.
Bidan mengambil buah kelapa yang telah dibersihkan lalu menggulingkannya perlahan-
lahan di atas perut terus ke hujung kakinya sebanyak tujuh kali. Adalah dipercayai
sekiranya kelapa berhenti bergolek dengan matanya ke atas, anak yang dikandungnya
adalah lelaki dan perempuan jika sebaliknya. Akhirnya bidan akan melenggangkan setiap
helai kain tersebut pada perut wanita hamil itu. Mengikut adatnya, kain yang di bawah
sekali diberikan kepada bidan beserta dengan peralatan upacara tadi. Lazimnya pada
hari tersebut, kenduri doa selamat akan diadakan dan ibu yang menjalani upacara ini
dipakaikan dengan pakaian baru. Adalah dipercayai adat ini mengandungi unsur-unsur
budaya Hindu.

Sewaktu Bersalin

Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga
berkenaan. Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan
sepuluh hari. Tetapi adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh
hingga dua belas bulan yang dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga
daun mengkuang berduri akan digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah
pada tempat-tempat tertentu di dalam rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi
mengelakkan gangguan makhluk halus. Di samping itu juga, terdapat beberapa adat
yang perlu dijalankan semasa menyambut kelahiran ini.

Potong Tali Pusat

Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah lalu
disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong
dengan menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu
ringgit. Di sesetengah tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Baki tali B
pusat di perut bayi akan dibubuh kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih a
y
yang telah dilayukan di atas bara api sehinggalah tali pusat itu tanggal sendiri. i
y
a
n
Azan/Qamat g
b
a
Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya manakala bayi r
u
perempuan akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan l
melakukan upacara ini. Ia bukanlah satu adat, sebaliknya lebih merupakan amalan a
berunsur keagamaan. h
ir
d
Membelah Mulut i
a
z
Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia juga terdapat dalam a
agama Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat demikian. Upacara bermula n
k
dengan membacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. Ia diikuti dengan langkah a
mencecap atau merasakan sedikit air madu atau kurma dan ada juga yang n
menggunakan emas yang dicelupkan ke dalam air pinang pada mulut bayi yang baru /
d
lahir tersebut. Sewaktu menjalankan upacara ini, jampi mentera dibacakan. Namun i
demikian, adat ini sudah tidak diamalkan lagi oleh masyarakat Melayu hari ini. q
a
m
Berpantang a
t
k
Dalam masyarakat Melayu, wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa a
berpantang yang bermaksud larangan. Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang, n
mereka akan mengalami bentan atau sakit sampingan. Tempoh berpantang lazimnya
berlangsung selama empat puluh empat hari dikira dari hari mula bersalin dan ada juga
yang berpantang selama seratus hari.

Dalam tempoh ini wanita tersebut dilarang dari makan


sebarang makanan mengikut kehendaknya atau
berbuat apa-apa kerja yang memerlukan banyak
pergerakan. Antara makanan yang dilarang keras ialah
yang boleh mengakibatkan kegatalan diseluruh
anggota badan seperti udang, kerang, ketam dan ikan
pari serta memakan ikan yang mempunyai sengat
seperti ikan keli, sembilang dan baung kerana ia boleh
menyebabkan bisa-bisa pada badan. Sebaliknya
mereka digalakkan memakan nasi dengan ikan haruan
Ramuan asli untuk yang dibakar atau direbus dan dibenarkan minum air
wanita lepas bersalin
suam atau susu.

Selama berpantang mereka diberi makan ubat-ubat


tradisi dan bertungku. Bertungku dipercayai dapat
membantu perut wanita bersalin kembali normal.
Biasanya tungku diperbuat dari batu yang dipanaskan
di atas bara. Kemudian tungku itu dibalut dengan kain
yang dilapik dengan beberapa helai daun yang tebal
seperti daun lengkuas yang dipercayai dapat
mengimbangi kepanasan tungku di samping berfungsi
sebagai ubat. Tungku akan dituam pada bahagian
perut dan bahagian lain bertujuan untuk mengatasi Bengkung
masalah kesakitan selepas bersalin. Selesai bertungku,
si ibu akan menyapu perutnya dengan air limau yang
dicampur dengan kapur sebelum memakai bengkung.
Amalan berbengkung ini bertujuan untuk mengatasi perut buncit atau pinggul yang
turun selepas bersalin di samping memberi keselesaan kepada wanita selepas bersalin.

Selepas lahir

Selepas kelahiran terdapat beberapa adat tertentu yang dijalankan.

Tanggal Pusat/Cuci Lantai

Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu. Pada
ketika itu, adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat
naik buai kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan
akan tidur disamping ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau
Khamis.

Bahan-bahan yang digunakan untuk adat cuci lantai.

Nasi kunyit dan lauk-lauk


Seekor ayam hidup
Paku, buah keras, asam, garam dan sirih pinang
Hadiah untuk bidan sepersalinan pakaian

Kenduri doa selamat akan diadakan pada permulaan


adat ini. Selepas itu bidan akan memulakan jampi
serapahnya sambil memegang ayam dengan cara
mengais-ngaiskan kaki ayam ke atas lantai tempat

Upacara cuci lantai


wanita itu bersalin. Seterusnya lantai itu akan dibersihkan. Mak bidan akan menjalankan
keseluruhan upacara ini. Sebelum itu, si ibu dan si bayi akan dimandikan, diurut dan
dibedak. Selesai upacara tersebut, bahan yang digunakan tadi beserta sedikit wang akan
dihadiahkan kepada bidan tersebut.  

Memberi Nama

Mengikut ajaran Islam, adalah sunat memberi nama yang mempunyai maksud yang baik
kepada bayi. Kebiasaannya jika bayi itu lelaki, nama akan diberi mengikut nama para
nabi manakala untuk bayi perempuan, nama isteri-isteri atau anak-anak nabi akan
dipilih.

Cukur Rambut/ Potong Jambul

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong
jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut.

Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan.

Sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras
kunyit dan bertih.

Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok


siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air
sejuk. Kemudian kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil. Biasanya kelapa itu dihias,
umpamanya dengan melilitkan rantai emas atau perak di kelillingnya.

Pada hari itu, bayi dipakaikan dengan pakaian


cantik dan diletakkan di atas talam yang dialas
dengan tilam kecil atau didukung oleh bapa atau
datuknya. Si bayi seterusnya dibawa ke tengah
majlis dan disambut oleh hadirin lelaki sambil
berselawat. Si bayi akan ditepung tawar serta
ditabur beras kunyit dan bertih. Para hadirin secara
bergilir-gilir akan menggunting sedikit rambut bayi
tersebut dan dimasukkan ke dalam kelapa tadi.
Bilangan orang yang menggunting rambut bayi
Alatan potong jambul
tersebut hendaklah dalam bilangan yang ganjil,
iaitu tiga, lima, tujuh dan seterusnya. Setelah
selesai pihak lelaki menjalankan acara
menggunting, pihak perempuan pula mengambil alih. Setelah selesai kedua-dua pihak
menjalankan adat bercukur barulah kepala bayi tersebut dicukur sepenuhnya oleh bidan
atau sesiapa sahaja yang boleh melakukannya. Kesemua rambut yang dicukur akan
dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman
rumah bersama sepohon anak kelapa atau
seumpamanya sebagai memperingati masa
anak itu dilahirkan.

Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah


turut diadakan. Dari segi syarak, akikah
membawa pengertian menyembelih ternakan
pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan.
Orang Islam yang berkemampuan disunatkan
menyembelih ternakan seperti kambing, lembu
atau kerbau sebagai akikah anak yang baru

Upacara potong jambul


lahir. Seorang anak disunatkan berakikah sekali sahaja seumur hidup. Terdapat syarat-
syarat tertentu dalam memilih haiwan untuk akikah dan jumlah ternakan untuk akikah
juga berbeza mengikut jantina bayi. Bagi bayi lelaki akikahnya ialah dua ekor kambing
dan seekor kambing bagi bayi perempuan. Antara hikmah akikah adalah sebagai
permulaan kebajikan dan kebaikan bagi pihak bayi tersebut. Akikah sunat dilakukan
pada hari ke tujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur
rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh
dilakukan pada hari yang lain.

Naik Buai

Adat ini merupakan satu-satunya majlis yang masih


diamalkan dan mendapat sambutan di kalangan
masyarakat Melayu hari ini. Upacara ini dilangsungkan
dalam suasana penuh meriah terutama sekali jika
sesebuah keluarga itu baru mendapat anak atau cucu
sulung. Bayi dikelilingi ibu bapa dan
saudara mara
Semasa upacara ini
dijalankan bayi tersebut
akan diletakkan di dalam buaian yang menggunakan kain
songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-
bungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan
ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung.
Ketika itu juga, nazam atau marhaban akan dialunkan
oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Seterusnya bunga
telur dan bunga rampai akan dihadiahkan kepada
kumpulan ini. Pada hari ini, masyarakat Melayu
menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi
nama dan adat cukur rambut.
Bayi diletakkan di dalam buaian
yang dihias indah

Jejak Tanah/Turun Tanah

Di sesetengah tempat, adat ini juga dipanggil adat memijak tanah. Ia sebagai meraikan
anak yang baru pandai berjalan. Turun tanah bermakna seorang anak kecil dilepaskan
untuk memijak tanah sebagai lambang meneruskan kehidupannya. Adat ini dijalankan
secara berbeza-beza dari satu tempat dengan tempat yang lain baik dari segi cara
mahupun barangan yang digunakan.

Lazimnya kenduri doa selamat diadakan


untuk mengiringi upacara ini. Selepas
kenduri selesai, tikar dibentang di
hadapan tangga sebagai alas kanak-
kanak berkenaan berjalan. Di atas tikar
disediakan beberapa dulang yang berisi
pelbagai jenis barang, termasuk
makanan dan minuman. Antara Upacara jejak tanah
barangan yang diletakkan di dalam
dulang itu ialah cermin, sikat, jam
tangan, gelang, cincin, rantai, bedak, kain, kasut, gunting, bubur, air sejuk dan wang.
Lazimnya jumlah barangan yang diletakkan adalah ganjil. Kanak-kanak tersebut akan
dibiarkan bergerak memilih barang tersebut dan dihadkan mengambil tiga barangan
sahaja.
Menurut kepercayaan orang Melayu juga, adat ini
dilakukan untuk meramal masa depan kanak-kanak
itu berdasarkan barangan yang diambil. Umpamanya
jika kanak-kanak itu mengambil gunting, kelak dia
kuat bekerja atau pandai membuat kerja tangan.
Adat ini juga boleh dilakukan secara sederhana iaitu
dengan memijakkan kaki kanak-kanak itu ke piring-
piring kecil yang berisi dengan padi, beras, tanah dan
beberapa jenis daun yang telah dijampi oleh mak
bidan. Seterusnya bayi itu dijejakkan ke tanah dan
doa dibaca.

Upacara jejak tanah

Bersu

Kanak-kanak mandi untuk berkhatan


 

nat / Berkhatan

Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu
beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak
perempuan akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun
atau lebih. Adat ini akan dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan
menjalani adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam
lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok Mudim. Di
dalam ajaran Islam, bersunat atau berkhatan adalah wajib kerana Islam
menitikberatkan kesucian lahir dan batin. Di samping itu juga,ia baik dari segi kesihatan.
Majlis bersunat kanak-kanak perempuan tidak semeriah majlis berkhatan kanak-kanak
lelaki dan ada juga yang menjalankannya serentak dengan majlis perkahwinan.

Anda mungkin juga menyukai